© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Saturday, January 07, 2012

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

Heh~ TV3 tersasul tadi dalam Buletin Utama


Kutuk punya kutuk, kan dah tersasul tu,... Suratan atau kebetulan?

Patut dia cakap "Lawatan Dato' Seri Najib..". Tapi disebut "Lawatan Dato' Seri Anwar" keh keh keh...

JOM TENGOK VIDEO


Jamalina, ko tak payah mintak maaf. Kami semua sokong ko (malam ni). Haha!

901 | FREE ANWAR!!!
Mahkamah Jalan Duta
7.00 pagi

Saturday, December 24, 2011

lagi banyak 'ambik', lagi kurang hukuman?

Rompak RM 20.00, penjara 3 tahun (36 bulan).

Curi barangan berjumlah RM107.40, penjara 2 tahun (24 bulan).

Songlap berjuta-juta RM, penjara 1 tahun (12 bulan). Itu pun belum tentu.


Wednesday, December 21, 2011

kondo lembu kini di Singapura!

PKR mendedahkan satu lagi isu berkaitan dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) — kali ini mendakwa sebuah unit kondominium mewah bernilai RM10 juta pula dibeli di Singapura tahun lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ismail dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin, PKR berkata pihaknya boleh mengesahkan ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah di 7 Anthony Road, Orchard Scotts, Singapore oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Kata mereka, kondominium itu dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

JOM TENGOK GAMBAR KONDO-LEMBU DI SINGAPURA!




NI PULAK BUKTI PEMBELIAN KONDO, NAMA SUAMI DAN DUA ANAK SHAHRIZAT



SUMBER GAMBAR KONDO: www.fareast.com.sg

SUMBER BERITA: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-dakwa-dana-nfc-diguna-beli-kondo-rm10-juta-di-singapura/

LAGI GAMBAR KONDO-LEMBU (SINGAPURA):
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.245520805513669.57032.159764004089350&type=3

GAMBAR KONDO-LEMBU (BANGSAR):
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.227656603966756.54294.159764004089350&type=1

Thursday, December 15, 2011

kos meningkat; KLIA2 dibina atas tanah lembut?


Kelakar dowh. Ingat kos meningkat sebab makin canggih airport yang ingin dibina (sedang dibina). Rupanya antara punca kos meningkat adalah kerana tapak KLIA2 tu adalah "tanah lembut". Maka perlukan kos untuk "mengeraskan" tanah yang lembut tu.

Yang gatal pindahkan tapak KLIA2 tu apesal?

Eh betol jugak. Kalau tak pindah mana mau "korek" diut, kan?

Berita lanjut: klik di sini.

Wednesday, November 30, 2011

nurfatimahz @ MalaysiaKini

Kawan-kawan baca akhbar MalaysiaKini tak?

Hehehee....

Ada gambar saya masuk dalam salah satu berita kat situ.. Hihihiiii...

Tajuk: Hello MP, kami sedang perhatikan cara awak undi. <<-- tengok dan baca tau! cari mana gambar saya. hehe







Sunday, November 27, 2011

[pictures] Global Day of Action - Protes Rakyat Malaysia (26 Nov 2011)

~ Hari Bertindak Global - 26 Nov 2011 ~

Di Malaysia; KLCC, Melaka, Pahang, etc
Mesej: Tolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011

KLCC - Dr Wong Chin Huat!

KLCC; Auntie Bersih! Big claps to her!

KLCC

KLCC

KLCC

Kuantan (+ NO to Lynas!)

Kuantan (+No to Lynas!)

Dataran Pahlawan, Melaka


Di luar negara; Perth, Hobart, Switzerland, Taipei, Hong Kong, etc..
Mesej: Tolak Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 & Kami mahu hak mengundi!

Perth

Perth

Perth

Perth

Taipei

Taipei : Kami mahu bebas berhimpun

Taipei

Hong Kong

Hong Kong

Switzerland

Hobart

Hobart

Hobart

Hobart

Nota tambahan:

Mengapa tolak Rang Undang2 Perhimpunan Aman 2011 a-k-a Peaceful Assembly Bill 2011?

“AMK melihat RUU ini lebih zalim berbanding peruntukan Seksyen 27 di bawah Akta Polis 1967 serta mencabuli hak kebebasan berhimpun,” katanya pada satu kenyataan media.

Katanya, melalui akta berkenaan, pihak polis diberi kuasa yang lebih luas dan berhak menahan mana-mana individu yang menyertai perhimpunan aman.

Menerusi Seksyen 15(2)(h), polis diberikan kuasa dalam membuat keputusan melibatkan tarikh, masa, tempoh dan lokasi perhimpunan serta kaedah berhimpun.

Lebih memburukkan lagi, katanya, individu yang melanggar mana-mana sekatan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak polis boleh didenda sehinggaRM10,000.
(Selanjutnya: KeadilanDaily).


Tagged:

Isi kandungan Rang Undang2 tersebut (Melayu).

Content of PAB (English).


Friday, November 25, 2011

TNB: cukai tak ada, tapi....

~ TNB: cukai tak ada, tapi "jangan risau", kami gantikan dengan levi. ~
Anda masih mampu terus membuat "sumbangan"! =)


Oke, mulai Disember 2011 (tahun ni yer, bukan tahun depan), levi sebanyak 1% akan dikenakan ke atas pelanggan TNB yang menggunakan lebih dari 300kWh sebulan atau ungkapan dalam nilai RMnya ialah (lebih dari) RM77.00 sebulan.

Kata TNB, hanya 25% sahaja yang kena bayar levi tu.

Kata TNB lagi, semenanjung sahaja.

Sekian. (Klik untuk berita penuh).

Friday, November 18, 2011

pening, pening, pening!!

SPRM = Suruhanjaya PENINGkan Rakyat Malaysia??


Baru-baru ini SPRM membuat kenyataan berkenaan "isu lembu". Kata mereka, "isu lembu" TELAH dihantar kepada pihak POLIS.

Kelmarin, Ketua POLIS Negara berkata, mereka tidak tahu (tidak terima) apa-apa.

[SPRM hantar kepada SIAPA?????]


Hari yang sama juga, pihak SPRM membuat kenyataan, "isu lembu" tidak dihantar kepada POLIS sebaliknya kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Commercial Crime Investigation Department. (CCID)).

Aduhai.. Pening, pening, pening...!!!!

Memang Suruhanjaya Peningkan Rakyat Malaysia kah? Sebelum ini dikenali sebagai Suruhanjaya Penutup Rasuah Malaysia.

Wednesday, November 16, 2011

bintang paling popular 2011: lembu

Bintang BINATANG paling popular 2011 jatuh kepada.......!!!?


Ini tuan lembu. Yang mengusahakan project National Feedlot Corporation. (http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/6431-tarikh-pru13-dan-projek-lembu-1malaysia)


Ketua Audit Negara melaporkan tuan lombu gagal dalam bisnes lombu-lombunya.


Tuan lombu pun apo laie, marah lah dia bila orang hentam dia. Katanya dia dan keluarganya tidak patut dikutuk (atas kegagalan projek lombunya). Katanya lagi, mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh dan projek lombu ini memang layak diberikan kepada mereka. (http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2302-shahrizat-layak-dapat-lembu-pr-layak-dapat-putrajaya). (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nfc-shahrizat-dakwa-pkr-mahu-hancur-wanita-umno-khairy-kata-liar/)


Sudah dikantoikan dengan kegagalan projek lombu, kantoi pulak dengan pembelian kondo mewah di Bangsar. Untuk apo yo tuan lombu ni beli kondo? Bagi kek lombu kot? Lombu-lombu beliau tido di kondo gamaknya. Memang first class lah! tak hairan jugalah bila dapek tahu harga lombunya mahal.
(
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6438-keluarga-shahrizat-beli-kondo-mewah-rm98-juta).



Maka bermulalah terdengar suara lombu-lombu yang lain dalam tuan lombu ini. Ada yang mahu tuan lombu ini berhenti saja dari menjadi tuan lombu. Ada yang kata tuan lombu ini tuan yang terbaik, yang sangat kelakar sekali ada yang mempertahankan tindakan tuan lombu ini sebagai "lansung tidak bersalah".


Wahahaha~! Sudahlah rugi, tidak mahu mengaku salah, menipu pulak! Tak tahan, ada pergi bercuti di luar negara juga! (http://www.freemalaysiakini.com/?p=1830).

Aduhai lombu jugak yang bertuah~!.

kondo lembu


jangan risau ye.. kami selamat dan gembira di sini!

Friday, November 11, 2011

tiada pilihanraya tahun 2011

Frust giler neyhhhh~!!!! kawe dah xsabar nak memangkah!



Antara SEBAB tiada PILIHANRAYA tahun ini:
1- Mesyuarat BN baru nak buat
2- Exam SPM, STPM tengah bulan 12 baru habes
3- Jemaah haji group last balik 11hb 12
4- Jangkaan banjir
5- Najib dengan Muhyiddin nak pergi jalan-jalan bulan 12 ni
6- Perhimpunan agung umngok 29/11-3/12, xsempat bncang strategi
7- SPR perlu masa sekurang2nya 60 hari siap sedia pilihanraya
8- Najib mahu kerajaan Pakatan Rakyat turut membubarkan DUN, Kedah, Selangor & Penang enggan sekiranya pilihanraya tahun ini.
9- ISA? Episod seterusnya tahun depan.
10- Jawatankuasa Khas "Penambahbaikan Pilihanraya" baru je mula buat keje.
11- Hari ni 11//11/11, tapi masih tiada berita.
Maka dengan ini diishtiharkan bahawa dalam tempoh 50 hari akan datang TIADA PILIHANRAYA. Paling awal pun JANUARI 2012.

Berita penuh:
BM (http://pkrl.blogspot.com/2011/11/11-sebab-mengapa-pru13-tidak-akan.html)
BI (http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/Story/A1Story20111111-309958.html)

Wednesday, November 02, 2011

Rompakan berparang di Cheras!

Video Rompakan berPARANG. <<-- click tHERE!

Kawan-kawan boleh tengok tak video kat atas? Link dari FaceBook. saya ada cuba cari di Youtube tapi tak jumpa yang sama seperti video di atas ni.

Video menunjukkan situasi di sebuah kedai. Ada dua orang pelanggan yang berpura-pura membeli barang, kemudian ke kaunter bayaran, Yang seorang tu konon-konon nak buat pembayaran. Yang sebelah dia pulak konon-konon nak kuarkan duit, tapi sebenarnya keluarkan PARANG!

Teruk bebonar!

Tak mau ulang panjang2. Cuma nak share ulasan/perbincangan sahaja:|

[Kes Rompakan di Cheras].
Hukum hudud (potong tangan ke atas pencuri) hanya akan dilaksanakan setelah siasatan dilakukan (nilai/kadar), malah ke atas mereka yang berkemampuan (sihat tubuh badan dll) yang tiada SEBAB untuk mereka 'terpaksa' mencuri. Sebaliknya bagi mereka yang 'terpaksa' seperti kebuluran/faqir/dalam peperangan dsb adalah terkecuali. SETUJUkah anda sekiranya dua orang "mat rempit yang sihat" ini dikenakan hukuman potong tangan?

[This Robbery by two MAT REMPITS taken from a CCTV only happened "RECENTLY" in Cheras].

Now in accordance to ISLAMIC "HUDUD LAW", Muslims who are of GOOD HEALTH, and in a Healthy State of Mind and very well ABLE & CAPABLE in finding work or a job for themselves and have NO "REASON" to resort to Robbery...IF such individuals commit robbery...then their HANDS would be CUT OFF. Hudud Law does NOT allo...w one's arms of hands to be cut off if they rob out of pure ABJECT POVERTY and are STARVING, that they have tried to ask for help, whether from the ZAKAT/ALMS Center or from society around them, for then it is the MUSLIM SOCIETY's SOCIAL Responsibility to help them. In accordance to the the Law of "QISAS" in Islam...FORGIVENESS or PARDONING also ONLY lies in the hands of 'those' whom the Crime was committed towards. Would YOU "AGREE" if these two HEALTHY Mat Rempits had their HANDS cut-off???

Sumber: Curi-curi Wang Malaysia.

Sunday, October 30, 2011

[Gambar & Video] Peserta "BERSIHkan Malaysia" (CHOGM) di Perth Australia

~ Bersih 2.0 diteruskan! ~


28 Oktober 2011 baru-baru ini (Jumaat), rakyat Malaysia di Perth, Australia berhimpun beramai-ramai ketika sidang Perjumpaan Ketua-Ketua Negara Komanwel [
Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM)] di mana CHOGM ini turut dihadiri Menteri Perdana yang dikasihi Najib Razak bersama isterinya yang digelar First Lady of Malaysia (FLOM).

Persediaan awal......

Antara rakyat Malaysia di Perth yang hadir.

Anjing ini maskot tidak rasmi "BERSIHkan Malaysia" Perth, milik Adelene Wee yang dinamakan "Oppa". Ohya, mesej dari Adelene Wee yang harus saya kongsikan! (Sebab dia sudah berpesan kepada saya! hehe). Mesejnya begini...

"Can you also mention that Oppa was rescued from the pound pls? As much as he is the unofficial BERSIH Perth mascot, we would also like to create an awareness that all pets deserve second chances. NO TO PET SHOPS!"
- Adelene Wee.

1- Oppa diselamatkannya - lalu menjadi haiwan-angkat-nya.
2- Katakan TIDAK kepada pemerdagangan haiwan!
(Tiba-tiba tak reti nak terjemah ke dalam Bahasa Melayu.. hehehe).

Ohya, di sini ada video menarik Oppa. Link dari facebook. Harap kawan-kawan boleh tengok.


Dr Wong Chin Huat, orang kuat CHOGM Protest Perth.

Agak-agak, boleh dapat aksi macam ni tak kat Malaysia? =)

B.E.R.S.I.H.kan Malaysia!!!

Berarak...

Peserta bergambar di hadapan arca AUD$1M, Perth, Australia.

Video pulak...


Nyanyian lagu "Negaraku".


Nyayian lagu "Rasa Sayang".
Rasuah Sayang hei Rasuah sayang sayang hei
Hei lihat Rosmah jauh Rasuah sayang sayang hei!

Dan yang ini.... Berita 10 (Ten News) dari TV 10 (Channel 10) milik Australia melaporkan tentang peserta demo CHOGM, termasuklah Malaysia! Dalam TV MALAYSIA ada tak?



Kalau dulu semasa Bersih 2.0 (9 Julai 2011), ada pihak melaporkan lebih kurang 6000 "sahaja" rakyat Malaysia yang hadir, di CHOGM pula ada juga "rumor" yang mengatakan "8 orang sahaja" rakyat Malaysia yang hadir! Cubalah kira kat atas tu berapa orang?

Anjing pun pandai mengira, kata Adelene Wee.

Ok itu sahaja. Gambar dan video diperolehi daripada sumber.

Thursday, October 27, 2011

apa selepas RazakSAT?


Sebenarnya saya tertanya-tanya, kenapa namanya "RazakSAT"? Kerana "Tun Abd Razak" kah? Kerana beliau adalah bapa Menteri Perdana "Najib Razak" kah?

Mengapa tidak dinamakan "MalaysiaSAT", "MasSAT", "MSiaSAT" (Opss.. macam siasat pulak) atau nama lain yang lebih sesuai dan dekat dengan MALAYSIA?

Beli dengan duit sendiri kot?
Oklah, malas mau bebel, panjang pulak introduction saya ni ye? hehe..

Berita: Satelit Malaysia RazakSAT yang bernilai RM142 Juta yang dilancarkan pada 14 Julai 2009 telah dikesan tidak berfungsi pada 30 Ogos 2010 kira-kira selepas SETAHUN dilancarkan, jangka hayat RazakSAT dilaporkan sepatutnya sehingga TIGA TAHUN. Namun apa yang berlaku? SETAHUN lebih sudah LINGKUP~! Alahai~~ Patut namanya TahanSAT (=TahanSekejap dalam loghat Kedah).

Apa selepas RazakSAT?
NajibSAT?

Ok jugak. Lepas RazakSAT lingkup, Najib bersama kroni-kroninya pula. Kan? Hahaha~!

Nota: Gambar satelit kuning di atas saya yang buat, saya google gambar-gambar "RazakSAT" dan saya combine-kan berdasarkan tajuk berita yahoo. Kalau perasan ada tulisan "@CCWM" tu, saya ehsankan gambar ini kepada page CCWM (kepada yang menegerti, hehe...). Saya ada terbaca blog lain yang gunakan gambar di atas, pergh.. bangga dalam diam..kehkehkeh.. tak apa, orang taktahu kan? Syhhhhhhhh~!!! Rahsia tau!

Sunday, October 23, 2011

MyKad baru mulai 2012


(Bernama) The National Registration Department (NRD) will introduce a new MyKad with state-of-the-art security features starting January next year, Home Minister Hishammuddin Hussein said.

Hishammuddin said the new MyKad would have enhanced security features, especially the chip, which will have tamper-proof elements to prevent falsification, an issue raised...... by some.

"The Mykad with new structure which is of a higher quality will meet the security requirement and will be suitable for changes in time, situation and future challenges," he told reporters here today after launching the new MyKad structure here today. (MalaysiaToday: http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/44150-nrd-to-issue-new-mykad-starting-january-2012-says-hishammuddin)

Pemohon baru akan diberikan MyKad baru mulai tahun depan, manakala pemegang MyKad lama boleh menukar kad lama mereka dengan yang baru.

Menurut beliau, usaha pengeluaran MyKad oleh JPN dilakukan secara telus menerusi tender terbuka bagi mendapatkan yang terbaik dengan kos yang paling kompetitif.

Pengeluaran MyKad baru itu merupakan usaha berterusan JPN untuk memperbaiki perkhidmatannya, selaras dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri.

JPN juga akan meneruskan program 'Outreach' menggunakan unit-unit bergeraknya untuk mengesan rakyat Malaysia yang masih tidak memiliki MyKad terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Hishammuddin berkata, sejumlah RM7.5 juta diperuntukkan untuk unit-unit bergerak itu. (MStar: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2011%2F10%2F15%2Fmstar_berita%2F20111015150509&sec=mstar_berita)