© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, January 28, 2010

berat mata untuk dibuka

Bukan sekadar berat mata memandang...

Hari ini kisah sedih sekali lagi berlaku. Apa yang menyedihkan? Kad bank saya direject pagi tadi. Mula-mula masukkan kad, saya taipkan password seperti biasa. Tetapi kata mesin tu, password saya salah, (Boleh berkata-kata pulak mesin ATM ni tetiba, he.he).

Kemudian, saya cuba sekali lagi. Dipaparan ATM tu, tertera "Please enter your password to unlock your card", lebih kurang gitulah bunyiknya.. Bila tekan nombor-nombor yang ada, tak keluar apa-apa pula. Kenapa ni..?

Sudahlah ditangan hanya berapa berbaki, hutang buku kepada rakan juga belum dibayar. Oh.. Kenapa? Bukannya tak biasa tak ada duit ditangan, cuma tak biasa dengan problem menimpa kad.. :(

Saya tak tahu kenapa saya sangat-sangat sedih bila... Bila tak ada yang menolong. Inikah akibatnya bergantung dan berharap kepada orang? Bila tak dapat, kecewa, terkilan yang amat. Benarkah?

Bukan tak ada yang hendak memberi pinjam. Tapi masalah saya sekarang bukan itu, watak utama masalah saya ialah, kad bank saya tu...

Petang, selepas tamat kelas Keusahawanan, saya cuba meminta bantuan Alan. Kata Alan, dia di dalam kelas waktu itu. Tapi katanya lagi, lebih baik pergi ke bank sendiri sebab pegawai bank biasanya akan minta IC, nombor pin dan lain-lain. Hurm.. Betul jugak tuh, kan?

Akhirnya saya meminta bantuan dari teman satu kuliah saya, Sulhi. (Ohya, Alan dari Fakulti Sains dan Teknologi). Harun juga ada bersama Sulhi.

Alhamdulillah, saya telah selamat ke bank dan masalah kad juga selesai. Urusan di bank juga mudah, tidak melecehkan serta tidak mengambil masa yang panjang.

Kenapa tajuk entry ni berat mata untuk dibuka? Sebab tadi ada ter-menangis sebab rasa sedih yang keterlaluan, walaupun untuk perkara yang kecil sebegini.. HuU.. Tamatlah riwayat kisah kad ATM kena block hari ni, sekian.. ;-)

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Sulhi dan Harun, juga Alan secara tidak langsung. Tanpa teman seperti kalian, pasti ku lebih merasa bersendirian~

Wednesday, January 27, 2010

jom kahwin

Sesiapa saya di dunia ini jika dipersoalkan, adakah mahu berkahwin. Sudah pasti jawabnya “Ya”.

Andai ada jawapan berbunyi “Tidak” maka saya syorkan agar tahap kenormalannya perlu dikaji dan diselidiki semula. Bimbang terjerumus hubungan persis kaum Nabi Luth a.s dan golongan Lesbian.

Mengapa harus ada perkahwinan. Jawabnya mudah, al-Quran dan as-Sunnah sudah merungkaikan permasalahan ini secara terperinci dan teliti.

Perkahwinan itu banyak faedahnya. Imam al-Ghazali menyebut bahawa perkahwinan adalah “Mujahadah diri, membangkitkan hak-hak ahlinya, berakhlak dengan kesabaran, membawa kesusahan bersama, berusaha untuk memperbaiki dan memberi petunjuk ke arah jalan agama padanya (isteri)..”

Bicara Allah SWT di dalam surah ar-Rum dan suruh al-A’raf:

21. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. (ar-Rum: 21)

189. Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri Yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra Yang satu kepada Yang lain. (al-A’raf: 189)

Perkahwinan adalah suatu cara demi menjaga kesinambungan keturunan zuriat manusia agar berterusan membawa panji-panji Allah SWT. Hilang konsep perkahwinan, bermakna caca marbalah kehidupan manusia. Keturunan manusia menjadi kucar-kacir sehingga melahirkan golongan ‘hati keras’ dan terjauh kebaikan. Cinta akan terus dizalimi.

Mudah cara jika mahu menjawab mengapa perkahwinan dituntut Islam, Rasulullah SAW menyebut jawapannya:

Maksudnya: Daripada Abi Masud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu di kalangan kamu, maka kahwinlah kerana ia (dapat) menundukkan pandangan mata, menjaga kemaluan, barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penegah untuknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Baqarah:

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (al-Baqarah: 187)

Sesungguhnya suami dan isteri itu seperti pakaian, saling tutup menutupi dari melakukan perkara haram.Manakala menurut ilmu balaghah pula, ayat ini terkategori sebagai An yaqa’a al-Mushabbah bih khabran anil mushabbah (Menetapkan Mushabbah bih sebagai khabar kepada mushabbah). Ini kerana maksud pakaian itu adalah perumpamaan bagi dekatnya suami isteri – berpeluk-pelukan sebagaimana memakai pakaian di badan. Maksud lain ialah menutupi dari terjerumus ke lembah dosa.

Terlajak membincangkan soal perkahwinan, mari kita lihat pula nukilan Kitab Muhadharat fi fiqhi sadah asy-Syafie’yyah, ianya menyebut tentang jenis-jenis pernikahan ketika zaman Jahiliyyah terbahagi kepada empat:

1. Pernikahan panji-panji. Maksudnya ialah – seseorang perempuan mendirikan panji atau bendera di hadapan pintu rumahnya sebagai simbol untuk memberitahu kepada manusia yang lalu lalang bahawa dia adalah perempuan sundal.

2. Pernikahan campur. Maksudnya ialah – beberapa bilangan lelaki berkumpul dan menyetubuhi wanita. Sekiranya perempuan itu melahirkan anak, maka ianya dilihat berdasarkan yang paling menyerupai di kalangan lelaki yang menyetubuhi wanita itu.

3. Pernikahan yang diberitakan. Maksudnya ialah – apabila seorang wanita menginginkan seorang anak yang mulia, maka dia akan menyerahkan dirinya kepada sebilangan tokoh lelaki penyair masyhur sehingga ianya melahirkan anak dari salah seorang daripada mereka.

4. Pernikahan sebenar. Pernikahan inilah yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW ketika menikahi Saidatina Khadijah Binti Khuwailid sebelum kenabiannya.

SAYA MAHU KAHWIN

“Ustaz, saya mahu kahwin, carikan seorang ustaz yang sudah tamat pengajiannya.. asalkan soleh.” Pinta seseorang.

“Carikan saya seseorang yang baik, saya nak kahwin.” Kata seseorang yang lain pula.

Berderet-deret permintaan di kalangan kenalan maya. Bahkan sehingga suatu saat, saya merasakan seperti menjadi seperti orang tengah untuk menghubungkan kedua-dua belah pihak. Seperti menjadi kerani kepada organisasi Bait Muslim. Walhal saya sendiri juga belum disatukan lagi dalam sebuah ikatan ijab kabul yang sah.

Namun begitu, saya mengangkat tangan tabik kepada mereka atas permintaan yang baik. Semoga bertemu kalian pasangan yang baik dan mencintai agama agar mengecapi kebahagiaan dunia akhirat. Semoga ikatan kasih yang didambakan mekar mewangi lantas menghamburkan kasturi indah kelak. Maafkan saya jika tak mampu penuhinya.

UNIT BAIT MUSLIM

“Ana kahwin guna bait muslim..” Kata seorang sahabat saya.

“Oo.. “

“Kiranya mereka yang uruskan waktu jumpa antara dua belah pihak.” Dia mengimbau kisah pertemuan pertamanya.

Saya menyetujui seratus peratus kehadiran unit bait muslim ini terutamanya kepada mahasiswa mahasiswi yang sudah berkelayakan. Kewajarannya adalah kerana ianya mampu memudah cara kepada sebuah kesukaran buat mereka yang berkeinginan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, namun terhalang dek protokol membebankan. Akhirnya, impian itu bertukar menjadi sebuah kemungkaran apabila disusahkan.

Cadangan saya kepada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta khususnya, laksanakanlah organisasi unit bait muslim sebagaimana yang dipraktikkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Semoga langkah ini mampu mengurangi kebobrokan sosial yang melanda muda-mudi di kalangan mahasiswa mahasiswi Malaysia.

KETIKA CINTA BERTASBIH

Watak Azzam sebagai seorang graduan al-Azhar yang baru pulang ke tanahairnya, Indonesia begitu menjadi. Susun atur cerita dan skrip filem KCB 1&2 boleh saya labelkan sebagai filem islamik terbaik saat ini berbanding produk filem yang kononnya islamik. Ceritanya mempunyai istifadhah berguna untuk diambil pengajaran semua lapisan masyarakat.

Apa yang ingin saya utarakan ialah, konsep bait muslim yang ditonjolkan di dalam babak filem tersebut. Ini boleh dilihat ketika mana Azzam sedang mencari calon bakal isterinya, beliau meminta bantuan orang tengah ataupun ahli keluarganya untuk campur tangan.

Perkara positif ini sewajarnya diterjemahkan ke dalam masyarakat muslim khususnya di Malaysia agar kesinambungan bait muslim tuntutan Rasulullah SAW terus menerus terlaksana.

Sebelum sireh didulangkan, sebelum gendang dipalu, sebelum ikatan disatukan, mari praktikkan unit pertemuan dua insan!

Credit to: Farid Rashidi

Monday, January 25, 2010

katakanlah

Jelaskanlah padaku
Segala isi hatimu

Kerana telingaku tak mampu mendengar
Bisik suara hatimu
Tak mungkin dapatku mengerti
Lirik matamu,
Gerak tubuhmu,
Gurau sendamu,
Manis senyummu,
Mengelirukan aku..
Jujurlah padaku
Siapa aku dihatimu
Siapa aku
Siapa kamu
Bicarakan padaku
Agar aku bisa mengerti
Agar aku bisa fahami
Agar aku tidak tertanya lagi...

-nurfatimahz AKA puteri-
25/01/10, 22.00 pm

Sunday, January 24, 2010

kiamat sudah dekat

Kiamat sudah dekat
Ais-ais dikutub mula mencair
Lautan menjadi luas
Daratan mula menyempit
Gunung dan bumi mula menghimpit
Gempa dan taufan beriringan
Api menyala di mana-mana
Matahari makin memanas
Dunia sudah tua
Berbongkok sudah
Bertongkat sudah
Namun manusia memejam mata
Tidak akui kebenaran itu
Dan petaka menimpa-nimpa
Amaran ketibaan hari itu
Hari Akhir
Kiamat sudah dekat

-nurfatimahz AKA puteri-
20-01-10, 9.25 am

Thursday, January 21, 2010

Pengabsahan Isu Kalimah Allah

Suatu Penjelasan Tuntas.

Semalam 20-01-10 USIM telah mengadakan dua program serentak iaitu
Kempen Kesedaran Kanser Payudara (anjuran bersama Yayasan Pride dan lain-lain) serta Pengabsahan Isu Kalimah Allah: Suatu Penjelasan Tuntas.

Kempen Kesedaran Kanser dijalankan di DKP 3 (Dewan Kuliah Pusat), manakala Pengabsahan Isu Kalimah Allah diadakan di DKP 1. Sama ramai, sama penuh. Yang berbeza, di DKP 3, lebih kurang 6-7 sahaja pelajar lelaki, manakala di DKP 1, 1/3 adalah lelaki. Dewan penuh. Lebih sesak dari DKP 3, walaupun DKP 3 lebih cantik...

Kenapa tak buat Pengabsahan Isu Kalimah Allah di DKP 4 ya? DKP 4 sama cantik dengan DKP 3. Walaubagaimanapun, saya hanya mahu menulis tentang majlis di DKP 1. Ok lah tu kan?

Sana lebih cantik, tapi sini lebih menarik, ;-)

Oh ya.. Pengabsahan Isu Kalimah Allah dianjurkan dengan lebih tepat lagi oleh Kelab Syariah dan Undang-Undang, (FSU) Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Hari ini saya perasan ada satu iklan baru tentang isu ini juga yang akan dianjurkan oleh pihak FKP (Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan), Jumaat nanti.

Ada satu cerita yang menarik yang kalian pasti sedia maklum. Saya memetik kata-kata daripada Dr. Zulkifli Al-Bakri, dalam majlis Pengabsahan Isu Kalimah Allah: "Semasa penjajahan ke atas Tanah Melayu pada zaman dahulu, ada 3G yang dibawa oleh penjajah. Apa 3G itu? God, Gospel and Gold. Huruf G yang pertama itu, G-O-D, God yang mereka maksudkan, bukan Allah,".

Betullah kan? Sebelum ni puak kuffar sememangnya membawa dan mengembangkan agama dan God mereka, tapi bukan Allah. Jadi kenapa mahu 'meminjam' pula nama Tuhan orang Islam?

If we refer to the dictionary:

God = Tuhan
Allah = Allah
Allah = The God of Muslim


Jika dirujuk, dikaji, diteliti, dikira berapa banyak kalimah Allah di dalam kitab Al-Quran, terdapat beribu-ribu kali pengulangan kalimah Allah. Di dalam kitab Bible ada berapa? Sepuluh? Tiga? Dua? Satu pun tak ada, (rakan panel yang bukan beragama Islam yang memberitahunya).

Apa lagi yang mahu dinafikan? Tak lain tak bukan, ini (isu penggunaan kalimah Allah) juga salah satu perancangan dan taktik jahat puak kuffar laknatullah.. .

Dalam Al-Quran awal-awal lagi sudah disebut: Tidak akan redha puak-puak Yahudi dan Nasrani ke atas kamu (wahai orang Islam), selagi mana kamu tidak mengikut agama (yang dibawa) mereka,".

Ya Allah, selamatkanlah kami, selamatkanlah Agama-Mu ini. Ameen.

Wednesday, January 20, 2010

yang bernama teman

Seorang teman
bila berjauhan
dia akan menangis
kerana rindu

Bila dekat
dia akan menangis
kerana takut berpisah

Jika hari ini dia datang
jangan biar dia berlalu pergi
jika esok dia pergi
jangan harap dia kembali lagi

Sesungguhnya
yang indah itu pertemuan
yang manis itu kemesraan
yang pahit itu perpisahan
dan yang tertinggal
hanyalah kenangan..

-SMS yang diterima daripada Faradila-
20-01-10, 12.41 am

Tuesday, January 19, 2010

undi mpp 09/10

Beberapa hari sebelum ini, telah diadakan penamaan calon bagi MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) USIM bagi sesi 2009/2010.

Semalam, majlis pengenalan calon-calon MPP. Dari untuk fakulti, juga calon umum. Masing-masing membawa dan membentangkan manifesto masing-masing.

Saya cuma mengikut majlis 'perkenalan' itu sekejap saja. Kenapa? Malas kot? Hu.hu. Tadi pagi saya dah tengok-tengok gambar poster calon-calon MPP tu. Ada yang dikenali, ada yang tidak; junior barangkali, ada juga MPP sesi yang lepas masih dicalonkan, (Tahniah buat Helmi).

Masa saya nak keluar dari majlis (kafe je pun tempatnya).. Ada dua orang pegawai (polis USIM) berada dipintu keluar. Saya dengan Ecah masa tu, kalau sorang segan jugak nak 'lari'.. he.he.

Saya: Ecah, polis ni nak tangkap kita ke?
Ecah: Eh,takdenye lah.. Wat taktau je..

Polis: Tak join program ni ke?
Saya: Er..
(alamak)
Polis: Joinlah, kenal-kenal calon nak undi nanti
Saya: Oh? Esok saya undi punye. Saya dah tau dah nak undi sape, he.he
(boleh pulak nak wat lawak...jadi ke tak? Tapi pegawai tu pun gelak-gelak)
Polis: Ade orang bayar ko suruh undi ke?
Saya: Eh..takdelah...
Polis: Ni nak gi mana?
Saya: Naik bilik..
Polis: Tido?
Saya: Taklah, nak makan.. (lepas tu baru tido, kui3)

Sibbek spoting encik-encik pegawai tu.. Ecah tak banyak cakap pun. Hu.. Layan je lah...

Khamis ni kami akan mengundi. Uniknya, tak ada kempen over-over. Dan tak lama pun poster diorang ditampalkan di kawasan kampus.

Al-maklum, USIM tidak mempunyai pembangkang. Semua adalah kerajaan. Kalau pembangkang pun, dah jadi pemerintah, jadi kerajaan jugak kan namanya? ;-)

Pesan saya kepada pelajar-pelajar USIM, semua fakulti USIM, jom turun mengundi MPP 2009/2010!! Undi, jangan tak undi! Tunaikanlah kewajipan anda.

"USIM mensasarkan undian 100%"

Monday, January 18, 2010

kawan-kawan

Semua adalah kawan
Kawan ada di mana-mana

Tak kira yang baik atau kurang
Yang rapat atau tidak

Semua adalah sama
Tetap kawan juga namanya


Ada kawan biasa jadi kawan baik
Ada kawan baik jadi biasa balik
Ada kawan jadi teman hidup

Ada juga teman sehidup semati

Ada kawan jadi lawan

Ada lawan jadi kawan

Kawan memang ramai ada
Tapi tak ramai yang suka kawan

Bila perlu, dia mencari

Bila tidak, dia pun tak peduli
Ada kawan suka ambil kesempatan
Ada kawan tinggalkan kawan

Tak kisah siapa yang nak dibuat kawan
Tapi jangan sesekali gunakan kawan
Kenakan kawan pun jangan

Apa lagi kalau kawan makan kawan

Lebih baik tak payah berkawan
Betul kan kawan-kawan?

-nurfatimahz AKA puteri-
15-01-2010, 12.59 pm

Sunday, January 17, 2010

mari mengaji

Seorang guru meminta anak muridnya menjadi guru kepada anaknya. Menjadi guru mengaji atau guru membaca al-Quran.

Teringat zaman dulu sewaktu saya masih kecil, saya pergi ke rumah 'guru' saya untuk membaca al-Quran. Bukan nenek atau datuk saya tidak pandai membaca, tapi mungkin kerana ramai kawan-kawan pergi ke rumah 'guru' berkenaan.

Maklumlah, budak-budak kan suka kawan-kawan, ramai-ramai baru meriah gitu.. barangkalilah.. He..

Teringat juga tahun 2006 dulu, semasa di dalam cuti tamat pengajian tamhidi (matrik), mak meminta saya mengajarkan anak-anak staf hospital membaca al-Quran. Lebih kurang sebulan, sebab cutinya sebulan.

Teringat juga tahun 2009 lepas, semasa menjadi guru ganti untuk sekolah petang di sebuah sekolah rendah di daerah Nilai; mengajar mengaji dan bahasa arab, walaupun cuma untuk sehari.

Seronok dapat mendengar, mengajar budak-budak membaca al-Quran. Respek ibu bapa yang menghantar atau menjemput guru al-Quran ke rumah masing-masing untuk mengajar anak mereka supaya pandai mengaji.

Seketika, rasa teruja bila anak murid itu dapat membaca dengan betul dan lancar, dari segi baris, tanwin dan sebagainya. Rasa sudi untuk mengajar sehingga mereka khatam al-Quran.

Tapi, err.. macam segan sikit pun ada. Yelah, ibu 'anak murid' saya yang sekarang ni merangkap pensyarah saya juga. Nak tak nak, kena lah belajar bagi pandai betul-betul subjek yang dia ajar. Kalau tak, kantoilah saya dalam kelas nanti.. Dah lah akan selalu jumpa di rumahnya.

Oh, oh... .

Saturday, January 16, 2010

susah hati

Sem ini, saya dan rakan-rakan mengambil subjek Keusahawanan (Entrepreneurship), salah satu subjek wajib universiti. Untuk sem ini, kami perlu membuat business plan, dan menjalankan bisnes berkenaan.

Ahli-ahli kumpulan saya telah bersetuju untuk mengeluarkan modal RM100 bagi setiap orang. Memandangkan majoriti bersetuju, jadi ikut je lah kan? Orang dah sudi untuk jadikan ahli kumpulan pun dah patut bersukur. Boleh, bukan tak boleh.

Sebelum ini saya pernah bercakap dengan seorang teman semasa masih dalam perhitungan untuk modal setiap seorang. Ohya, ada 10 orang bagi setiap kumpulan. Jadi, kalau RM50 setiap orang pun ok jugak. Sebab rakan saya sebelum ini yang menjalankan perniagaan, 4 orang X RM50. Saya tengok ok jer..

Tapi mungkin itu bagi saya. Yelah, berapalah sangat RM100 tu, inikan pula RM50. Kecil sangat nilainya. Tapi banyak bagi saya. Banyak ke? Banyak la bagi orang yang tak berduit macam saya ni. Bukan kedekut, tapi memang tak banyak duit.

Orang cakap kalau tak ambil PTPTN, tentu banyak yang famili support. Setakat yuran, buku dan perbelanjaan bulanan sekitar +/- RM2++ setiap bulan memanglah ok. Kalau habis, boleh mintak.

Tapi saya ni segan sikit. Mak tanya ada duit lagi tak, saya jawab ada. Walaupun dalam tangan (masa tu) ada RM12, dan bank ada RM30. Memang segan nak cakap 'tak ada'. Sehingga saya ada RM3, barulah saya cakap tak ada. Sebab memang (hampir) tak ada, kan?

Bukan keluarga saya orang susah, bukan juga orang senang. Tapi yelah, mak ayah sudah tidak bekerja. Bertambah-tambah seganlah ada dalam diri.

Ada teman lain memberi cadangan, minta pertolongan dari abang atau kakak. Hurmm.. dengan mak ayah segan, adik beradik pun sama lah. Tambahan yang sudah berkeluarga. Oh susah, susah. Melainkan mintak duit raya, ha.ha.ha.

Bukan meminta simpati, sekadar berkongsi rasa hati.
Ops, rasa susah hati. He.he

Friday, January 15, 2010

cinta pertama

Tiap pertemuan, akan bertemu dengan perpisahan. Perpisahan itu adakalanya menggamit kerinduan. Untuk seketika, bayu rindu kenangan itu menerjah jendela hatiku. Segera kutepis. Untuk apa merindu andai hati merasa derita?

Kau, yang pernah hadir mengisi relung hatiku. Kau pergi, tanpa menoleh walau berkali aku menyeru namamu. Berkali juga telah mulutku ini ringan menyebut maaf andai aku yang bersalah, walau aku tidak tahu apakah salah yang telah ku laku.

Mengapa kini kau kembali? Ingin mengutip dan mencantum kembali sisa-sisa cinta yang mungkin masih berbaki? Lewatku sedar, kasih dulu yang kusemai, kau bajanya dengan racun asmara. Sungguh tidak bererti rimbunan cinta palsumu yang hanya mengundang sengsaraku.

Bukan tidakku rela pada suratan. Malah aku telahpun redha akan ketentuan yang tertulis. Tapi mengapa jiwaku tersentak bila kelibatmu menerpa ruang hidupku untuk kali kedua?

Cukup, cukuplah dengan apa yang pernah terjadi. Cukuplah sekali. Jangan berulang lagi kisah luka yang menghiris hati nurani. Bukan aku menolak cinta, bukan aku membenci cinta. Namun aku membenci pengkhianat dan pendusta cinta, itu kamu!

Pergilah, teruskan perjalananmu, menghilangkan dirimu seperti mana kau pernah meninggalkan aku sewaktu dahulu. Bukan tiada maaf untukmu, namun tidak untuk kau kembali padaku. Pesanku, jangan kau cederai hati insan lain, yang mungkin kau akan bertemu dengannya nanti seperti mana kau lakukan padaku. Cukuplah aku pernah menanggungnya...

Seandainya ada cinta lain yang hadir dalam hidupku, membuka pintu hatiku, pastinya itu bukan kamu.


*************************************

P/s: Tiada kaitan dengan penulis.
(mungkin....)
:)

Wednesday, January 13, 2010

sendiri

Pernah hati bertanya sendiri
Mengapa ini yang terjadi

Apakah sudah tersurat sejak azali

Ditakdirkan begini
Pilu menemani..

Hidup yang tak seindah mimpi

Hanyalah umpama ilusi

Khayalan disiang hari

Ternyata pahit bisa berduri
Itulah hakikat yang terbukti..

Andai mampu mengukir awan
Akanku coret segala luka
Biar semua duka akan terpadam

Ditiup angin yang mendatang

Atau turun menjadi hujan

Yang bisa menghidupkan alam..

Biar lara itu membangkitkan
Bukan lagi meresahkan

Biar segalanya menjadi kekuatan
Menempuh hari dan masa hadapan.

-nurfatimahz AKA puteri-
11-01-2010, 9.33 pm

Tuesday, January 12, 2010

puisi asmara

Rindu yang berbisik
Mengalun irama cinta

Jiwa yang terusik

Disapa puisi asmara


Sejenak memori menyentak hati
Teringat kenangan yang dulu
Bernari-nari dikamar naluri
Bisakah rindu ini akan berlalu?

-nurfatimahz AKA puteri-
28-12-09, 10.47 pm

Monday, January 11, 2010

ku menelefonmu

Ku menelefonmu
kau tidak menjawab
berkali ku mendail
berulang kali pesananku diambil
oleh operator automatikmu

Ku menelefonmu
bukan kredit kau yang ditelan

bukan kau yang kerugian
mengapa tidak menjawab
saatku memanggilmu

Ku menelefonmu
bukan meminta bantuanmu
seperti yang kau lakukan
tidak ku harap simpatimu
kerana aku sememangnya tahu
kau tak sanggup menolongku

Ku menelefonmu
sekadar bertanya khabarmu
walau mungkin kau tak ingin
untuk memberitahuku

Ku menelefonmu
sebagai seorang teman
yang pernah mengenalimu
menunaikan tanggungjawabku
mengambil tahu tentangmu.

-nurfatimahz AKA puteri-
10/1/2010, 1.21 pm

Sunday, January 10, 2010

dinner

Saya: Kawan saya ajak makan
Kak Fizah: Pergi la, orang dah ajak
Saya: Iya.. tak sampai hati pulak nak tolak
(walaupun orang selalu tolak kita...)

Kak Fizah: Gi je lah...
Saya: Tapi bertiga
Kak Hasni: Siapa diorang tu?
Saya: Dua-dua kawan saya..
Kak Fizah: Ok lah awak ada, dari mereka berdua sahaja
Kak Hasni: Betul tu. Kalau diorang berdua saja lagi teruk
Saya: Em.. Yalah...
Kak Fizah: Lagipun tak salah tumpang kebahagiaan orang
Saya: Yelah... Sebab sendiri tak dapat rasa kebahagiaan itu..
(macam tu ek?)

Kak Fizah: Ah...sudah.. berfalsafah pulak dia
Kak Hasni: Budak ni memang.. Kuat betul bab-bab falsafah ni
Saya: Ni, abang tanya nak makan apa
Kak Fizah: Sate ke.. sedap jugak tu
Kak Hasni: Eh.. nanti kan pergi makan, bawak balik la sikit
Kak Fizah: SEbatang pun jadi la, jangan batangnya dah lah
(ha.ha)

Sate Kajang di Bangi
09-01-2010

Friday, January 08, 2010

kifarah

Dihamparan yang terbentang
ku mempersembahkan
bibit cintaku padaMu

Di atas sejadah nan mulia
menjadi saksi kehadiranku
membawa diri menghadapMu

Ku berteleku
aku bermunjat
dingin menyapa diri
insaf meracik hati

Oh Tuhan
aku hambaMu
yang jarang mentaatimu
suruhanMu sering ku tinggalkan

Telahku mungkiri janjiku padaMu
menunaikan semua perintahMu
menjauhi yang dilarangMu
namunku melupakannya..

Tuhan
ujianmu yang kecil ini besar bagiku
tidakku terdaya menanggungnya
perit, terasa berbisa
memenuhi ruang tubuhku
menyucuk tiap sarafku

Ku akui akan khilafku
ku sedari kealpaanku
dan ini kifarah keatasku
yang Kau berikan

Namunku rela
andai ia bisa menebus dosaku
dan aku redha
andai ia bisa menjauhkan aku
dari azab api nerakaMu..
Tuhan, ampunkan aku.

-nurfatimahz AKA puteri-

Thursday, January 07, 2010

believe on yourself

Motivasi: Siri Empat

Semua orang dilahirkan pandai dan bijak. Tak ada yang bodoh, melainkan dia sendiri yang mengatakan dirinya sedemikian. Cuma yang berbeza, sebanyak mana usaha yang dilaksanakan untuk memperoleh ilmu dan pengetahuan.

Lebih usahanya, lebih pandailah dia. Kurang usahanya, kurang cerdiklah dia.
Sebab itu, anda adalah apa yang anda fikirkan. Masa depan anda adalah apa yang banyak anda lakukan pada masa senang, pada masa lapang anda.

Anda mempunyai teman atau kenalan yang mungkin mempunyai kepakaran atau menguasai subjek yang anda kurang mahir. Berdampinglah dengan dia. Cuba berteman dengan dia. Tapi bukan menggunakan dia. Jangan juga setelah itu menjatuhkan dia. Ini tak lain tak bukan, kurang ajar namanya.


Atau anda tahu dia berkebolehan, maka pelajarilah ilmu darinya. Daripada anda mereka-reka onar, atau mempercayai suara-suara sumbang memburukkan dirinya, lebih baik anda turut sama menjadi hebat seperti dia.

Alah! Macamlah dia tu bagus sangat. Harap je bodek bos, sebab tu cepat naik pangkat!
Kata-kata buruk begini kadang-kadang boleh jadi 'ibarat meludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri,'. Bukan orang yang diburukkan itu jatuh (walaupun tujuan asalnya adalah itu), tetapi yang berusaha penat lelah untuk menjatuhkan itu yang semakin jatuh. Renung-renungkanlah.

Apa kata penat lelah anda itu ditukarkan atau disalurkan kepada saluran yang betul, ada jugak baiknya dan untungnya. Penat lelah yang akhirnya dapat memajukan diri, meningkat populariti, menambah ilmu dalam diri, kan bagus, dan memang lebih sangat bagus tu.


Pesan saya.. "Semua orang adalah sama. Semua orang boleh mencapai kecemerlangan tak kira dalam akademik atau pekerjaan. Yang beza adalah antara mahu atau tidak sahaja. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Masa depan anda ditentukan dengan apa yang anda lakukan,".
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

(Sumber lagu: Liriklagu)

-nurfatimahz AKA puteri-

Tuesday, January 05, 2010

grab the opportunities

Motivasi: Siri Tiga

Anda nampak peluang, anda tahu ada peluang untuk anda kedepan, terus maju melangkah, hah.. Apa lagi yang dinantikan?

Rebutlah peluang yang ada.
Siapa yang mahu menjadi ketua atau wakil dikalangan anda dan rakan anda? Siapa yang mahu cuba membuat kertas kerja cadangan bagi program tertentu?

Kenapa tidak cuba meng-offer diri sendiri? Ya! Biar saya yang menjadi ketua. Biar saya cuba melakukan, menyiapkan kertas kerja itu. Kenapa? Tak boleh?
Ada apa-apa halangan? Ada sesiapa menghalang? Tak ada! Tak ada sesiapa yang melarang anda.

Halangan yang terbesar dalam hidup seseorang adalah dirinya sendiri.
Untuk mencapai sebesar-besar kejayaan, sekecil-kecil pengorbanan juga harus dlakukan.

Untuk terus kehadapan, berada dipuncak, anda harus memasarkan diri anda, anda harus menjual bahkan menjaja diri anda. Bukan harga diri, tapi diri sendiri.
Rata-rata orang yang hebat adalah bermula dengan meng-offer diri untuk melakukan sesuatu.

Program ini akan dijalankan minggu depan, ada sesiapa yang mahu menjadi ajk? Hah! Itu juga antara offer yang mudah.
Apa lagi? Jangan menolak. Antara nak atau tak nak. Itu pilihan diri sendiri.

Ingat, peluang takkan sentiasa mengetuk pintu rumah anda.


Ada kisah pengajaran yang menarik untuk saya kongsikan di sini. SISO (Kopratasa) pernah bercerita tentang pengalaman yang pernah dilaluinya berkenaan dengan peluang, semasa di dalam Bengkel Penulisan Kreatif USIM 2009.


Pernah satu ketika, dia menolak peluang pertama yang datang kepadanya. Peluang menghasilkan lirik lagu lagu (melodi) seorang komposer. Kali kedua, tawaran yang sama datang lagi kepadanya, tapi dia menolak juga. Kemudian, datang tawaran yang ketiga. Masih sama, dia menolak juga tawaran itu.

Akhirnya datang tawaran yang keempat, barulah dia terima. Lalu dia pun berusaha menghasilkan lirik (atau mengkompos lagu untuk lirik yang telah disediakan). Setelah siap, album terpasar dipasaran, lagu telah terpasang di corong-corong radio.

Tetapi apa yang yang berlaku? Orang yang membuat tawaran kali keempat itu, tidak membuat pembayaran kepada SISO.
Nampak tak? Fikir-fikirkanlah. Ingat, peluang takkan sentiasa mencari kita.

Pesan SISO.. "Peluang hanya datang tiga kali (itupun jika bertuah). Beruntung jika tidak menolak peluang yang pertama, kedua dan ketiga. Peluang yang keempat itu biasanya bukan peluang yang sebenar, berhati-hatilah,".

-nurfatimahz AKA puteri-

Monday, January 04, 2010

avoid selfishness

Motivasi: Siri Dua

Jangan pentingkan diri sendiri. Berkongsi segala yang baik dengan teman-teman. Jika anda berjaya, mampu berada di puncak, bawalah teman anda bersama. Jangan jadi macam ketam yang dua itu. Ketam apakah yang dua itu?


Kisah ini mungkin agak popular, anda mungkin pernah terbaca atau mendengar tentangnya. Saya mendengar cerita ini kali kedua dalam program "Sehati Bersama JobsMalaysia" yang diadakan di USIM pada 28 Disember lepas.

Ada banyak jenis ketam, tapi dalam kisah ini dikategorikan sebanyak dua jenis ketam sahaja. Yang pertama ketam Cina. Kedua, ketam Melayu. Ketam Cina diikat, tetapi tidak kepada ketam Melayu.

Ketam Cina perlu diikat kaki dan sepitnya di dalam kotak atau bekas. Kenapa diikat? Kerana jika seekor ketam Cina terlepas, berjaya naik ke atas kotak, ia akan menarik rakan-rakannya dari bawah supaya dapat keluar dari kotak itu bersama dengannya.

Ketam Melayu pula, tak perlu diikat. Jika seekor darinya berjaya naik ke atas kotak, rakan-rakannya dari bawah akan menariknya sehingga jatuh semula. Biar semua tidak dapat keluar dar kotak tersebut.

Nampak tak perbezaan dan moral of the story? Maka, contohilah ketam Cina.

Pesan saya.. "Jika anda mampu berjaya, bawalah teman anda bersama. Kejayaan tidak akan bermakna jika hanya kita yang bergembira. Kejayaan yang paling istimewa ialah yang mana kita dan teman kita turut merasainya,".

-nurfatimahz AKA puteri-

Sunday, January 03, 2010

friendship must be moderate

Motovasi: Siri Satu

Bersederhanalah dalam bersahabat. Sama seperti nasihat atau kata-kata hikmah yang berbunyi 'Kasihi seseorang itu sekadarnya sahaja, bimbang nanti kau akan membencinya. Benci seseorang itu sekadarnya sahaja, bimbang nanti kau akan mengasihinya'.


Jika dilihat, seolah-olah tiada masalah jika kedua-dua perkara itu berlaku; kawan jadi lawan. Siapa kata tiada masalah?

Bila terlalu sayangkan seseorang, kemudian atas suatu sebab dan alasan yang mengakibatkan permusuhan berlaku, kebencian yang terhasil adalah keterlaluan sehingga memakan dan mencederakan hati sendiri terlalu dalam, sedalam dia pernah mengasihi temannya itu.


Begitu juga sebaliknya. Jika benci seseorang itu lebih dari sepatutnya.. Semasa membenci juga membuatkan diri tidak tentu arah, terlalu benci sehingga mendengar namanya pun tak sudi.

Kemudian, berlaku suatu perkara yang membuatkan kita mengasihi orang itu, pasti kekesalan yang amat kerana pernah membencinya.

Tambah pula jika kita sahaja yang mengasihinya, tetapi dia masih mengingati kebencian kita yang lalu, bagaimana?

Ingat satu pesan saya.. "Penyakit yang banyak membinasakan diri sendiri adalah penyakit hati. Darinya lahir kecil hati, tawar hati, patah hati, makan hati, sakit hati dan seumpamanya. Oleh itu jauhilah."


-nurfatimahz AKA puteri
-

Saturday, January 02, 2010

hadiah tahun baru

Harga gula naik 20 sen.

Rakyat mendapat hadiah tahun baru dari kerajaan apabila harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam hari ini (31 Dis 2009).

Menurut kenyataan, kenaikan ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini (Putrajaya), hari ini (Khamis).

Sumber: Harakahdaily

Friday, January 01, 2010

e-voting di kampus

Perlukah dibatalkan?

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) mempertingkatkan kempennya menentang sistem pengundian berkomputer (e-undi) yang digunakan di beberapa kampus universiti awam, terbaru bakal dilaksanakan di Universiti Malaya.

BANTAH, yang diketuai Mohd Aizat, ditubuhkan atas daya usaha kumpulan siswa dari UM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ia diwujudkan selepas UM dan Universiti Utara Malaysia (UUM), yang telah melangsungkan pilihan raya kampus Oktober lalu, memperkenalkan kaedah pengundian elektronik.

Kaedah e-undi mula diperkenalkan di UPM pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – juga dalam suasana penuh bantahan.

Selain menerima bantahan bertubi-tubi daripada beberapa kumpulan pelajar sejak ia diperkenalkan, kumpulan pelajar UPM sendiri pernah memulaukan pilihan raya kampus mereka selama dua tahun berturut-turut pada 2005 dan 2006.

Beberapa langkah telah diambil oleh Pihak BANTAH di dalam menjamin ketelusan di dalam pilihanraya kampus akan datang di antaranya ialah menghantar Memorundum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Khalid Nordin, tinjauan terhadap mahasiswa tentang E-Voting dan siri-siri penerangan kepada mahasiswa berkenaan dengan sistem baru ini.

Selain itu, beliau juga akan mengupas dari sudut perundangan bilamana sistem E-Voting ini dijalankan secara menyeluruh dan penerapan undang-undang termasuklah AUKU yang digunapakai di dalam sistem ini.

Dua orang tokoh lagi dijemput untuk menerangkan bagaimana sistem E-Voting ini berjalan dari sudut perisian teknologi dan kita juga mahu melihat berapa peratus kecekapan dan ketelusan sistem ciptaan manusia mampu memberikan suatu kepuasan terhadap mahasiswa dan wujudkan kebobrokan akibat daripada tangan-tangan manusia yang akan mencemari penggunaan sistem ini.


(Sumber: Mahasiswakini)

Saya bukan wakil MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), atau wakil dari mana-mana badan atau pertubuhan pelajar, tetapi saya sebagai seorang pelajar yang mana menggunakan sistem E-Undi atau E-Voting dalam pilihanraya kampus merasakan, E-Voting ini tidak perlu dimansuhkan.

Pihak BANTAH merasakan ianya tidak telus dan diragui. Namun, seperti mana yang dapat saya faham daripada artikel-artikel di Mahasiswakini, UM membantah kerana mempertikaikan kewibawaan pihak yang bertanggungjawab mengawal sistem E-Voting di UM.

Sepanjang E-Voting dipraktikkan di USIM, saya tidak mendengar sebarang komen atau ketidakpuasan hati yang menyebabkan gesaan atau desakan supaya E-Voting di sini dimansuhkan.

Saya merasakan sistem ini mempunyai manfaat dan kelebihan yang tersendiri selain saya mempercayai pihak pentadbiran USIM dan juga pihak yang bertanggungjawab mengawal sistem E-Voting di USIM.

BANTAH yang ingin membantah perlaksanaan E-Voting itu, mungkin hanya perlu membantah di kampus-kampus atau IPT-IPT yang membantah, bukan pada keseluruhan. Itu pendapat peribadi saya.

E-Voting selain memudahkan pelajar untuk mengundi, ia juga hanya mengambil masa yang pendek untuk membuat pengundian. Undi rosak secara tidak langsung, dapat diatasi.

Mungkin suasana kita berbeza. Lantaran itu, saya menyokong E-Voting di USIM. Saya percaya kepada ketelusan pihak pentadbir dan pihak yang bertanggungjawab mengawal sistem E-Voting USIM.