© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, August 25, 2006

Kem bahasa arab

baru balik dari kem bahasa arab beberapa hari yang lalu.. hmm.. memang la.. memang best giler!! Hihi.. rugi kalau tak pergi.

Bertolak hari jumaat kul 4.00petang, dalam 6.30 sampai ke destinasi. Malam..xde pa pe cume bahagikan dalam kumpulan, pastu..buh nama kumpulan, eh..majmu’ah. almaklumlah kena cakap dlm bahasa arab ja kat sana. Alhamdulillah, ahli kumpulan ana ok2.. yang laki lak, sorang tu sibbek dah knl sket2 wlaupun kos lain. Actually 3 org lelaki dlm kumpulan ana kos lain2.. yg sorang lagi lak, kebetulan dak se negeri..senang nak berbicara. Ye la, orang2 negeri ana kan ramah+sporting+best.. hehe =D yang ketiga, hmm.. hehe.. ok jugak ‘dik’.. dan yang terutama housemate ana, huda =)

Hari kedua.. paginya lepas riadah, aktiviti @ permainan jual+beli. Setiap kumpulan bahagi kepada 2, iaitu pembeli dan penjual. Antara yang menjual, ana..
Petang masuk hutan+naik bukit dari kul 2.00 sampai kul 5.00, turun balik..jauh giler..

Oh ya, kiteorang dapat kad peserta, kalau sesapa cakap dalam bahasa selain bahasa arab, kad tu akan ditebuk lubang. Ana dapat satu lubang..uwaaAA..tidak!! :(( dak senegeri tu jadi ketua kumpulan. Hmmh..selalu je cakap melayu tau. So, kena la tebuk jugak, kuikuikui..

Hari last, bat pet ah..macam lasak gak..tak tahu benda apa tah.. kalau tak lepas bat semua2 tu, kiteorang akan bat flying fox lak..tapi sebab masa xcukup, dibatalkan. Pastu..BALIIIKKK!!

Hmm…best sesangat walaupun penat. Kalau ada lagi, ana nak sertai lagi la.. BEST!!

17 hb ri tu, sir @ abang pit mai sutera indah. Hari sebelumnya dia cakap nak pi konvo abang bun kot, xsilap lah. Pastu dia kata, esok atau lusa (17 atau 18hb) baru dia nak mai sutera indah. Lepas maghrib, dapat msg, “sy dah sampai..” sir dah sampai sutera indah. Pastu kuar jap, jumpa beliau, hihihihi.. (bahas, bahas….lum siap ma..*masa tu la) bagi duit nak bayaq hutang dekat idah, suh sir tolong bagi kat adik dia merangkap kawan ana tu.


Hari ape ek? Sir datang lagi sutera indah. 23hb, antara msg yang dihantar sir “nak kenal dengan kak ipaq idah dak?” ui..musti la nak. Pastu ana, sir dan kak ape tah (alamak, susah nak ingat la nama dia)

hurm..gitu la alkisahnya.. =)

Wednesday, August 09, 2006

Bila Al-Quran Berbicara

==================================================
BILA AL-QURAN MULA BEBICARA ==================================================


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuhdalam keadaan suci,
Aku kau pegangAku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin
agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...
surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi..
.engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu membuat kerja pun kadang-kala
engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan
engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,
radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu..mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktu pun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",
kitab sucimu yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Thursday, August 03, 2006

koleksi


koleksi gambar yang tersimpan..

versi 'Lafaz Yang tersimpan' oleh UNIC.. hehehehe
Semalam masa belek2 memory card kamere, terjumpa beberapa gambar...


gambar ni diambil masa firstday jadi budak U.. hihihi.. hari orentasi
hafeez, ana dan abg a.k.a papa hafeez. ni dalam DKP 1.4 tak silap.. sape penah pegi? ;)


yang ni best.tapi nampak macam laen sket :) baju sama je dgn gambar kat atas, tapi hari lain-lain tau. cube tengok gambar atas ni elok-elok. tengok dekat bunge.. hihi.. faham tak? *ade orang nak bagi, tapi ana tak nak sebab ana cume nak dekat.... :D huhuhu B)
*rekaan semata-mata.


ni je yang menarik. dalam entry2 terdahulu ade penah letak gambar gak. nanti kalau kawan2 yang kenal puteri kat blog nih, terjumpe puteri ke, terserempak dan sewaktu dengannya, sila-sila lah tegor :) (kuikuikui..)

jumpe lagi semua.
assalamualaikum :X :X