© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, January 28, 2010

berat mata untuk dibuka

Bukan sekadar berat mata memandang...

Hari ini kisah sedih sekali lagi berlaku. Apa yang menyedihkan? Kad bank saya direject pagi tadi. Mula-mula masukkan kad, saya taipkan password seperti biasa. Tetapi kata mesin tu, password saya salah, (Boleh berkata-kata pulak mesin ATM ni tetiba, he.he).

Kemudian, saya cuba sekali lagi. Dipaparan ATM tu, tertera "Please enter your password to unlock your card", lebih kurang gitulah bunyiknya.. Bila tekan nombor-nombor yang ada, tak keluar apa-apa pula. Kenapa ni..?

Sudahlah ditangan hanya berapa berbaki, hutang buku kepada rakan juga belum dibayar. Oh.. Kenapa? Bukannya tak biasa tak ada duit ditangan, cuma tak biasa dengan problem menimpa kad.. :(

Saya tak tahu kenapa saya sangat-sangat sedih bila... Bila tak ada yang menolong. Inikah akibatnya bergantung dan berharap kepada orang? Bila tak dapat, kecewa, terkilan yang amat. Benarkah?

Bukan tak ada yang hendak memberi pinjam. Tapi masalah saya sekarang bukan itu, watak utama masalah saya ialah, kad bank saya tu...

Petang, selepas tamat kelas Keusahawanan, saya cuba meminta bantuan Alan. Kata Alan, dia di dalam kelas waktu itu. Tapi katanya lagi, lebih baik pergi ke bank sendiri sebab pegawai bank biasanya akan minta IC, nombor pin dan lain-lain. Hurm.. Betul jugak tuh, kan?

Akhirnya saya meminta bantuan dari teman satu kuliah saya, Sulhi. (Ohya, Alan dari Fakulti Sains dan Teknologi). Harun juga ada bersama Sulhi.

Alhamdulillah, saya telah selamat ke bank dan masalah kad juga selesai. Urusan di bank juga mudah, tidak melecehkan serta tidak mengambil masa yang panjang.

Kenapa tajuk entry ni berat mata untuk dibuka? Sebab tadi ada ter-menangis sebab rasa sedih yang keterlaluan, walaupun untuk perkara yang kecil sebegini.. HuU.. Tamatlah riwayat kisah kad ATM kena block hari ni, sekian.. ;-)

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Sulhi dan Harun, juga Alan secara tidak langsung. Tanpa teman seperti kalian, pasti ku lebih merasa bersendirian~

10 comments:

Framestone said...

kad diblock knpe ek

out of topic--> thank untuk pendapat kamu..tp bro xleh nk buh dlm blog nie coz ianya more fokus pada lelaki je... yang bro maksudkan laki or perempuan juga terlibat sama...

BroFramestone Blog

puteri said...

itu la.. tetibe jew...
sdey.. :((

Insan Biasa said...
This comment has been removed by the author.
puteri said...

sabar pada tempatnya.
yang ni xleh sabar saje, kene gerak utk mmbaikpulih keadaan, hu..

:)

nohas said...

Alhamdulillah, masalah dah selesai. Sekarang ni buat kad ATM baru sekejap je, on the spot boleh dapat PIN.

"La tahzan"

izan said...

lain kali hati2 ye.... kesian dia, kita pun pernah rasa juga..

Insan Biasa said...
This comment has been removed by the author.
puteri said...

kak nohas-->>

ya.. alhamdulillah.. masalah dh slesai.. kad yg sama juga dgunakan.. he.he ;-)

puteri said...

kak izan -->>

sob3.. sedey kan? gelabah kan masa mula2?

hnya yg prnh mgalami mmpu mmahami, ewah..

he.he

puteri said...

insan biasa -->>

btul tuh!