© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, September 22, 2021

Mimpi yang Indah

 Lima tahun

Ku lari dari mengingat kamu

Ku sembunyi dari perasaan

Yang tak pernah hilang

Selalu mengekori dan menghantui

Tiap masa dan ketika

Ada sahaja yang terlintas

Di hati dan di fikiran, kamu.


Kamu hadir

Membawa makna dan tinggi harapan

Namun angan-angan tidak bisa

Merubah takdir yang tertulis

Kamu dan aku hanya teman

Yang bertemu di pertengahan jalan

Terpisah tatkala beredarnya zaman.


Sekian lama

Tidur lena tiada mimpi indah

Tiba-tiba kau muncul kembali

Menguntumkan bunga-bunga di hati

Senyummu yang manis

Matamu yang menawan

Kau hulurkan kembali tali persahabatan

Ku sambut dengan keharuan.


Alangkah manisnya

Jika mimpi itu menjadi nyata

Ingin ku sambung semula bila terjaga

Atau apakah mungkin 

Ada tertulis di suatu masa nanti

Kita akan bertemu semula?


Nurfatimahz Puteri

22 September 2021

Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

Friday, March 26, 2021

Teman Yang Setia

Dari kanak-kanak hingusan

Hingga remaja, malahan dewasa

Kau tak jemu menjadi pendengar setia

Cerita suka, cerita duka

Kaulah tempat ku mengadu segala


Ramahmu menyenangkan

Tawamu menghiburkan

Kau tak pernah berkira 

Dalam melakukan kebaikan, kebajikan

Walau kau kesempitan


Kau selalu menyokong

Memberi galakan dan kata azimat

Tak pernah ku rasa sendirian walau keseorangan

Namun kini ku rasa kehilangan

Bila aku kau tinggalkan


Tak percaya 

Takdir persahabatan ini sudah ternoktah

Kau dirapi, dikafan, ditalkin, dan disimpan

Bersemadi jasad nan kaku

Pulang ke negeri abadi


Bila rindu menjengah

Ada air mata datang bersama

Lekas ku seka dan tanganku tadah

Semoga kau sejahtera

Di sisi-Nya.


Nurfatimahz Puteri

26/03/2021


Selamat pulang sahabatku yang setia Lailatulzamzam binti Abdullah Suhami (25/3/2021)

InsyaAllah kita akan bertemu di dunia Sana.


Monday, February 15, 2021

2021

 Sebab ada orang request link blog, maka dengan gigihnya kita update blog kita 🙊

----------------

2020 

Sekejap sahaja 

Kita tempuh


2021

Semacam tak percaya

Kita sedang lalui


2022

Apakah senasib 2020

Atau ada sinar baharu?

Sunday, December 13, 2020

Data Oktober 2020

 Alkisah data tersimpan di online web berkenaan hanya tahun semasa.

Maka entry ini adalah untuk kegunaan tahun hadapan

:D



Wednesday, August 05, 2020

Seloka Aidil Fitri - Raya Tetap Raya

Ini adalah kali pertama saya menghasilkan dan menyertai pertandingan seloka. 
Walaubagaimanapun, keputusan juri tidak berpihak kepada saya.. Hehe..
Pastinya memerlukan banyak penambahbaikan, nama pun kali pertama kan? 😉

Hari yang dinanti sudah pun tiba

Semua sambut dengan gembira

Walaupun ia serba sederhana

Raya tetap hari raya

 

Ingatlah semua pesanan menteri

Raya berbeza untuk kali ini

Walaupun berbeza cara merai

Janganlah sedih berduka hati

 

Ayah dan ibu di kampung sana

Mohon diampun silap dan dosa

Walaupun tidak pulang beraya

Sentiasa di hati anakanda

 

Janganlah cuba sebarang helah

Kawalan ada di segenap arah

Polis dan tentera akan ke rumah

Jika saudara melakukan salah

 

Sahabat handai dan juga taulan

Ucapan maya kami kirimkan

Tanda sentiasa dalam ingatan

Tidak terasa kita berjauhan

 

Kalaulah anda dengan keluarga

Hanya dua puluh anggota

Bukan bermakna tidak beraya

Namun untuk kebaikan kita

 

Elakkan sentuhan di Aidil Fitri

Tangan mestilah sentiasa dicuci

Jaga pergaulan jangan rapati

Pakailah pelitup pelindung diri

 

Membeli-belah di pasar raya

Jangan dibawa warga berusia

Barang keperluan telah sedia

Marilah ke dapur ringan tulangnya

 

Lengkuas kunyit juga bawang

Bahan penyedap juadah rendang

Maafkan silap semua orang

Ikhlas senyuman ramah bersembang

 

Tak kira apa pun yang dipakai

Janji elok dan cantik di mata

Menutup aurat jangan diabai

Manis dipandang dapat pahala

 

Pada mereka yang telah tiada

Kirimkan doa agar sejahtera

Walau tiada ziarah pusara

Sentiasa dikenang tidak dilupa

 

Tahun ini tidak berjumpa jiran

Tiada baraan tiada marhaban

Dari jauh kita bersapaan

Selamat hari raya diucapkan

 

Sambutlah Syawal sekadarnya

Insafi diri syukur padaNya

Apa yang berlaku banyak hikmahnya

Untuk kebaikan pada akhirnya

Sunday, July 19, 2020

Peraturan Tandas Sekolah (SOP PKP)

Kalau perasan, peraturan surau sebelum ini adalah diolah dari peraturan di bawah:




Mana yang boleh kitar semula, kita guna.. jangan dirumitkan =)

Thursday, July 16, 2020

Peraturan Surau Sekolah (SOP PKP)

Sekolah telah dibuka untuk murid pra sekolah sejak 1 Julai 2020.
Bermula semalam, 15 Julai 2020, sekolah dibuka untuk murid tahun 5 & 6.
Seterusnya bakal dibuka bagi murid tahun 1 hingga 4 pada 22 Julai 2020.

SOP Penggunaan Surau Sekolah telah dikeluarkan KPM. 
Kita edit dari SOP tandas sahaja.. Hehehe








Monday, March 16, 2020

Hidup kita

Bukan komik yang kau suka
Atau novel yang kau puja
Ia penuh dengan suka duka
Tak terjangka sebarang derita
Adakala kau bahagia
Dan adakala kau kecewa
Ada manusia bermuka-muka
Berjanji sejuta dusta
Jangan sekali kau terpedaya
Kelak hanya punah binasa

Hidup kita
Hanya kita.

~Nurfatimahz AKA Puteri~
Cemara Villa, Kota Bharu, Kelantan

Thursday, September 19, 2019

Penutup Bulan Kemerdekaan

Hari ini ada majlis Penutup Bulan Kemerdekaan.

Orang pakai tudung bendera, 
kita bertudungkan bendera🙈


Benderanya tetap terpelihara, tiada bahagin yang dipotong. Balik nanti boleh gantung semula depan rumah. 😝