© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, April 25, 2025

Skrip Mesyuarat agung PIBG

1

Kehadiran

Kehadiran ibu bapa dan AJK PIBG

2

Kata Alu-aluan Pengacara Majlis

Bismilahhirahmanirahim...

Alhamdulillah... selawat

Yang Berusaha Cg Rafadzilah bt Abd Rahim, GB SKSPR

Yg Dihormati, Cg Pauzidan bn Sungip, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cg Yusma Rizal bin Mohd Idros, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cg Nurul Syuhada binti Masrun, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati En. Anuar bin Kasim, Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) Rengas, En. Azri Effendy bin Abd Rahman, naib yang dipertua pibg,

Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu Bapa, Guru-guru dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum w.w.b.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG Rengas kali ke-50 pada tahun 2025.

Pihak majlis turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat yang sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

3

Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Muhd Luqman Zuhdi.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

 ............  SELESAI BACAAN DOA ...........

Amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi. Moga-moga majlis berjalan lancar dan dipermudah dari awal hinggalah penghujungnya, insyaAllah.

4.

YDP PIBG

Dengan ini majlis diserahkan kepada En. Anuar bin Kasim, Yang dipertua PIBG Rengas uantuk memulakan mesyuarat agung kali ke-50, SKSPR. Dipersilakan.

5.

Ucapan Perasmian

Yang Berusaha Cg Rafadzilah bt Abd Rahim, GB SKSPR

Yg Dihormati, Cg Pauzidan bn Sungip, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cg Yusma Rizal bin Mohd Idros, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cg Nurul Syuhada binti Masrun, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati En. Anuar bin Kasim, Yang dipertua Persatuan Ibu bapa dan guru (PIBG) Rengas, En. Azri Effendy bin Abd Rahman, naib yang dipertua pibg,

Yang dialu-alukan En. Steven Chin Tuck Piew, Ketua pegawai eksekutif Putra Specialist Batu Pahat, selaku perasmi majlis, selamat datang tuan.

Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG, Ibu Bapa, Guru-guru dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Majlis mengucapkan selamat datang kepada En. Steven atas kesudian bersama-sama dengan kita pada hari ini. 

…….Biodata perasmi.......

Seebelum meneruskan acara, ingin saya kongsikan serba sedikit biodata perasmi pada hari ini.

En. Steven graduan Univeristy of Texas, merupakan Ketua pegawai eksekutih Putra Specialist Batu Pahat dan juga pengarah Sumber manusia atau human resources ICG healcare group. mempunyai pengalaman 14 tahun dalam perkhidmatan kesihatan, 2 tahun menjadi ketua operasi dan pekhidmatan hospital di Daehan Rehabilitation Putrajaya yang merupakan sebuah hospital rehabilitasi swasta khas bagi kes neuro yang terdiri daripada pesakit stroke, kecederaan saraf tunjang, peadiatrik dan kecederaan sukan. Selain itu, beliau juga berpengalaman srlama 12 tahun sebagai Ketua operasi dan sumber manusia di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga pernah menjadi pengarah Latihan di Royal Sporting House selama 7 tahun. Begitulah serba sedikit biodata tentang insan yang kita segani.

Kini tibalah masa untuk kita mendengar ucapan dan seterusnya perasmian penutup Mesyuarat Agung PIBG Rengas kali ke-50. Dipersilakan En. Steven Chin TucK Piew, Ketua pegawai eksekutif Putra Specialist Batu Pahat. 

----UCAPAN----

Majlis mrakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Steven Chin Tuch Piew atas ucapan dan perasmian itu tadi.

 6.

Penyampaian

Sijil/

Cenderamata

Kepada AJK

PIBG 2021/2022

Hadirin yang Dimuliakan,

Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SMK DJH Sesi 2021/2022, majlis sekali lagi mempersilakan Yang berusaha, Cg Nor Shahida Son bt Abdullah untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan. Dipersilakan.

(SENARAI AJK PIBG 2021/2022)

Malis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati sebentar tadi.

7.

Mesyuarat Agung PIBG

Hadirin yang dihormati sekalian.

Mesyuarat PIBG ini tidak lain menjadi medan pertemuan dan percambahan idea, maklum balas dan pandangan dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang. Semoga anak-anak kita akan menjadi insan yang cemerlang, bukan sahaja cemerlang di dunia malah cemerlang di akhirat.

Jadi, tanpa melengahkan masa, majlis diserahkan kepada Yg Berusaha Pn Salini bt Said, YDP PIBG SMK DJH untuk meneruskan agenda mesyuarat. Dipersilakan.

Friday, March 28, 2025

Majlis Khatam & Penutup Ihya Ramadan

 [image]

PERKARA

nota

 ALUAN

bismillah. selawat.

Yang berusaha cg rafadzilah bt abdul rahim, gb skspr

Yang dihormati cg pauzidan bin sungip gpk pentadbiran

cg yusma rizal b mohd idros gpk hem

cg nurul syuhada bt masrun gpk kokurikulum

yg dialu²kan en anuar b kasim, yang dipertua persatuan ibu bapa dan guru (pibg) rengas

en azri effendy b abd rahman naib yg dprtua pibg,

en syukry bin hamdy, khalifah khatam alquran

yang dikasihi guru², kakitangan sekolah, ahli jawatan kuasa program, murid² serta hadirin sekalian. 

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

selamat datang ke majlis penutup ihya ramadan peringakt skspr bagi tahun 2025.

alhamdulillah sepanjang satu bulan ini banyak aktiviti telah dijalankan, antaranya tadarus alquran, takzirah ramadan, kuiz ramadan, kutipan sumbangan bakul kasih ramadan, aktiviti mewarna sampul raya dan sebagainya. 

Hari ini kita akan mulakan dengan majlis khatam alquran, insyaAllah.

peserta khatam

doa

hadirin dan hadirat, 

majlis menjemput dan mempersilakan peserta khatam alquran untuk mengambil tempat dihadapan. dipersilakan

sebelum meneruskan acara, marilah kita sama2 menadah tangan memohon keberkatan majlis dari Yang Maha Esa. bagi tujuan itu, majlis mempersilakan cg muhd luqman zuhdi bin ilman. dipersilakan.

amin² ya rabbal alamin. terima kasih cg luqman atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

khatam

Hadirin sekalian, 

Sedikit pesanan bersama.. marilah kita sama-sama menghayati dan mengikuti alunan ayat suci alquran yang akan diperdengarkan sebentar lagi.

alhamdulillah, demikian itu tadi alunan ayat suci alquranul karim. terima kasih semua peserta yang telah mengambil bahagian.

peserta khatam dipersilakan mengambil tempat di bawah.

Guru-guru dan anggota kakitangan perkhidmatan AKP untuk merakamkan gambar kenang-kenangan di atas pentas. dipersilakan.

ucapan gb

tuan2 dan puan2

tidak lengkap dan pastinya janggal majlis jika tiada ucapan uluan dari tuan rumah. untuk itu kita persilaka  yg berusaha cg rafadzilah bt abd rahim untuk menyampaikan ucapan. dipersilakan cg.

terima kasih cg rafadzilah, diminta tuan guru besar untuk kekal di atas untuk majlis seterusnya. 

gimik

hadiah sampul raya

Majlis menjemput TN HJ KUSWANDI BIN TAYEN

PENGERUSI 

KOPERASI ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN BATU PAHAT BERHAD, Cikgu Masriah binti mohd Maserin, presiden jrobik peladangnita seri medan dan en azri effendy bin abd rahman, naib yg dipertia persatuan ibubapa dan guru pibg Rengasuntuk mengiringi tuan guru besar bagi menyempurnakan gimik majlis penutupan ihya ramadan. dipersilakan.

Hadirin dan hadirat, majlis akan diteruskn dengan penyampaian hadiah pertandingan mewarna sampul raya sempena ihya ramadan. 

Dipersilakan cg yusma rizal bin mohd idros, guru penolong kanan hal ehwal murid untuk mengiringi tuan guru besar, dipersilakan.

* baca senarai nama

Terima kasih cg yusma rizal

sumbangan raya

Majlis mengalu-alukan kehadiran ibubapa penerima majlis bakul kasih ramadan drengas.

dipersilakan mengambil tempat yang telah disediakan. 

Biodata yg dirai

Hadirin sekalian,

Ingin kami kongsikan serba sedikit biodata insan yang kita raikan pada hari ini.

Dilahirkan pada 9/9/1975 di Kg Hubung, Endau, Mersing. Dibesarkan di Felda Air Tawar 5, Kota tinggi.

Mendapat Pendidikan awal di tadika Felda Air Tawar 5, Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Air Tawar 5, SMK Semenchu dan SMK bandar mas. Kemudiannya melanjutkan Pelajaran ke institiut perguruan sultan idris, Perak, Institut Pendidikan Guru kampus temenggung sultan ibrahim, johor, dan kolej pengajian islam di selangor.

 Pasangan hidupnya puan fayrusniza bt muhd jamain yg juga merupakan guru di sk seri medan,

Dikurniakan 2 pasang cahaya mata:

Nur amira syuhada, nur amira najwa

Muhd amir fawwaz & muhd alif ilmi

Cgu Fazilah yang lebih mesra disapa dengan panggilan Cikgu Haris memulakan perkhidamatannya dengan 

1. Penempatan pertama SK seri bandi, Terengganu 2000-2004, dan kemudiannya ditempatkan di SK SERI PEMATANG RENGAS 2005-2025

Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

APC sebanyak 3 kali iaitu pada

2003- SK seri bandi

2012- SK seri pematang rengas

2022 - SK Seri Pematang Rengas

Dan kini, cikgu haris telah dinaikkan pangkat menjadi guru penolong kanan kokurikulum di sk seri laksana.

Sepanjang dua puluh tahun di SK Seri Pematang Rengas, beliau telah menjalinkan hubungan yang baik dengan warga rengas dan juga komuniti setempat. Banyak Kerjasama dan pengibatannya dengan agensi luar sama ada Kerajaan mahupun swasta. Tidak hairanlah cikgu haris amat dikenali orang warga medan dan batu pahat.

Begitulah serba sedikit tentang Cikgu haris.

pra pulang

Sidang dewan sekalian,

Majlis menjemput Cg haris untuk turun ke bawah bersalaman dengan murid pra sekolah yang bakal berangkat pulang. 

Dipersilakan murid pra sekolah bersama hadiah kelas.

Terima kasih cgu haris.

Ucapan yg dirai

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh kita semua bagi mendengar ucapan dan amanat dari yang diraikan Cg haris zaidi bin omar ali. Dipersilakan cg.

Terima kasih Cg. haris atas ucapan sebentar tadi. Semoga apa yang telah disampaikan dapat dijadikan pedoman dan ingatan untuk kebaikan kita bersama.

Kita minta cikgu Haris agar kekal di atas.  dipersilakan barisan guru dan akp utk sama² bergambar dengan yang diraikan.

 Terima kasih barisan guru & AKP

Cenderamata

Warga dewan sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata buat cg haris.

1. Cenderamata dari PIBG, dipersilakan YDP PIBG

2.Cenderamata dari Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan sekolah, dipersilkan pengerusi Bilik Guru, Cg Mohd Farid

3.dari kelas2, kita persilakan ketua kelas 1 pintar-6 pintar

4.unit beruniform pengakap -

5.cenderamata persendirian

fotografi

penutup

Terima kasih diucapkan kepada semua.

Majlis sudah pun dipenghujungnya. Sebelum bersurai.. marilah sm2 kita mmbacakan tasbih kafarah dan surah al-asr.

Majlis mempersilakan barisan pentadbir untuk mengiringi Cg Haris mengambil tempat di laman santai (berhampiran tangga) untuk bersalaman dengan murid-murid.

 Murid-murid sila beratur mengikut kelas. 

Majlis mempersilakan barisan pentadbir skspr untuk mengiring Cg Haris serta jemputan ke Dataran dan seterusnya melambai kepulangan beliau.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.

Assalamualaikum w.w.b

Wednesday, March 05, 2025

MAJLIS SANJUNGAN BUDI (GBK - GPKK)

PERKARA

nota

 UMUM

Mengumumkan ketibaan Cikgu mohd haris zaidi bin omar ali, mantan guru SKSPR bersama barisan pentadbir. Dipersilakan mengambil tempat yang telah disediakan.

ALUAN

Sireh berlipat sireh pinang

Sireh dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim.. alhamdulillahirabbil alamin… assolatu wassalamu ala asyrafil ambiyai walmursalin, wa ala alihi wasohbihi ajmain..

Yang Berusaha cg Rafadzilah Abdul Rahim, GB SK Seri Pematang Rengas,

Yang dihormati cg. Pauzidan bin Sungip GPKP, cgu Yusma Rizal bin IdrOs GPKH, cg Nurul Shuhada binti Masrun GPKK..

Yang dihormati en anuar bin kasim ydp pibg, en. Azri Effendy bin Abd Rahman nydp

Yang diraikan pada hari ini Cg mohd haris zaidi bin omar ali, Guru skspr

Yang dialu-alukan ahli2 jawatan kuasa pibg dan pibk. Selamat datang semua, terima kasih sudi hadir.

Yang dikasihi barisan guru, kakitangan sekolah, ajk pibg, jawatankuasa pelaksana majlis pada hari ini dan seterusnya murid2 serta hadirin sekalian.  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini dalam MAJLIS SANJUNGAN BUDI sempena perpindahan cg haris di DEWAN ANGGERIK SK SERI PEMATANG RENGAS.

DOA

Hadirin sekalian,

Tetak buluh panjang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jejari sepuluh
Doa dipohon biarlah berkat

Bagi memohon keberkatan majlis pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh cg Mohd Jawawi bin Musanif. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Amin2 ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada cg Jawawi bin Musanif atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi, Moga-moga majlis kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa, insyaAllah.

UCAPAN GB

Hadirin dan hadirat,

Bukan rumput sebarang rumput

Rumput ditanam penghias laman

Bukan jemput sebarang jemput

Jemput memohon kata aluan

Majlis akan diteruskan dengan ucapan dari tuan guru besar. Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan YANG BERUSAHA CG RAFADZILAH BT ABD RAHIM, bagi menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada cg Rafadzilah.

UCAPAN YDP

Majlis akan diteruskan dengan ucapan dari yang dihormati en anuar bin kasim, yang dipertua pibg rengas. Dipersilakan tuan.

Terima kasih tuan atas ucapannya.

Persembahan murid 

Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis akan menyajikan dua persembahan Istimewa penyeri majlis. 

Dipersilakan persembahan yang pertama murid Tahun 2 Pintar! 

Persembahan yang kedua, dipersilakan murid Tahun 3 Pintar!

Tahniah dan terima kasih semua murid yang telah membuat persembahan.