© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, January 26, 2008

mukminah unggul


Aku ingin menjadi SITI KHADIJAH
menjalin agung sebuah cinta
menafkahkan hartanya fisabilillah
aku ingin sezuhud FATIMAH
akur tanpa jelak setiap perintah
aku mengagumi dan mahukan
gedung ilmu SITI AISHAH

aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
menggendong puteranya yang masih merah
di tanah padang pasir yang merekah
bukannya aku ingin menjadi wanita penggoda
fitrah daripada sejarah SITI ZULAIKHA

pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
tenggelam asyik dalam kenikmatan ubudiah
biar tersingkap segala hijab
dua cinta takkan bersatu dalam satu hati
lantas ku serah cinta ini
untuk yang MAHA MENGASIHI
pasrahku pada mennah perjuangan
bagai cekalnya hati ZAINAB AL-GHAZALI
terluka, terseksa, terpenjara
terkurung jasadnya di celahan jeriji kaku
teguh istiqamah menjunjung aqidah dakwah
demi islam bukannya menyerah galang-gantinya

atau setidaknya aku mengimpikan
hidup semulia MARYAM JAMEELAH
berteman pena menongkah arus kepayahan
ruh jihad ini perlu disemarakkan
dan biarlah aku yang menyemarakkannya
redhalah aku...redhalah aku
redhalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
kan ku teguh menatang serikandi ummah
hanya kerana islam merindui
kemunculan peribadi
mukminah, muslimah, mujahadah
yang rela mati dalam keunggulan iman
terpanggung gagah bagai harumnya pusara MASYITAH
TIKA ITU ISLAM KAN KU DAULATKAN

Friday, January 25, 2008

fikirkan

Sesuatu yang anda tidak perasan atau terfikir..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

Wednesday, January 23, 2008

sufa dan integriti

SUFA (sukan antara fakulti) di USIM telah bermula. Pada Sabtu dan Ahad lalu, permainan badminton, bola sepak, bola jaring dan beberapa acara telah bermula. Program ni akan tamat pada penghujung bulan Januari. Acara-acara lain seperti memanah, mendayung, berkayak dan lain-lain masih belum diadakan. Insya-Allah pada hujung minggu ini.

Minggu integriti juga sudah bermula. Hari ini berlangsungnya pertandingan sketsa, berbalas pantun (kawan cakap saya patut masuk, hehe) dan boria peringkat inter-kolej. Pertandingan antara kolej-kolej kediaman Sutera Indah (Nilai), Desa Jati (Nilai), Camellia Court (Nilai), Nilam Court (Nilai) dan Pandan Mewah (Pandan Indah).

Saya mengambil bahagian dalam persembahan boria, hehe. Tak pernah pun masuk pertandingan boria. Juga tak pernah menyertai sebarang persembahan boria termasuklah boria semperna majlis perpisahan sekolah dulu (kalau nasyid dan sajak tu biasalah).

Hujung minggu ini pula ada pertandingan nasyid integriti inter-kolej dan majlis penutup. Keputusan persembahan sketsa, pantun dan boria akan diumumkan pada hari berkenaan. Minggu integriti intra-fakulti pula, FSU (fakulti syariah dan undang-undang) akan bermula secara ramsi pada minggu hadapan. Fakulti lain rasanya lebih kurang. Oh ya, FST (fakulti sains dan teknologi) telah pun bermula (nampak housemate belek-belek kertas tentang integriti FST).

Setakat ini dahulu. Sambung nanti.

Tuesday, January 22, 2008

tag dari de_kerinchi

Kali pertama puteri nak jawab tag orang ni..

Tag daripada
abg de (p/s : tak larat taip nama panjang-panjangla..) :D

Azam tahun 2008/ 1429.
Nak jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik. Anak yang baik, adik yang baik, kawan yang baik, kenalan yang baik, pelajar yang baik, blogger yang baik.. dan paling utama nak jadi hamba Allah yang terbaik, insya-Allah. Lagi, cuba mencapai target dan azam tahun-tahun yang lalu yang belum terlaksana. hehe.

Kenangan pahit tak leh lupa time 2007.
Hampir jatuh tangga fakulti (huhu. Pahit sangat ni..).

Pengajaran dari tahun 2007.
Hati-hati naik tangga.

Pencapaian paling bermakna pada 2007.
Pointer yang agak bagus, walaupun bukan dean list.
Ada perubahan dari segi sikap dan tabiat (roommate yang cakap, hehe.).

Kalau ada gambar menarik sila buboh paparkan kat di sini.


Gambar dengan dengan roomate..

Sebarkan virus kepada 8 orang rakan.

1. serunai_faqir

2. diya

3. faisal rahim

4. macai_suci

5. miss farida

6. yonna

7. hakim dirani

8. zalizamas

************************************************

Terima kasih kepada abg de.. =)

Monday, January 21, 2008

dunia oh dunia


Hidup yang menipu
Manusia dipukau
Keindahan yang kemilau

Dunia dikepalai sang iblis
Tertawa-tawa atas kebodohan manusia
Menurut tunjuk ajarnya
Mengikut jejak langkahnya

Hati menjadi beku
Jiwa dan jasad
Nafsu menguasai akal
Dunia yang menipu
Dan manusia yang tertipu

Saturday, January 12, 2008

01 dan 10 muharram


Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:

Nabi SAW. bersabda yangbermaksud; Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa'dari lain-lain hari. Jawab Rasulullah: Benar!.

~ Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
~ dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
~ dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
~ dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
~ dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
~ dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
~ dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
~ dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
~ dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
~ dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;

Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur;dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;

Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

****************************************
Note :
Pesan buat saudara-saudaraku jangan lupa tanggal 18, 19 dan 20 Januari 2008 nanti kita sama-sama berpuasa, mudah-mudahanAllah mengampuni dosa-dosa kita dan menjadikan kita hamba-hamba yang diredhai Allah swt.. aminnn.

Friday, January 11, 2008

game hina Islam

Ade sikit info tentang game2 yang menghina Islam...so bagi peminat2 games tu...hati2lah ye...Video game yg menghina agama Islam; Bacalah! game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina Islam.

1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"[dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal diakhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagiayat yg aku dah luper.....

2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar..Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD..

3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic

*********************************
betul ke tak, tak tahu. tak pernah main. tapi prince of persia tu dalam hp pun ade kan?

Monday, January 07, 2008

jangan jangan jangan


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar)

Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan tidak menutup kepala ketika
membuang air kecil dan besar
kerana jika tidak , nanti di padang Mahsyar
kepala penuh dengan najis2 itu.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk

yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,

nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.

Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa

kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.

Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.

Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.

Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,

kerana ia adalah ciri-ciri munafik
dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.

Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana
lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.