© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, June 12, 2010

cemburu gila

"bukan sebarang cemburu buta"

Seorang teman saya mengadu kepada saya tentang masalah cemburu yang melanda dia, ops bukan. Lebih tepat cemburu itu jatuh kepadanya.

Saya namakan dia sebagai Suhana. Suhana mempunyai dua orang kakak. Yang sulung bernama Suria, dan yang tengah bernama Suzie.

Kak Suria sudah lama berkahwin. Suami bernama Badrul. Kak Suzie pula lebih kurang setahun dua baru berkahwin. Suami bernama Faizal.

Masalahnya begini. Suhana dapat merasakan yang Kak Suzie cemburu melihat dia dan suami Kak Suzie tu. Iyelah, tak boleh dekat. Ada je yang si Suzie tu buat untuk elakkan Suhana dari sang suami merangkap abang ipar Suhana sendiri.

Kata Suhana lagi, Kak Suria ok je. Kalau dia nak keluar dengan suami dia pun, dia akan ajak Suhana bersama. Tak kisahlah Suhana terima atau tidak pelawaan Kak Suria tu. Tapi yang pasti, ajakan dan pelawaan itu ada.

Sebaliknya dengan Kak Suzie. Kalau nak keluar pun, dia kalau boleh tak nak Suhana ikut. Pernah sekali si abang ipar (Faizal) berbual dengan Suhana. Kebetulan si ayah mengirimkan barang untuk dibeli.

Faizal yang berada bersama Suhana di ruang tamu ketika itu apa lagi, mengajak Suhana untuk turut serta apabila dia mahu keluar membeli barang nanti. Tentulah bertiga bersama Kak Suzie. Takkanlah berdua...

Masa itu Kak Suzie tiada di ruang tamu. Dia berada di dalam bilik. Selepas itu, Faizal pun bersiap-siap untuk keluar. Faizal pergi kepada Suzie. Faizal berkata: "Ajaklah adik sekali,". Iyalah, Suhana seorang je kan adik Suzie, juga adik iparnya.

Suzie keluar dari bilik, berjalan ke ruang tamu, namun tidak menghampiri Suhana. Kemudian kembali kepada Faizal dan memberitahu: "Suhana tak nak ikut,". Kebetulan Suhana dalam perjalanan ke dapur waktu itu melalui bilik Suzie dan Faizal terdengar. Tapi Suhana cool, buat biasa sahaja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku dan kata-kata Suzie itu benar.

Suhana mengadu kepada saya. Dia tidak faham kenapa Kak Suzie begitu. Iya, memanglah si Faizal tu mudah mesra dengan sesiapa, malah lebih banyak mulut dari birasnya, si Badrol. Tapi takkan lah dengan adik sendiri pun Suzie nak cemburu?

Saya bukan apa. Cumanya, saya rasa tak patutlah Kak Suzie buat macam tu dekat Suhana. Sudahlah Suhana sahaja belum berkahwin, kemudian tiada pula abang kandung. Baru sahaja hendak berbaik dengan abang ipar, kakaknya berbuat demikian. Tapi tak mengapalah, Suhana masih ada abang Badrul.

Suhana tidak menceritakan hal ini kepada Kak Suria atau abang Badrul, apa lagi kepada abang Faizal, juga ibubapanya. Dia hanya memendamnya di dalam hati. Namun akibat tidak tertahan menanggung sendirian, dia berkongsikan kepada teman.

Saya hanya mampu untuk menasihatkannya supaya bersabar dan anggap tiada apa-apa yang berlaku.

Pesan saya kepada kakak-kakak di luar sana (yang mungkin mempunyai sikap seperti Suzie), janganlah mendera perasaan adik kalian sedemikian rupa. Dengan adik sendiri pun nak cemburu ke? saya rasa tak patut. Ini belum melihat si suami bersama rakan sepejabat. Silap-silap tak benarkan si suami bekerja.

Mungkin akan ada yang berkata: "Awak belum berkahwin bolehlah cakap macam tu!,". Iyakah? Tapi Kak Suria boleh ok je..?? Janganlah halang adik kalian (terutama yang tiada abang kandung) untuk merasa kasihnya seorang abang. Abang ipar itu kan, umpamanya abang sendiri....

***************************************
P/S: nama watak-watak ini bukanlah nama sebenar.

4 comments:

Unknown said...

interesting post looks new nd cool lovely post

Puteri said...

lovely background prhaps.. ;-)

suri said...

cemburu tandanya syg..tapi aws jika cmburu tdk dapt d bendung dgn cara yg btul blh bawa padah jua..

Puteri said...

dengan adik sendiri pun nak cemburu?
dah la tak sempat nak cover.
nampak sangat.
nak cemburu apanya..
dah komfem dah si abg ipr tu abgnya dia.
adik tu pun pasti ada pilihan hatinya.
ah..apalah.