© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, January 23, 2007

mimpi Rasulullah


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Saturday, January 20, 2007

maal hijrah 1428


Salam Maal Hijrah buat semua. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan tahun baru hijrah. Tahun baru, azam baru, diri yang baru, hati yang baru, cara berfikir yang baru, insya-Allah.

"Jadikanlah yang TEBAL itu IMAN,
yang NIPIS itu LIDAH,
yang TAJAM itu akal,
yang LEMBUT itu HATI,
yang RINGAN itu SOLAT,
yang HALUS itu SUARA,
yang LUAS itu ILMU,
yang MANIS itu SENYUMAN".

Terima kasih buat al-insyirah, kak liza DNC, sir hafiz, amir-syahid, abg fysal dan lain-lain. Tak lupa terima kasih buat abang dan kak not yang sudi mengucapkan salam maal hijrah. Juga kepada ustaz sanusi yang mengingatkan pada pagi ini tarikh esok di dalam Islam. Serta kak auni, 'pesanan' untuk membaca doa awal dan akhir tahun. Ana baca bersama akhtar ;)

"Jikalau hari ini engkau MUSLIM,
jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi MUKMIN.
Jikalau hari ini engkau MUKMIN,
jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi MUTTAQIN,
Jikalau hari ini engkau MUTTAQIN,
jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi MUKHLISIN.
Jikalau hari ini engkau MUKHLISIN,
jangan biarkan hari esok berlalu tanpa menjadi SYAHID"

Allahu akbar!!

Thursday, January 18, 2007

tanda tanya


Pagi ni, ana terlihat sebuah buku yang dibaca oleh seorang kawan dalam dewan kuliah, dia berada di belakang ana. Agak menarik perhatian. Lalu ana bertanya kepada kawan sebelah.. "buku sape tu?" Dia menjawab "ade la.." Dari jawapan itu, ana mengagak, ia adalah milik kawan sebelah ana, ataupun dia meminjamnya.

Kemudian, ana meminta izin darinya untuk meminjam buku tersebut untuk seketika. Ana membelek-belek. Tajuknya, "PRESTASI RAKYAT 2004". Dicetak oleh PNMB (Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2004). Nama penulis atau pengarang tidak pula disertakan. Puas ana mencari di bahagian kulit depan, belakang, di bahagian depan dan akhir buku, namun masih tidak ditemui. Buku itu terbahagi kepada beberapa bahagian, Ekonomi, Politik, Pendidikan, Sosial dan Keselamatan.

Di bahagian Ekonomi, ianya tercatat peratusan penduduk Malaysia, pendapatan isi rumah, kadar pengangguran dan sebagainya. Ana melihat-lihat pula dibahagian Politik. Ada peratusan pengundi, kedudukan kerusi parlimen, keputusan pilihan raya dan lain-lain berkaitan politik. Firasat ana mengatakan penulis buku tersebut ialah orang BN. Kenapa?

Dari segi 'persembahan' dalam buku itu pada bahagian nisbah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti. UMNO : PAS dan UMNO : PAS : ADIL. Hati ana berkobar-kobar pula untuk melangkau terus ke bahagian Keselamatan. Pada muka pertama bahagian itu ialah definisi keselamatan negara, takrif keselamatan dan ancaman keselamatan. Seterusnya ana tertarik dengan beberapa subtajuk dan ingin dikongsikan di sini...

PEMBENTUKAN IDEOLOGI DAN JIHAD BERCORAK MILITAN : ANALISIS SOAL SIASAT TERHADAP 16 TAHANAN MENDAPATI IDEOLOGI DAN SIKAP MILITAN TERBENTUK AKIBAT

*Terdedah kepada Jihad diperingkat remaja lagi
* Pendedahan kepada ceramah-ceramah Fadzil Noor, Hadi Awang dan Nik Aziz mengenai Jihad dan Syahid.
*Pengaruh ibu bapa yang membataskan pendedahan kanak-kanak kepada kumpulan Agama tertentu sahaja.

Ana merasa geram tiba-tiba. Ya Allah, geramnya yang amat. Muka surat seterusnya "Senarai Anggota Jemaah Islamiah (JI)" Ada gambar Wan Min Wan Mat, Dr. Azahari Husin, Khalid Al-Meeda, Hambali dan lain-lain. Seterusnya gambar berserta penerangan Zainon Ismail (Pemimpin KMM pertama di Afghanistan) dan Nik Adli Nik Aziz (Pengganti Zainon Ismail). Siapakah penulis buku tersebut? Penuh misteri dan meninggalkan tanda tanya.

Tuesday, January 16, 2007

derma darah


Puteri amat berminat untuk menjadi penderma darah. Tak pernah pun menderma darah sebenarnya. Tapi entahlah.. berkobar-kobar semacam je nak derma darah..huhu. Maybe selepas tengok kempen derma darah anjuran Nasyeed.Com dalam forum kot? Mungkin lah...

Lalu tanpa membuang masa, abes kelas pukul 1.00pm, puteri bergegas mengambil borang dan mengisinya dalam dewan kuliah. Lepas tu dah abes isi, puteri ingat nak pegi la hantar borang tu, nak check darah apa smua. Tapi kawan cakap, nanti tak sempat sebab kelas dah nak mula pukul 2.00pm. Lalu, puteri pun tunggu la kelas tu abes pukul 3.00 pm.

Keluar je dari kelas, beratur dekat tempat check darah tu. Ada la nak dekat pukul 4.30, baru la sampai turn puteri. Tuan doktor yang memeriksa puteri ada la sembang-sembang, lawak-lawak.. Hurm..takde la rasa takut sangat :D Lepas 2, dia tanya, "darah cik jenis B?" Puteri mengiakan. Katanya lagi, orang berdarah B ni..agresif. Agresifkah puteri? huhuhu..

Dah menjalani beberapa proses lepas tu, alih-alih dia cakap "tapi cik tak boleh menjadi penderma hari ni.." Hah??! "kenape?" Tanya puteri pulak. Lalu puteri mendapat jawapan "darah cik tak cukup zat besi" ;( Doktor tu pun ade la memberi sedikit penerangan buat puteri, bla bla bla.. Sebelum puteri beredar dari situ, dia memberikan puteri dua jenis ubat. Apa nama ubat tu puteri pun tak pasti, untuk menambah zat besi la agaknya.. =((

Wednesday, January 10, 2007

putaran masa


Sukar memperoleh kesempatan untuk berposting. Hati juga seakan tidak keruan. Entahlah..

07-01-06
Sesuatu yang tidak disangka. Hari ni..'dia' miskol ana. Masa tu tengah best2 nak tengok cerita, dalam pukul 11.00pm. Dan panggilan itu, membuatkan ana kaku seketika. Terkejut. Tergamam. Perubahan air muka ana disedari teman serumah. Jantung ana berdegup kencang. Ya Allah..apakah yang melanda jiwaku dikala ini? Ana pun tak pasti apa perasaan ana terhadap pe'miskol' dan miskol yang dibuat waktu itu. Suka, gembira, bahagia atau rasa semakin terdera, menderita?

Kenapa 'muncul' di saat ana beroleh ketenangan dan sedang berlari jauh dari mengingati enta? Saya mula teringatkan awak balik. Epilog rindu menyapa kembali. Hati ana goyah. Terasa ringan pula tangan ini untuk membalas miskol itu, namun masih berjaya 'berfikiran waras'. Dan miskol itu.. ana biarkan ia sepi. Apa yang perlu ana lakukan? Ana perlukan seseorang. Akhi Anuar.

08-01-07
Register kos. Takut untuk menghadapi 'kenyataan'. Gerun. Merancang untuk ke lab. Tapi tak jadi. Hasrat untuk 'menemui pembantu peribadi' terbatal. Perkara semalam masih menghantui. Daya gravitinya terlalu tinggi. Mampukah ana terus mengharungi?


09-01-07
Alhamdulillah.. 'Lulus Terus Pengajian'. hehehe.. Pointer sket je..jadi malas nak letak kat sini. Tiga subjek dapat A.. Akidah&Akhlak = 4.00, Information Technology = 3.70, Bahasa Arab = 3.70.

10-01-07
Reply the missed call.

Ana berfikir berkali-kali juga sebelum tu. Akhirnya, mendapat kata putus.. Takkan kerana itu, persahabatan akan terputus? Malah kami masih menjadi kawan, bukankah begitu? Dan ana juga seharusnya berterima kasiih kepada 'dia' kerana pernah memberi ana 'pengalaman' yang amat 'berharga'.

*********

Kenapa dalam hati ada perasaan?
Kerana dalam hati ada cinta,
dan CINTA JUGA ANUGERAH DARI TUHAN..

Saturday, January 06, 2007

musafir dunia


Lama tidak 'menulis'. Rindunya rasa.. =)
Juga rindu kepada teman-teman dunia cyber :D

04-01-07
Menjadi perantau untuk kesekian kali (pagi ini tidak sempat untuk menulis entry baru). Liyana (sains) tidur kat apatment ana. Ain pun datang hari yang sama, ada berjanji waktu cuti dulu. Thanks Ain untuk 'bihun sup goreng' semalam =P

05-01-07
Jenjalan n temankan Ain beli mp3 dekat seremban. Banyak gak topik yang menjadi topik perbualan kitorang, antaranya masa pergi umah Ain sebelum balik sp dulu, masa pergi pudu.. Huh, tingat ade orang gaduh (peragut). Kakak Ain cakap ana pegang tangan dia kuat yang amat (ye ke?), hehe.. rasa kelakar la pulak (masa tu takut gile la..).

Malam ni, Ain tidur skali ngan Liyana kat umah ana. Semalam ajak Ain, dia tak nak. Hari ni ana dapat pengajaran yang baru secara tak langsung. Semalam pun (sebab tumpang orang yang sama :D). Actually ana tak berapa kenal nama akhi tu..abg senior. Tapi yang best, dia cakap memang tak sesia. Sekurangnya ana tak jumud dalam topik-topik sebegitu, yang semakin orang tinggalkan. Cara dia berpakaian hari ni..sejuk mata hati, (hehe.. ana xde ape-ape niat yerk..).

Tapi katanya, ramai yang memandangnya sebagai pelik. Student, malah rektor sendiri. Haha.. begitulah dunia, yang baik dipandang jelik. Tingat kuliah subuh kat sp dulu, perkara yang akan berlaku di akhir zaman (hadith), yang makruf dianggap mungkar, begitulah sebaliknya. Dan yang lebih teruk dari itu, amar mungkar, nahi makruf. Sambung akhi itu lagi, ada yang berkata padanya, Khatib pun tidak memakai pakaian sepertinya. Lalu dia membalas 'khatib khatib la.. ni aku'.

Ana sempat mengambil daripada 'kuliah' express itu, "orang yang mengamalkan sunnah Nabi di masa semakin ramai yang meninggalkannya (sunnah itu), besar ganjarannya". Paling ana tertarik (lebih kurang begini la ayatnya), "Kita lakukan apa yang diperintahkan oleh Allah, disuruh oleh Nabi. Tapi kita tak boleh mengharapkan ganjaran sebab itu adalah hak Allah. Sama ada Dia nak beri atau tidak itu hak Dia, kita buat dengan ikhlas, itu yang penting". Betul juga.

Teringat masa zaman sekolah dulu, pernah ada ustaz cakap "Kita berbuat baik, memang untuk mendapat pahala. tapi pahala itu hak Allah, dia nak bagi atau tidak, itu bukan wajib ke atas Dia". Hmm.. dan ana berfikir akan kebenarannya. Teringat kepada ustaz di MMKM, akhi Anuar dan Amir-Syahid.

06-01-07
Tak susah untuk mengajak orang berbuat baik. Hari ni, 'kami' memulakan kembali yang dah lama 'kami' tinggalkan. Itulah solat berjemaah. Antara nak dan tak nak aje. Bukankah kita bertanggungjawab menyeru ke arah kebaikan? "Man qala LAILAHA ILLALLAH wa huwa da'ie" Juga sebuah hadith yang bermaksud "Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya". Takut pula memikir, akan disoal tentang tanggungjawab 'nanti'. Masih banyak yang ana belum laksanakan. Kadang-kadang takut. Takut disisihkan "macamlah dia tu baik sangat". Gerunnya pada ayat itu. Ana memerlukan pembimbing, penyokong. Yang akan menasihati..mungkin.

Tuesday, January 02, 2007

istimewa buat puteri


emm...mcmana nak cakap.susah jugak nak beri jawapan pada awk sbb,awk pun sebenarnya xtahu apakah sebenarnya persoalan dia.lama jugak sy nak cari apa yg sbnrnya awk cari.sbb skrg ni awk dlm kekeliruan dgn perasaan dan juga kecelaruan jaw drp A.kenapa dan mengapa dia wat begitu pd awk.samada dia benar2 sygkan awk atau pun tidak.

dalam usia muda begini,mmg perasaan kita cepat sensitif dlm soal hati dan juga naluri menyintai.sy rasa awk betul2 sukakan dia dan betul2 menyintai dia.awk pernah tgk jerat utk menangkap rusa dan kancil.kalau jerat itu berjaya menangkap mangsa.xkiralah betapa kuatnya si rusa cuba melepaskan diri jerat itu makin kuat menjerat kaki dia.

Begitu juga dgn awk,keputusan melupakan dia merupakan satu keputusan yang sukar sbb awk skrg di jerat percintaan. semakin awk cuba lupakan dia,semakin kuat dia membayangi hidup awk.sy pernah alami perkara yg sama, dan rasanya bertahun jugaklah sy merana.

tindakan yg bijak jdlah seperti sang kancil,bila terperangkap dlm jerat dia buat2 mati.dan apabila pemburu melepaskan ikatan krn menyangka ia sudah mati, sang kancil pantas berlari melarikan diri. nasihat sy pada awk,jual mahal dgn dia dan elakkan menyebut perasaan suka atau sayang kepada dia.

tentu awk tertanya kenapa sy berkata begitu?. apabila A sudah lama tidak dengar khabar awk,tentunya dia ingin tahu keadaan awk.dia akan message awk ataupun tel. tetapi jika awk tidak membalas dan menjawab tel,tentunya dia merasakan perasaan kehilangan. apabila awk jual mahal atau pun tidak menunjukkan perasaan mengharap kpd dia.dan awk keraskan hati utk menyatakan atau membalas perasaan awk.tentunya dia akan mencari awk lagi (jika dia betul2 ikhlas kepada awk).

pada pendapat saya(cuma pendapat sebab tak mengenali dia).kalau sy sbg lelaki sudah menyukai girl itu,tentu sy akan memberikan layanan yg menunjukkan perasaan sy kepada dia.menjaga perasaan dia dan juga menyayangi dia.mcm dulu,ada girl B pernah sukakan sy.xtahulah kenapa dia sukakan sy,sy ni bknnya hensem pn.dia selalu bagi surat dan call kat rumah.sy dulu klu boleh nak elakkan diri drp dia,sbb bkn xsuka tp xselesa.

mcm girl A yg saya jatuh hati sebenar2nya.cukup liat utk direbut hati dia.alim warak.susah nak tgk senyuman kat muka dia.bagi surat pn xbalas,kalau tel kejap jer ckp.dulu mana laa ada hp mcm skrg.sy begitu menyanjung dia,sbb ada sesuatu perasaan kekaguman kpd dia.ITULAH PERASAAN SEORG LELAKI.

Mungkin sudah tiba masanya,awk membuktikan sst yang awk seorg yg berjaya dan mampu berdiri sendiri tanpa mengharapkan kehadiran dia.Percayalah,kalau dia betul2 sukakan awk.dia akan cari awk dimana shj awk berada.dan jika awk ingin lupakan dia,jgn awk letakkan perasaan mengharap kpd dia tetapi biarkan perasaan mengharap drp dia pula.

kerana lelaki diibaratkan seperti seorg pemburu, dan pemburu tidak pernah puas selagi tidak berjaya menjerat mangsa. cuma pemburu tidak memburu sang gajah,dan jika dia tidak memburu puteri. letakkan perasaan redha dlm diri,yang cinta Allah tidak pernah hilang kpd hamba2nya.

******
Terima kasih buat sahabat ana akhi Anwar yang sudi berkongsi perasaan ana. Betul apa yang dikatakan.. Terima kasih Tuhan kerana hadiah istimewa ini. Buat sahabat ana itu, sekali lagi terima kasih dari ana. Juga, terima kasih buat sahabat tersayang ana, Laila...

Monday, January 01, 2007

kezaliman yang nyata


Dan bodohlah mereka-mereka yang menyokong, bersubahat, melaksanakan hukuman ke atas Saddam Hussien. Semoga laknat Allah ke atas Amerika dan sekutunya.

Terlalu jelas, nyata, terang bercahaya lagi bersuluh lampu hukuman yang dilaksanakan ke atas Saddam adalah bermotif politik, balas dendam, dan kebencian terhadap Islam khususnya.



Saddam sewaktu ditangkap

Tarikh Saddam dijatuhkan hukuman juga terlalu jelas kebencian Amerika Laknatullah terhadap Islam. Ketika umat Islam sedang bergembira menyambut Aidil Adha, Saddam diperlaku seolah-olah 'haiwan korban', itu anggapan Dunia Arab walaupun menegaskan mereka tidak campur tangan dalam dalam soal hukuman ke atas bekas Presiden Iraq itu.

SEBAHAGIAN penyokong Saddam Hussein menziarahi pusara bekas Presiden Iraq yang disemadikan di tanah kelahiran beliau di Awjah, Iraq kira-kira 180 kilometer dari utara Baghdad, semalam.

Laporan berita :

Pada 5 November lalu Saddam dijatuhi hukuman mati
selepas sebuah mahkamah Iraq mendapati beliau bersalah membunuh 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982 berikutan cubaan membunuhnya.


Hukuman mati itu disahkan oleh panel kehakiman pada 26 Disember lalu dan hukuman ke atasnya dijalankan di sebuah pusat perkhidmatan perisikan di Kadhimiyah di utara Baghdad.


Sementara itu, laporan AFP dari Kaherah menyatakan sentimen kebencian terhadap Barat oleh dunia Arab semakin memuncak ekoran hukuman ke atas Saddam itu.


Malah, Arab Saudi dan Mesir yang menjadi sekutu rapat Barat turut menyatakan bantahan terbuka mengenai pemilihan hari untuk melaksanakan hukuman gantung terhadap Saddam.


Penduduk Arab dan dunia Islam merasakan tindakan menggantung Saddam pada Hari Raya Korban itu sebagai satu penghinaan untuk agama suci tersebut.


Editor eksekutif stesen Al-Arabiya yang berpangkalan di Dubai, Nabil Khatib berkata, rakaman video pelaksanaan hukuman itu akan mencetuskan semula kemarahan dan kekecewaan di kalangan sebahagian besar penduduk dunia Arab.


‘‘Untuk ke sekian kalinya, penduduk Arab merasakan wujud sekali lagi konspirasi untuk menentang simbol mereka,’’ kata Nabil.


Menurutnya, perasaan itu akan lebih bersemarak kerana bukan semua penduduk Arab membenci bekas pemimpin Iraq itu seperti yang digambarkan oleh dunia Barat khususnya AS.


Kata Nabil, di kalangan penduduk biasa dunia Arab, bekas Presiden Iraq itu berjaya menonjolkan dirinya sebagai wira.


‘‘Beliau dianggap sebagai pemimpin yang berani berhadapan dengan ancaman luar bagi pihak dunia Arab terutama apabila beliau berperang dengan Iran dan melancarkan peluru berpandu terhadap Israel,’’ kata Nabil lagi.


Iran bukannya kelompok dunia Arab kerana penduduknya berketurunan Parsi.


Samer Hamzeh, konsultan berita untuk Dubai Media Incorporated pula memberi amaran yang sedutan rakaman video Saddam ke tali gantung itu bakal mencetuskan keganasan.


‘‘Ia bukan gambar yang biasa kita tonton di televisyen setiap hari. Ia merupakan satu sejarah yang penuh emosi.


‘‘Selalunya kesan kepada pengaruh emosi itu tidak timbul serta-merta, ia akan berkembang sedikit demi sedikit,’’ tegas Samer. Mesir yang menjadi penerima bantuan terbesar AS selepas Iraq dan Israel pula secara terbuka mengkritik pemilihan tarikh untuk menggantung Saddam itu.


‘‘Mesir kesal dengan fakta pihak berkuasa Iraq melaksanakan hukuman ke atas Saddam Hussein pada hari sambutan Aidiladha,’’ kata jurucakap Kementerian Luar, Alaa al-Hadidi kepada agensi berita MENA.


Media rasmi Arab Saudi turut melahirkan kritikan yang sama dengan mengatakan ia terkejut dan kecewa dengan pemilihan tarikh pelaksanaan hukuman itu.


‘‘Sepatutnya hari itu adalah untuk perdamaian dan bukannya mencetuskan kemarahan orang ramai".

Kezaliman yang nyata. Butakah mata menilai Amerika yang jelas membenci Islam? Menuduh negara Islam dan umat Islam sebagai pengganas, namun merekalah pengganas terkejam dan zalim. Semoga laknat dan bala Allah ke atas mereka, ameen.

masalah server network


Pertama sekali ana ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2007 buat semua. Tahun baru Hijrah juga akan menjelang tidak lama lagi. Alhamdulillah, masih kita dipanjangkan usia dan diberi peluang untuk terus hidup di atas muka bumi Allah ini untuk tahun seterusnya. Makin bertambah tahun, makin bertambahlah usia kita dan sebenarnya semakin pendeklah jangka hayat kita! Oleh itu, kesempatan ini harus kita gunakan sebaiknya kerana belum tentu ia akan datang untuk masa yang seterusnya..

Sejak dua menjak ini, berlaku gangguan perkhidmatan internet di negara kita yang pastinya semua merasai this server network breakdown (betul ke istilah ni ye? hehe) walaupun sedikit, kesannya begitu besar. Semua ini adalah kerana berlakunya gempa di Taiwan yang mengakibatkan kabel internet di dasar laut terganggu dan memberi kesan terhadap penggunaannya. (terlupa la pulak macam mana ayat papa.. :D)

Jom baca petikan berita di bawah

SINGAPURA 28-12-06 :
Kekacauan perkhidmatan Internet di Asia yang berlaku akibat gempa bumi dasar laut di Taiwan Selasa lalu menunjukkan bahawa rantau ini terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat (AS) dan rangkaian kabel yang rapuh. Berjuta-juta penduduk di seluruh Asia menghadapi masalah perkhidmatan Internet untuk hari kedua berturut-turut apabila gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter itu menyebabkan kerosakan besar kabel dasar laut yang menghubungkan negara-negara Asia dan AS.

“Di sebalik terlalu bergantung kepada Amerika Utara, Asia perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menghubungkan (perkhidmatannya) dengan Eropah,” kata Ross Veitch, pengasas Yahoo! Asia Tenggara yang juga ketua pegawai produk untuk enjin carian Bezurk.com. Gangguan perkhidmatan Internet itu meliputi China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Taiwan,Vietnam, Malaysia dan beberapa negara lain. Menurut Veitch, Internet direka bagi membolehkan ia dialihkan laluannya apabila berlaku kerosakan.

“Hakikatnya terlalu banyak trafik menggunakan kabel gentian optik bawah laut yang sedikit bilangannya. Ia amat rapuh berbanding yang orang ramai fikirkan,’’ katanya. Sementara itu, pengerusi syarikat perunding telekomunikasi BDA China, Duncan Clark berkata: “Ia amat buruk sebenarnya jika selepas 24 jam kejadian mereka masih gagal mengalihkan laluan.”

Beliau bersetuju bahawa buat masa ini hubungan antara Asia Timur dengan Eropah terlalu sedikit berbanding tumpuan lebih besar yang diberikan antara AS dengan Eropah dan Asia Timur dengan AS. “Sebenarnya kabel terdedah kepada kegiatan ‘seismos’, malah kadangkala tersangkut pada jaring nelayan,” ujarnya.

Penganalisis telekomunikasi DBS Vickers Securities di Singapura, Sachin Mittalpula menambah, kerosakan yang berlaku pada kabel dasar laut bukan sesuatu yang mengejutkan. Berjuta-juta pengguna Internet diseluruh Asia menghadapi masalah untuk hari kedua berturut-turut ketika para operator telekom berusaha membaiki perkhidmatan yang diramalkan bermasalah selama beberapa minggu. Beberapa kapal dilaporkan menuju kekawasan perairan antara Hong Kong dan Taiwan bagi membolehkan jurutera membaiki kerosakan kabel gentian optik yang rosak teruk akibat gempa bumi Selasa lalu.

Jadi, kita terpaksa bersabarlah untuk seketika sehingga keadaan pulih seperti biasa. Atau..ada antara kita yang tahu cara untuk mengatasinya? Jom, kongsikan bersama ;)