© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, December 29, 2006

hati kian terluka


Maaf kerana aku menuliskan tentang perasaan aku di sini. Sememangnya 'ini' tempat aku meluahkan perasaan sebenarnya. Cuma sebelum ini, aku menggunakan istilah 'ana' or 'puteri'. Tapi kali ni aku tak mampu untuk berbuat demikian. Aku ingin hatiku rasa puas. Ya, aku dan aku. Aku juga manusia biasa, punya hati, punya perasaan.

Cuma mungkin apa yang ada padaku tidak sesempurna manusia yang lain. Tapi itu bukan penghalang untuk hatiku berbicara. Namun, aku terkilan jika kekuranganku ini dijadikan penyebab aku dilupakan, aku dijauhi, aku ditolak ke tepi, aku dibenci, aku dilukai. Aku ingin menulis nama dia di sini, tapi aku tak sanggup kerana, aku tak ingin dia.....dia masih kawan aku, cuma ku yang belum tentu lagi dianggapnya kawan atau tidak.

Aku dah tak tahu apa yang perlu aku lakukan agar aku lupakan dia. Aku dah cuba mengelak daripada rasa-rasa rindu pada dia. Aku berjaya tidak menelefon dan me'sms' dia. Tapi aku masih juga menghantar msg di YM yang aku tahu dia tak akan balas. Masa tu dia offline dan aku tidak terkejut bila dia on lepas tu.. Dia tidak membalas msgku. Dan aku tidak terlalu bersedih kerana aku mengirimkan msg itu bukan ketika dia online. Kalau aku hantar masa dia tengah on dan dia tak balas, aku pasti kecil hati, sedih hati..semuanya hati, hati. Bencinya.

Aku betul-betul suka pada dia. Bencinya. Salah siapa? Salah dia kerana dia 'rindui' aku, 'sayangi' aku. Tapi, salah aku juga yang memulakan persahabatan ini. Tapi...argh..segalanya berubah. Kenapa aku tidak terus menganggapnya sebagai kawan? Kenapa hatiku tertawan? Bencinya, benci benci. Aku seharusnya membenci dia. Aku benci diriku. Maaf. Aku tak ingin bermusuh dengan dia. Aku..aku tak punya ramai kawan. Jadi, aku tak sanggup kehilangan dia sebagai kawan aku. Aku pernah gembira, dia pernah buat aku 'bahagia' dalam 'tempoh' itu.

Apa yang harus aku lakukan? Aku tak mampu menolak perasan aku ni. Sebab dia pernah hadir dalam kamus hati aku. Aku... Pastinya dia amat membenciku. Bencikah dia pada aku?

Dia tidak lagi menghubungi aku seperti dulu, kerana itu aku juga berbuat demikian. Dia langsung tidak menghubungi aku. Aku tahu dia mungkin tak akan 'mencari' aku lagi. Tapi kenapa aku masih menanti?

Kerana perasaan itu aku terleka, kerana ia aku terluka, namun dia masih ku nanti dengan penuh setia.

Aku masih menganggapnya sahabatku, dan aku benar-benar berharap dia masih sudi menganggapku sahabatnya jua. Tak layakkah aku?

1 comment:

Puteri said...

terima kasih azlinda..