© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, June 21, 2010

keliru

sukar, sulit, susah

Memang sukar untuk menjelaskan betapa sulitnya perasaan, dan pastinya susah untuk difahami. Siapakah bisa mengerti hati ini?

Ah.. hati sendiri pun tidak mampu difahami, apa lagi mahu bertanya pada orang lain. Tapi manalah tahu kan? Akan ada yang mampu memberikan jawapan. Atau sekurang-kurangnya menghuraikan kekusutan yang ada sedikit sebanyak.

Resah.. Saya benar-benar resah. Buntu, juga keliru.

Si dia yang dikasihi.. Entah. Haisyhh.. Susahnya menyimpan perasaan terhadap orang yang tidak mahu menerimanya. Tapi akan daya, hati ini masih tidak mahu berubah. Mengapa berdegil? Ketegaq, orang Kedah kata.

Atau mungkin sebab dia melayan dengan baik, malah masih melayan dengan baik. Maka sukar untuk meninggalkan dia? Atau sebab sebenar adalah kerana tiada yang lain? Ha.ha. Salah satu jawapan yang boleh diterima.

Saya tak nak berhubung dengan dia lagi. Tapi masih mengharap yang dia tidak berhenti menghubungi.

Sesungguhnya saya telah berjaya untuk membuang pengharapan untuk bersama dia kelak, cumanya perasaan yang ada masih belum mampu diusir.

Ada kawan saya cakap, jangan sms dia, jangan layan dia, jangan balas sms dia, jangan, jangan, jangan dan jangan.

Ada juga yang memberi sokongan. Teruskan usaha. Tidak salah mengharap. Malah berdoalah kepada Tuhan kerana Dia Maha Mendengar. Berdoa moga hatinya terbuka untuk saya, semoga dia menerima saya dalam hati dan hidupnya, mengasihi saya seperti mana saya mengasihi dia.

Sebab hati dia, bukan dia yang pegang. Allah yang pegang. Jangan minta pada dia untuk membuka hatinya. Tapi pintalah pada yang Esa. Itu nasihat teman saya, Asya. Yang masih terngiang-ngiang. Asya sering memberi sokongan kepada saya, perasaan saya.

Tapi betul juga. Kalau saya tak hantar sms pada dia, saya tetap mengingati dia. Dia sms, saya tak sampai hati tak balas. Saya pernah buat macam tu, tapi hati saya yang sakit. Sakit sangat. Walaupun orang boleh buat macam tu kepada saya, tapi saya tak boleh.

Kenapa ya? Kenapa tak sampai hati nak buat kat orang, apa yang orang sampai hati buat kat kita?

Tentang cincin yang saya dapat daripada dia. Saya masih pakai lagi. Ada orang cakap, jangan pakai, simpan jauh-jauh. Kalau pakai ingat dekat dia. Hurmm.. tapi kalau dengan saya tak payah lah, tak pakai pun ingat + rindu jugak dekat orang tu. Lagipun sayanglah kalau tak pakai, sebab memang takde yang lain pun. Ha.ha. Kan? He.he..

Saya akui, saya yang memintanya. Dan dia belikan untuk saya. Dia suruh saya pilih, tapi saya tak mahu. Saya suruh dia pilih sendiri. Jadi dia pilihkan dan beri kepada saya. Saya tanya dia, apa yang dia mahu dari saya? Dia cakap tak ada. Dan saya pun tak beri apa-apa. Ha.ha, teruk kan?

Kata Asya, bukan senang lelaki nak berikan cincin kepada perempuan. Si dia ada tanya pasal cincin juga, suka tak? Saya cakap saya suka, tapi... yelah sebab saya yang minta. Kata dia, kalau tak bagitau taktau nak bagi apa. Jadi kena bagitau...

Saya suka kacau dia. Saya suka usik dia. Saya juga suka dia usik saya. Saya juga suka merajuk dengan dia (ngada-ngada kejap, ha.ha). Tapi bukan betul-betul pun. Dia usik-usik, ataupun ubah topik ke, nanti ok lah balik. Aihhh.. apo nak jadi dengan eden nih?

(SATU)
Saya: Kawan saya cakap awak hensem.
Dia: Ek? Kat mana ya?
Saya: Manalah saya tahu. Dah dia cakap macam tu. Takkan nak tanya kot
Dia: Tanya je lah.. Hehe
Saya: Taknak lah
Dia: Awak rasa hensem kat mana? Eh, manis kat mana?
Saya: 'Awak' tu saya ke, kawan saya?
Dia: Awaklah yang tengah msg ni.
Saya: Hensem kat mane? Erm.. Macam mana nak cakap ye? Susah lah nak cakap. Mmm., macam mane nak bagitau mana yang hensem sebab awak tak hensem pun! :P
Dia: Haha

(DUA)
Saya: Nak coklat? Tadi saya makan coklat. Tapi tak sedap. Nanti saya bagi ya?
Dia: Amboi. Tak sedap baru nak bagi?
Saya: Yelah, sebab tak sedap la nak bagi. He.he
Dia: Kalau sedap tu makan habis, tak bagi la. Teruknya
Saya: Ha.ha. Ok ape.. ok la.. sekurang-kurangnya bagi. Bukan macam orang tu
Dia: Yelah, yelah...

Tapi kadang-kadang.. Saya rasa, dia layan saya sebaik mana pun, bahkan saya percaya dia boleh layan saya dengan lebih baik selepas ini.. Tapi hati dia...??

Yelah.. kalau perempuan, kalau saya, saya tahulah. Saya layan dia baik sebab saya suka dia. Tapi dia, hurmm.. boleh ya, layan saya dengan baik, tapi tak suka kan saya? Bukanlah tak suka langsung. Dia suka sebagai kawan, kawan baik. Bukan macam saya sukakan dia.

Keliru. Pernah sendiri cakap, saya akan terus sayang dia selagi saya mampu. Hati akan terluka? Itulah harga yang perlu dibayar apabila sukakan orang yang tidak menyukai kita. Kadang-kadang mahu berhenti sahaja. Tapi... tapi apa? Tapi kenapa?

Saya rasa saya tak boleh kalau dia tak ada. Atau mungkin boleh sebenarnya, cuma tidak mahu jika dia tiada.

12 comments:

wulan prasetyati said...

salam ziarah putri.. salam dari ku wulan from Indonesia

Puteri said...

salam.
slmt pg wulan!

Unknown said...

ziarah malam putri,,,
salam hangat dan sukses selalu

Unknown said...

puteri,

kita sume pakat semangat baru dan ceria gitu... jgn susah2... cincin tu bagi akak pakai... leh gak nak buat pusaka nanti... hehehe....

kalau banyak bertanya pada hati... kita tak boleh nak buat keputusan. tanya pada akal.... insya Allah apa yang terjadi ketentuan Ilahi... mungkin ada hikmah tersembunyi ... kan..

Puteri said...

aby -->>

trima ksih!
:)
insya-Allah

Puteri said...

k. izan -->>

bagi akak? adeh.. kite dh la ad 1 tu je.. isqh.. xleh2.. he.he

mgkin juga kn..
byk ikt grak hati, kata hati..
tp kdg2 naluri itu ada bnarnya..

erm..
jgn bmbang.. msih mmpu brfkiran wras ;-)

Unknown said...

berziarah lagi sebelum tidur,,,
selamat malam puteri,,,

Unknown said...

this i lovely post i like it
you are correct difficult to express feeling fro heart

Puteri said...

aby -->>

slmt pg

Puteri said...

knk -->>

and too difficult when person who we love don't love us..

suri said...

salam..
ikutlah kata hati.smoga ia akn menangkan hati..

pasal tag tu?
bukan tak mau buat..
adeh kak blh buat tapi bi akak kurg tahu skit..klu translet ke bm pasti dah lama akak buat.

Puteri said...

erm..
ye..
skrg ikut je masa yg brlalu
juga trima ap yg bkl brlaku
;-)