© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, September 26, 2011

jom lawat Hospital Rembau


@Fahmi Raazali nanti-nanti bawaklah kite dan kawan-kawan yang lain lawat nogori tau.. paling utama kite nak lawat Spital Rombau ni haa.. hehe

Mase duk di Nilai dulu tak updated pasal Spital ni.. hihihi....

Note: Mana KJ ek???

Friday, September 23, 2011

Mari mari!! Pulau untuk diJUAL!!

LELONG LELONG !!!!

Pulau-pulau di Sabah, Malaysia untuk dijual:

1- Mengalum Island, USD 18,000,000 (RM 56.7 Juta)
.

2- Pulau Pandanan, USD 2,000,000 (RM 6.3 Juta).

3- Monkutod Island, USD 35,000,000 (RM 1110.3 Juta)

Berminat...????? klik di sini!


Monday, September 19, 2011

ni kapal TENGGELAM ke kapal SELAM?

~"Pari" nak cari kawan dia kot? Ikan pari.....~


KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Utusan.

Sunday, September 18, 2011

Hasan Ali sokong katak?

Semalam ada kawan berikan link ini kepada saya, dalam blog tersebut menceritakan bahawa "Melalui sumber yang boleh dipercayai, Hasan Ali akan sertai umno".

Bukan sahaja di blog, malah dalam dunia FB sendiri, Hasan Ali mula dikecam. "Musim Hujan = KATAK" dan sebagainya.

Betul ke? Sukar untuk saya mempercayainya walaupun link yang diberi rakan itu http://"kerajaanrakyat".blogspot.com.

Tanpa melengahkan masa, saya bertanyakan kepada anak perempuan Hasan Ali yang kebetulan teman sekuliah saya di USIM.

"Akak, kite nak tanya ni.. betul ke ayah akak keluar PAS? Kalau betul kenapa?".

"Tak adalah. Rumor saje tu. Jangan bimbang. Benda macam tu tak akan berlaku, insya-Allah".

"Oh Alhamdulillah lah macam tu. Kite pun tak percaya. Sebab tu kite tanya dengan akak".

Ok.. Tu je cerita pendek saya. Panjang lagi cerita boleh baca di MalaysiaKini - Hasan Ali nafi masuk umno.

Monday, September 12, 2011

cukai 6% prepaid diTANGGUHkan

Semalam baru je post pasal cukai prepai yang 6% tuh...

Akhirnya hari ni muncul 'WIRA penyelamat Malaysia' mengeluarkan statement bernas beliau;

1- Cukai Prepaid 6% ditangguhkan.
2- Suruhanjaya akan menyiasat dan membuat kajian lebih mendalam seperti
-------BILA ia akan digunapakai
-------BERAPA kadar (cukai) yang akan dikenakan

(Rais Yatim) @ Radio Malaysia Kedah, 5.00pm, 12/09/2011


BACA :
Utusan Meloya

Thursday, September 08, 2011

topap RM10, bayar RM10.60

https://fbcdn-photos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/297653_245213675515218_144894062213847_579283_1022293560_s.jpg


Pengguna telco (Celcom, Maxis, Digi, Happy dan lain-lain) akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% bermula 15 September 2011. Dalam erti kata yang lain, untuk reload RM 10, anda perlu membayar sebanyak RM10.60.

Jawapan standard: Harga cukai perkhidmatan telco di Malaysia JAUH lebih murah berbanding negera luar. Rakyat harus berterima kasih kepada kera.jaan Be End.

Jawapan basi (kalau Ismail Sabri la): Tak mahu bayar cukai, buat telco sendiri

Sumber: NST.

Wednesday, September 07, 2011

best ke jadi guru?

~ I WON'T BE A TEACHER! ~

Saya tak mahu jadi guru/cikgu atau yang sama waktu dengannya.


Saya tak mahu, tapi sekarang saya 'menjawat' jawatan guru ganti di Sekolah Rendah Al-Islah, dan juga guru di sebuah pusat qiraati (sebelum menjadi guru ganti).

Budak sekolah Islah ada memberi saya kad raya + duit raya.

Budak qiraati ada beri saya kuih raya, Slurpee (7-E), juga aiskrim Corneto hari ini!

Haha..

Dan hari ni juga saya ada buat BUDAK2 DARJAH 4 menangis sebab mereka tak dengar cakap saya. Saya keluar kelas diorang awal (sebenarnya cuak jugak kalau2 Guru Besar tiba2 memantau, tapi gasaklah! haha).

......................

P/S:
Saya sangat GARANG! haha!

Sunday, September 04, 2011

one-two-three-four-five

"yi-er-san-si-wu-liu-qi-ba-jui-shi,". I teached my 6 years old nephew (Haikal Farihin) to count in Mandarin sambil menunjukkan bilangan jari. "What's that auntie?" He asked me. "Nombor lah adik! 1-2-3-4-5-6-7-8-9-10!". Haisyhh! penat wat gaya -.-