© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, June 30, 2007

orentasi kedua


Minggu orentasi akan bermula pada hari ini, hingga 3hb 7, 4hari. Alhamdulillah minggu orentasi di sini biasa2 sahaja. Kenapa orentasi kedua? Tahun lepas saya menjadi pelajar tamhidi USIM atau nama pada waktu itu KUIM, kami telah melalui sesi orentasi, oleh itu, ianya adalah orentasi yang pertama.

Kalau dulu kami menginap di apartment Sutera Indah, Nilai 1, kini kami ditukarkan ke apartment Camelia Court, Nilai Impian, berhampiran Nilai 3. Kalau dulu, kami bercampur antara lelaki dan perempuan. Lelaki di bawah, perempuan di atas, kini lelaki semuanya di Sutera Indah dan perempuan di Nilam Court (bersebelahan Camelia) dan Camelia Court. Walau bagaimanapun, di Camelia, hanya 2blok kami gunakan, yang lain orang luar. Maknanya ada keluarga (lelaki) lain dalam kediaman kami. Hurmm..

Lebih menyukai Sutera Indah dari Nilam dan Camelia. Dari segi kemudahan, struktur banggunan.. Sebelum ini pernah ke Nilam. Ah..tak suka. Tak sanggka dapat sini akhirnya.. =(

Friday, June 29, 2007

meminjam masa

Salam sejahtera buat semua.

Maaf, tidak sempat untuk mem-publish-kan entry untuk seketika. Sekarang ini sibuk dengan persediaan untuk kembali ke kampus. Ya.. surat tawaran (pos) baru sahaja tiba rabu yang lalu. Perlu menyediakan pakaian khusus untuk minggu taaruf atau nama lain minggu orentasi. Huh..jenuh juga kerana tempoh yang ada terlalu singkat. Alhamdulillah, baju biru mini jubah sempat juga disiapkan (mengikut contoh warna kain yang dilampirkan).

Sebentar lagi dalam pukul 11.00am, akan bertolak ke kl. Tidur di rumah abang sulung di usj, subang jaya. Sebenarnya agak malas untuk ke rumah abang. Hrmmm.. tapi terpaksalah jugak. Barang2 ada di rumah pakcik hatta, seremban. Saya bertanya kepada abah (sebelum tahu akan tidur di rumah abang), tidur di rumah pakcik hatta? Kata abah, abah tak kisah, pakcik hatta pun mesti ok, Cuma.. ye la.. abah malas nak ganggu keluarga pakcik hatta. Almaklumlah.. beliau (pakcik hatta) mempunyai anak2 kecil. Hurmm.. ye la..

Ah..berbagai2 perasaan saya di kala ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Dan satu yang pasti ialah, tak ada kawan2 tamhidi (sama ada tamhidi akaun, tamhidi syariah atau lain2) yang mengambil course yang sama dengan saya sebab saya telah membuat penukaran course. Alhamdulillah, dapat. Masa tamhidi dulu, prof tak bagi tukar.. Jadi.. semuanya orang baru2 belaka sem baru ni, hehe.

Oh ya.. buat teman2 yang bertanya tentang keputusan peperiksaan saya especially diya.. er.. malu untuk diceritakan kerana pointer saya tak adalah banyak pun. Rasa macam taknak je bagitau nih..huhu..(malu..).

Saya..er.. tak sampai 3 pointer pun sebenarnya. Sem pertama, 2.19. (student satu course ada 49 orang, 7 orang GDB, 11 orang LBS, 3 orang mendapat 3pointer ke atas). Alhamdulillah termasuk dalam 31 orang yang LULUS. Sem ni lak, dapat 2.81. huh.. peningkatan yang agak memberangsangkan. =)

Paling mambanggakan, Introduction to Accounting II dapat C+. huh..bangga walau tidak seelok mana sebab sem satu dapat D. Gembira jugak sebab ye la..dulu masa zaman sekolah tak pernah ‘berkenalan’ langsung dengan Prinsip Perakaunan. Kata syahirah, kalau saya ‘lebih’ sikit, insya-Allah ble dapat akaun B, dan pointer pun akan 3 ke atas. Hurm…ya.. tak apalah apa2 pun.

Sem lepas
D+ = Account I (5.20, unit 4)
D = Business Math (4.00, unit 4)
C- = Microeconomic (5.10, unit 3)
B = Business Management I (6.00, unit 2) **target A
A- = Arabic I (7.40, unit 2) **target A
A = Akidah Wal-Akhlak (8.00, unit 2) **target A
C- = English I (3.40, unit 2)
A- = Information Technology I (3.70, unit 1) **target A
B+ = Communication (5.40, unit 2) **target A

Sem ni
C+ = Account II (9.20, unit 4)
D = Business Statistic (3.00, unit 3)
B = Macroeconomic (9.00, unit 3) **target A
A- = Business Management II (7.40, unit 2) **target A
A- = Arabic II (7.40, unit 2) **target A
A- = Sirah Wal-Hadharah (7.40, unit 2) **target A
B- = English II (5.40, unit 2) **target A
A = Information Technology (4.00, unit 1) **target A
B+ = Co-curriculum (3.30, unit 1) **target A

Sunday, June 24, 2007

kenduri abg pit

**baru berkesempatan me-upload-kan gambar..

Tarikh : 07 Jun 2007
Tempat : Kota Kuala Muda
Negeri : Kedah Darul Aman

Nama penuh : Shahibul Hafiz (nickname, abul)
Nama isteri : Nurul.. (er..lupe.. nickname, odie)



Hubungan kami

my sir (sir hafiz)
tahun 2003, dia pernah mengajar saya selama lebih kurang 3 bulan. Pada masa itu, dia tengah cuti sem dia KUIM atau USIM sekarang.

my brother (abg pit)
sebab adik dia (shahidah, panggil dia abg pit) adalah kawan saya, jadi saya dengan sir hafiz agak baik.. dulu masa dia nak kenalkan saya dengan kak odie, sir msg saya ‘nak kenal dengan kaki par tak?’ hehe.. dan sir sendiri cakap masa dia kenalkan saya dengan kak odie, idah (shahidah, adik dia) pun belum pernah jumpa kak odie. Lepas tu, keluarga dia jugak (mak - makngah, ayah - pakngah) kenal dan agak rapat dengan saya.

my senior (abul)
er..ni sebab entahlah kebetulan ke ape..saya diterima masuk ke KUIM tahun 2006. ya, sir tahun akhir masa tu.. bulan 7 saya masuk, bulan 8 sir konvo. Dari anak murid jadi junior? Hehe.. dia penah msg dengan saya ‘panggil sy abul je, xya sir2 lagi..’ tapi aku tak reti dan aku membalasnya, ‘nak panggil abg pit mcm idah’ dia pun balas ‘suka hati awk la..’.

ohya, ade sorang pensyarah tu, x-kuim @ usim, so aku bermanis2 mulut pada awal2 dia bergelar pensyarahku dulu, aku pergi sembang2 dengan dia, lalu tahulah dia aku dan sir itu dan ini. Pensyarah itu (puan lakirina) merupakan rakan sekelas sir hafiz sewaktu dahulu. Adeh..dalam dewan exam paper macroeconomics hari tu, puan lakirina ada bertanyakan saya -boleh jawab +er.. boleh la.. –kalau tak boleh jawab, nanti saya repot dekat cikgu awak +(senyum kambeng je yang dapat saya buat mase tu.. macam mana ya? huhuhu)..


** amik berkat.. kawen awal.. hehehe =)

Saturday, June 23, 2007

tawaran ijazah

huhu.. tahniah buat diri sendiri

Tahniah atas kejayaan saudara/i, PUTERI (bukan nama sebenar).

Saudara/i berjaya ditawarkan tempat di Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengikuti program SARJANA MUDA ******** DENGAN KEPUJIAN (QI08 ) .


adeh.. jadi baik lak nanti.. hehe.

hurmm..ingatkan result ade gak online.. rupanya takde jugak.. isk3.. nanti dapat pos.. apa2 pun tak takut sangat koz ye la.. kalau dah dapat tawaran masuk degree..insya-Allah lulus exam sem lepas.. kan?

register 30hb ni dekat Apartment Nilam Court, nilai 3.. sepanjang program tamhidi (matrik) lepas, dekat nilai 1, Apartment Sutera Indah. Alhamdulillah, teman sekolah rendah saya NUR AMIRAH BT ISMAIL juga ditempatkan di USIM setelah berjaya dalam STAM.. mumtaz!!

oh..berdebar2 pula diri ini..

Friday, June 22, 2007

esok

esok kuar result dlm web usim.. takutnya.. hehe.. baru-baru ini saya ada bermimpi menerima keputusan melalui pos.. pointer hanya meningkat sebanyak 0.07.. sikit, kan? tapi meningkat la jugak..dalam mimpi tu.. hehe..

esok lepas kul 12, ble check..insya-Allah.. next week diorg akan poskan ke rumah result tuh.. mungkin beserta dengan surat tawaran.. hurmm.. kos ape la yang saya dapat yer?

doakan saya ya ;)

Wednesday, June 20, 2007

Sunday, June 17, 2007

hari yang pelbagai

Hari ini hari bapa (hr ni ke smlm? ke esok?). Ya, selamat hari bapa buat abah tersayang.. saya ada mengirimkan picture msg buat abah pagi2 tadi, sebelum pukul 5.50am =) tertulis di situ
“No Words Can Describe How Much I LOVE U” .. (hari ibu dahulu untuk emak “I LOVE YOU!”).

Sebenarnya ini tahun pertama saya berbuat demikian, meraikan hari ibu dan bapa. Semasa hari ibu, saya di nilai, negeri sembilan. Pada hari ini (hari bapa), saya cuma ditingkat atas rumah, dengar henfon ayah saya berbunyi, menerima msg.. hehe..

Pagi..layan blog. Juga fs. Baca komen untuk gambar di fs orang lain, rupanya ada untuk saya. Sebenarnya agak gembira, tapi.. sepatutnya biasa2 sahaja. Susah sikit sebab orang selalunya (mungkin) bergurau, tapi saya seringkali (kebiasaan) mengambil serius terhadap apa yang orang katakan, atau beritahu saya. Susahkan? Tapi tak mengapalah, sekurang2nya ia membuatkan saya agak gembira.

Petang, suasana bertukar selepas mendapat msg dari kak nun (kakak kedua). Entahlah, mudah pula saya mengalirkan air mata. Namun, saya perlu hentikan kerana saya akan bertemu dengan anak murid (hehe..sementara je) saya selepas itu di apartment Hospital Sultan Abdul Halim. Pulang ke rumah, faradila (kawan baik) mengirimkan msg. +maaf sebab dila tak balas msg imah hari tu, dila baru topup –ni pakai duit mana? Tak payahlah topup kalau tak ada kredit. Imah tak kisah. Jangan susahkan diri +klau imah boleh buat macam tu untuk dila, dila pun boleh jugak..

Yang ni terharu. Sedih jugak. Nangis lagi (takde keje lain hari ni).. huhu..

Pagi tadi, berita online. Ada baca pasal laluan alternatif yang bercas (tol) iaitu SMART (selepas membacanya di entry de_kerinchi) dan lain2. Agak lama tidak membaca berita online, tapi tak apa sebab isinya lebih kurang dengan apa yang baru saya baca dalam akhbar tidak online, jumaat lalu =) (rujuk : harakah terkini).

Oh ya, juga baru dapat tahu yang abg fysal demam denggi baru2 ni. Alhamdulillah dah keluar dari wad. Maaf ye abg, adik baru dapat tahu (sebab lama tak jenguk abg). Maaf ye. Moga2 abg akan sehat2 dan tidak akan lagi mudah jatuh sakit. Allah yashfika, amen..
“Becoming daddy mesti kuat ya!!”

Surat result belum sampai2 lagi. Ah..berdebarnya diri ini.. Bila akan berakhir?

Saturday, June 16, 2007

sedang mencuba

sedang mencuba untuk memasukkan link ke dalam entry.. tapi er.. jadi ke? nampak macam lain dari orang lain je ni?

diya, puteri dah try buat macam diya ajar tu.. lepas edit html, er.. klik ape? puteri klik dkt link yang dekat sebelah kiri tu, jadi macam ni.. er.. tak jadi ke? ajar lain eh..hehe =)

memang ade garisan eh?

Friday, June 15, 2007

kuliah subuh


Di akhir hayat seseorang manusia itu (sakharatul-maut), akan datang syaitan untuk mengganggu sebanyak 7 rombongan syaitan yang mana tugasnya sejak dahulu, kini dan selamanya adalah untuk mengganggu umat manusia dan dijadikan peneman di dalam neraka Allah.

Rombongan pertama
Menyerupai bentuk seperti emas, perak, wang, harta benda, makanan mewah, dan sebagainya. Orang yang semasa hayatnya tamak haloba akan meraba-raba untuk memegang apa yang muncul dihadapan mereka dan leka dengan benda-benda tersebut. Bila nyawa terputus pada ketika itu, matinya di dalam keadaan fasiq, naa’uzubillah.

Rombongan kedua
Menyerupai binatang yang paling ditakuti semasa hayat seseorang (contoh : harimau). Di saat2 kematiannya, akan muncul haiwan tersebut (harimau) dihadapannya dan akan timbul rasa takut dihatinya melebihi ketakutannya pada Allah, lalu apabila nyawanya terputus, matinya dalam keadaan fasiq, naa’uzubillah.

Rombongan ketiga
Menyerupai bintang yang paling disukai (contoh : burung). Di saat kematiannya haiwan tersebut akan bermain-main dihadapan matanya dalam keadaan yang begitu cantik, mengagumkan dan mengasyikkan, dia akan meraba-raba untuk mendapatkan haiwan tersebut (burung), lalu apabila nyawanya dicabut, matilah dia dalam keadaan fasi, naa’uzubillah.

Rombongan keempat
Menyerupai orang-orang yang paling dibenci semasa hayat seseorang di dunia. Maka pada saat2 kematiannya hampir tiba, orang itu (contoh : musuh ketat) akan muncul dihadapannya dan dia (orang yang dalam keadaan nazak) akan cuba melakukan sesuatu untuk mengusir musuhnya itu. Apabila nyawanya diambil, maka matilah dia dalam keadaan fasiq, naa’uzubillahi min zalik.

Rombongan kelima
Syaitan2 akan menyerupai pula orang-orang yang dikasihi seseorang semasa hayat di dunia (contoh : ibu bapa). Ibu bapa itu akan berada di depan matanya dengan membawa makanan dan minuman. Serta memujuk-mujuk supaya orang yang dalam keadaan sakharatul-maut itu untuk menerimanya dan menjanjikan syurga. Jika oarng itu terpedaya, maka dia akan meraba-raba untuk mengambil makanan dan minuman itu. Jika nyawanya terputus di saat itu, matinya dalam keadaan fasiq, naa’uzubillah.

Rombongan keenam
Menyerupai tok-tok guru dan alim-alim ulama’ yang membawa kitab-kitab besar. Siapa tidak gembira apabila tok guru mencarinya? –aku mencari kamu merata tempat sekian lama, rupanya kamu terlantar menanti maut di sini, mari aku ajarkan cara untuk mengubatinya. (atau) –aku baru sahaja dari alam ghaib, telah memasuki syurga dan telah menemui Allah. Jadi cara mudah untuk memasuki syurga ialah dengan melihat zat Allah. +bagaimakah zat Allah itu? (manusia terpedaya dengan syaitan). Lalu syaitan membuka suatu tabir, manusia akan melihat satu benda yang besar, besarnya lebih besar dari langit dan bumi. –bagaimana? Besar tak? +besar –kagum? +kagum.. tapi bukankah yang besar itu menyerupai makhluk? (Jika bentuk seperti bulat yang dijelmakan) bukanlah bulat itu makhluk? Adakah ini tuhan yang disembah? –ya. Dan, dalam keadaan itu, apaila manusia menerima apa yang dikhabarkan syaitan, maka matinya dalam keadaan fasiq. Naa’uzubillah.

Kerana itu, kita disarankah membaca doa “alluhumma hauwin alaina fi sakharatil maut”, “ikhtimlana bihusnil khatimah”, “wa la takhtim ‘alaini bi su-il khatimah” dan sebagainya. Kerapkan membisikkan kalimah “la-ilaha-illallah” pada telinga manusia yang dipenghujung hayatnya. Semoga dapat dijauhkan syaitan2 daripada mengganggunya menyesatkannya. Wallahua’lam.

********************************
Terlupa satu golongan, saya mendengar tanpa membuat sebarang catitan. Maaf ya. Rombongan ke-6 itu, mungkin saya tertukar dengan rombongan yang ke-7, rujuk lebih lanjut daripada alim-alimin. (kuliah subuh di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah disampaikan pada hari ini oleh Ustaz Zulkifli bin Ahmad).

Thursday, June 14, 2007

hari lahir 2007


Selamat hari lahir buat diri saya sendiri yang ke-20 lagi setahun. Hehe.. muda lagi la, 19 tahun. Terima kasih kepada mereka-mereka yang mengingati atau mengetahui tarikh lahir saya ini

1- kak dieya (msg/mail * fs)
2- hambali (msg/testi * kuim/usim, fs)
3- farhanna (sms * sri abim)
4- syahirah (sms * kuim/usim, fs)
5- huda (sms * kuim/usim, fs)
6- dayahucop (pic.sms * mfc, blog, fs)
7- kak irah (pic.sms * ym, blog, kuim/usim, fs)
8- miss farida.. ni lecturer saya tau (sms * kuim/usim)
9- kak nun (sms * kakak nombor dua, nur zihnun)
10- amirah (sms * sri abim, fs)
11- kak not (sms * kakak nombor tiga, nur zihan)
12- nik syafawati jugak..dia nak jadi orang terakhir.. tp xjadi jgk.. (call * smib, smatan, mmkm, fs)
13- dalila (msg * kuim/usim, fs)

14- fifi (msg * kuim/usim, fs)

Semua ni setakat 10.35pm (semasa sedang menaip) untuk 14 jun 2007 (start 13 jun, 3org teratas 2 bagi ucapan :D), ye la.. dah nak abes hari pun.. hehe.. seterusnya pukul 11 lebih

15- kak auni (sms * kuim/usim, fs)
16- maisyarah (sms * kuim/usim, fs)

Pagi tadi gi sekolah, sambut besdei.. taklah, saje pergi melawat cikgu2 sambil mengambil sijil spm. Ingat nak amik sijil oral sekali, tapi belum disediakan. Ohya, dalam perjalanan (jalan kaki) pulang dari sekolah ke kota (stesyen bas) terserempak dengan abg amin yang dalam perjalanan (kereta) dari kota ke sekolah. Saya tengok orang dalam kereta tu, ‘sape pulak yang senyum kat aku ni?’ opss.. abg amin!? Saya pun senyum balik sambil mengisyaratkan tangan, melambai. Siapa abg amin?

Dia adalah senior saya semasa sekolah dulu. Tahun 2003 saya pmr, dia pula stam. Tapi sepanjang persekolahan, saya tidak pernah bercakap langsung dengan dia. Dengan abg2 senior yang lain juga, kecuali jika mereka2 yang menegur saya dahulu =) macam mana saya seakan agak mesra dengan abg amin pula?

Dalam suatu kenduri baru-baru ini, saya terserempak dengan dia. Ye la.. macam kenal kan? Saya pasti dia pun mengenali saya sebab saya ni agak popular di skolah dulu (wahahahahaha).. well, budak baik katakan, selain imej bersih, saya juga agak top dalam akademik (dalam sekolah saya sahaja, di tempat selain, saya dibelakang2 juga). Bermula dengan pmr, menjadi pemecah rekod sekolah memperoleh 5A dalam pmr. mungkin ada yang ingin ketawa, tapi itulah kenyataan di tempat saya.

Ok, sambung balik di rumah kenduri.. saya melihat dia. ‘abg amin kot?’ dia juga melihat saya pada ketika itu (kelakarnya, setiap kali jumpa, kami dalam arah yang bertentangan). Muka dia agak kehairanan, mungkin maklumat2 terdahulu belum sampai, hehehe.. saya senyum kepada dia, lepas 2, muka dia kembali neutral. Dia pun balas senyuman saya. Kemudian.. percaya atau tidak.. sambil mengangkat tangan.. “hai..” (sape yang cakap?) Dan “hai…”, dia membalas..hehehe.. macam kawan baik yang dah lama tak jumpa. Sedangkan dulu macam bisu je gayanya. Sampai situ je, lepas 2, masing2 menuju ke destinasi.

Fakta menarik, amin adalah adik kepada ustaz hilmi yang pernah saya minati dulu.. ;)

Wednesday, June 13, 2007

rutin harian


Sudah lama tidak mencoretkan diari sebegini. Sebelum ini, terhalang dengan perasaan sendiri. Ya..semuanya kerana perasaan yang satu itu. Ah..sudah. semuanya sudah berlalu, biarlah berlalu dan tak perlu diimbas kembali, kan?

Sekarang saya berjinak-jinak dengan satu drama Indonesia, LIONTIN (kalau tak salah eja la..). Hmm.. agak menarik jalan ceritanya, dan saya rasa saya menyukainya. Tidak seperti cerita ‘bawang2’ itu di mana mata2 watak jahat terjegil2 macam nak terkeluar dan terlalu ‘keras’ percakapannya.

Kisah adik-beradik yang terpisah, Manda (kakak) dan Indy @ Rianti (adik). Watak2 lain, Roby, Dion,.. Er.. taktau nak cakap macam mana, tapi best la cerita ni.. tengok la sendiri ;) isnin-khamis. Pukul 2.30-3.30pm.. tv3 =)

Sekarang ni saya mempunyai kerja sambilan yang tidak berbayar. Menjadi guru sementara kepada beberapa orang anak kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Tapi saya tidak pula membahasakan diri atau membiasakan diri dengan gelaran cikgu, apalagi ustazah, hehe.. Cuma dipanggil ‘kakak’ sahaja. Dengan yang tahun 4 itu, saya bahasakan diri sebagai ‘kak;, tapi dengan yang form 5 itu.. er.. ‘saya’ je..

Sekarang juga sedang menanti keputusan exam sem ke-2, mintak-mintak la lulus dengan baik. Insya-Allah. Lepas ni, boleh saya melangkah pula ke ijazah sarjana muda. Ohya, mungkin ada yang kurang arif jurusan apakah yang saya ambil? Bagi program matrik yang telah saya tamat baru-baru ini, bidang yang saya ceburi ialah Tamhidi (matrik) Perakaunan dan Muamalat. Well.. I am an accountancy student (yang takde basic prinsip akaun SPM)..

Insya-Allah, naik degree nanti, tukar kos baru.. sekian..

Tuesday, June 12, 2007

blogs dan friendster


Hmm..pagi ni saya melihat-lihat perbualan, perbincangan mungkin di ntv7, dalam pukul 8.00am lebih-lebih. Er. Breake Time? Entahla ape name tajuk rancangan tu tapi yang pasti, saya tertarik sebab ada perbualan mengenai blog. saya fikir (dari pemahaman saya apa yang mereka borakkan) ianya mengenai kelebihan blog Microsoft. Microsoft ade program nak wat blog eh?

Saya pula tertanya sendiri selepas mengeluarkan kenyataan di atas. Tapi yang pasti, itulah yang saya dengar. Kalau under Microsoft, yang saya tahu ala-ala blog adalah OneNote.. tapi takde la pulak tempat nak letak link2, gambar dan sebagainya seperti kebiasaan pada blog blogspot atau blogdrive (familiarnya). OneNote lebih kepada entry semata-mata (bagi saya la.. mungkin saya belum expert tentangnya.. mungkin..).

Tak kisah lah apa-apapun, yang pasti, perbualan itu menarik perhatian saya. Tapi, masa saya mula ‘menyertai’ mereka, perbualan mengenai blog sudah pun dipenghujungnya. Lalu saya menukar siaran. Dan selepas seketika, saya membuka ntv7 (promote, promote.. ntv7 nak bagi ape dekat saya tolong wat iklan nih?) kembali, pasal friendster pula! Wawah.. bukan main menarik lagi topik pagi ni.

Tapi penerangan tentangnya seperti kelebihan friendster yang orang tu cakap, (er..mat saleh mane tah.. orang yang cipta friendster kot?) lebih kepada ciri-ciri. Ops.. entah apa yang cuba saya terangkan, tapi dia cakap yang friendster ni macam ni, macam tu.. ble letak gambar, ade blog sendiri, ble cari kawan lame dan sebagainya. Akhir sekali orang tu cakap, jangan percaya kalau terima emel yang friendster akan ditutup.

Seterusnya, pasal artis lak. Diorang sediakan cd rihanna kepada sesiapa yang membuat panggilan dan menjawab soalan. Er..saya takde la minat sangat rihanna tu, cume saya minat lagu dia je. Semata-mata satu je yang saya tau dan sangat-sangat suka lagu itu, itulah UNFAITHFULL. Mahu sahaja saya membuat panggilan tetapi taktahu number ape nak call. Hehe..

Monday, June 11, 2007

sila sedar kembali

Kenapa saya masih tidak mampu melaksanakan apa yang sepatutnya saya lakukan? Tolonglah.. tolong sedarkan saya, tolong kejutkan saya dari semua ini. Saya tidak tertahan lagi.

Puteri :
Cara lembut. Ya.. secara diam kan? Menggunakan diam sebagai medium perantaraan perpisahan. Dan sepi membuktikan. Tapi kenapa dia cari saya balik? Agaknya dia bosan, kan? Haih..taktaulah.. susah nak cakap..kan?

K.fzh :
Hmm..susah nak cakap.. soal hati ni memang suatu topik yang complicated. Rumit. Apa-apa pun, kita serah pada Allah ja.. biar takdir yang akan menentukan.. yang penting, ftmh kena kuat, jangan lentok lagi kali ni.. tunjuk yang kita juga ada maruah, ada harga diri, bukan senang ditolak dan diambil sesuka hati.. bila nak, datang.. bila tak nak, jauh.. hmm.. jangan biar dia permainkan perasaan ftmh sekali lagi..

Puteri :
Ya. Saya akan ikut nasihat k.fzh.. saya mesti kuat =)

K.fzh :
Hmm..dat’s better. I know that you are strong and you have to be.. always.. k?

Puteri :
Tapi macam mana pula dengan ab, kawan dia? Ab selalu juga kenakan saya dengan mr. tapi saya takla endahkan sangat sebab dia sebut nickname saya sahaja.. tapi automatik bila ada kawan mr, saya akan teringat dekat mr balik. Ah.. susahnya. Rasa nak buang hati jauh2. ada kawan suruh saya cari pengganti untuk lupakan mr. huh. Mustahil3.

K.fzh :
Hmm.. masalahnya kat sini ftmh tak tau perasaan sebenar dia dekat ftmh kn? Memang betul gak cakap kawan ftmh tu, tapi lebih baik bersendiri ja sekarang ni.. stay single, nak kawan boleh, tapi jangan anggap lebih..

Puteri :
Kenapa saya seperti tak nak lupakan dia? Kenapa degil sangat untuk tinggalkan dia? Kenapa saya masih ingin mengambil tahu tentang dia? Kenapa saya masih sayangkan dia sedangkan dia ada menipu saya, dan banyak sakitkan hati saya? Kenapa? Ya.. sebab tak tahu status perhubungan sekarang. Sebab dia ‘diam’ saja. Walau boleh tafsir secara tersirat dia menjauhkan diri, tapi.. saya ni macam gantung tak bertali. macam ikatan yang tidak bersambung, tidak terputus. Samar2.

K.fzh :
Hmm.. tu maksudnya ftmh masih sayangkan dia. Walaupun dia sakitkan hati ftmh, tapi ftmh tak pernah marah dekat dia, kan? Sikit pun tak, kan? Hebat kan kasih sayang kita. Sebab tu k.fzh cakap, ftmh kena kuat.. kalau lemah, takkan menjadi..

Puteri :
Saya bukan tak pernah menangis sebab dia, tapi.. kalau la dia tak kontek saya balik masa bulan 3 dulu (kalaulah ‘rama-rama’ itu tidak kembali kepada ‘bunga’ lagi..) .. saya boleh dikira berjaya. Ya, saya kuat masa tu. Tapi..dia kembali.. semuanya kembali.. perasaan itu….

K.fzh :
Tapi ftmh kena tafsir.. kembalinya dia sekarang macam mana? adakah kembali untuk membalas kasih sayang ftmh or just untuk mengisi kesunyian dia? Jangan biar dia jadikan ftmh sebagai alat untuk merawat kebosanan dia. Tafsir elok2 dia kembali untuk apa. Buktikan yang ftmh boleh hidup tanpa dia.

Puteri :
Tapi k.fzh tahu tak, saya seakan tak boleh berhenti dari merindui dia. Sakitnya perasaan ni sebab dia orang pertama yang saya suka. Saya buat apa pun, selalu teringat dekat dia, ketawa, gurauan dan lain2..

K.fzh :
Ni first time kan? bagi masa untuk diri ftmh. Jangan paksa.. biar lupa dia secara perlahan.. k.fzh tau ftmh fikir mustahil untuk lupa dia kan? Kenangan dengan dia kuat terpahat dihati kan? Tapi amik masa sikit, insya-Allah.. semuanya akan hilang nanti.. biasa la tu untuk rindu dia koz dia yang first bagi perasaan indah tu.. tapi nanti ftmh akan biasa.. ianya paling singkat amik masa dalam 6 bulan untuk totally buang perasaan tu. Well, lebih kurang 6 bulan. Cuma beri sedikit waktu untuk perasaan tu hilang, waktu sekarang adalah yang paling teruk. Tapi semua ni akan berakhir, sabar ek?

Puteri :
6 bulan? Bulan 11, pertemuan tu sebenarnya tanda perpisahan. Namun saya tak dapat terima sebab dia tidak ‘menolak’.. sekarang dah lebih 6 bulan pun.. 7 bulan sudah hari bersejarah itu. Masa jumpa tu dia tak ada pun tunjuk yang dia akan ‘pergi’.. –time kasih sebab sudi datang jumpe +time kasih jugak –jumpa lagi +ya.. sekarang saya ‘bertemu’ dia lagi di internet. Saya tak boleh mengelak. Sebab sebelum dia lebih bergiat baru2 ni dalam internet, ab sudahpun menjadi kawan saya. Perlukah saya tinggalkan semua yang mempunyai hubungan dengan dia? Tapi.. kawan2 dia tak bersalah. Abang2 wd juga tidak bersalah..

K.fzh :
Ikut ftmh la, kalau rasa kengkawan dia mengingatkan ftmh kepada dia, baik tak payah teruskan.. tapi kalau tak ada apa2, bolehlah nak go on.. k.fzh doakan ftmh diberi kekuatan untuk jauhkan dari dirinya.

Puteri :
Saya pernah terfikir untuk jauhi wd, tapi a.z…saya respek, anggap dia macam abang, ustaz.. tapi.. saya suka team wd. Saya juga berkawan dengan awek ab. Ah..semua ada kaitan?

K.fzh :
Hmm.. berat juga kalau semua ada kaitan macam ni.. tak apa kalau nak kawan, tapi cuba jangan mengharap dah dekat dia.. kalau dia boleh buat ftmh bahagia tak apa, ni macam..menderita ja.. kadang2 k.fzh terfikir betul jugak cakap kawan ftmh yang suh cari pengganti tu. Tapi jalan yang paling baik, stay single ja. Tak payahlah ada pengganti koz akan tambah satu lagi masalah dalam hidup kita.

Puteri :
Ya.. memang menderita. Lebih setengah tahun merana. Seksanya cinta ini. Pengganti..mana nak cari yang dapat buka pintu hati lagi? Saya akan tinggalkan kawan2 dia perlahan2 jugak.. tapi saya sayang team wd.. macam mana ni?

K.fzh :
Tak apa.. boleh.. jangan kusutkan otak, jangan rumitkan lagi keadaan.. insya-Allah semua akan ok.. Cuma kekuatan yang penting. Cinta pertama macam ni.. elok lupakan.. insya-Allah, nanti akan ada yang menghargai keikhlasan ftmh.

Thursday, June 07, 2007

bangunlah dari tidur

Wahai diriku yang lena…
Bangunlah dari terus hanyut dalam mimpi dunia dan cinta yang fana…

Puteri :
Tapi.. hati manusia..bukan. hati lelaki sukar diramal. Dulu selalu jugak berhubung, msg, kol.. tapi dia dah tak hubungi saya lagi sekarang.. msg pun tak balas.. terasa sangat..

K.fzh :
Hmmm..patutla. Maybe dia bz kot.. ftmh jangan camni.. ingat Allah banyak2.. Rindu untuk manusia itu datang dari syaitan.. Jangan kalah kepada syaitan.. Pernah dengar tak, “bertasbih bila bercinta”..

Puteri :
Astagfirullahal azim.. haa.. baru celik mata. Fuh.. sibbek k.fzh cakap camtu.. dia bukan bz, sebelum ni bz mana pun dia akan hubungi saya. Mungkin dia tak sukakan saya kerana ketidaksempurnaan saya, tidak menepati citarasa dia kot.. tapi dia tak perlu menipu saya, kan?

K.fzh :
Manusia memang macam tu.. selalu bagi harapan.. bila dah kita mengharap..jadi macam tu la.. sebab tu, bila kita sayang manusia ni kena banyak beringat.. kalau teringat sangat.. tak boleh kat buat macam mana dah, ambillah wudu’, baca quran.. insya-Allah, rasa tu akan kurang sikit, hati pun akan tenang sikit.. minta maaflah, k.fzh tak pandai nasihat bab ni koz k.fzh pun macam ftmh gak. Ni ja yang k.fzh boleh cakap..

Puteri :
Sebenarnya saya dah hampir lupakan dia sebelum ni.. tapi dia ada cari saya balik.. saya tak faham betul la. Tapi saya nak tahu dia anggap saya siapa? Tapi… hmm.. biarlah, kan? Yang ni yang terbaik.. benarkah?

K.fzh :
Sesuatu yang tiada kepastian memang semua orang tak suka.. kita nak juga tahu apa nilai kita dihati dia dia kan? Tapi kan.. kalau dia betul2 dengan ftmh, insya-Allah takkan ke mana.. kita sendiri pun boleh nilai siapa kita pada dia dari cara dia layan kita kan? Terpulanglah pada ftmh nak buat apa, tapi lebih baik kita jauh dari bab2 camni kalau taknak masalah berlanjutan..

Puteri :
Ya betul tu.. terima kasih ya.. boleh cakap apa2 lagi yang boleh buat saya takkan terfikir pasal dia lagi? Pasal perasaan saya terhadap dia? Pasal kenangan…

K.fzh :
K.fzh dulu pun macam tu gak gak ftmh.. bila kita dah sayang dia, memang la susah sikit nak tinggal.. tapi, mintalah dari Allah supaya dipermudahkan niat kita tu.. minta kedamaian dari-Nya, ye? Bagi k.fzh, kita janganlah mengharap pada sesuatu yang tak pasti.. kalau dia betul2 nak, dia akan kembali jugak.. satu ja yang penting.. ingatlah Allah selalu, rebut cinta-Nya dulu, k?

Puteri :
Ya.. apa dikejar cinta insan yang belum pasti berbalas, sedang cinta Tuhan sudah pasti akan terbalas….

K.fzh :
Ftmh.. kita budak agama.. belajar agama.. tahu batasan cinta sesama makhluk ni.. sampai masa serah diri dan cinta pada yang halal sahaja.. ini hubungan yang diredhai-Nya.. maybe ada yang tak kena pada hubungan ftmh dengan dia.. elok kah ingat dia lebih dari Allah? Mana letaknya cinta kita pada Allah dan rasul-Nya? Berdoalah pada Allah supaya dipermudahkan dan diberi kedamaian.. ingat tak lagu ni? “Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.. jika dia bukan milikku.. damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..”

Puteri :
Ya Allah..ingat, ingat sangat lagu tu.. yang mampu buat ftmh bertahan dari menghubungi dia.. insya-Allah lepas ni berjaya untuk tidak mengingati dia.. amen.. tapi.. satu lagi masalah saya. Saya pernah kol dia baru2 ni selepas lama buat taktahu pasal dia. Tu pun sebab ada kenalan bagitau yang dia sakit. Saya jadi..entah.. risau.. susah hati.. jadi saya kol dia, alhamdulillah dia dah ok. Dia cakap memang baik dengan saya. Macam dulu2. saya tanya dia +rindu saya tak? –ya..rindu +tipu.. –betul, kalau tak tak jawab kol +awak sayang saya? –sayang awak…

K.fzh ;
Ye ke.. jadi, apa yang ftmh rasa? Masa kol tu?

Puteri :
Tentula rasa suka.. tapi.. kawan2 dia cakap yang dia ni pendiam., pemalu. Entahlah. Saya konfius. Tak faham. Tapi, kenapa dia perlu menipu saya kalau tak rindu saya? Tak sayang saya? Dia tahu perasaan saya terhadap dia.

K.fzh :
Soalan ftmh tak habis tu.. sepatutnya teruskan lagi..Tanya dia.. +sayang sebagai apa? Sebab..sesetengah orang..dia sayang tapi tak tahu sayang sebagai apa.. sekarang ni ikut ftmhlah nak buat keputusan apa pun koz semuanya terpulang kepada ftmh sendiri.. tak salah nak sayang orang. Kita hanya insan biasa yang dikurniakan naluri untuk sayang dan disayangi.. tapi yang penting, letak Allah sebagai yang utama..

Puteri :
Tapi..dia kan tahu yang saya sukakan dia. Takkan dia tak faham soalan saya tu macam mana. Memangla kadang2 saya cakap +ape ni.. lupekan kawan.. tapi..takkan dia ingat saya main2 bila saya cakap saya suka dia? Macam tu ke?

K.fzh :
Nasihat k.fzh, jangan terlalu mengharap sangat eh? Tak apa, kalau dia betul2 serius, ftmh akan nampak gak nanti.. Thanks sudi kongsi dengan k.fzh.

Puteri :
Eh. Sepatutnya ftmh la ucap, terima kasih sebab k.fzh sudi berkongsi pasal ni dengan ftmh.. terima kasih ya..

K. fzh :
La syukran ‘ala wajib.. at least k.fzh yang dipilih untuk dikongsi masalah ni..

**************************
Syukran jazilan buat kak fizah (Hafizah bt Ali) yang merupakan kakak senior puteri semasa di sekolah menengah (MMKM) dan kini senior puteri di universiti (USIM).. Ana kalah kepada lamunan yang dulu dengan terus diulit mimpi.. ah.. bangunlah dari tidur dan usirlah lamunan dari terus menghampiri, jangan tewas lagi!


thanks utk diya jugak..

Wednesday, June 06, 2007

soalan lazim


Saya inginkan kepastian dari dia. Siapa saya bagi dia? Siapa saya dihatinya? Tapi.. bila saya tanya dia, rindukan saya atau tak, dia jawab rindu, begitu juga soalan sayang.. jadi, apa yang dapat saya simpulkan? Hanya kekusutan semakin menjadi-jadi.

Kepada kawan-kawan saya yang bergelar ar-rijal, lelaki, di luar sana.. saya ingin bertanya dan sila jujur kepada saya..

Soalan satu :
Jika anda mempunyai buah hati, adakah anda akan mengajak perempuan lain untuk berjumpa dengan anda?

Soalan dua :
Bila anda mengenali seorang perempuan itu, adakah anda akan jujur padanya sekiranya anda telah berpunya? Atau, tidak memberitahunya anda telah berpunya? Biar dia fikir dan anggap yang anda adalah single and available?

Soalan tiga :
Anda selalu berhubung dengan seorang perempuan dan anda sering menulis atau menyebut “love u, miss u, syg awk, rindu awk” kepadanya. Anda tidak bermaksud apa-apakah? Sayang dan rindu itu sesuatu yang biasa, tidak bermakna bagi anda? Kenapa anda menggunakannya terhadap perempuan itu?

Soalan empat :
Anda tahu yang seorang perempuan itu yang tidak pernah anda bertemu (sms, emel dan lain2) sukakan anda, jika anda telah berpunya, apakah anda akan memberitahunya yang anda telah berpunya, atau biarkan dia menyukai anda dan menyokongnya? Kenapa?

Soalan lima :
Jika perempuan yang anda telah temui itu tidak mengikut cita-rasa anda (tapi sebelum ini anda beritahu dia yang anda tidak kisah paras rupa, pekerjaan, taraf dan seumpamanya) setelah anda berjumpa dengannya, apakah anda akan memberitahunya atau mendiamkan diri dengan menjauhinya secara senyap-senyap dengan tidak lagi menghubunginya?

Soalan enam :
Apabila si gadis menghubungi anda, anda memberi alasan sibuk, tidak membalas msg dengan alasan tiada kredit, tidak mmbls surat, emel dengan memberi alasan sibuk, kenapa? Sedangkan sebelum ini anda ok2 sahaja dengan dia walau sesibuk mana pun.

Soalan tujuh :
Anda tidak menyukai si gadis dan tidak lagi menghubunginya, biar dia tahu dan faham sendiri yang anda tidak menyukainya. Dan jika benar anda tidak menyukainya lagi, adakah anda akan mencarinya kembali? Untuk apa?

Soalan lapan :
Anda tahu gadis itu sukakan anda dan anda ingin menemuinya, kenapa? Anda akan beritahu dia yang anda telah berpunya sebelum menemuinya atau jika dia bukan taste anda, baru anda katakan sebegitu? Anda tahu yang dia tidak akan menemui anda jika dia tahu anda telah berpunya, apa lagi menyukai anda.

Soalan sembilan :
Anda bercakap tentang perkahwinan dan lain2 dengan seorang gadis, anda memaksudkannya atau tidak?

Soalan sepuluh :
Anda tidak lagi menghubungi si gadis setelah berjunpa dengannya. Kenapa? Anda yang belum berpunya, memberitahunya anda telah berpunya selepas menemuinya, mengapa?

Soalan cepumas :
Jika benar anda tidak menyukainya lagi kerana tidak menepati kehendak anda, tapi secara jujurnya, anda pernah mempunyai perasaan terhadap dia, ya atau tidak?

Bagaimana pula pendapat kawan-kawan saya dari golongan nisa’?

Monday, June 04, 2007

duri dalam hati


Entah apa sebenarnya yang bermain difikiran saya, tapi ada sesuatu yang ingin saya luahkan. Ya.. sesuatu sering bermain di fikiran saya. Apakah itu? Kenapa? Adakah kerana kesilapan yang lalu, berterusan saya diekori, dihantui bayangan yang mencengkam hati dan perasaan, menusuk fikiran…?

Semuanya kerana 17-11-2006. Jika tarikh itu tidak memberi sebarang pengertian bagi saya, tentunya saya tidak sebegini. Sekiranya tarikh itu saya tidak mengisinya dengan pertemuan dengan orang yang saya kasih sayangi, yang tidak pernah saya temui sebelum ini, tentu ia tidak meninggalkan kesan kepada saya. Andainya tarikh itu tidak saya temui mr, pastinya saya… mungkin saya masih berbaik dengan dia. Tapi saya berfikir kembali, bagus juga berjumpa. Tidak lebih lama atau tidak terlalu saya kecewa bila kami bertemu nanti, kerana.. ya.. pasti ada suatu hari di mana kami akan bertemu jua.

Maaf buat abg anuar dan saudaraku serta sahabatku am yang pernah memberi pesan, kritikan dan seumpanyanya kepadaku. Maaf abg anuar, saya lupakan pesan abg. Maaf sahabatku itu, aku memekak-tulikan telingaku daripada kata-kata pedasmu. Andainya kau memahami perasaanku, kau takkan sebegitu. Ya, bukan saya ingin katakan yang teguran dia tidak bagus, Cuma..ia terlalu sinis. Bukankah teguran dan nasihat itu perlu secara hikmah? Lemah-lembut. Dan keras apabila ada bentakan?

Am, kau pasti tidak menyukaiku lagi selepas ini. Entahlah, bukan aku sengaja melakukan apa yang kau tidak suka, apa yang kau tidak gemar aku lakukan. Bukan sengaja aku menghasilkan ayat-ayat berbunga sebegini. Tapi ini adalah perasaan. Kau tidak punyai perasaankah? Maafkan aku teman. Aku terpaksa berbicara sebegini. Apa yang ku alami kini kerana kaummu, ya.. kaum adam. Sesungguhnya aku langsung tidak berniat atau terniat untuk menyamakan kau dan rijal itu, apa lagi menyamakan semua rijal yang ada. Tapi, benarkah kebanyakannya adalah sama seperti dia?

Aku tidak membenci lain-lain temanku yang bergelar ar-rijal. Langsung tidak. Ahh.. kenapalah aku mengenali mr R? kenapalah hatiku bisa terpaut padanya? Sungguh. Jika dia tidak mengatakan padaku dia sudah berpunya, pastinya aku tidak memberikan hatiku padanya. Ah.. semua ini pernah ku tulis dalam entry-entry terdahulu. Malas pula aku mengulanginya tapi ingin aku tegaskan. Dia memberiku pengharapan. Terlalu tinggi. Aku tidak pernah begini. Ya, aku tidak pernah mempunyai perasaan seperti ini sebelum aku kenali dia.

Saya masih menyukai dia lagi. Hingga kini. Bagaimana saya boleh hentikan perasaan saya terhadap dia? Kononnya bukan paras rupa yang menjadi ukuran, kononnya yang penting ibunya akan bahagia, kononnya terima saya seadanya, kononnya itu dan ini.. Ahh..*takde makne-nye*..kan?

Saya keliru. Betul-betul tidak faham perasaan dia terhadap saya. Jika tidak suka, mengapa katakan suka? Jika tidak sayang, mengapa katakan sayang? Jika tidak rindu, mengapa luahkan? Lalu saya terpaksa mengambil satu jalan, sayang, rindu, dan seumpamanya….tiada lagi makna bagi saya.

Friday, June 01, 2007

erm..


hr ni last exam..alhamdulillah..
huh.. abes kul 11.30 td, paper macroeconomics..

hurmm..
alkisah, sy ada mghubungi mr, ya.. make a call.. dia layan saya.. baik sgt..
mcm dlu23.. ah.. bencinya sebab saya senang begitu.. kenapa saya akan gembira?

"awak rindu saya x?"
katanya ya.. rindu
"tipu"
betulla.. klau x, sy xagkt la call ni
"awk syg sy"
ya.. syg awk


sy tak faham dgn dia..btl2 tak faham
dia anggap sy siapa?

bencinya