© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, February 24, 2010

jom jalan-jalan

Semalam, rakan-rakan saya dari elektif Food Biotechnology ada membuat lawatan ke kilang Yakult. Semester lepas, mereka ke kilang coklat Berryl's (sodapnyee, he.he). Elektif saya bila pula mahu mengadakan lawatan sambil belajar?

Lalu saya bertanyakan kepada seorang kenalan saya dari alam siber, dan juga bekerja dalam bidang ini.. Dia memberikan beberapa tempat sebagai cadangan. Tapi tidak pula diberikan tempat kerja dia sendiri, hu.hi..

Jadi sekarang saya tengah survey-survey tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi lawatan sambil belajar saya dan rakan-rakan elektif Information Technology and Communication. Ohya, bagi subjek Computer Network, atau subjek Cyber Laws.

Ada sesiapa yang mahu memberi cadangan atau bantuan? ;-)

Ok. Keluar topik dulu;

Yang boleh membuat anda tersenyum dan ketawa:
(sila baca dan sebut sehingga anda mendengar bunyinya)

ISTILAH BAHASA JEPUN=
1. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI
2. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA
3. Yang bisu – KIETA TADASORA
4. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA
5. Yang suka layan blues – APO NADIKATO
6. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI
7. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA
8. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI


Credit to: Hussein Azeemi
Lawak la tu :P

Friday, February 19, 2010

sindrom yang melanda

malas, malas, malas

Oh sindrom yang begitu membahayakan.

Malas buat kerja
Suka melepak di skrin komputer
Window shopping di kedai-kedai online.

Jangkitan dari virus-virus yang merebak di kaca komputer
Juga di laman-laman sesawang yang ada

Oh kuman, kuman, merata-rata.

Mahu update anti-virus cyber addict
Mahu upgrade firewall love cyber habbit
Mahu tambah dose bored with cyber.

Bolehkah?

Harap-haraplah. Walaupun untuk seketika.
(Boleh percayakah? Ha.ha..)

yang benar tetap benar

Berkata Benarlah Walau Pun Sukar
Kerana Pada Yang Benar Adanya Sinar
Yang Benar Tidak Boleh Diganti Tukar Sekalipun
Cuba Disangkal Oleh Yang Nakal
Sekali Pun Ada Yang Bersikap Hambar
Kerana Yang Benar, Itu Benar...

Hantarlah Bicara Yang Benar Agar Mengalir
Ke Setiap Alur Dan Datar
Ke Hutan Belukar Dan Paya Terbiar
Ke Desa Yang Pudar Dan Bandar Yang Besar
Kerana Yang Benar Itu Benar..

Nyatakan Yang Benar Di Daerah Yang Hambar
Di Kota Mekar Di Akhbar Tersiar
Juga Di Tv Dan Radio Terpancar...
Untuk Si Miskin Yang Terlantar
Dan Si Kaya Yang Tersandar

Cakaplah Yang Benar Walaupun Tidak Dibenar
Sekalipun Disanggah Tegah Di Sambar Kasar
Kerana Tuhanmu Adalah Tuhan Yang Maha Benar
Rasulmu Ialah Obor Sabar Cahaya Sinar
Buat Yang Benar Maka Yang Benar Itu Tetap Benar...

Hantarlah Bicara Yang Benar Agar Mengalir
Ke Setiap Alur Dan Datar
Ke Hutan Belukar Dan Paya Terbiar
Ke Desa Yang Pudar Dan Bandar Yang Besar
Kerana Yang Benar Itu Benar..

Berkata Benarlah Walau Pun Sukar
Kerana Pada Yang Benar Adanya Sinar..

Artis:Algebra
Type: Nasyid

Thursday, February 18, 2010

heart attacking

Banyak yang membuat kejutan-kejutan yang memang mengejutkan saya sehingga terasa mahu luruh jantung yang berdegup dan terhenti bernafas!

Oh sesak, sesak.

Minggu lepas, Zikri membuat panggilan setelah sekian lama. Tetapi saya tidak menjawab kerana terkejut, atau teruja? (Ha.ha, nonsense).

Beberapa hari yang lepas, saya menjadi saksi drama live and free of charge. Kejutan yang menyayat hati sehingga membuat air mata tak berhenti mengalir. Apa itu? Ini berkait dengan istana kaca dan permata.


Kelmarin juga satu, di Facebook. Bila si K tu add me as his friend. Siapa K? Member baik Nazmi yang suka sakat, kacau saya. Paling suka menyakitkan hati saya bila Nazmi ada bersama dia. Sabar, sabar, sabar. Iye...

Salah satu sebab tak boleh memaafkan? Entah.

Puteri: Alanne, I feel like I got heart attact. Too shocked.
Alanne: What happend?

Malam ni pun ada kejutan lagi. I just talked to my sister in law about him. Ah, apakah ini. Kejutan bertalu-talu seakan mahu...... menghentikan pengaliran udara ke dalam tubuhku.

Oh Tuhan...

Wednesday, February 17, 2010

please forgive me

Friend, I am sorry.

"Terlajak perahu masih boleh diundur lagi

Terlajak kata buruk padahnya" (In-Team)

Hurm.. Kedengaran saya bersalah, kan? Tak apalah, saya tak kisah pun kalau orang nak salahkan saya. Tak kisahlah kesalahan tu memang saya buat, atau bukan saya yang buat kesalahan atau kesilapan tersebut. Saya dah biasa dengannya.

Saya juga akui, orang tidak sukakan saya. Kerana apa?

People don't like me and do hate me because I am straightforward person, honest, sincere and never lie on my words.

Saya tahu ini kelemahan saya; bercakap benar.

Kalau saya suka sesuatu, saya akan katakan suka. Begitu juga kalau tidak suka, maka saya akan mengatakan tidak. Sama juga seperti jika saya sukakan seseorang, orang lain tak perlu 'mengirim salam' atau 'mengkenen-kenenkan' dia dengan saya. Sebab? Sebab saya sendiri boleh beritahu dia yang saya sukakan dia.

Berani? Ya, memang saya berani. Berani membicarakan apa yang ada dihati. Berani bercakap jujur kerana saya juga mahu orang jujur dengan saya. Begitu juga semasa saya berkawan dengan Nazmi dulu, semasa saya masih belum merasakan saya menyayangi dia seperti dia menyayangi saya, saya katakan pada dia, "Saya dapat rasakan yang saya belum sayangkan awak macam awak sayangkan saya, tapi saya akan cuba,".

Saya tak tipu saya sayangkan dia pada waktu itu. Saya sangat sayangkan dia walaupun saya berkata demikian. Lebih-lebih lagi dia adalah yang pertama. Tapi sayang, kenangan tetap adalah kenangan.

Walaubagaimanapun, saya tak rela ia berulang (kisah antara saya dan dia) kerana saya telah tertipu dengan begitu jayanya!


Saya cuba untuk tidak membenci dia, malah cuba mempraktik agar boleh melemparkan senyuman kepadanya sama seperti rakan-rakan lelaki yang lain. Tapi saya tidak berjaya bila berhadapan dengan dia. Mungkin kerana luka ini belum pulih dengan baik, walaupun saya sudah mula menyukai orang lain..

Berbalik kepada cerita asal.

"Jangan biar hati (menanggung) derita menahan bicara yang (tidak terluah) tidak mampu untuk dilafazkan", ini description asal blog saya yang saya telah pendekkan menjadi hanya "jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...".

Kadang-kadang rasa hati tidak terlafaz, atau mungkin tiada yang sudi untuk mendengar, lalu tinta penulisan ini merakamkannya. Blog ini menyimpan segala keluhan rasa yang terpendam, menghafaz segala kisah dan peristiwa hidup saya. Semuanya jujur, tulus lahir dari hati.

Tapi tak semua orang mahu orang jujur padanya. Haruskah saya menipu? Oh tidak! Itu pastinya bukan saya. Ada kawan, kenalan yang lari meninggalkan saya kerana kejujuran saya. Terlalu jujur? Lurus? Betul?

Maaf. Maaf jika awak terasa dengan saya. Bukan niat saya untuk membuat awak menjauhi saya. Cumanya saya hanya menegur supaya kesalahan itu awak tidak ulangi. Iya, saya bukan sesiapa untuk mengubah seseorang. Apatah lagi jangan berubah menjadi orang lain atau kerana orang lain, sebaliknya menjadi diri sendiri.

Namun, tiada salah dan dosanya jika merubah tingkahlaku atau sifat yang kurang enak itu. Saya sudah katakan kenapa dan mengapa, bukan? Awak meminta maaf dan mengatakan jika tersalah mengulangnya apakah saya akan maafkan? Saya jawab tidak. Sebab saya tak mahu awak ulanginya walaupun jawapan saya sebenar ialah 'iya, tentu boleh dimaafkan,'.

Atau, mungkin saya bukan seperti gadis-gadis lain yang mudah menerima ucapan manis awak itu. Lalu, saya ingin memohon maaf kepada awak. Maafkan saya kerana kejujuran saya itu. Walaupun awak mungkin tidak sudi mengunjungi blog saya lagi, apa lagi membaca penulisan saya.. Saya mahu awak tahu, perkenalan saya dan awak sentiasa ada diingatan saya.

mak cik

Mak cik,

Anda tidak boleh mengatakan perkara yang tidak baik terhadap anak anda, ia merupakan doa. Jangan salahkan anak anda jika tidak 'menjadi' kerana anda pernah 'doa'kan dia. Mengata pada anak sendiri, jangan. Lebih lagilah mengatakan yang buruk-buruk pada anak orang. Jangan, jangan, jangan!

Bimbang menimpa anakmu sendiri pula.

Tuesday, February 16, 2010

the conversation

Mr: is falling in love with his own self
Ms:
me fall in love with you (your photo) too :P

Mr: u fell for me (my photo)?
Ms:
absolutely yes

Mr:
u + Ms: which one?

Ms:
both of them are me

Mr:
both of them are mine

Ms: :)

Confuse right? To reduce the level of confuse, the actual maybe:

Ms: both of them are me
Mr:
(the correct statement is) both of them are mine

Ms: :)

bahagia 2

Saya dan air mata.

Bukan tak pernah rakan-rakan sekolah saya mengatakan saya ini mudah feeling, sensitif, emotional yang mana mudah sekali untuk mengalirkan air mata.

Teman saya dari universiti juga berkata demikian. Malah, adik kepada kakak senior saya juga telah mentertawakan saya kerana mengalirkan air mata semasa menonton filem hindustan "Umrao Jaan" yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.

Mahukan tidak. Watak dalam filem pun belum nangis lagi, saya pula ter-over feeling menghayati watak dan skrip, isk3... Tapi ke-feeling-an itu terbantut sedikit, yelah, baru nak layan feeling, sekali iklan pulak.. Isq, isq, isq...

Bercakap tentang bahagia, juga air mata.. Ini merupakan sambungan entry saya yang sebelum ini. P/S: Sila rujuk untuk memahami istana permata dan istana kaca.

Orang cerita kepada saya tentang istana kacanya. Saya merasa serpihannya. Orang yang bercerita bertahan sahaja dalam kepiluan yang tidak tertahan, tapi air mata saya tidak dapat ditahan dari mengalir dalam tangisan sedu sedan.

Saya amat mengagumi ketabahan dia. Dia insan yang saya hormati, saya sayangi, saya kasihi. Saya mendoakan dia akan beroleh kebahagiaan. Biarlah istana kaca ini musnah, walau ia akan semakin melukakan dia, membuat luka makin mendalam, darah makin laju mengalir, makin pedih terasa, tapi cukuplah, cukuplah penderitaan berakhir si situ.

Moga akan terbina istana permata untuknya. Biar tiada yang membinanya, biar hanya dia yang membangunkannya, biar hanya dia yang merasainya, biar orang menyangka itu istana kaca, biarlah apa sekalipun yang bakal diterimanya, biarpun aku dan dia mungkin akan berjauhan dan tidak bisa ketemu lagi... Aku rela, asalkan dia bahagia.

Ya Allah, aku tahu tentang sesuatu yang paling Engkau benci, yang paling Engkau murkai walaupun ianya adalah halal disisi-Mu, namun Ya Allah, jika istana kaca itu bukan yang terbaik untuk dia, Kau permudahkanlah urusannya. Begitu juga jika istana kacanya itu sebenarnya takdir untuknya, Kau ubahlah istana kaca itu kepada istana permata Ya Allah.

Aku tahu juga Ya Allah, Engkau sesekali tidak akan pernah menguji hamba-Mu dengan ujian yang tidak mampu ditanggungnya, yang tidak mampu dihadapinya. Namun Ya Allah, Engkau ringankanlah ujian ke atas dia Ya Allah. Engkau lindungilah dia. Engkau kuatkanlah hatinya. Engkau teguhkanlah imannya. Engkau ampunilah dosanya. Kurniakanlah dia mahligai indah berhias pelangi dan haruman mewangi kekal selamanya..

Maqbulkanlah permintaan hamba-Mu yang hina ini. Ameen.

Monday, February 15, 2010

bahagia

Semua ingin bahagia, mahu hidup bahagia, mahu kekal memiliki kebahagiaan. Ada bahagia disebalik penderitaan dan keperitan. Tapi yang kasihan ialah ada penderitaan disebalik kebahagiaan.

Ibarat istana permata yang indah, cantik dipandang mata, tapi hanyalah berasal dari kaca. Juga penghuni di dalam itu terluka, mengalir darah kesakitan akibat serpihan kaca istana yang dihuni itu sendiri.

Manusia di luar kagum dengan dengan kilauan kaca yang disangka permata. Penghuni di dalam menyembunyi luka yang berdarah, memuji, mengagumi keindahan singgahsana yang tercipta.

Apakah takdir tertulis harus menanggung siksa derita yang berpanjangan dalam kehidupan?

Saturday, February 13, 2010

Dia

Biar tak ada orang peduli,
Sebab Dia selalu ada menemani,
Tak pernah menjauhi.
Biar orang menyakiti,
Sebab Dia sentiasa memahami,
Menerima pengaduan sang hati.
Biar orang mendustai,
Sebab Dia Maha Mengerti,
Tak pernah memungkiri janji.

Dialah kekasihku,
Dialah Tuhanku.

Friday, February 12, 2010

jujurlah

Beberapa hari yang lalu, senior saya cerita pasal test kelas dia. Biasalah budak-budak, bila ada test, ada la yang menipu atau dalam erti kata yang lebih kurang sama, iaitu meniru.

Hurm.. Lalu rakan senior saya itu menegur yang meniru buku, memberi tiru dan seangkatan dengannya dengan berkata: "tirulah, waktu ni je boleh, final nanti dah tak boleh tiru,".

Bagi sesiapa yang tak faham, buat-buat tak faham, atau tak faham-faham, mereka tu lah yang akan meniru dan terus menipu. Tipu siapa? Tipu diri sendiri.

Tak habis dengan kebengangan senior saya itu, budak-budak kelas saya pun buat macam tu. Aiih, saya pula tiba-tiba rasa terkena virus kegeraman dari senior saya tu. Yelah, bukannya budak-budak lagi mahu meniru. Budak-budak pun tak diajar untuk meniru tau.

Pantang je pensyarah keluar, terus keluar suara-suara sumbang yang bertanya dan memberi jawapan. Kalau tengok nota atau buku tu, saya tak tahulah. Sebab saya malas nak tengok orang. Cumanya dengar apa yang 'dibincangkan' orang pada waktu yang tak layak untuk diadakan 'perbincangan'.

Maaf, tapi saya straight to the point: "Hey.. Kalau nak meniru pun jangan la cakap kat-kuat. Aku tak nak dengar,". Entah. Tiba-tiba gunakan aku. Biasa saya, atau kita. Hurm.. Sorry.

Ingatkan ada yang akan ambil 'iktibar', rupanya tidak. 'Perbincangan' tetap berlangsung, cumanya dalam nada yang lebih perlahan setelah saya memberi teguran. Ada jugak perubahan, sekurang-kurangnyalah...

CCTV yang satu dalam kelas itu mungkin tidak sesekali akan mencukupi walau ditambah bilangannya menjadi dua atau tiga. Tapi ingat, CCTV Yang Satu itu lebih dari mencukupi untuk menjadi saksi.

Tolonglah.
Kalau mahu orang jujur kepada anda,
Jujurlah kepada orang itu.
Kalau mahu orang jujur kepada anda juga,
Jujurlah kepada diri sendiri.
Kalau anda tidak mampu jujur kepada diri sendiri,
Jangan salahkan orang yang tidak jujur kepada anda.

Wednesday, February 10, 2010

kenali syaitan

"Kalau tak kenal, maka tak benci"

Diceritakan daripada Umar Al-Khattab telah berkata: Syaitan mempunyai 9 zuriat.

1- Zalitun: Menjaga pasar; menghasut peniaga-peniaga supaya menipu, mengurangkan sukatan dan sebagainya.

2- Wathin: Membuat kacau dan mengundang pergaduhan; antara sahabat, jiran dan lain-lain

3- A'wan: Menjaga pemerintah; berlaku zalim terhadap yang diperintah

4- Haffaf: Sahabat baik kepada pemabuk, perokok

5- Laqus: Sahabat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah

6- Dassim: Menjaga rumah; membawa amarah dan rasa benci antara suami dan isteri, anak dan ibu bapa, adik-beradik dan lain-lain

7- Musawit: Sahabat baik kepada penyebar dusta, cerita-cerita palsu

8- Walhan: Memberi rasa was-was ketika solat, berwudu' dan ketika menunaikan ibadah-ibadah lain

9- Muroh: Teman kepada pemuzik dann penyanyi; meringan dan meninggalkan ibadah

Dr Fadzilah Khamsah
Kem Gemilang FSU (Fakulti Syariah dan Undang-Undang)
03-02-2010

Tuesday, February 09, 2010

hepi besdae

to my beloved brother, azim!

Azim abang kedua saya, anak keempat.

Sebenarnya terkeliru antara 8 atau 9 februari birthday dia. He.he. Jadinya semalam dah hantar;


+ Selamat Hari Lahir ke-27, Semoga dipanjangkan umur bla3..
- Tq, tapi esok

OPsss!!

Jadi pagi ni sekali lagi saya wish yang lebih kurang sama

+ Slmt hri lhir, he.he
- Baru betui. Tengkiu

Chet,,.

Monday, February 08, 2010

research topic

Sekarang tengah sibuk menyiapkan researh proposal by group. Presentation bila-bila masa. Minggu ni orang lain. Minggu lepas pun orang lain.

Group presentator akan dipilih secara rambang. Siapa terkena, automatik wajib present. Nak tak nak, memang kena bersedia dari awal. Oh oh,.. banyak lagi yang tak siap untuk proposal main-main tuhhhh. Tapi kene wat betul-betul jugak. Isq3..

Jugak, ada rakan-rakan (sumber yang boleh dipercayai) mengkhabarkan, insya-Allah minggu ini, atau minggu hadapan, tajuk research individu akan dipamerkan. Ada 30 tajuk kene tendang. Oh tajuk sapekah? Sayekah....?

Tajuk-tajuk tesis saya yang telah diberikan kepada pihak fakulti untuk dibincang, dimesyuaratkan untuk tujuan diluluskan:

1- Blogger: Malaysian Law
2- Jakim Online System: Implementation and
Effectiveness

3- Muallaf: Function, Method and Implementation
of Pejabat Agama (A Study in Sungai Petani, Kedah)


Mana satu naik? Harap tentulah yang nombor 1 itu. Aih.. takot, takot...

Tuesday, February 02, 2010

research proposal

Semester ini saya belajar subjek Research Methodology. Yang mana subjek ini mengajar kami cara-cara untuk membuat thesis pada semester hadapan. Oh risaunya...

Untuk subjek ini, kami perlu membuat Research Proposal, yang mana ia juga cara untuk melatih kami membuah Research atau Thesis yang sebenar nanti.

Cumanya, dalam proposal kali ini, kami akan melakukannya secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan ada ahli 4 orang.

Tajuk yang saya cadangkan dan telah diterima oleh pensyarah ialah "Veil: Islamic Requirement or Fashion Style (A Survey to Third Year Student of FSU)". Seronoknya bila madam cakap "interesting topic".

Sape2 nak tolong? =)

Jumpa lagi. Ada kelas.

He..