© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 30, 2010

jom jalan-jalan

Taman Jubli Perak
Sungai Petani, Kedah











Camerawomangirl : puteri
Camera : sonyhempon

*************************************************

Hari ni menjadi pecinta alam sekitar. He.he.he..
Orang-orang lain ade je, tapi berjaya 'disembunyikan' ;-)
Psssttt...

Kalau MPSP (Majlis Perbandaran Sungai Petani) tengok ni, mesti depa bangga, hek3.. ;-)

Tuesday, June 29, 2010

sms, sms

sent 10.52 pm

Hartini mohamad. Saya nak bagitau awak, saya sayang awak! Kadang-kadang saya tahu saya tak boleh diramal, tapi saya mahu awak tahu saya sayang awak. Selamat malam.

received 10.58

Kehadapan nurfatimah zahra.. saya pun sayang awak. Mungkin awak tertanya-tanya kenapa saya kurang membahagiakan awak kan? maaf wak,, norhartini mohamad memang tak pandai nak tunjuk dia sayang orang. Apa pun..saya sayang awak sangat-sangat..

********************************************

Yang membuatku tersenyum sebelum melelapkan mata, he.he.he ;-)

Monday, June 28, 2010

gula kurang di Malaysia?

"Gula Malaysia dieksport keluar"

Keretapi bawa Gula ke Singapura tergelincir. Rupanya gula Malaysia dijual ke Singapura. Adakah ini punca gula tiada di Malaysia? Harga gula di Semenanjung Malaysia ialah RM1.65 sekilo manakala di Singapura ialah RM3.05, lagi untung jual di Singapura.

Enam gerabak keretapi kargo dari 30 gerabak yang membawa gula dari Prai , Pulau Pinang ke Singapura telah tergelincir pada 23 Jun 2010 di Kluang. (Berita asal)



Bujang Susah Note:
Berita ni ada keluar kat Media perdana ke? Mungkin aku terlepas pandang berita ni. sbb berita ni keluar pada 23 jun 2010. Tapi bukan itu persoalannya. Yang nak aku persoalkan ialah macam mana dalam keadaan gula dicatu di malaysia tapi malaysia boleh eksport sehingga 30 gerabak gula ke singapura?


Ni pun "nasib baik" la keretapi tu terbalik dan NST kluarkan berita ni.. klau x siapa pun x tahu cerita ni. Entah dah berapa ribu gerabak gula la agaknya yang dah dihantar ke singapura yg kita semua x tahu..


Ini lah bak kata perpatah "Kera dihutan disusukan rakyat semua dibangang bangangkan," karam sing hadiau dari TV3 suku... hehehehe..

Puteri Word:
Betul tu.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sepandai-pandai ikan berenang, akhirnya kena tangkap jua, kan?

Sunday, June 27, 2010

kerana tiga perkara

Kita berhidup di dunia ini kerana tiga perkara. Sekiranya tiada yang tiga ini,
nescaya setitik air hujan pun tidak akan diberikan kepada kita.


Satu:
Kita menumpang keberkatan alim ulama' yang hidup di dunia ini, di negara kita. Kerana mereka, Tuhan memberi rahmat untuk kita menumpang sama merasa.

Dua:
Kita menumpang keberkatan bayi-bayi yang masih kecil. Mereka yang masih suci tiada berdosa, ibarat kain putih yang tiada kotornya. Kerana itu Tuhan melimpahkan rahmat-Nya, maka kita juga mendapat sama.

Tiga:
Kita menumpang keberkatan orang-orang tua yang soleh, di mana pada waktu malam di saat manusia nyenyak dibuai mimpi.. Mereka bangkit bertahajud dan memohon doa kepada Allah Taala: "Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa orang-orang yang beriman".

Tidak malukah kita menumpang rahmat kerana adanya orang-orang yang beriman, melakukan amalan soleh, bermunajat ditengah malam kepada Allah Taala, malah orang-orang itu mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa kita, tetapi sebaliknya kita rela menyanjungi orang-orang yang membuat kefasadan, yang mengundang murka Tuhan?


Kata-kata ulama' ditolak. Hukum hakam yang diberikan ditolak. Apakah kita tidak sedar bahawa yang dikatakan oleh alim ulama' itu, hukum yang diberikan itu, adalah hukum Tuhan yang sudah jelas di dalam Nas Al-Quran?

Ulama' dihina, dimaki, dicaci, bahkan diugut dengan ugutan bunuh. Beraninya orang itu. Tahukah siapa ulama'?
"Sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan harta pusaka sebagai warisan, akan tetapi meninggalkan para ulama' sebagai pembimbing manusia".

Nah, sekarang ulama' dibenci, ulama' dibuang ke tepi. Tidak malukah berhidup, merasa kenikmatan hidup kerana adanya ulama', namun ulama' itu dicerca caci?

Bagaimanakah kiranya ketiadaan ulama', bayi dan orang-orang tua yang soleh? Apakah kita mampu menjamin bahawa apa yang kita kecapi sekarang ini masih berkekalan?

Astagfirullah al azim..
Astagfirullah al azim..
Astagfirullah al azim..

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan Maghfirah-Mu. Biarlah hidup dan mati kami di dalam iman dan Islam. Janganlah Engkau mengharamkan Syurga-Mu buat kami. Tempatkanlah kami dalam golongan orang-orang yang bertaqwa, ameen.

******************************************
Petikan dan olahan daripada khutbah Solat Gerhana Bulan, Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Sungai Petani.

siapa sahabat sejati kita?

"Sesungguhnya saudaramu yang sejati adalah orang yang selalu bersamamu baik dalam keadaan suka mahupun duka, dan orang yang bersedia mengorbankan dirinya untuk kepentinganmu, serta orang yang bersedia membantumu memberi jalan keluar ketika engkau sedang mendapat kesulitan.."


- Ali K.W

***********************************************

Happy Birthday to you (3X)
Happy Birthday to
Alanne Winhill
Happy Birthday to you!
pinkycatemoticon

Sibuk je dia semalam sms cakap
"esok birthday saya, jangan lupa wish!"
:P

Saturday, June 26, 2010

trip to langkawi

3, 4 & 5 Jun

Jom pi Langkawi !
(RM28 - Dewasa - dari Kuala Kedah)

Destinasi Pertama: Upper Underwater World
(RM3828 - dewasa; tunjuk IC)

Ceronotnye,,...

Kawan baik ni..

Jerung banyak...

Da abes tengok ikan, singgah makan di gerai Laksa Buyong
bungkus je

Pastu mandi pantai, yey!

Maen masak2 pasir

Da malam, esok pulak jalan

Mesra betul itik2 ni..

Rusa ni pulak manja sangat. Tak takot ngan orang..
orang yang takot dengan dia!

Da2, jom masuk cepat!
(RM15 - dewasa; tunjuk IC)

Sampai pon keretanya...

Hi.hi... Best

"Meneropong kuman dilautan..."

Posing jap dekat hentian cable car ;-)

Oh? Da nak balik... ;(

Anak artis mane la neyh pkai spek itam... :P
pkai blik bju hari fisrt datang, hek3, xbyk bju bwk :D

Bubye Langkawi!

*******************************************************
1- Terima kasih kepada Kak Nun dan abg Hisyam banyak support tambang, makan dll..

2- Terima kasih kepada Kak Yah sponser rumah sewanya tempat penginapan dan kereta, tambang, makan, dll..

Friday, June 25, 2010

rahsia tersembunyi

Dua Kalimah Syahadah


"Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan Allah"

1- Kalimah ini mengandungi 24 huruf

24 Jam yang Allah berikan kepada kita setiap hari.. Selama itu WAJIB berpegang kepada tali-Nya, mematuhi perintah-Nya, meninggalkan larangannya. Tidak boleh kurang walau sesaat.

2- Terdapat 7 perkataannya (Bahasa Arab)

Bila kalimah ini tertanam di dalam hati, perintah-Nya dilaksanakan.. Maka beruntunglah. Sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. Pilihlah 7 Syurga-Nya dan masuklah melalui pintu yang mana dikehendaki. Akan tetapi ingat, sekiranya Hukum Tuhan dilanggar, tidak dipatuhi.. 7 Neraka-Nya menanti.

3- Semua hurufnya (Bahasa Arab) tidak mempunyai titik

WAJIB beriman kepada Allah dan Rasulullah seikhlasnya tanpa mempunyai sebab, bukan kerana manusia, bukan kerana harta, bukan kerana selainnya, tapi hanya kerana-Nya.


********************************************
Nota: Petikan Kuliah Subuh yang disampaikan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani.

Thursday, June 24, 2010

result lagi?

Photobucket

Saya ada kawan memanglah, takkan takda pulak namanya Muhaimin. Kawan sekelas saya dari sem 1, tahun 1 dulu. Boleh lah dikatakan baik dengan saya ;-)

Photobucket

Sebenarnya dah taknak cakap pasal result ek ellehhh tapi kena cakap jugak, sebab tadi Muhaimin tanya result saya macam mana..

Photobucket


Nak bagitau ke tak nak? Tapi memang hampir setiap sem kami bertukar-tukar pendapat keputusan exam. Jadinya.. Hurmmm.. Saya kene la bagitau, sebab dia pun selalu bagitau. Adeh.. Eden sehari sekali lagi menjadi sogan nak bagitau result..

Photobucket

Paling membuat saya jeles adalah, dia dapat A lebih banyak daripada saya untuk subjek Computer Network, ui jeles tu sebab saya target subjek ni dapat A, tapi tak dapat.. Sob3...

Photobucket


CGP Muhaimin lebih kurang saya, naik dan turun.. Dah dekat sama ni CGPA kami.. Bahaya ni, bahaya2!

Photobucket

Apa-apa pun, saya nak ucapkan tahniah dekat Muhaimin sebab dapat pointer yang lebih tinggi dari saya! dan terima kasih CGPA masih kurang dari saya, he.he.he..

PhotobucketPhotobucket

[source: cute emoticon]

**********************************************

Saya: Tahu result da kuar?
Dia: Belum
Saya: Nak tengok
Dia: Atas bas, tak tengok lagi. Dapat berapa?
Saya: 3.XX
Dia: Saya dapat 3.XX
(Aik? tadi cakap belum tengok?? isq)
Saya: Tahniah
(Dengan sedihnya...)

Photobucket

Wednesday, June 23, 2010

result sem 6

result oh result

cute white kitten head emoticon 110  Cute White Kitten Emoticon

Tak bagus berapa baik pun.. Tapi tetap nak berkongsi juga. Rasa tak best je kalau tak bagitau dekat blog ni konon2 je, walaupun baru untuk kali ke berapa tulis entry tentang result, he.he..

cute white kitten head emoticon 191 Cute White Kitten Emoticon

Hurm..


Angkanya tak dapat nak diberitahu sebab malu, sogan eden sebab jatuh berguling-guling. HuUU..

cute white kitten head emoticon 61 Cute White Kitten Emoticon

Sebenarnya.. tak sedih sangat result jatuh sebab dah biasa, ha.ha.ha.. Teruknya! :P

cute white kitten head emoticon 51 Cute White Kitten Emoticon

Cuma yang membuat eden lebih terasa adalah bila orang tu takde orang lain untuk diceritakan cakap dia dapat lebih tinggi dari den.

cute white kitten head emoticon 71  Cute White Kitten Emoticon

UwaaAA..


M.A.L.U..
S.E.D.I.H

Itulah.. banyak jugak tido, main-main mata sem lepas. Kan dah padan muke.. Hu.hu.

cute white kitten head emoticon 21 Cute White Kitten Emoticoncute white kitten head emoticon 81  Cute White Kitten Emoticon

Den cakap tahniah kat dia. Dia memang selalu naik. Ermmm..
Tangan eden gatal sms dia lagik!! Haiyaaayyy....!!!

cute white kitten head emoticon 91 Cute White Kitten Emoticon

[source: cute emoticon]

rintihan jiwaku


Hujanan nuklear
Bedilan fosforus
Kebakaran dahsyat
Umpama pesta bermaharajalela
Nilai nyawa tiada berharga
Kehilangan yang menyayat
Menjadikan aku seorang yatim piatu

Keluargaku.. di mana?
Ayah, di mana ayah?
Ayah pergi berjihad tiada pulang..
Ibu, di mana ibu?
Ibu longlai lesu terbujur kaku..
Abang, di mana abang?
Abang menjadi mangsa senapang rakus
Terkoyak rabak tubuhnya
Sama seperti helaian bajunya..
Kakak, di mana kakak?
Nafsu binatang manusia syaitan itu
Menghentikan denyut nadinya..
Adik, di mana adik?
Adik sudah lumat, berkecai
Dihancurkan kereta kebal jahanam..

Apa kau melihat deritaku?
Apa kau merasa apa yang ku rasa?
Apa kau punya mata namun hatimu buta?
Kau rela bersekongkol dengan mereka
Menembak mati saudara-saudaraku
Menghancur lenyap sahabat-sahabatku?
Atau kerana ini kisahku
Bukan kisahmu
Ia berlaku padaku, keluargaku
Bukan kamu, keluargamu?

-nurfatimahz AKA puteri-
12.15 am / 23.06.10