© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Monday, June 25, 2012

428 dalam sejarah

Bukan main lagi iklan yang nak mencemarkan minda-minda rakyat jelata dari berkembang, tak terkira juga iklan-iklan yang masuk bakul angkat sendiri pelbagai versi, dari utara, pantai timur hinggalah versi Sabah/Sarawak. Huh. Dia ingat kita b*d*h?


Tapi yalah.. bukan tak ada yang terpedaya dengan tipudaya media kroni lidah rasmi yang sinonim dengan hasad dan domba. "Eh hari tu teruk kan demonstrasi. Sebijik macam rusuhan di luar negara..." Kata seorang makcik (melalui penceritaan kenalan). "Mana makcik tahu? Makcik pergi 3.0 ke?" Tanya kenalan saya. "Tak.. tengok kat TV".


Huh! Tu dia la.. kata negara maju tak sangga. Ni mesti kes internet tak sampai. Duk cherok-cherok. Kompom line kurang bagus. Maklumat semata-mata bergantung kepada media kroni. Dari surat khabar sampailah ke televisyen. Cemuihhhh!!!


Lagi mereka burukkan rakyat yang menuntut perubahan dalam pemerintahan, lagi rakyat bangun dan melawan. Jangan cakap lah apa bangsa sekalipun, semua bersatu. Matlamat yang satu. Satu Malaysia? Huh. Tak payah duk jaja sangatlah gagasan tu. BERSIH menggabungkan menyatupadukan rakyat tanpa perlu bajet/dana yang berjuta-juta yang hanya lebur atas angin. Tapi apa hasilnya? Apakah OBJEKTIF tercapai? 


Kalau bukan kerana akta yang menakutkan, kalau bukan kerana klausa yang merunsingkan, lebih ramai yang turut serta tanpa perlu berselindung (merujuk kepada diri sendiri HAHAHAHA!).



Sunday, May 13, 2012

Blogger with new layout?

TAJUK LAIN. ISI LEBIH BANYAK YANG LAIN~! :P~



Huh.. nampak sangat dah lama giler tak buka blog. Tetiba je tengok ada perubahan masa log in. Adehhh... Hahaha! Mula-mula macam pelik, tapi rasa ok kot. Haha! Belum godek-godek lagi. Harap Friendly User lah. 


Ohya. er.. Ade tengok tak video tribute untuk Bersih? Mungkin dah ramai kot tengok. Hehehe.. 


Kepada yang belum tengok Tears of Malaysia, mohle layan kat bawah ni... Eh sebelum tu! Lagu ni ramai yang kritik sebab banyak lirik Bahasa Cina berbanding Bahasa Melayu atau Bahasa Tamil, juga Bahasa Inggeris. 


Tapi yelah.. Sebab lagu ni ilham rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dan juga "Chinese Educated", maka saya rasa bukanlah menjadi suatu masalah dalam lirik tu. Lagipun ada translation (dalam Bahasa Inggeris). Apa yang menarik, dalam video ni ada wakil dari masyarakat majmuk malaysia; Cina, India, Melayu. So saya rasa kalau ade orang nak cakap diskriminasi ke ape ke.. benda tu tak layak untuk diperkatakan. Apa yang penting, mesej yang ingin disampaikan.


Oklah, banyak pulak saya membebel. HEHEHE! Jom layan~







Salam REVOLUSI dari puteri =)

Monday, April 16, 2012

DUDUK BANTAH

Nak lari, tak larat
Nak jalan, penat
Duduk aje lah~ :)

JOM DUDUK BANTAH aka BERSIH 3.0!

Sekarang ni sibuk sikit. Maaf ya blog, dan kawan2.. Nanti ada masa, saya blogwalking n leave a comment on your blog. Tata~!

Sunday, October 30, 2011

[Gambar & Video] Peserta "BERSIHkan Malaysia" (CHOGM) di Perth Australia

~ Bersih 2.0 diteruskan! ~


28 Oktober 2011 baru-baru ini (Jumaat), rakyat Malaysia di Perth, Australia berhimpun beramai-ramai ketika sidang Perjumpaan Ketua-Ketua Negara Komanwel [
Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM)] di mana CHOGM ini turut dihadiri Menteri Perdana yang dikasihi Najib Razak bersama isterinya yang digelar First Lady of Malaysia (FLOM).

Persediaan awal......

Antara rakyat Malaysia di Perth yang hadir.

Anjing ini maskot tidak rasmi "BERSIHkan Malaysia" Perth, milik Adelene Wee yang dinamakan "Oppa". Ohya, mesej dari Adelene Wee yang harus saya kongsikan! (Sebab dia sudah berpesan kepada saya! hehe). Mesejnya begini...

"Can you also mention that Oppa was rescued from the pound pls? As much as he is the unofficial BERSIH Perth mascot, we would also like to create an awareness that all pets deserve second chances. NO TO PET SHOPS!"
- Adelene Wee.

1- Oppa diselamatkannya - lalu menjadi haiwan-angkat-nya.
2- Katakan TIDAK kepada pemerdagangan haiwan!
(Tiba-tiba tak reti nak terjemah ke dalam Bahasa Melayu.. hehehe).

Ohya, di sini ada video menarik Oppa. Link dari facebook. Harap kawan-kawan boleh tengok.


Dr Wong Chin Huat, orang kuat CHOGM Protest Perth.

Agak-agak, boleh dapat aksi macam ni tak kat Malaysia? =)

B.E.R.S.I.H.kan Malaysia!!!

Berarak...

Peserta bergambar di hadapan arca AUD$1M, Perth, Australia.

Video pulak...


Nyanyian lagu "Negaraku".


Nyayian lagu "Rasa Sayang".
Rasuah Sayang hei Rasuah sayang sayang hei
Hei lihat Rosmah jauh Rasuah sayang sayang hei!

Dan yang ini.... Berita 10 (Ten News) dari TV 10 (Channel 10) milik Australia melaporkan tentang peserta demo CHOGM, termasuklah Malaysia! Dalam TV MALAYSIA ada tak?



Kalau dulu semasa Bersih 2.0 (9 Julai 2011), ada pihak melaporkan lebih kurang 6000 "sahaja" rakyat Malaysia yang hadir, di CHOGM pula ada juga "rumor" yang mengatakan "8 orang sahaja" rakyat Malaysia yang hadir! Cubalah kira kat atas tu berapa orang?

Anjing pun pandai mengira, kata Adelene Wee.

Ok itu sahaja. Gambar dan video diperolehi daripada sumber.

Monday, October 10, 2011

SOKONG: tunaikan 8 tuntutan sebelum PRU 13!


Ada satu page ni.. Page untuk tunjukkan sokongan terhadap Bersih 2.0 dan tuntutan-tuntutan Bersih.

Semua orang boleh tunjukkan sokongan masing-masing dengan mengirimkan gambar ke page tersebut, namun mestilah klik LIKE dulu pada page tersebut.

Link: Implement the 8 demands before GE 13

Ok, selamat menunjjukkan sokongan anda. Saya sudah. Anda?

Wednesday, July 20, 2011

gambar (video) perhimpunan Bersih Al-Jazeera

Detik-detik cemas yang dipaparkan dalam video oleh media Al-Jazeera:


Lihat berita penuh dan video di english.aljazeera.net, versi yang sedikit sangat berbeza berbanding dengan apa yang kita lihat di media tempatan.


Nota: Jangan percaya TV3suku!!!


Sumber: mr.muhaim.in

Monday, July 18, 2011

makcik pun sokong Bersih!

Sabtu lepas setelah tamat program Tamrin Maahadi, saya, Nik Syafawati dan Farhan (junior) singgah makan-makan di sebuah kedai makan, takkan kedai basikal kan? haha warung..

Tengah belek-belek menu yang menarik, datang seorang makcik, pekerja warung tersebut menyapa saya yang ketika itu memakai T-shirt KUNING siap ada tulisan dan lambang BERSIH 2.0!

"Makcik pun kuning jugak" Sapanya. Saya melihat makcik tersebut sambil menghadiahkan senyuman, saya lihat dia memakai apron berwarna kuning.

"Boleh geng la kita, hehe" tambah saya, basa-basi. Orang bilang... orang berbudi kita berbahasa. Ingat tuhh!

Ok.. tamat di situ. saya dan kawan-kawan pun makan.

Nik Syafawati.

nampak tak baju kuning-kuning..?
hik.hik.hik
(ngantuk ke time ni? tak sompat den nak posing!)

Farhan.
Special thanks to this man sebab bayar kitorang punya makan..
wahaa.. best wo! dah la junior kitorang!

Waktu kami dah habis makan, kami borak-borak berkenaan Tamrin Maahadi. Kekurangan, kelemahan yang tidak diutarakan kepada guru-guru, cukuplah urusetia dan fasilitator sahaja yang tahu.

Syok-syok berborak tu, tiba-tiba datang makcik tadi yang berbaju apron kuning, siap bawa pinggan berisi makanan parking sekali kat meja kami. (he.he.he...).. Kemudian berbicara tentang perjuangan, dan pastinya terselit, perjuangan Bersih 2.0.

Sempat Farhan berbisik, "Tu la pakai lagi baju Bersih." Jawab saya, "Ok apa.. haha..".

Kata makcik tersebut, anak-anaknya, adik-beradiknya, saudara-maranya ramai yang join Bersih. Dia juga ingin turut sama namun keadaan menghalangnya. Kata makcik tu lagi, "Makcik akan pergi Bersih 3 (3.0)!". Terbaek lah!

'Makcik ber-apron kuning'.
Lauk pun kuning woo..


"Makcik rasa bangga dengan anak muda zaman sekarang sebab dah bangkit sambung perjuangan yang suatu masa dahulu, hanya dipelopori oleh orang-orang lama. Sykur kini ramai sudah sedar. Insya-Allah lepas ni Johor pulak tumbang, kita ambil balik Terengganu!", kata makcik dengan penuh semangat dan emosi.

Di akhir pertemuan, makcik tu berpesan.. "Daftar mengundi belum? Daftar cepat jangan tak daftar!". "Nanti datanglah lagi (ke warung ni)," tambahnya yang sudah berkhidmat di warung ini lebih 10 tahun.

Ok.. Ni wat tontonan kawan-kawan semua. MESTI TONTON!
TOP #10 Police Brutality.



Tuesday, July 12, 2011

the TRUTH

Don't let it cover by anyone! Please spread it!



Kebenaran tentang BERSIH, sebarkan!

Monday, July 11, 2011

BERSIH worldwide!

Tonton, download semua video BERSIH sebelum diremove atau hacked!

Sunday, July 10, 2011

lihatlah, sesungguhnya Tuhan menyaksikan

Anda lihat sendiri, tiada editing atau super impose, semua ASLI


Siapa kata Melayu sahaja sertai? Semua mahu KEADILAN.
Urang Melayu No Otak saja goyang kaki

Pemimpin mula ditangkap

Anwar cedera, memang dijadikan target. mangsa sasaran!


Tangkap sudah.. Ni hentak-hentak apa cerita brader?

Ni lagi clear! We paid you to PROTECT, not to ATTACK us!
Kami bayar kamu untuk MENJAGA, bukan MENGANIAYA kami!

Ketika gas pemedih mata dilepaskan..
Aku berdoa ada angin kuat yang menolak asap2 kembali kepada polis!






Keadaan di Malaysia 1000, 100,000, 1,000,000 kali sangat berbeza berbanding dengan perakan Bersih di luar negara.

Berita TV, surat khabar, semua MELOYAKAN! PENIPU BESAR! Pembohong! Putar Belit! Tak guna!

Semua kata makian berikutnya tak dapat didedahkan. Namun ingat, ALLAH tahu apa yang kamu lakukan terhadap kami. Dan ingat! Doa orang-orang teraniaya ini tiada hijab di sisi-Nya.

Saturday, July 09, 2011

alhamdulillah.. kita BERJAYA!

Benarlah tiada perjuangan yang bernama perjuangan jika tiada sebarang pengorbanan. Dan adakalanya pengorbanan itu bukan sahaja mengorbankan harta, benda atau masa, malah juga hingga terkorban nyawa. Itulah harga yang perlu dibayar demi sebuah perjuangan. Namun ingatlah saudaraku sekalian, perjuangan dan pengorbanan ini sekalipun tidak sia-sia, moga Allah mengganjari di dunia, juga akhirat.

Al-fatihah buat saudara seperjuangan Baharudin Ahmad (58 tahun) yang telah meninggal dunia sebentar tadi setelah terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC petang tadi. Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL. Tidak lama kemudian, beliau disahkan meninggal di sana [Harakah].



BERSIH 2.0 menganggap perarakan hari ini sebagai satu kemenangan kepada pergerakan itu dan rakyat Malaysia, dengan mendakwa sehingga 50,000 (malah ada yang menganggarkan melebihi 100,000 sebenarnya) orang telah menyertainya, bagi menyokong tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil [MalaysiaKini].

Sekalipun kita tidak berjaya menghantar memorandum kepada Agung walaupun Agung telah perkenan untuk menerimanya, kita dihalang oleh polis. "Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu [MalaysiaKini].

It's the B'DAy (Bersih's DAY!)

caption
Suasana di KL Sentral

caption
Perarakan berterusan ke mahkamah

caption
6 orang ditangkap di KTM KL

caption
Perarakan sedang berjalan ke arah Masjid Jamek dgn laungan Takbir dan Reformasi!

sumber: Keadilan Daily

Friday, July 08, 2011

sebelum ni tak boleh BAJU, sekarang giliran GARAM pula

Bawa garam pun kena tahan dengan polis - Bersih 2.0

Info neh sahih. Bukan dapat melalui email. Sebaliknya panggilan telefon. Maksudnya orang yang aku kenal lah. Dia call dan bagitau menda neh. Siapa dia tak boleh lah aku dedahkan disini. Yang penting aku nak kelirukan mereka supaya mereka tak boleh trace orang yang bagi maklumat neh kat aku.

Sepertimana yang kita sedia maklum ada 30 jalan2 di kl akan ditutup bermula jam 12.01 tengah malam neh. Ditutup daripada dimasuki oleh kita. Samada dia tutup terus dengan tak bagi sapa2 masuk ataupun dia tutup hanya kepada peserta2 bersih aku kurang pasti tetapi apa yang pasti ialah ;

1. Jika korang berada dalam kawasan yang ditutup dan berada dalam kawalan polis, dalam keadaan yang mencurigakan, dan mempunyai alatan demo seperti tuala, garam, baju2 berkaitan bersih ataupun tidak, alat2 berkaitan demo seperti topeng dan sebagainya korang akan terus ditahan sebab melanggar undang2 dan arahan. Arahan untuk peserta demo agar tidak menjejaki 30 jalan utama di kl telah diedarkan dan disebarkan jadi polis ada hak untuk tangkap korang. Ini menurut tafsiran polis lah, bukan aku. Tafsiran aku jawapan nya ialah bullshit itu sahaja. Simple kan? Heh.

2. Boleh bawa semua2 benda di atas jika korang datang berkumpulan. Kalau agak2 3,4 orang tak payahlah susah2. Sekali angkut je polis dengan korang. Berkumpulan = mesti ramai2 yang mana polis pun fuhh.. kira ramai lah. Sebab tue korang kena ikut2 orang. Kalau jumpa member2 yang nak pergi bersih, pergi ramai2 jalan dalam kumpulan besar, bukan kecik. Tak payah lah nak berego2 plak, aku tak geng ko, ko tak geng aku, ko sapa aku tak kenal, arhh menyampah plak aku dengan mamat neh, tue seme letak tepi kalau takmo kena balon dengan polis sebab langgar arahan polis.

3. Kalau lone ranger cam aku memang susah sket. Sebab tue aku plan awal2 nak berlakon bodoh2 je. Aku siap nak berlakon cakap takde tv, takde paper, takde internet dan kalau boleh aku nak cakap tak reti membaca, Biar polis tue simpati dan faham bahawa aku mangsa keadaan bila dia terjumpa aku tercampak kat dalam stadium tue nanti. Aku, apa pun tak bawa. Siyes. Aku bawa kamera je. Heh.

4. Masuk kl waktu pagi. Sesudah subuh. Lagi cantek. Untuk elakkan apa2 perkara yang tidak di ingini. Pastikan jangan bawa duit yang banyak. Alahai kang hilang menangis ko. Bawa ic. Jangan lupa. Satgi kena cop indon, padan muka. Alasan polis nak kenakan ko. Dan paling penting jangan bawa kad student kalau dah tahu korang tue student. Aku tak bagi student2 neh ikut, tapi kalau dorang degil mesti dorang ikut gak, so langkah berjaga2 jangan ada satu pun dokumen yg boleh mengaitkan korang ialah student dan jangan mengaku korang ialah student. Cakaplah ko kerja ke apa ke asalkan tak mengaku student.

5. Jangan bawa perkara yang boleh menyusahkan korang. Macam laptop ke. Kang nak lari payah. Orang dah lepas sebatu korang tertinggal kat belakang sebab beban laptop. Parkinglah motor atau kereta jauh2 dari tempat perhimpunan. Jangan bagi polis sedar dan faham itu ialah kenderaan korang. Satgi dia buat sportcheck rambang ada kuning ke apa ke, dah kena lagi korang. Kan dah pesan, tapi takmo ikut.

6. Simpan no penting neh dalam hp masing2 sekarang. ==> SMS 013-2102002 . Kalau kena tahan dengan polis terus SMS no neh segera dan hantar butiran penuh.

7. Cuba cari kawan2 yg nak pergi esok. Kita pergi ramai2, cari satu tempat berkumpul. Tapi ramai2 kena kompromi. Kalau sorang geng angkut barang "haram" yg buat polis curiga, dengan aku, dengan ko, dengan orang lain2 sekali masuk lori polis, tak sempat demo bersih, kita dah demo dalam balai dulu. Heh. Sekian.

Nota : Jauhi provokasi dan kumpulan provokasi. Jika ada sesuatu yg mencurigakan rakam guna akal dan kamera.

Dan kalau korang kena tahan ingatlah bahawa ;

- Diam lebih baik. Tak kira lah polis tue nak maki segala bagai ke [kalau leh rakam bagus gak tue] tapi lebih baik diam dan membisu.

- Jangan melawan dan kurangkan menjawab. Kalau dia minta IC bagi. Kalau dia tanya lebih2 pasal korang, tipu, itupun kalau pandai lah kan. Kalau takmo tipu, diam. Habis citer. Fikir2 lama sebelum jawab itu ini. Tapi lebih baik jangan jawab.

- Perhatikan nama dan no polis tue. Kalau boleh catit dia dalam otak masing2. Buat modal mengumpat kita kalau2 polis tue polis jahat. Kalau polis tue polis baik yang jalankan tugas, takpelah. Kita kena bertolak ansur. Ikut info yang aku dapat polis bersepah esok dan hari neh. Memakai dan tidak memakai baju seragam. Mungkin ada yang menyamar sebagai peserta bersih untuk collect info. So waspada lah. Dah ramai2 mana lah kita kena semua kan?

- Jangan berlagak2 dedahkan identiti aku blog neh, aku admin neh, aku facebooker yg selalu maki hamun umno dan sebagainya. Lebih baik diam2 je. Silap dedah terdedah kepada musuh baru padan muka ko.. nanti habis gambar ko kena sebar macam aku. Hah padan lah muka. Heh. Tapi itu kalau gambar je kena captured, silap2 orang tue SB hah lagi lah mampos ko kena naik SKMM atas akta hasutan plak. So ahti2 lah esok memasing2, pandai2 lah bawa diri dan menyamar segala bagai. Taktik aku macam biasa larh. Jadi orang bodoh. Habis. Sekian.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Updated :
No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor2diatas dalam handphone masing2... Apa2 berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Harap Maklum. - amenoworld

sumber: Bujang Susah

Thursday, July 07, 2011

Mesej yang Sangat PENTING!

Mesej Dari Topeng Perak® Unmasked

Maklumat Sahih: Pesanan buat semua sahabat-sahabat di seluruh Malaysia tak kira lu sokong BERSIH 2.0 atau tak sokong.

Sila delete mesej-mesej dalam handphone anda yang berkaitan dengan politik dan ada words BERSIH. Polis road block akan periksa. Polis di Kuala Lumpur akan periksa handphone secara rambang dan penahanan serta-merta akan dilakukan bagi membantu siasatan.

Harap Maklum & sila share pada Facebook, Twitter & Blog masing2.

source: MiloSuam

Nota:
anda mungkin berminat untuk membaca entry sebelum ini: berita terkini.

berita terkini hiburan hot

Berita Satu:

Hishamuddin Derhaka Titah Agung / Hishamuddin disobey to the King:


"Hishamuddin melangkaui kuasa Agong bila tdk mengendahkan seruan Sultan yg membenarkan himpunan Bersih dibuat di Stadium. Hishamuddin terus menggunakan polis bagi merencanakan rancangannya utk menekan, menahan dan menggunakan kekasaran terhadap peserta himpunan Bersih 2.0."


"Hishammuddin use police in order to stop Bersih Rally which is contra the King order; allowed Bersih to use Stadium"


http://www.facebook.com/hishamderhaka

-------------------------------------------------------------------

Berita Dua:

Perkasa Tidak dibenarkan menghadap Agung / Perkasa not allowed to meet Agong at Istana Negara


"(Malaysian Digest) - Perkasa presiden Datuk Ibrahim Ali today cancelled his scheduled meet with the Yang di-Pertuan Agong to submit a letter to seek audience with His Majesty. According to sources, the meeting was cancelled due to the Istana not allowing the group to meet with him. Perkasa was expected with the Agong today at 10.00am to submit a letter to seek audience with His Majesty before 9 July."


"Perkasa membatalkan hasrat mereka untuk menghadap Agung. Menurut maklumat daripada sumber, pihak Istana tidak membenarkan Perkasa menghadap Agung"

http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/41734-news-flash-perkasa-not-allowed-to-meet-agong-at-istana-negara