© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Saturday, June 05, 2010

jom bercuti!

Bila cuti sekolah menjelma, maka aktiviti utama yang pasti berlangsung adalah bercuti. Budak-budak, mak-ayah budak, dan adik-beradik semua pun suka jalan-jalan, kan?

Tak kiralah di mana-mana, kampung halaman ke, luar negari ke, luar daerah ke, yang pasti cuti-cuti Malaysia (promot bercuti dalam Malaysia) dapat berjalan. Lama ke, sekejap ke.. Semua tu tak kisah, yang penting.. 'kita enjoy!' (pinjam skrip Puteri, TV3).

Bercuti bukan sahaja dapat menenangkan fikiran, malah seolah-olah memberi nafas dan udara baru ke dalam diri kita bila berada di destinasi percutian. Rileks dari timbunan kerja yang melambak-lambak, hilangkan stress setelah tamat peperiksaan, berbulan madu (huUU).. Pasti yang indah-indah menanti di tempat percutian.

Lari dari masalah atau kerja (baca: malah putus cinta) pun boleh,,! Caranya, pastikan HP anda tidak dibawa bersama. He.he.. (walaupun cara ini mungkin bertahan untuk tempoh yang pendek, tetapi ia berkesan!).

Tak percaya? Jomlah pergi bercuti!!

Mana nak pergi ya..?? Untuk menjimatkan kos sambil menyokong produk dan destinasi perlancongan + percutian negara, apa kata kita pilih dalam negara sahaja. Banyak juga tempat yang cantik dan menarik.

Kita ada Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Pangkor dan macam-macam pulau lagi.. bajet lebih sikit, boleh ke Pulau Langkawi, pulau yang merupakan destinasi perlancongan bukan sahaja rakyat negeri Kedah (promot negeri sendiri), juga rakyat Malaysia, bahkan satu dunia berkunjung ke sana. Haa.. apa lagi? Bolehlah servey2 (dan simpan bajet) untuk ke Langkawi. ;-)

Sedikit info tentang Langkawi:

Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" bermaksud burung helang. Pada suatu masa dahulu, Langkawi dikatakan menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. "Kawi" bererti merah hati, ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

Kawi juga bererti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi dikatakan turut terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

(sumber: wikipedia)

http://travelmalaysiaguide.com/images/Maps/langkawi-map.jpg
peta Langkawi
(sumber: travelmalaysiaguide)

http://cache.virtualtourist.com/1628233-Symbol_of_Langkawi-Pulau_Langkawi.jpg
tarikan utama: Dataran Lang
(sumber: virtualtourist)


antara pantai yang terdapat di Langkawi
(sumber: sepaku)


cable car:
(sumber: goway)

Ok, cukup dulu di sini untuk posting kali ini. Lagi cerita tentang Lagkawi dan cuti, posting akan datang. Jumpa lagi! ;-)

********************************************
Upssst... Happy Birthday to my blog!