© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, November 10, 2013

mungkin kau bukan takdirku - part III

Di meja kerja, aku dan Kak Hajar berbual kosong. Kak Hajar ingin mengenali siapa lelaki yang rapat denganku. Sebenarnya dia ingin tahu siapa dia dihatiku. Aku hanya tersenyum dengan soalannya yang bertubi-tubi. Siap mahu tolong memperkenalkan dengan orang. Seperti agen pencari atau penemu jodoh sahaja. Aku ketawa sahaja.

Bimbang juga jika Kak Hajar benar-benar memaksudkan apa yang dikatakannya. Mana mungkin aku boleh terima untuk berkawan dengan sesiapa buat masa ini kerana dalam hatiku hanya ada dia, masih dia.

Akhirnya aku menunjukkan gambarnya yang tersimpan di dalam dompetku kepada Kak Hajar. Kak Hajar melihat dengan raut wajah yang teruja. Kak Hajar berdoa supaya adanya jodoh antara aku dan dia. Amin, aku mengaminkan doa.

Hari ini kami dikunjungi pelawat dari luar. Kami menghadiahkan senyuman kepada mereka yang masuk. Kak Hajar masih membelek gambar di dalam dompetku. Tiba-tiba, orang yang masuk ke dalam ruang kerja ini adalah sama dengan gamvar yang sedang dilihatnya. Aku juga terkejut. Cepat-cepat aku mengambil dan menyimpan dompetku di dalam beg tangan.

Dia dan rakan setugasnya menyampaikan ceramah di tempat kerjaku. Berkenaan ICT. Haruslah, sudah pekerjaannya dibidang itu. Entah, aku  pun tidak tahu sejak bila dan siapa yang menjemput mereka. Dia duduk di sudut sebelah pintu bilik surau. Aku berdebar-debar. Entah bagaimana aku harus bertemu dengannya dengan persahabatan (ke perhubungan) kami yang turun naik...

Aku menunduk dan menutup muka dengan sebelah tangan kananku. Pura-pura tidak ingin dikenali. Dia memandang. Aku melihat dari celah jemari. Dia memalingkan muka. Aku kaget. Aku berjalan melalui sisinya sambil menoleh ke arahnya. Dalam sembunyi, dia tersenyum, aku jua. Dia mendongakkan kepala. Mata aku dan matanya saling bertentangan dalam senyuman yang semakin menguntum mekar.

Aku menunggu dia berhampiran tangga. Ke mana dia? Laluan turun dari bangunan dua tingkat ini hanyalah tangga yang berada di depanku. Masihku menunggu dia. Sedang leka menanti, aku terlihat kelibatnya menghampiriku.

"Mana tadi?" aku bertanya.
"Tandas" dia menjawab.
"Kenapa tak guna tandas yang dekat tangga ni je?"
"Saje"

Aku dan dia berjalan menuruni anak tangga. Kami berhenti dan duduk di pertengahan tangga. Berbual kosong. Langsung tidak bercakap tentang kerja. Usik-mengusik. Sepertinya tidak ada yang tidak kena dalam persahabatan kami. Padahal kerap kali juga berbicara dengan hati, er... Ketidakpuasanhati sebenarnya.

Bertemu dengannya adalah sama seperti pertemuan kami yang sebelum-sebelum ini. Aku berasa sangat selesa, bahagia dan tenang. Kami mengambil gambar bersama. Ada Ainun yang sedang menuruni anak tangga. Ainun menolong mengambil gambar kami berdua. Ya, mana pernah kami mengambil gambar bersama. Hanya aku yang mengambil gambarnya dari belakang, curi-curi. Tapi dia tahu sebab aku kirimkan di whatsapp selepas pertemuan kami.


Masih belum berganjak dari anak tangga. Kami bangun berdiri menyambung perjalanan menuruni anak-anak tangga yang masih berbaki. Sambil dia pura-pura merajuk. Aku tersenyum sambil memujuk.

...

Mimpiku berakhir di situ.

***************

Sakit hati
Kenapa sakit hati?
Sebab harapan masih ada
...

Thursday, November 07, 2013

istana harapan

Ku bina istana ditepian pantai. Sesekali badai menghempas, aku teguhkan kotanya, lebarkan temboknya. Walau bukan singgahsana, hanya istana pasir yang tidak berharga, tapi dihatiku ia istimewa.

Harapan itu kekuatan, atau kedukaan?

Wednesday, November 06, 2013

maafkan saya, awak

Maaf. Maaf. Maaf.

Marah tak tentu pasal, maaf.
Spam mesej, maaf. 

Atau mungkin sejuta maaf saya tidak bermakna?
Atau perubahan semuanya tiada berguna?

Maafkan saya, awak.


....

Saya tahu tak mudah untuk lupakan sesuatu.
Maaf. Saya tahu awak tak suka saya buat semua tu sebelum ni
Tapi saya tak tahu, yang awak, sangat-sangat tak suka.

Maafkan saya.
Saya tak buat lagi semua tu.
.

Monday, November 04, 2013

harapan masih ada

Ku menulis:
Putus harapan itu suatu kebebasan
Mengharap manusia itu suatu kehambaan

Dia bertanya:
Mahu berputus harapkah?

Aku menjawab:
Belum

.........

Awak.
Saya tak tahu

Kadangkala saya rasa macam..
Saya dah xde apa-apa harapan lagi untuk diputuskan

Saya ingin bertanya
Perlukah saya berharap lagi?

Entah.
KELIRU.