© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, December 29, 2008

maal hijrah 1430

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah buat semua.

Alhamdulillah, forum Milenia Muslim sempena pesta konvokesyen USIM kali keenam pada 26/12/08 yang lepas berlansung dengan jayanya. Secara peribadinya, bagi saya forum berkenaan amatlah bagus, cumanya ada pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kurang berpuas hati terhadap perjalanan dan pengisian program. Ya, mungkin betul katanya dan saya (khususnya, dan kami AJK umumnya) mengakui ada kebenarannya. Ramai yang hadir terutamanya pelajar dari UIA (Nilai) dan memenuhi dewan. Tapi, manalah tahu, sendiri yang syok sendiri program kelihatan berjalan lancar.

Seseorang menegur saya semalam, tanyanya, bagaimana forum hari itu? Saya terlupa siapakah dia. Er, tapi yang pasti dia AJK Pesta Konvo juga, cuma di bawah bahagian lain, pasti bukan forum. Takkanlah tak kenal 'rakan sekerja', kan? hehe.. Katanya lagi bila saya menjawab soalan pendeknya dengan jawapan yang agak panjang lebar, "biasalah tu kene komen dengan orang HEP, kalau tak komen.." dan saya menyambung "bukan namanya pegawai HEP", dia mengiakan dan tergelak kecil. *P/S: saya memohon maaf kerana tidak mengingati namanya, tapi yang saya perasan, dia berdailek kelantan :D

Saya juga memohon maaf kepada Daing kerana saya rasa ada beberapa perkara yang pegawai berkenaan tujukan kepada Daing, ada kaitan dengan saya. Pertama, tentang tayangan pendek. Kami sama-sama terlibat dalam 'pembikinan' tayangan tersebut. Saya tak pandai nka cakap depan dia, tapi saya rasa bersalah kepada dia.

Kedua, tentang soalan yang diajukan kepada ahli panel. Soalan pun kita ada rangka bersama. Jadi, akak rasa tak adil kalau Daing seorang ditujukan sebagai pesalah, sebab akak pun ada terlibat. Ketiga, keempat dan banyak lagi yang dikomen oleh pegawai HEP itu, akak minta maaf kepada Daing. Maafkan akak.

Thursday, December 18, 2008

c-fest usim

Majlis konvokesyen dan pesta konvokesyen USIM kali keenam.



Majlis konvokesyen akan diadakan pada 20/12 ini bertempat di PICC, Putrajaya. Manakala pesta konvokeseyen pula akan diadakan di Kampus USIM, Nilai bermula 25/12 sehingga 31/12. Pelbagai program menarik diadakan sepanjang tarikh tersebut.



Saya berada di bahagian Forum Milenia Muslim (26/12). Jemput datang beramai-ramai.. =)



Klik untuk maklumat lebih lanjut mengenai C-FEST USIM ke-6.

Friday, December 12, 2008

kita dan kenangan

Kita adalah kenangan
Kenangan adalah semalam
Semalam adalah peristiwa yang telah berlalu
Lantaran itu, seharusnya kita
Membiarkan ia terus berlalu


Usah dikesalkan mengapa kenangan itu
Pernah menjengah kehidupan kita
Kerana ia mewarnai dunia kita
Dengan tawa, duka, bahagia dan air mata

Kerana kenangan itu sudah berlalu
Hari ini adalah realiti yang harus kita hadapi
Terus laluinya dengan hati yang baru
Menempuh hari yang bakal mendatang

Biarkanlah kehidupan yang lalu menjadi kenangan kita
Bukan kenangan menjadi kehidupan kita..

Sunday, December 07, 2008

salam aidil adha 2008

Maaf zahir batin.

Hari ini baru pulang ke kampung halaman di Kedah. Sebelum ini berada di rumah kawan lama di Sungai Besar, Selangor. Oh best yang teramat!

Terima kasih buat Nur Fasihah bt Ahmad sekeluarga..

Friday, November 21, 2008

pindah lagi


Bukan perpindahan blog, atau perpindahan nama blog.. tetapi perpindahan kolej kediaman. Hurm.. dulu saya di Sutera Indah, kemudian tukar ke Camellia Court. Lepas tu blok B, Nilam Court. Sekarang blok E, Nilam Court. Lepas cuti ni belum tahu lagi akan menetap di blok mana, tapi apa yang pasti (seperti dimaklumkan) masih kekal di Nilam Court.

Kawan saya, waheda, zulaiha dan kawan-kawan yang lain ada yang akan pindah ke kolej kediaman baru, Acacia Park. Kolej ini agak bagus sebab berhampiran dengan kampus USIM. Tapi.... saya akan terpaksa berjauhan dengan waheda. Agak sedih. Bukan, memang sedih pun. Masa pertama kali waheda cakap (msg) yang dia akan ke Acacia semester depan, saya ada menangis. Aduh.. Kelakar pulak rasa bila teringat balik. ye la, macam la dah tak boleh jumpa lagi.. he.he.






zulaiha

Thursday, November 20, 2008

time of dog and wolf

A good person that will cherish you
It must have not been me, sorry

Foolish heart
Vague memories
Please tell me that it’s not love
If the tears dry up
The heart will also stiffen
Help me so that the pain
Does not become worse
Please don’t search for me again

The times that I have spent with you
The days that I have spent loving only you
The reason I live was because of you
Now I have to let you go
I need to make you leave
I’m not going to look back

Foolish heart
Vague memories
Please tell me that it’s not love
Have my eyes farther away
So that I can’t see you
Even if I have to live in pain

Holding back the tears
Biting my firm lips
Though I tell you harsh words
Saying that it has nothing
To do with you
In the end I yearn for you
Till the day I close my eyes
I am going to regret this day of letting you go



Saturday, November 15, 2008

exam lagi


Masih di dalam minggu peperiksaan.
Lama tidak meng-update entry..




Anyone missing me..? He.he.he..

Jumpa lagi. Wish me luck.

Wednesday, October 29, 2008

mentari hidup


Hari ni dalam kelas, pembetulan, dalam kuliah.. Ustaz najib ada bercerita, cakap-cakap dan bagi nasihat. Seperti selalu, ustaz memang selalu buat kami tersentuh. Memang betul-betul dari hati, sebab ia juga meresap ke dalam hati kami. Bukan mahu memuji, apa lagi mengambil hati beliau, tapi inilah hakikat...

Ustaz ada berpesan...

Dosa-dosa yang kita lakukan hari ini, berhati-hatilah. Setiap dosa yang kita lakukan, ada balasnnya. Mungkin kita tidak terima sekarang, 3-4 tahun akan datang, 20 tahun akan datang, siapa yang tahu? *saya ada membuat sedikit tambahan, hehe.

Teringat satu cerita, ada seorang lelaki yang banyak ilmunya, belajar tinggi-tinggi dan berjaya. Hingga suatu masa, hampir 20 tahun selepas kejayaannya, dia lupa segala-galanya...... Dan bila di selidiki, dia ada melakukan dosa. Saya tidak ingat apakah yang dilakukannya, mungkin dosa besar, atau dosa kecil yang berterusan..

Rasa sebak tiba-tiba.

Ya Allah.. berapa banyak dosa yang telah hamba lakukan..

Insaf....
Mentari hidup menjegah
Tatkala hati dirundung awan kelabu
Masih ada iman berbunga di hati
Lantas langit mula bercahaya
Mentari hidup bersinar kembali........


***************************************
Catatan beberapa bulan yang lalu.

Tuesday, October 28, 2008

study week


Minggu depan, akan bermula final exam untuk sem ini.
Minggu ini, ada beberapa kelas sahaja yang masih berbaki.

Sabtu lepas, presentation Tarikh Mazahib, group.
Selasa, presentation Mabahis HUkum, group.

Fiqh Muamalat, belum buat lagi presentation, individu.
Bila nak buat?
Entahla..
Belum prepare lagi..

Malas pula~


Friday, October 24, 2008

airport lcct

Hari ini saya telah bertemu dengan Zikri. Kami bertemu di LCCT. Saya tidak tahu ‘LCCT’ itu nama penuhnya apa, yang saya tahu cuma ‘T’; untuk terminal, hehe. Siapa Zikri? Saya pernah memasukkan tentangnya di dalam entry saya yang lepas-lepas. Zikri merupakan kawan saya yang agak rapat, tapi sekarang dah kurang rapat sebenarnya. Dia orang Brunei yang tinggal dan belajar di Sabah. Pendekkan cerita, saya pergi ke sana bersama rakan sekelas baru saya, Izati. Baru sem ini saya sekelas bersama dia dan rakan kelasnya.

Perbualan saya dan Izati sebelum flight Zikri tiba di LCCT dari utara.
--Kawan awak tu macam mana?
++Biasa-biasa sahaja. Ok je.
--Dia pakai macam ni ada tak? (sambil menunjuk ke arah seseorang)
++Er, rasanya tak. Tak adalah rock sangat macam tu.
--Pernah jumpa dia?
++Rahsia
--Kenal mana?
++Rahsia
--Rahsia-rahsia ni, bukan kawan lah tu
++Eh tak ada lah. Memang kawan pun. Kawan baik. Dia tu muda dari saya lah.

Hari selasa yang lepas, Zikri ada memaklumkan saya bahawa dia dan rakan-rakannya ada program di Perlis. Rasanya bukan pertandingan nasyid, tapi band (sebab saya ada dengar bunyi alat muzik band semasa dia mengubungi saya dari dalam dewan). Di tempat belajarnya, dia ada terlibat dengan nasyid, band, macam-macam lah persatuan, badan, kelab yang dia masuk. Ini kali pertama dia datang ke semenanjung. Dulu pernah saya suruh dia datang. Dia pun ada cakap, mungkin dia akan cuba minta Latihan Industri di semenanjung.

Semasa menunggu ketibaannya (macam tunggu yang berhormat pula bunyinya..), dia ada bertanya kepada saya warna baju yang saya pakai. Biru. Saya tidak pula bertanya kepada dia semula. Hehe. Izati suruh tanya, tapi tak tertanya pun. Dalam pukul 12.50, hampir pukul 1.00, barulah kami berjumpa. Sekadar berjumpa, sekejap sahaja. Selepas itu, dia perlu masuk ke dalam kapal terbang untuk penerbangan ke Kota Kinabalu. (Dia ada menulis sesuatu di atas kertas untuk saya).

Selepas pulang dari LCCT, saya memberitahu ini kali pertama saya berjumpa dengan Zikri. Izati tidak percaya; tipu, katanya. He.he.. Mungkin dia (Izati) agak terkejut bagaimana saya boleh mengenali Zikri semasa sedang mencari-cari kelibatnya (Zikri). Bagaimana saya boleh mengecam dia dengan baik? Hurmm.. Saya mengenalinya melalui gambar, itu sahaja. Kami berkenalan sejak tahun lepas.

Banyak juga yang saya tahu tentang dia, dia juga. Kalau ada yag masih ingat, semasa saya mempunyai masalah bersama rakan-rakan sekelas saya dahulu, Zikri banyak bersama saya. Kawan-kawan blog saya juga, yang memberi komen, nasihat, semangat. Zikri juga nasihatkan saya, memujuk saya, menguatkan saya. Dia seorang kawan yang baik. Sebelum saya bersetuju untuk mengambil watak ‘Alice’ dalam drama yang perlu dilakonkan dalam program Bahasa Inggeris dulu, dia juga yang menyokong saya dari belakang. Pada mulanya saya tidak yakin untuk watak itu… Eh, banyak pula bercerita tentang cerita lama. Cukuplah dulu “a date in LCCT”, hehe.

Inilah kali pertama kami bersua muka dan mungkin terakhir……..
****************************************
Sebuah catatan pada 18-10-08

Wednesday, October 22, 2008

rindu

kerinduan

Kekuatan jiwa kian goyah
Bilamana kasih pada-Mu mula berpaling arah
Hala tujuku menjadi salah
Dan gelap, buta, akal merasa resah

Gamitan-Mu memanggilku ke jalan pulang
Berlari-larian aku dikejar bayang-bayang
Dosa hati dan noda hitam semalam
Bagaimana ia bisa menghilang..?

Kepekatan malam mengunjung tiba
Hati gusar mengenang dosa
Inikah kifarah yang dijatuhkan padaku
Kerana lalai, leka dan alpa pada-Mu..?

Kenangan semalam segar diruang ingatan
Ya Allah... luputkanlah ia
Kerinduan itu berlegar diruang hati
Ya Allah... hentikanlah ia
Kasih dan sayang itu setia mengekoriku
Ya Allah... jauhkanlah ia

Lenyapkanlah bayangannya dari ingatanku.....
Damaikan gelora di jiwa ini.....
Padamkan kecintaanku padanya........

Monday, October 20, 2008

hati dan dosa

Akhir-akhir ini, hati sering merasa tidak tenteram. Apa yang dilakukan masih tidak dapat menenangkan. Perkara remeh sering difikirkan, perkara yang berlalu sering dikenangkan, perkara sedang terjadi dipersoalkan, perkara bakal mendatang pula dirunsingkan. Kenapa dalam diri tiada ketenangan?

+ Kenapa hati berasa resah? Kerana banyak berdosakah?
- Kerana banyaknya dosa dan jauh dari Allah. Teguran untuk aku ke? Syukran
+ Bukan. Untuk diri aku sendiri. Aku merasa resah, gelisah dan tidak tenang. Mungkin kerana banyaknya dosa. Lalu, bagaimana untuk meninggalkan dosa yang sudah terbiasa?
- Kembali menjinakkan hati melalui cara-cara yang biasa dan mudah seperti istighfar, baca quran, zikir, qiam dan lain-lain. Banyakkan berkawan dengan sahabat-sahabat yang soleh dan dapat menegur kita.. Wallahua’lam
+ Bagaimana untuk mengelak dari mendapat kawan yang tidak soleh?
- berkawan dengan semua orang. Jangan putuskan persahabatan, tapi minimakan bergaul dengan kawan yang tidak soleh dan jangan jadikan mereka sebagai kawan karib. Jadikan orang yang lebih baik dari kita sebagai kawan karib atau sekurang-kurangnya cari kawan karib yang tidak suka kepada dosa.. “Sahabat yang terbaik ialah yang benci melakukan dosa dan banyak melakukan pahala. Sahabat yang sederhana ialah yang benci melakukan dosa. Sahabat yang hancur ialah yang benci kepada pahala dan mengajak kita kepada dosa..” Wallahua’lam
+ Tapi orang yang baik tak sukakan aku
- Orang yang baik tak sukakan ko? Habis tu aku bukan orang yang baik ke? Huhu..
+ Bukan. Bukan itu maksud aku. Tak ramai yang baik rapat dengan aku.
- Pilihlah kawan dengan sebaik-baik membuat pilihan.
+Kebanyakan yang aku jumpa nampak baik, tapi dah lama tu baru aku tahu yang dia sebenarnya bukan begitu. Susahlah, aku tertipu dalam menemui kawan yang soleh
- Banyakkan berdoa pada Allah, insya-Allah.. Bermuhasabah diri..
+ Ya insya-Allah.. terima kasih untuk jawapan. Jasamu dikenang.
- Sama-sama. Peringatan untuk aku juga.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat sahabat seperjuangan di USIM, Hussein ‘Azeemi yang menjawab sms yang saya beri walaupun secara tiba-tiba. Dia seorang yang baik (bukan untuk memuji, tapi mengakui), bijak, hebat dan lain-lain yang selayaknya. Kesayangan al-ustaz lagi. Best kan jadi dia?

****************
Err..saya tak ada hati pun dekat dia tau, jangan salah faham, hehe.

Thursday, October 16, 2008

butanya cinta

Semua kerananya..




Kerana cinta itu buta
Siapa sahaja
Bisa menjadi mangsanya
Aku, kamu atau dia
Kita mungkin dijeratnya

Kerana butanya cinta
Terkadang kita merasa bahagia
Kerananya kita gembira, tertawa
Kita juga akan menangis tiba-tiba
Hidup menjadi huru hara

Kerana butanya cinta
Kasih terlafaz, palsu
Manisnya kata, tipu
Bila terhiris merasa pilu
Tiada siapa yang tahu

Kerana cinta adalah begitu
Usah biar hati luka berdarah
Maka berhati-hatilah
Dengan cinta yang menipu!

Wednesday, October 08, 2008

nokia 2600

Hempon pertama yang saya beli, 2006.




Ni lah hp pertama yang saya beli. Sebelum ni (sejak 2005) pakai 3310 (jer). Hehe. Hemfon ayah yang dia dah tak guna, saya ambil je. Masa form 3 dulu saya pernah pakai hp jugak.. tapi tak ingat nokia model berapa.

Kenapa tiba-tiba iklan hp model lama?

Bukan apa, baru petang tadi, saya keluar bersama ayah saya ke sebuah pasaraya. Di situ terdapat kedai yang menjual hp dan top-up. jadi tatkala menunggu kad re-load yang dipesan, saya melihat-lihat hp yang ada.

Lihatlah 2600 (yang saya pakai sehingga kini).. Harganya RM129. Mak aih.. masa saya beli dulu RM245, dapat kurang RM220. Sekarang ni RM129 je? Tensyen betul. Mintak kurang mesti RM100 pun boleh dapat.

Hurm.. tak apalah..

Ohya, tingat pulak dekat seseorang yang selalu jadi ejen tak rasmi promot hp nokia ni.. Jangan buat-buat tak kenal diri sendiri pulak ye sir, hehe.. Asyik pomot je, hadiahkanlah untuk saya satu.. hehe.. =)

Tuesday, October 07, 2008

aku dan al-ustaz


aku yang teruja tatkala al-ustaz menjawab,
tanpa ku utarakan soalan.. hehe






Tatkala aku mahu mencurahkan segala rasa kasih buatnya, al-ustaz mengatakan jika dia menjadi suami kamu sekalipun, dia bukan milik kamu. Begitu juga jika dia menjadi isteri kamu, dia juga bukan milik kamu. Bila kamu memiliki sesuatu, kamu tidak akan menghargainya. Juga jika kamu tidak menjaganya dengan baik, mungkin dia akan menjadi milik orang lain?

Tatkala aku mahu mengukuhkan harapan dalam perhubungan ini, al-ustaz menasihati; cintailah dia sekadarnya sahaja. Tidak bolehkah mengharap pada sesebuah ikatan? Jangan terlalu mengharap dan jangan terlalu banyak mencintai seseorang, bimbang kamu tidak akan dapat menerima bila kehilangannya.

Baru sahaja aku mahu meletakkan hanya dia dihati, untuk kini dan selamanya, al-ustaz menegur, jangan sampai kamu terlalu kecewa suatu hari nanti. Pesan al-ustaz masih terngiang-ngiang. Aduh, macam tahu-tahu pula hati aku yang sedang berbicara di sini.

Bilamana rindu itu datang menyapa, bayangannya datang menghampiri mengejar fikiranku, dan hati mula berdegup kencang bila tiba saat itu.. segera ku menepis. Biarlah segalanya seperti yang ditakdirkan. Andai ada jodoh buat kita, kita pasti akan bertemu dan bersatu bila tiba saatnya. Dan aku pasti menerimanya dengan hati yang berbunga bahagia, moga terus menguntum mekar di taman kasih yang kita bina bersama.

Namun andai takdir dan janji itu bukan tertulis buat kita, sabar dan redhalah dengan ketentuan-Nya kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Sesungguhnya tidak semua yang kita yang kita mahukan adalah terbaik buat kita.

Monday, October 06, 2008

01 okt 08

keluarga saya
hari raya 1429


kakak; ainun

abang; azim dan kakak; zihan





Sunday, October 05, 2008

aisyamira


anak2 saya (punya kakak).. =)

aisyah nabilah (kakak) dan amirah najihah (adik).








Saturday, October 04, 2008

hati kasih


Ya Allah,
jika aku mencintai hambaMU,
janganlah Kau lebihkan cintaku itu padanya
melebihi cintaku padaMU..

Ya Allah jika aku mencintai hambaMU,
biarlah cinta ini di dalam rahmat dan redhaMU
agar kami terbimbing
di bawah naungan kasih sayangMU
dan cinta kami diberkati..

Ya Allah
jika aku mencintai hambamu,
aku memohon biarlah
dia yang pertama dan terakhir..
Kekalkanlah ikatan ini di dunia
dan di akhirat kelak..

Ya Allah
seandainya dia yang kucintai tidak mencintaiku..
KAU tenangkan hatiku
agar tidak ku gundah dan resah tanpanya....
Hilangkanlah segala rasa rindu dan kasihku padanya..

Ya Allah
janganlah KAU palingkan cintaku buatmu
tatkala akukecundang dalam percintaanku
bersama makhlukMU..

Ya Allah
jangan biarkan aku sendiri
bilamana si dia menjauhiku,
kerana ku tahu KAU
tidak pernah menjauhi hambaMU..

Saturday, September 27, 2008

Saturday, August 30, 2008

ramadhan 1429

Selamat Menyambut Ramadhan buat semua.!



Tidak terlupa, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51!

Friday, August 15, 2008

sekitar cipta 2008

02 Ogos 2008
Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya


Okestra DBKL

nash


fansuri (persembahan pembukaan oleh USIM)

rosma (AF)


adibah noor


sekitar pameran lukisan


lukisan dari pelajar USIM


lukisan dari penghuni penjara


sehari sebelum Festival Cipta
**********************************
CIPTA mendapat pujian daripada ramai pihak, tahniah buat semua yang menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Tahniah USIM! =)

Wednesday, August 13, 2008

Monday, August 04, 2008

cipta 2008


Festival Cipta (Lagu Patritik) telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Ogos 2008.

Antara artis yang hadir menyayikan lagu-lagu patriotik yang dihasilkan gabungan kerja kreatif USIM dan Jabatan Penjata Malaysia adalah Nash, Nasier Wahab, Rosma AF, Sahri AF, Adibah Noor dan lain-lain. Tak lupa Marshidi, penyanyi yang diimport dari Jabatan Penjara Malaysia. Best dia nyanyi, lagu Duhai Puteri, lirik oleh Bam atau nama sebenar Mohd. Fauzi bin Ali (bos saya untuk perogram Tilawah Quran C-Fest).

Seronok juga, menjaga Pameran Lukisan. Bukan buat apa-apa pun. Lepas dato'-dato' dan YB2 masuk ke dalam dewan, saya dan tarmizi pun ikut sama. Hehe.

Tuesday, July 29, 2008

alhamdulillah


Segala puji bagi Tuhan yang mencipta dan menguasai langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya..Alhamdulillah, syukur pada-Mu Tuhan kerana aku masih bisa bernafas dan melihat, mendengar, menyentuh dan merasa segala nikmat kurniaan-Mu.

Syukur, aku masih bisa BERBAHAGIA tatkala pelbagai musibah melanda, tatkala jiwa dilanda sengsara, tatkala hati menangis pilu.... aku masih punya-Mu Tuhan.. Benarlah, "Allah takkan menguji, membebankan kita dengan apa yang tidak mampu kita hadapi!"

Aku masih punya teman istimewa, aku masih punya rakan yang penyayang, aku masih punya abang yang terbaik!. Dialah pendorong, dia adalah kekuatan hati.

Aku masih mampu berfikir dengan waras.

Alhamdulillah, aku tidak tersalah dalam membuat pilihan.

Alhamdulillah, benarlah ia perkara yang salah.

Alhamdulillah, aku telah terlepas darinya.

Terlepas daripada perkara yang salah.

Ya Allah, bagaimana aku boleh terjebak, dirundung hati yang gelap ketika itu?

Alhamdulillah......... Aku masih hidup dengan gembira.

Alhamdulillah, aku merasa bebas. Tak perlu lagi dibayangi perkara itu. Tidak, perkara itu sudah lama berakhir. Ia, ia dan dia.. bersama dosanya. Biarkan saja.

Sunday, July 27, 2008

kl-fm

f
USIM masuk kl.fm pagi tadi, 10.30 pagi. Ada Cik Ani (Puan Rozihani, Pegawai HEP USIM) dan J-mat (Khairil, pelajar USIM). Pasal Festival CIPTA yang akan datang, 2 Ogos ni. Lagi dua orang adalah wakil dari Jabatan Penjara.

Tak ada apa sangat nak tulis.

Cuma, ada yang buat saya terharu pagi ni.

Walaupun tak dapat on-air... Nama saya ada disebut.

Thanks........

Friday, July 25, 2008

alice in her wonderland


Sebelum dan selepas persembahan drama inggeris pada 26 Mei 2008 yang lepas.


izan, sebagai ms. rabbit

'alice' dan sara zulhene



bersama sir rizal, guru kami untuk ELSP kali ini


ELSP (English Language Support Program) kali ini, gabungan sebahagian pelajar SMFF dan SMSU memang best!

Monday, July 21, 2008

festival cipta


USIM dan Jabatan Penjara Malaysia akan menganjurkan Festival Patriotik yang akan belangsung di Cempaka Sari, Putrajaya pada 2 Ogos nanti. Festival ini merupakan lanjutan daripada program yang dianjurkan USIM bermula bulan Mei yang lalu iaitu Bengkel Penulisan Kreatif (lirik patriotik).

Lirik-lirik yang terpilih akan dijadikan lagu, yang mana melodi lagu tersebut adalah digubah oleh warga dari penjara; Pelajar USIM membuat lirik, pihak penjara menghasilkan lagu. Menarik bukan?

Bermula daripada 15 lirik terpilih dan 8 yang terbaik telah pun dikenal pasti. Pada malam 2 Ogos nanti, 8 lagu tersebut akan dinyanyikan oleh penyanyi yang tidak asing lagi seperti Nash dan Adibah Noor.

Saya dan abang Tarmizi, selaku urusetia bagi program tersebut akan menjaga di bahagian Pameran Lukisan, yang mana lukisan yang dipamerkan adalah merupakan lukisan-lukisan yang terpilih dalam pertandingan melukis CIPTA (Cipta Lagu Patriotik). Sekarang kami sedang mengumpulkan lukisan-lukisan. Minggu hadapan, kiraan markah oleh pihak yang profesional.

Tak sabar untuk Festival CIPTA nanti.
=)

Sunday, July 20, 2008

antara dua kasih


Yang maqamnya berbeza
Tapi mengapa
Terkadang ku leka
Tertipu hanyut
Dibuai KASIH, diulit RINDU
Yang bukan milikku
Dalam mencari erti
Nikmat CINTA-NYA?


-UNIC-

Saturday, July 19, 2008

setelah aku dipaling


Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

-RAST-

Friday, July 18, 2008

mendung di hati


Semalam, aku sekuliah dengan dia. Bukan tak pernah berada dalam dewan kuliah yang sama, bahkan selalu. Cumanya, aku jarang berdekatan dengan dia. Dan semalam, dia di depan aku. Tak apalah.. Tak ada apa-apa yang berbeza, dekat atau jauh... aku mula terasa yang hatiku semakin jauh dari dia.

Hari ni, sepatutnya aku tidak perlu menangis. Tapi aku mengangis juga kerana merasa terlalu sedih. Kecewa, barangkali. Entah. Untuk apa sebenarnya aku berduka kerana dia? Kerana rindu? Kerana sayangkah? Atau kerana cinta? Cintakah ini yang mendukakan? Cintakah ini yang menderitakan?

Dari jauh melihat kelibatnya. Tidak. Tidak terlalu jauh. Aku melihat dia dengan seseorang. Pastinya orang yang dia temui itu bukan lelaki, hingga boleh menyebabkan aku terlalu terkilan!

Aku bukan tidak benarkan dia berbicara dengan orang lain. Boleh, silakan. Aku juga berbicara dengan teman-teman dari kalangan lelaki yang lain, dan aku punya 'rakan sekerja' lelaki yang mana menuntut aku menemui mereka, kadang-kadang bersendiri. Aku dan tiga orang lelaki, semasa pembahagian kumpulan untuk presentation, sebagai contoh.

Sekarang, aku akan terlibat dengan Pameran Lukisan yang akan di Putrajaya bulan hadapan. Yang berada di bahagian ini adalah aku dan abang miji. Mahu atau tidak, dan kerana tanggungjawab, aku pasti perlu berhubung dengan dia selalu. Bahkan dengan sesiapapun.

Aku berbaik dengan orang lain, dalam masa yang sama, aku melayan dia dengan baik. Aku tak mengetepikan dia, walau selalu aku diketepikan. Aku makin tidak faham dengan apa yang berlaku sekarang.

"Sampai bila awak nak buat macam ni dengan saya? Awak nak balas dendam dekat saya ke?".

Berani. Ya, aku memang berani bertanyakan soalan itu kepada dia. Aku juga bersedia pada ketika itu untuk menerima jawapan sepanjang penantian yang menyeksakan saluran pernafasanku selama ini, baik atau buruk. Kalau ada, buatlah seperti ada. Kalau tiada, aku akan cuba belajar untuk ketiadaan dia. Walaupun dia bukan lelaki pertama yang aku suka, yang aku minati... tapi dialah yang pertama menjadi kekasihku di saat ini. Kekasihkah dia?

Apa untungnya bermain dengan perasaanku? Aku bukannya perempuan gilaan, rebutan mana-mana lelaki. Aku bukan perempuan popular atau yang tercantik. Aku bukan sesiapa, aku adalah aku yang biasa-biasa sahaja. Apa yang dia dapat dengan berbuat sebegini? Kepuasan? Puaskah menyakitkan hati aku? Puaskah?

Saya tak pernah menipu awak dan perasaan awak. Sejak saya terima awak dalam hidup saya, dan awak juga begitu, itulah perasaan saya yang masih tersimpan untuk awak dari dulu hingga ke saat ini. Kalau mahu mainkan saya, kalau mahu kecewakan saya... cukuplah. Awak dan berjaya melakukannya. Saya dah suka awak, saya dah terlalu sayangkan awak, saya dah sampai tak boleh nak berhenti daripada merindui awak. Dan inilah yang saya dapat, kecewa!

Thursday, July 17, 2008

mr. z


Saya dapat hadiah beruang hari ni.. Bila saya ceritakan pada seorang teman, dia agak terkejut. "Ada orang bagi beruang?". Bila saya jelaskan, ia adalah patung beruang, barulah dia hilang keterkejutan yang melanda. Hehe..

Seronok juga. Ini adalah kali pertama saya terima patung beruang, melainkan semasa zaman kanak-kanak. Terakhir saya memiliki anak patung beruang adalah ketika berusia 8 tahun. Pada masa itu saya tinggal bersama nenek di kampung. Entah kepunyaan siapa sebelum saya, mungkin 'waqaf'.

Saya ceritakan pada si pemberi, zulaiha (roommate wahee) bahawa ini adalah kali pertama saya terima hadiah anak beruang. Dia pada mulanya tidak percaya. tapi itulah sebenarnya. Ai.. seronok sangat, walaupun ia hanya sebesar tapak tangan.. :D

Saya namakan dia Z, Mr. Z. Sebab dia adalah 'lelaki' dan orang yang beri pada saya namanya bermula dengan huruf z, zue... Kata zue, ni hadiah untuk hari lahir saya bulan lepas, sory lambat bagi..

apa-apapun, TERIMA KASIH ZUE!!!

Wednesday, July 16, 2008

kehidupan


"kehidupan di maya ini...
tidak semudah yang kita impi..."


Tuesday, July 15, 2008

syukur pada Tuhan


Subhanallah... indahnya ciptaan Tuhan
Alhamdulillah.. aku masih diberi peluang
menikmati segala kurniaNya..