© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

I'm sorry...

Sometimes, you just have to erase the pictures,
delete the memories and move on.
You don't have to forget what that car was to you.
You just have to accept that it isn't that car anymore...

I'm sorry if I give up but I can't suffer.

#2013-2015 #AkuDiaDanSonata

Tuesday, December 29, 2015

Jika kau...

Jika kau bertanya tentang rembulan
Akan aku khabarkan ianya indah
Menghias malam
Meneman bintang

Jika kau bertanya tentang mentari
Aku kisahkan sinarnya yang terang
Menerang alam
Menghapus suram

Jika kau bertanya tentang hati
Akan aku pastikan ianya terjaga
Tiada derita
Tiada air mata

Jika kau bertanya tentang dia
Aku tak punya jawapannya
Aku berserah
Aku pasrah.

(Nurfatimahz Puteri, 29/12/2015)

Friday, May 17, 2013

salam & sayang

Tengahari ada murid-murid masuk ke bilik guru.

"Cikgu, nak salam", kata mereka. Lalu tangan dihulur.

Tiba-tiba ada seorang menambah, "Cikgu, nak sayang", lalu pipi pula dihulur =P

Kemudian senior di meja hadapan berkata, "Eii cium pipi". Katanya bernada sinis dan menjengkelkan.

Salah ke saya benarkan murid-murid saya cium pipi saya? Itu yang dia nampak murid perempuan. Kalau dia nampak Aiman cium pipi saya hari tu agaknya apa dia nak kata...?

Benarlah kalau difikirkan apa pandangan orang, sampai bila pun hidup tak akan aman. Pedulikan apa mereka kata, apa mereka fikir. Selagi perkara yang dilakukan bukanlah kesalahan, teruskan....menjadi diri sendiri.

Sekian.

SELAMAT HARI GURU.

Sunday, May 12, 2013

apa namanya

Ada rindu
Ada yang ditunggu

Ada cinta
Ada yang dipuja

Cemburu
Ya siapa tidak cemburu
Bila dia yang dipuja
Bertemu dengan orang lain?

Dia bertanya, apakah aku cemburu
Sambil menggelengkan kepala
Aku menjawab tidak
Padahal di dalam hati.....

Inginku meluah rasa
Namun aku enggan kecewa
........

Thursday, March 28, 2013

koleksi nukilan ringkas

Heuhh.. lame gile tak update. Berikut adalah antara status di FB, hehehe


Pertemuan bukanlah sebuah destinasi, sebaliknya suatu persinggahan yang akan menentukan perjalanan berikutnya. Apakah diteruskan, atau harus kembali ke titik mula.. 
~Nurfatimahz Puteri#21.3.13


Jangan takut untuk kehilangan apa yang bukan dimiliki,
Takdir yang menemukan, dan takdir juga bisa memisahkan
~Nurfatimahz Puteri# 21.3.13


Untuk menilai sesuatu itu baik atau buruk, bukan mata yang diperlukan. Sebaliknya "mata hati".
Biar buta mata, asal jangan buta mata hati.
# 20.3.13


Pertama:Apa guna cahaya kalau tidak mampu keluar dari kegelapan?
Kedua: Nikmatnya cahaya hanya akan terasa setelah melalui kegelapan.
#16.3.13


Pengalaman adalah GURU TERBAIK walaupun ia adalah TERSANGAT PAHIT.
~Nurfatimahz aka Puteri#13.3.13


Tiada sebab yang diperlukan untuk menyukai seseorang, Tetapi satu sebab sudah memadai untuk membenci seseorang
~ Nurfatimahz aka Puteri
# 12.3.13


Kita tak akan sedar apa yang kita miliki, sehinggalah kita kehilangannya.
Dan kita tak akan sedar apa yang kita perlukan, sehinggalah kita mendapatkannya.
#11.3.13

Hurm.... Yang bertarikh 21.3.13 tu, cerita di KLIA =)

First time meeting, tapi siap jumpa satu family.. -.-'

Monday, June 25, 2012

428 dalam sejarah

Bukan main lagi iklan yang nak mencemarkan minda-minda rakyat jelata dari berkembang, tak terkira juga iklan-iklan yang masuk bakul angkat sendiri pelbagai versi, dari utara, pantai timur hinggalah versi Sabah/Sarawak. Huh. Dia ingat kita b*d*h?


Tapi yalah.. bukan tak ada yang terpedaya dengan tipudaya media kroni lidah rasmi yang sinonim dengan hasad dan domba. "Eh hari tu teruk kan demonstrasi. Sebijik macam rusuhan di luar negara..." Kata seorang makcik (melalui penceritaan kenalan). "Mana makcik tahu? Makcik pergi 3.0 ke?" Tanya kenalan saya. "Tak.. tengok kat TV".


Huh! Tu dia la.. kata negara maju tak sangga. Ni mesti kes internet tak sampai. Duk cherok-cherok. Kompom line kurang bagus. Maklumat semata-mata bergantung kepada media kroni. Dari surat khabar sampailah ke televisyen. Cemuihhhh!!!


Lagi mereka burukkan rakyat yang menuntut perubahan dalam pemerintahan, lagi rakyat bangun dan melawan. Jangan cakap lah apa bangsa sekalipun, semua bersatu. Matlamat yang satu. Satu Malaysia? Huh. Tak payah duk jaja sangatlah gagasan tu. BERSIH menggabungkan menyatupadukan rakyat tanpa perlu bajet/dana yang berjuta-juta yang hanya lebur atas angin. Tapi apa hasilnya? Apakah OBJEKTIF tercapai? 


Kalau bukan kerana akta yang menakutkan, kalau bukan kerana klausa yang merunsingkan, lebih ramai yang turut serta tanpa perlu berselindung (merujuk kepada diri sendiri HAHAHAHA!).



Sunday, December 11, 2011

konvo @ PICC (3 Dec 2011)

Maaf! "Kuning di hari Sabtu" =)
Maka "kuning"lah di hari konvo, heh.heh.heh





Monday, June 13, 2011

cepat solat vs solat cepat

"Farah, bukan kata nak keluar lepas asar ke?"

"Aah yelah"

"Sekarang kan dah asar, solat belum?"

"Belum.. hehe.. kejap la"

"Ah takde, takde. cepat solat!"

"Mane boleh solat cepat-cepat"

"Orang suruh cepat solat, bukan solat cepat!"

"Ye, iye. Amboi garangnya mak"

"Yelah, mak tiri memanglah garang. haha"


Dan sayalah 'mak tiri' yang 'garang' tu. hehe..

Friday, December 24, 2010

aku dan program bahasa

~ Menyertai pertandingan cerpen anjuran beautiful_rose ~


Hari ini merupakan hari terakhir aku mengikuti program English Workshop anjuran pihak universiti. Semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Yang kelakarnya ramai yang tersilap kumpulan dan antara yang terbabit adalah diriku sendiri.


Entah di mana silapnya. Tapi aku rasa, aku dah masuk dalam kelas yang betul. Merujuk senarai nama di papan kenyataan, seingat aku, namaku tersenarai untuk berada di dalam kelas BTS 2.7.


Jadi pada hari pertama lagi, aku dengan penuh yakin masuk ke dalam kelas BTS 2.7. Kebetulan, ada kawan yang dikenali turut berada di dalam kelas berkenaan, walaupun kawan itu baru dikenali beberapa hari yang lalu. Aku langsung tidak menyedari bahawa sebenarnya aku berada di kelas yang salah.


Bagaimana aku tahu? Pada hari kedua program, senarai nama cetakan berkomputer diedarkan dan perlu ditandatangani. Opss.. Namaku tiada. Haru jugak ni. Macam mana ya?


Miss,” Teragak-agak aku memanggil pembimbing program kelasku.

"Yes," Segera Miss Diyana menjawab.

"Er.. my name is not here," Susah jugak aku mengatur ayat dalam Bahasa Inggeris tu. Harapkan program ini sahajalah untuk aku bercakap Bahasa Inggeris.

"Hmm..?" Kening Miss Diana berkerut.

"Actually I don't know where is my group. I've look at the board and if I'm not mistaken, it should be this class, 2.7," Gagap jugaklah nak menghabiskan ayat.

"Do you have your friends here?," Miss Diana bertanya.

"Yes," Cepat aku menjawab.

"Then, it's okay,"

"But.. In different course,"

"Hah? Hurm.. then, just put down your name here," Aku pun terkial-kial menulis namaku dalam senarai nama cetakan berkomputer tu.


Pada keesokan harinya, iaitu hari ketiga merangkap hari terakhir program, aku baru dapat maklumat bahawa kelasku yang sebenar adalah di BTS 3.7. Bilik berkenaan berada di tingkat atas kelas yang aku masuk sekarang. Opss..


Tengahari, aku bercakap dengan Miss Diana.

"Miss, I've found my class. It is in third floor,"

"You want to stay here?"

"Cannot..?"

"No, I'm asking you. It's okay if you wanna stay here," Miss Diana mengulas agak panjang.

"I want to stay," Miss mengangguk.


Itulah pengalaman tiga hari berprogram dengan tersalah tempat, tapi dengan penuh confident masuk. Nasib jugalah kawan-kawan dalam kelas tu sporting, maklumlah semua saling tidak mengenali sebab baru minggu pertama di universiti. Esok baru akan bermula sesi perkuliahan.


Dan apa yang paling aku ingat sekali ialah, pada petang hari terakhir tu, Miss Diyana sempat berpesan, "Make sure that you not enter the wrong class in your first day study, okay!," Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.


***************************************************

Nota: Kisah ini merupakan kisah benar pada tahun 2007, cerita saya pada minggu pertama masuk USIM.. he.he

Saturday, December 11, 2010

kekasih

Mengimbau nostalgia..

Tengah kemas barang-barang lama, tiba-tiba terjumpa sekeping (dan juga beberapa keping sebenarnya) kertas yang melakarkan karya zaman budak-budak dulu. Hu.hu..

Macam kelakar pulak. Rupanya sejak sekolah rendah suka menulis sajak, puisi dan lain-lain. Yang saya ingat cuma suka buat karangan je.. He...

Barangkali darjah 6 masa tu, sebab kertas kat bawah ni saya jumpa dalam buku latihan darjah 6.. Yang tak tahan, karya cintan-cintun. Perghh... Biar betul? :P



Karya yang entah apa-apa.. Hu.ha.ha.hee...

KEKASIH

Oh.. aku insan yang kesepian
Yang memerlukan kasih sayang
Pernahku merasai cinta
Tapi ia hanyalah sementara
Ku bahagia di sisinya

Oh mengapa kebahagianku ini
Dirampas
Hatiku berkecai

Selamaku bersamanya
Tiada rasa sedih
Semuanya bagai lenyap
Bilaku bertemumu kasih

Segala duka terubat
Bilaku bertemumu kekasihku

Akulah wanita yang pertama
Bercinta diwaktu belasan tahun
Semenjak dibangku sekolah rendah lagi
Kasih

Hadirnya dikau orang ketiga
Di dalam percintaan ini
Menyebabkan aku dan dia terpisah
Oh mengapakah ianya terjadi..
Tanpa dipinta

Kekasih
Hadirlah di dalam hidupku
Yang memerlukan
Seorang kekasih.

Ayoo kicik-kicik sudah jiwang tak tahan betul.. Ha.ha. Pssstt... Karya ini tidak boleh dikomen sebab dihasilkan waktu sekolah rendah yang ayat masa tu tak power macam lah sekarang ni power sangat,. Susunan pun masih tunggang-langgang. He.he..

:D

Thursday, October 14, 2010

kenangan lama



Tadi, pusing-pusing di FB. Kemudian, bertemu dengan blog sekolah lama, Maktab Mahmud Kuala Muda (MMKM).. Juga menemui blog ustaz-ustaz dahulu... Yang baik, sporting, ramah.. Memang baik, kamceng sangat...

Maaflah cerita pasal ustaz (guru lelaki) sahaja.. He.he.. Entahlah. Rasa senang sikit. Mungkin sebab anggap macam abang kot? Dulu dalam famili, saya paling rapat dengan abang.

Ustaz Halim... Warden asrama. Juga guru untuk beberapa subjek. Walaupun dia bukan kaunselor di sekolah, tapi dia pernah menjadi kaunselor saya. Semasa saya di tingkatan tiga, dan lima. Pada masa yang masalah berat-berat menimpa saya. Kebetulan, tahun-tahun itu saya menjadi penghuni asrama. Ustazlah guru yang paling saya sayang, saya respek, saya hormat.

Tapi.... ustaz selalu lebihkan 'anak-anak emas' ustaz. Hurrm,.,. siapalah guru saya yang sekarang mahu menjadikan saya 'anak emas'nya ya? Ho.ho....

Seterusnya Ustaz Hilmi. Ustaz Hilmi mula mengajar di MMKM tahun 2006. Itu tahun saya di tingkatan enam. Saya tidak menghabiskan tingkatan 6, sekadar masuk sementara menunggu panggilan IPT (Institut Pengajian Tinggi). Bajet macam kompem dapat IPT je kan? Ha.ha...

Ustaz pun sporting. Baik sangat. Saya suka + minat dengan ustaz. Ho.ho. Kawan-kawan suka usik (di belakang ustaz): "abang Hilmi hang tak mai hari ni, MC". Ha.ha. Something like that.

Saya selalu berada di tempat duduk depan di dalam kelas. Pernah juga terlupa bawa buku. Tapi cover dengan buku lain. He.he. Bila time kawan saya; Faradila tak bawa buku, ustaz tegur dia: "Tak bawak buku?". Kemudian Faradila mengomel-ngomel perlahan kepada saya: "Ustaz! Fatimah tak bawak jugak!!!". He.he..

Kemudian.. berakhirlah kisah saya di MMKM. Setengah tahun juga masuk tingkatan enam untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), tapi saya tak daftar pun untuk ambil STAM. He.he.he. Bulan Julai, saya mendapat panggilan ke USIM, pada masa itu namanya KUIM (Kolej Universiti Islam Malaysia).

Setelah lama meninggalkan sekolah, pernah beberapa kali saya menjejakkan kaki ke sana. Tapi jarang sebenarnya. Tak dinafikan, ada perkara yang manis, dan ada yang pahit. Tapi entahlah, setiap kali saya teringat, cuma yang pahit-pahit sahaja berlegar-legar difikiran. Sebab itu saya mengelak untuk ke sana.

Jumpa kawan-kawan lama? Kami berjumpa di rumah. Jarang juga kawan-kawan rapat saya untuk pergi ke sekolah. Jadi kami tak pernah terputus hubungan. Sebaliknya.. dengan ustaz dan guru-guru yang lain....

Hurm... apa yang nak tulis sebagai penyudah entry ni. Macam tergantung sahaja. Ya kah? Biar je lah. He.he.

Tuesday, August 31, 2010

susah ke nak memaafkan?

Mudah memohon maaf, juga mudah melafazkan kata-kata maaf. Tapi apakah benar-benar tulus dari hati? Memaafkan apakah bererti melupakan?



Semalam saya ada berbual dengan seorang teman..

Saya: Berdosa tak kalau tak nak maafkan orang?
Teman: Jangan. Tak baik. Nabi pun maafkan umat.
Saya: Betul ke orang kata kalau memafkan maksudnya melupakan?
Teman: Tak semestinya kita ingat maknanya kita tak memaafkan.
Saya: Sebenarnya bukan tak boleh nak memaafkan.
Cuma kadang-kadang mengambil masa yang lama.

Teman: Betul. Perlukan satu tempoh untuk memaafkan seseorang.

Hurm.. Memang tak mustahil untuk memaafkan seseorang. Malah jika orang itu meminta maaf, pastinya diberi. Namun tiada ucapan maaf diterima, apa perlu memaafkan? Opss.. bertenang. Sabar.

Sama ada orang itu meminta maaf atau tidak, tetap perlu memaafkan. Biarlah tempoh yang diambil lama.. 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun?

Saya masih ingat budak2 perempuan masa zaman sekolah saya dulu,.. apa yang mereka katakan kepada saya, apa yang mereka lakukan kepada saya.. 2002? 2003? Semuanya masih segar dalam ingatan.

Setiap kali nak buat re-union, saya selalu mengelak untuk turut serta. Kenapa? Kerana hati masih terluka. Itu zaman kecil, zaman anak-anak yang ditindas, dilakukan sesuka hati. Saya juga punya perasaan. Apa saya tak layak mempunyai perasaan?

Cuma yang tidak ada kaitan dengan 'mereka' itu sahaja saya masih berhubung, berbicara, bertemu dan bermesra...

Sehinggalah awal tahun ini, saya bertemu dengan beberapa orang dari 'mereka' di dalam majlis seorang teman. Lalu saya melayan mereka seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tidak berpura-pura.

Kemudiannya saya sedar, mungkin saya sudah memafkan 'mereka'. Ya. Mungkin.

Tak mustahil untuk memaafkan. Dan tak semestinya jika tidak melupakan kesalahan orang itu bererti kita tak memaafkan.

Wednesday, July 07, 2010

Pu Tam

Rindu yang bertandang

Tiba-tiba, saya teringat tentang Pu Tam. Sebenarnya bukan tiba-tiba, malah sering mengingati dan merindui Pu Tam. Dialah adik saya, dialah kawan saya, dialah alat permainan saya.

Saya mengenali Pu Tam lebih kurang pada usia 7 tahun. Pada masa itu Pu Tam berlegar-legar dihalaman rumah nenek saya. Oh ya, dahulunya saya tinggal bersama nenek di kampung. Pu Tam menangis dan merayu-rayu di luar rumah. Mungkin kelaparan..

Jadi saya yang kasihan melihat dan mendengarkannya, saya memanggil dia ke belakang rumah. Saya membancuh susu pekat manis santan kelapa muda dan menuangnya di dalam piring.

Saya tempatkan Pu Tam di ruang kosong yang ada di antara rumah dan tandas. Orang dulu-dulu kan tandasnya di luar rumah. Sebenarnya, saya takut nenek marah saya beri Pu Tam makan minum.. Sebab tu buat di belakang rumah. He.he..

Pu Tam. Kenapa saya letak namanya Pu Tam? Nama itu mewakili warna bulu yang ada pada badannya, pu-tih dan hi-tam. Maka jadilah Pu Tam =)


(gambar sekadar hiasan: sumber)

Saya tak ingat macam mana Pu Tam boleh tinggal bersama saya, atau bila nenek membenarkan saya memelihara Pu Tam. Apa yang saya tahu, saya selalu bermain dengan Pu Tam. Mungkin nenek kasihan melihat cucunya yang 'tiada kawan' ini.. he.he..

Pu Tam sangat comel, cantik, manja.. Kaki Pu Tam seolah-olah memakai stoken..



Pu Tam suka datang dan duduk dekat atas riba saya. Bila saya baring, dia pun baring di atas perut saya. Bila saya melentang, dia berbaring-baring di atas belakang saya. Pu Tam memang manja.

Kalau tidur, saya suka tidur bersama Pu Tam. Dulu saya tidur dalam kelambu bersama nenek. Kami tidur di atas tilam yang diletakkan di atas lantai. Tapi nenek akan marah kalau dia nampak Pu Tam menghampiri kelambu. Nenek tak tahu yang cucu dia setiap malam 'memanggil' Pu Tam untuk tidur bersama. :D

Saya akan sembunyikan Pu Tam dalam selimut. Bila nenek dah pejamkan mata, baru saya angkatkan selimut yang menutup Pu Tam. Pu Tam tidur di sebelah kanan saya.

Pernah suatu hari, saya pulang dari sekolah waktu zohor. Pu Tam tak ada di rumah. Iyalah, biasanya Pu Tam ada di rumah. Dia tidak ke mana-mana melainkan sekitar kawasan rumah. Saya panggil, Pu Tam tak menjawab, apa lagi datang kepada saya. Pu Tam tak pernah buat macam tu.

Saya menangis, dan tak nak makan sebab Pu Tam tak ada. Puas nenek memujuk dan siap nak suapkan nasi ke dalam mulut saya, tapi saya tak mahu juga. Saya nangis dan menangis..

Hinggalah hampir waktu asar, baru Pu Tam muncul. Dia datang kepada saya. Lekas saya memeluk dan memarahinya sebab pergi merata-rata tak bagitau pulang lambat. Lepas tu Pu Tam dah tak buat macam tu lagi... :)

Bila saya berumur 10 tahun, ayah saya mengajak saya bersekolah di bandar, tinggal dengan keluarga saya. Saya tidak bersedih untuk meninggalkan sekolah dan kawan-kawan sekampung, tapi saya sedih untuk meninggalkan Pu Tam dan Merah, anak angkat Pu Tam.


(gambar sekadar hiasan: sumber)

Pada mulanya saya memanggil Merah sebagai Oren sebab bulunya warna oren. Tapi datuk saya memanggilnya Merah. Jadi terpaksalah saya beralah memanggilnya Merah juga.

Lepas saya tinggal bersama keluarga saya, Pu Tam meninggal. Bila saya balik kampung, nenek beritahu. Saya menangis. Tapi di luar rumah. Tinggal Merah seorang seekor.

Dah lama lepas tu pula, Merah pergi meninggalkan saya. Kata datuk, Merah dilanggar kereta. Siapakah yang begitu kejam??! Saya menyumpah seranah orang itu, walaupun tak tahu siapa gerangannya.

Di rumah ibu bapa saya, juga ada kucing. Tapi tak sama. Memang tak sama. Sebab di kampung, kucing-kucing tu milik saya. Di bandar, kucing-kucing tu milik abang dan kakak saya.

Saya sangat sayang Pu Tam. Paling saya sayang. Setiap kali bila saya rindu dia, saya akan menitiskan air mata.

Sehingga sekarang, bila saya ingat dia....

Pernah saya berdoa pada Tuhan, bila saya mati kelak, beri saya berjumpa dengan Pu Tam. Sebab saya sangat rindu dan sayang dia.



Monday, June 21, 2010

keliru

sukar, sulit, susah

Memang sukar untuk menjelaskan betapa sulitnya perasaan, dan pastinya susah untuk difahami. Siapakah bisa mengerti hati ini?

Ah.. hati sendiri pun tidak mampu difahami, apa lagi mahu bertanya pada orang lain. Tapi manalah tahu kan? Akan ada yang mampu memberikan jawapan. Atau sekurang-kurangnya menghuraikan kekusutan yang ada sedikit sebanyak.

Resah.. Saya benar-benar resah. Buntu, juga keliru.

Si dia yang dikasihi.. Entah. Haisyhh.. Susahnya menyimpan perasaan terhadap orang yang tidak mahu menerimanya. Tapi akan daya, hati ini masih tidak mahu berubah. Mengapa berdegil? Ketegaq, orang Kedah kata.

Atau mungkin sebab dia melayan dengan baik, malah masih melayan dengan baik. Maka sukar untuk meninggalkan dia? Atau sebab sebenar adalah kerana tiada yang lain? Ha.ha. Salah satu jawapan yang boleh diterima.

Saya tak nak berhubung dengan dia lagi. Tapi masih mengharap yang dia tidak berhenti menghubungi.

Sesungguhnya saya telah berjaya untuk membuang pengharapan untuk bersama dia kelak, cumanya perasaan yang ada masih belum mampu diusir.

Ada kawan saya cakap, jangan sms dia, jangan layan dia, jangan balas sms dia, jangan, jangan, jangan dan jangan.

Ada juga yang memberi sokongan. Teruskan usaha. Tidak salah mengharap. Malah berdoalah kepada Tuhan kerana Dia Maha Mendengar. Berdoa moga hatinya terbuka untuk saya, semoga dia menerima saya dalam hati dan hidupnya, mengasihi saya seperti mana saya mengasihi dia.

Sebab hati dia, bukan dia yang pegang. Allah yang pegang. Jangan minta pada dia untuk membuka hatinya. Tapi pintalah pada yang Esa. Itu nasihat teman saya, Asya. Yang masih terngiang-ngiang. Asya sering memberi sokongan kepada saya, perasaan saya.

Tapi betul juga. Kalau saya tak hantar sms pada dia, saya tetap mengingati dia. Dia sms, saya tak sampai hati tak balas. Saya pernah buat macam tu, tapi hati saya yang sakit. Sakit sangat. Walaupun orang boleh buat macam tu kepada saya, tapi saya tak boleh.

Kenapa ya? Kenapa tak sampai hati nak buat kat orang, apa yang orang sampai hati buat kat kita?

Tentang cincin yang saya dapat daripada dia. Saya masih pakai lagi. Ada orang cakap, jangan pakai, simpan jauh-jauh. Kalau pakai ingat dekat dia. Hurmm.. tapi kalau dengan saya tak payah lah, tak pakai pun ingat + rindu jugak dekat orang tu. Lagipun sayanglah kalau tak pakai, sebab memang takde yang lain pun. Ha.ha. Kan? He.he..

Saya akui, saya yang memintanya. Dan dia belikan untuk saya. Dia suruh saya pilih, tapi saya tak mahu. Saya suruh dia pilih sendiri. Jadi dia pilihkan dan beri kepada saya. Saya tanya dia, apa yang dia mahu dari saya? Dia cakap tak ada. Dan saya pun tak beri apa-apa. Ha.ha, teruk kan?

Kata Asya, bukan senang lelaki nak berikan cincin kepada perempuan. Si dia ada tanya pasal cincin juga, suka tak? Saya cakap saya suka, tapi... yelah sebab saya yang minta. Kata dia, kalau tak bagitau taktau nak bagi apa. Jadi kena bagitau...

Saya suka kacau dia. Saya suka usik dia. Saya juga suka dia usik saya. Saya juga suka merajuk dengan dia (ngada-ngada kejap, ha.ha). Tapi bukan betul-betul pun. Dia usik-usik, ataupun ubah topik ke, nanti ok lah balik. Aihhh.. apo nak jadi dengan eden nih?

(SATU)
Saya: Kawan saya cakap awak hensem.
Dia: Ek? Kat mana ya?
Saya: Manalah saya tahu. Dah dia cakap macam tu. Takkan nak tanya kot
Dia: Tanya je lah.. Hehe
Saya: Taknak lah
Dia: Awak rasa hensem kat mana? Eh, manis kat mana?
Saya: 'Awak' tu saya ke, kawan saya?
Dia: Awaklah yang tengah msg ni.
Saya: Hensem kat mane? Erm.. Macam mana nak cakap ye? Susah lah nak cakap. Mmm., macam mane nak bagitau mana yang hensem sebab awak tak hensem pun! :P
Dia: Haha

(DUA)
Saya: Nak coklat? Tadi saya makan coklat. Tapi tak sedap. Nanti saya bagi ya?
Dia: Amboi. Tak sedap baru nak bagi?
Saya: Yelah, sebab tak sedap la nak bagi. He.he
Dia: Kalau sedap tu makan habis, tak bagi la. Teruknya
Saya: Ha.ha. Ok ape.. ok la.. sekurang-kurangnya bagi. Bukan macam orang tu
Dia: Yelah, yelah...

Tapi kadang-kadang.. Saya rasa, dia layan saya sebaik mana pun, bahkan saya percaya dia boleh layan saya dengan lebih baik selepas ini.. Tapi hati dia...??

Yelah.. kalau perempuan, kalau saya, saya tahulah. Saya layan dia baik sebab saya suka dia. Tapi dia, hurmm.. boleh ya, layan saya dengan baik, tapi tak suka kan saya? Bukanlah tak suka langsung. Dia suka sebagai kawan, kawan baik. Bukan macam saya sukakan dia.

Keliru. Pernah sendiri cakap, saya akan terus sayang dia selagi saya mampu. Hati akan terluka? Itulah harga yang perlu dibayar apabila sukakan orang yang tidak menyukai kita. Kadang-kadang mahu berhenti sahaja. Tapi... tapi apa? Tapi kenapa?

Saya rasa saya tak boleh kalau dia tak ada. Atau mungkin boleh sebenarnya, cuma tidak mahu jika dia tiada.

Saturday, April 17, 2010

jalan2 bulan mac

20 Mac - Amran & K. Shikin (Kulim)


Amran kawan sekolah saya dari tingkatan 1-3.


Saya dan Asya, kawan dari tingkatan 1-5, hingga sekarang ;-)


Saya, Asya, Aisyah dan Sha (Fasihah)

Pastu gi kenduri Azila & suami (Kota Kuala Muda)


Azila kawan sekolah saya dari tingkatan 3-6, hingga kini juga ;-)


Saya, Azila dan Asya

Singgah wat lawatan,,.....


Tugu kapal, peringatan tsunami di Kota Kuala Muda, Kedah.


Aisyah dan Asya yang teruja..,,,


Cantik juga tempat ni, bolehlah posing.. he.he

Balik SP.. jalan lagi malamnya,,


Di Village Mall, Sungai Petani.(agak ayu, bju krung tu..:P)


Makan-makan di RFC, Oh ade orang belanje lah! (Tq Haris!)


Model sos ke..? :P (chumil gak walaupun dgn sos, he.he)


Nuget dan ais krim RFC, sodap... Yang len bungkus...

28 Mac - Seminggu kemudian, jalan-jalan lagi..


Saya dan Wahidah, pesta buku 2010 @ PWTC


Bakal ipar dan abang Wahidah, (Tq A.Ngah bawak jlan ;-))


Eh,,. Asya pun ada juga? Ni dekat The Mall, sebelah PWTC.


Tasnim dan saya (setelah hampir 8 tahun tak berjumpa)...

Itu je jalan-jalan bulan 3,.. Bulan 4..?? Erm... Macam belum jalan lagi nih... Sape nak bawak jalan? Jom! He.he.he..

Thursday, December 24, 2009

because his love is a lie

I used to love somebody
I used to fall in love with him

For a long, long time ago


When I was to serious in the relationship

He leave me without saying any word

He leave me although he always in front of me

It was too hurt when someone that you love
Just playing around with you

Because his love is a lie!


I almost forgot about him

Forget every feel of pain

I was succeed to be strong


When my friend tell me about him
I don't know why or for what reasons

My tears slowly falling down


It's funny when I think about it
Too fool for me to trust on him

But there is no such feeling to him anymore

Please don't ever talk about him in front of me

It is hard, hurt and I hate it
Because his love is a lie!

(10.20 PM, 23-12-2009)

*************************************************

Tangisan, sendu dan air mata bukan kerana cinta

Yang mungkin masih berbaki untuk dia
Tapi hanyalah merakam sendu di mata

Melepas segala duka yang terlahir dalam jiwa

Kiranya derita merindui dia adalah bahagia..
Aku lebih rela memilih derita.

-nurfatimahz AKA puteri-

Tuesday, December 22, 2009

macam-macam

Macam-macam saya nak tulis dalam entry ni, sama dengan tajuknya.. Sebab macam-macam perkara, even peristiwa, dan pelbagai lagi yang dilalui sepanjang dua tiga hari ni..

Pengunguman:
1-
Entry ini agak panjang.
2- Tazkirah maal hijrah - part 3 akan bersambung pada esok hari, insya-Allah.

Mari mengundi!


Ini versi kempen semperna
contest yang telah dianjurkan oleh seorang jejaka yang begitu bermurah hari iaitu Bro Syukri atau nama glamournya ialah Framestone. Er.. diharapkan ada diantara kalian yang sudi untuk mengundi saya (bodek2).

Camne nak undi? Senang saja. Mula-mula,
click link blog Bro Syukri di sini, Lepas tu, taip "BFundi 9" (saya calon no 9), lepas tu submit. Abes. Senang kan? Anda boleh mengundi sehingga tiga calon. Pilihlah mana yang berkenan dihati.. Dan paling penting, jangan lupakan saya! ;-)

Seseorang...

Saya terserempak (ke terjumpa, ye?) dengan dia di
Konvensyen @ PWTV baru-baru ini. Sebenarnya bukanlah perkara luar biasa, cumanya dia agak familiar pada pengamatan saya. Lalu saya berani-berani (kebetulan dekat dengan tempat dia duduk) bertegur sapa dengan dia.

+ Anak Us. Tahir?

- Bukan

(Alamak, segan mula terasa. Muka seiras je ke?)


- Dia orang mana?

(Dia bertanya. Wahh... Versi nakal, he.he..)

+ Kedah

- Awak?

+ Kedah
- Kedah kat mana?

(Banyak pulak dia tanya. Saya mengomel-ngomel dalam hati. Tapi suka, kua.kua.kua)


+ Sungai Petani

- Dekat dah tu. Saya pun Sungai Petani jugak. Dekat mana?

(Eh.. entah-entah betul dia orangnya. Cuma mungkin tersalah teka bapanya tadi kot.. Ups, anak siapa ya?)


+ Bakar Arang

- Kat mana?

+ Taman Sentosa, dekat dengan Masjid Bakar Arang.

- Saya dulu selalu juga ke Masjid Bakar Arang

+ Ek? Ayah saya biasa pergi jugak

- Siapa nama ayah?

+ Ahmad

- Ahmad bin..?

+ Ahmad bin Daud

- Adik Azim eh?

+ Ha? Ha'aa..

(Alamak (lagi sekali)! Kawan abang saya pulak daaaah.)


Lepas tu dah tak ingat cakap apa. Segan la pulak. Rupa-rupanya kawan abang. Patutlah
familiar semacam. Adeh.. He.he.. Saya pun kembali ke tempat duduk saya. Dua baris dibelakang dia. Hu...

Habis prog, saya ada mengambil gambar dia bersama rakan-rakan USIM (lelaki) yang juga pergi ke PWTC hari tu. Takkan lah dengan saya pulak! Hui..


Semalam.. abah, mak dan kak yah pergi kenduri area kawasan saya. Saya tak ikut sebab saya nak keluar dengan Laila, beli barang untuk program sekolah rendah kami nanti.


Lepas tu.. Waktu minum petang, abah cakap..

- Anak Cikgu Jamil, Khalil ada tadi kat kenduri

(Tiba-tiba teringat pada orang itu. Hah, sahlah dia orangnya! Patut-patut-patutlah lagi familiar. Mak ayah dia kawan mak ngan abah saya jugak! Ayok.. gane ble terlupe waktu tu..?)

+ Oh? Khalil Husaini?
(Saya teringat namanya Husaini saja, tu pun tanyakan pada er, budak USIM itu hari. Sape tah nama orang tu? Ops..)

- Haa.. yang tegur tanya cik hari tu..
+ Aa..
(Ha.ha.. Saya yang tegur dia dulu, sibbek.. :D)

Nasib baik jugak tak pergi kenduri tu kan? Macam segan je kalau terjumpa dengan dia. He.. Atau, seharusnya menyesal sebab saya tidak pergi? Errr...... Hu... No comment yet :P


Cerita tentang abah


Abg Jo merupakan peniaga restoran di tingkat bawah sekolah rendah saya. Baru-baru ini, saya dan Laila singgah di restoran Abg Jo. Abg Jo kenal ayah saya. Boleh kata agak rapat.


Mahu taknya, sejak abg saya Azim (kawan si Khalil tadi,) belajar di sekolah tu lagi abah kenal dengan Abg Jo. Abg Jo pun kenal abg saya. Masa abg saya sekolah tu, dalam tahun 90-an.

Lepas tu sambung pula dengan kakak saya sehingga tahun 1996 lebih kurang. Saya pula menjejakkan kaki ke sekolah tersebut sehingga tahun 2000 (darjah 4-6). Tentu kenal baik, kan?


Abg Jo pesan supaya saya menyampaikan salamnya kepada abah. Kata Abg Jo, dia nak je datang rumah saya, lawat abah yang sakit (tapi semakin beransur pulih, alhamdulillah).. Tapi abah selalu menangis bila ada kawan-kawan dia datang melawat.


Hari tu pergi kenduri di kampung tok (nenek). Bila sampai ke rumah tuan kenduri, ramailah yang datang menegur dan menyapa. Tambah lagi kampung kan ramai adik-beradik, saudara mara belah mak dan tok, rapat jugak dengan abah. Cakap sikit ja air mata abah mula bergenang.


Manakan tidak. Dulu semasa abah masih sihat, abah selalu jalan-jalan di kampung ni. Bertegur sapa. Kadang-kadang solat berjemaah di surau kampung. Pernah juga menjadi imam di sini. Pastinya ramai yang mengenali abah.


Bila ramai yang menyapa... Bila abah mahu bercakap.. Nada abah sebak.. Saya juga ter-menangis melihat abah mengalirkan air mata. Tapi segera disekat. Eh? Disekat? Ada pulak. Dikesat....


Laila juga ada bertanya saya: "Macam mana abah hang? Apa hang rasa bila abah hang sakit? Yalah, abah hang kan segalanya bagi hang.. Hantaq pi sekolah, bla3...,". Saya menjawab dengan pendek: "Sedih,". Apa lagi jawapan yang ada?


Mulanya Laila memarahi saya. Bukan marah. Tapi agak terkejut bila tahu dari Cikgu Shun (guru sek. rendah kami) yang abah diserang strok
tempohari. Saya cuma memberitahu dia dan teman lain, abah sakit, masuk wad.

Tapi memang masa tu, saya pun tak tahu sakit apa. Doktor pun belum memberi sebarang pengesahan. Bila dah disahkan.. Mungkin saya terlupa untuk beritahu rakan-rakan. Maaf ya kawan-kawan semua..

Saya pun terkejut juga bila Filzah dan Amirah (kawan sek. ren yang turut belajar di USIM) cakap dengan Laila, benda yang sama; saya cuma bagitau abah jatuh sakit.


Tadi, saya sampaikan salam Abg Jo kepada abah. Abah bertanya tentang Abg Jo, nada abah sebak. Saya rasa serba salah. Saya tahu abah mahu menangis, tapi abah tahan..

Saya nak bagitau mak, yang Abg Jo bukan tak nak datang rumah, tapi dia tak nak tengok abah sedih.. Dia tak nak abah menangis... Tapi saya tak cakap pun benda ni dengan mak... Takut abah terdengar.

Sekian entry untuk hari ini..
Ada yang agak emotional sedikit..