Terima kasih Tuhan
Biarpun ku kekusutan
Kau beriku ketenangan
Syukur padaMu Tuhan..
Sabtu paper Ilmu Pendidikan.
Ahad paper Pendidikan Islam, dua papers.
Dah selesai, alhamdulillah.
Maka dengan ini
Mulai hari ini
Dengan rasminya
Saya "menganggur"!
:D
jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label story. Show all posts

Monday, June 10, 2013
Saturday, August 13, 2011
bila budak main mercun
Sekumpulan budak-budak sedang bermain mercun disiang hari lebih kurang jam 5.10 petang. Paling tidak boleh tahan sekali, aktiviti itu dijalankan bersebelahan keretaku (kereta mak ler ambo xdop pitih hehe).
Teman: "Hoi! Jadi apa-apa kat kereta aku, hampa beli yang baru!"
Budak2: "Hehehe.."
Hish! Tengah marah ni pun boleh gelak lagi budak-budak ni?
Ini serius.....
Psstt..
budak-budak tu 'anak murid' teman, hukhukhukkk

Sunday, June 26, 2011
kau pergi jua
Pagi, Koko berlegar-legar di halaman rumahku. Aku melihatnya dari jauh. Koko kehilangan ibunya? Ibunya mati? Atau apa? Aku meneka-neka kerana melihat Koko sendirian. Sebahagian tubuh koko kebasahan, mungkin Koko terjatuh longkang sebentar tadi. Tapi, dari mana Koko datang? Walau berbagai soalan ingin ku tanyakan pada Koko, namun ku hanya bertanya kepada diriku sendiri.
Sebenarnya aku tidak tahu apa nama sebenar Koko, aku memberinya nama 'koko' kerana warna bulunya bercampur, namun warna yang lebih menyerlah ialah warna cokelat. Kerana itu aku aku memanggilnya Koko. Koko anak kucing yang mungkin berusia sebulan atau kurang dari itu, melihat dari saiz tubuhnya yang agak kecil. Tambahan, Koko terlalu kurus. Kekurangan zat? Kedua kaki belakang Koko agak pelik. Sakitkah? Patahkah?
Tengahari, Koko tidur di kaki lima rumahku. Letihkah? Penatkah? Laparkah? Aku melihat dari dekat, di sebalik pintu kaca ruang tamu rumahku, rumah kampung namun semakin maju seperti taman perumahan. "Hai, penat ke? sinilah. tengok sini," Koko tidak memberi respon. "Sakit ke? Kenapa?" aku seolah-olah berbicara dengan Koko, namun pastinya Koko tidak mendengar kerana terhalang oleh pintu kaca. Kalau mungkin Koko mendengar, mampukah ia memahami?
Petang, sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa di kerusi yang terletak di hadapan rumahku di sudut sebelah kiri, aku melihat pokok jambu nan sebatang di hadapan rumah jiranku. Barangkali belum musimnya, tidak kelihatan dimataku jambu yang baru berbuah, apa lagi yang sudah kemerah-merahan.
Jiranku merangkap tuan punya pokok jambu itu, Uncle Aaron kelihatan menghampiri keretanya yang terletak di bawah pokok jambu bersama isterinya Auntie Suzanne. Mungkin mahu ke mana-mana. Sewaktu kereta Uncle Lim beredar, aku terlihat sesuatu yang bergerak-gerak di tanah, tempat parkir kereta Uncle Lim. 'Koko?'. "Koko?!"
Aku berdiri sambil melihat Koko. Ya, Koko. Tayar kereta Uncle Lim mungkin telah tertindih Koko ketika Koko sedang berehat tadi. Bila masa Koko ke sana? Mungkin bukan pertanyaan yang sesuai untuk dipersoalkan disaat ini. Koko batuk-batuk, dan muntah darah. Aku melihat sendiri darah Koko memercik keluar dari mulutnya. "Innalillahi wainna ilaihi rajiun,". Itu ayat pertama yang aku bisikkan kepada diriku, untuk Koko. Atau perlu aku mengucapkan dua Kalimah Syahadah? Sudah mati atau masih hidupkah Koko?
Aku kembali memasuki rumahku. Segera aku mencapai ubat gamat dari Langkawi yang ku simpan di dalam beg sandangku dan terus menghampiri Koko. Mungkin aku boleh merawatnya. Sekali lagi aku berdiri di sisi Koko. aku tidak menyentuhnya. Pada kesan-kesan darah Koko, aku perasan ada cecair berwarna putih kekuningan. Cecair itu datang dari mata Koko, atau mungkin kepalanya. Apakah cecair itu? Otak Koko?
Ubat gamat yang aku pegang masih ditanganku. Aku ingin menyapukannya pada Koko. Namun tiba-tiba aku terfikir, ubat gamat ini agak panas, sekiranya aku menyapukannya pada Koko, apakah aku semakin menyakiti Koko? Atau Koko sudah tiada, dan perbuatanku nanti hanyalah sia-sia? Rasa sebak menyerbu benakku. "Meaw..." aku memanggil Koko. Air mataku mangalir keluar. "Meaw..." masihku memanggilnya dengan harapan Koko akan bergerak, petanda ia masih hidup.
Semakin laju air mata yang mengalir. Kasihan Koko. Apa yang harusku lakukan pada Koko? Aku takut untuk menyentuhnya. Aku tak sampai hati. Aku kasihan pada Koko. Sudahlah kakinya sakit, kepalanya pula ditindih tayar kereta. Aku menangis teresak-esak sambil melihat Koko diperbaringan.
Koko bukan kucing aku. Koko tidak pernah kelihatan di sekitar rumahku. Malah di rumahku sendiri, kali terakhir aku dan keluargaku memelihara kucing adalah kira-kira sepuluh tahun yang lalu. Tapi aku tetap bersedih, juga menangis. Terlalu kasihan kepada binatang yang tidak berdosa seperti Koko, tambahan pula Koko masih kecil.
Aku menyeka air mataku yang masih bersisa. Mungkin ini takdir Koko, daripada ia terus menderita sakit dua dari kakinya. Aku meninggalkan Koko. Tidak sampai hati melihat Koko lagi. Koko telah pergi. Ya, ia pergi jua..

Tuesday, May 31, 2011
mesti kira
Salmah:
Eh teruknya kedai ni. Ada ke patut benda ni RM5.50?? Aku beli dekat tempat lain RM4.90 jer.
Rafidah:
Tak payah beli lah. Beli yang lain.
Habsah:
Uih yang ni lagi teruk. Satu paket kecil RM0.30, tapi dia jual paket besar, ada 8 paket kecil RM 2.90. Walhal kalau beli 8 paket kecil kedai biasa baru RM2.40.
Salmah:
Hei ko lagi berkira dari aku? Lagi dahsyat.
Habsah:
Mestilah. Orang-orang miskin macam aku seposen dua pun mesti kira masuk akaun tau.
Rafidah:
Ok dah, dah. Kita pergi kedai lain. Jom.

Saturday, May 28, 2011
Aliya, Maysara
Ada dua orang sahabat, Aliya dan Maysara. Mereka berdua boleh dikatakan sahabat baik. Hampir semua tempat yang Aliya pergi, Maysara ikut, begitu jugalah sebaliknya.
Pada suatu hari, Aliya dan Maysara pergi ke pasaraya. Di sana mereka bertemu dengan kawan lama Aliya, Balqis. Kebetulan, Balqis juga ingin membeli-belah bersama Nora Elena. Aliya tidaklah begitu rapat dengan Nora Elena, akan tetapi mereka saling mengenali.
Selesai membeli belah, Aliya dan Maysara kekurangan wang. Maklumlah, ter-overdose, terlari bajet. Maka Aliya dan Maysara meminjam wang dari Nora Elena kerana Balqis tidak membawa wang lebih.
Keluar dari pasaraya, Aliya bercadang untuk pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang, membayar semula hutangnya kepada Nora Elena, hutangnya dan hutang Maysara sekaligus. Yelah, alang-alang kan.
Akan tetapi, rancak berborak punya pasal Aliya terlupa untuk singgah ke mesin ATM yang kebetulan agak tersorok di suatu sudut, padanlah dia terlupa.
Lalu beberapa hari kemudian, Aliya mengirimkan SMS kepada Balqis, dengan harapan Balqis akan menolongnya membayar hutangnya dann Maysara kepada Nora Elena. Iyalah, segan dengan si Nora Elena tu.. Kalau berhutang dengan Balqis takla segan sangat sebab Balqis dengan Aliya memang kamceng.
Balqis membalas, hanya Aliya yang masih berhutang dengan Nora Elena. Maysara sudah menjelaskan hutangnya sebelum ini.
Aliya senyap.
Tak boleh ke bagitau nak bayar kepada Nora Elena?
Tak boleh ke tolong bayarkan bagi pihaknya sekali?
Nanti pandai-pandailah Aliya bayar kepada Maysara.
Yang tu pun tak boleh ke?
Apa punya kawan da...
Aliya mengomel-ngomel lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)