© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, January 07, 2010

believe on yourself

Motivasi: Siri Empat

Semua orang dilahirkan pandai dan bijak. Tak ada yang bodoh, melainkan dia sendiri yang mengatakan dirinya sedemikian. Cuma yang berbeza, sebanyak mana usaha yang dilaksanakan untuk memperoleh ilmu dan pengetahuan.

Lebih usahanya, lebih pandailah dia. Kurang usahanya, kurang cerdiklah dia.
Sebab itu, anda adalah apa yang anda fikirkan. Masa depan anda adalah apa yang banyak anda lakukan pada masa senang, pada masa lapang anda.

Anda mempunyai teman atau kenalan yang mungkin mempunyai kepakaran atau menguasai subjek yang anda kurang mahir. Berdampinglah dengan dia. Cuba berteman dengan dia. Tapi bukan menggunakan dia. Jangan juga setelah itu menjatuhkan dia. Ini tak lain tak bukan, kurang ajar namanya.


Atau anda tahu dia berkebolehan, maka pelajarilah ilmu darinya. Daripada anda mereka-reka onar, atau mempercayai suara-suara sumbang memburukkan dirinya, lebih baik anda turut sama menjadi hebat seperti dia.

Alah! Macamlah dia tu bagus sangat. Harap je bodek bos, sebab tu cepat naik pangkat!
Kata-kata buruk begini kadang-kadang boleh jadi 'ibarat meludah ke langit, akhirnya terpercik ke muka sendiri,'. Bukan orang yang diburukkan itu jatuh (walaupun tujuan asalnya adalah itu), tetapi yang berusaha penat lelah untuk menjatuhkan itu yang semakin jatuh. Renung-renungkanlah.

Apa kata penat lelah anda itu ditukarkan atau disalurkan kepada saluran yang betul, ada jugak baiknya dan untungnya. Penat lelah yang akhirnya dapat memajukan diri, meningkat populariti, menambah ilmu dalam diri, kan bagus, dan memang lebih sangat bagus tu.


Pesan saya.. "Semua orang adalah sama. Semua orang boleh mencapai kecemerlangan tak kira dalam akademik atau pekerjaan. Yang beza adalah antara mahu atau tidak sahaja. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Masa depan anda ditentukan dengan apa yang anda lakukan,".
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

(Sumber lagu: Liriklagu)

-nurfatimahz AKA puteri-

2 comments:

zuwairiaiman said...

great motivation to start the day

puteri said...

proud to share