jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Monday, June 04, 2007
duri dalam hati
Entah apa sebenarnya yang bermain difikiran saya, tapi ada sesuatu yang ingin saya luahkan. Ya.. sesuatu sering bermain di fikiran saya. Apakah itu? Kenapa? Adakah kerana kesilapan yang lalu, berterusan saya diekori, dihantui bayangan yang mencengkam hati dan perasaan, menusuk fikiran…?
Semuanya kerana 17-11-2006. Jika tarikh itu tidak memberi sebarang pengertian bagi saya, tentunya saya tidak sebegini. Sekiranya tarikh itu saya tidak mengisinya dengan pertemuan dengan orang yang saya kasih sayangi, yang tidak pernah saya temui sebelum ini, tentu ia tidak meninggalkan kesan kepada saya. Andainya tarikh itu tidak saya temui mr, pastinya saya… mungkin saya masih berbaik dengan dia. Tapi saya berfikir kembali, bagus juga berjumpa. Tidak lebih lama atau tidak terlalu saya kecewa bila kami bertemu nanti, kerana.. ya.. pasti ada suatu hari di mana kami akan bertemu jua.
Maaf buat abg anuar dan saudaraku serta sahabatku am yang pernah memberi pesan, kritikan dan seumpanyanya kepadaku. Maaf abg anuar, saya lupakan pesan abg. Maaf sahabatku itu, aku memekak-tulikan telingaku daripada kata-kata pedasmu. Andainya kau memahami perasaanku, kau takkan sebegitu. Ya, bukan saya ingin katakan yang teguran dia tidak bagus, Cuma..ia terlalu sinis. Bukankah teguran dan nasihat itu perlu secara hikmah? Lemah-lembut. Dan keras apabila ada bentakan?
Am, kau pasti tidak menyukaiku lagi selepas ini. Entahlah, bukan aku sengaja melakukan apa yang kau tidak suka, apa yang kau tidak gemar aku lakukan. Bukan sengaja aku menghasilkan ayat-ayat berbunga sebegini. Tapi ini adalah perasaan. Kau tidak punyai perasaankah? Maafkan aku teman. Aku terpaksa berbicara sebegini. Apa yang ku alami kini kerana kaummu, ya.. kaum adam. Sesungguhnya aku langsung tidak berniat atau terniat untuk menyamakan kau dan rijal itu, apa lagi menyamakan semua rijal yang ada. Tapi, benarkah kebanyakannya adalah sama seperti dia?
Aku tidak membenci lain-lain temanku yang bergelar ar-rijal. Langsung tidak. Ahh.. kenapalah aku mengenali mr R? kenapalah hatiku bisa terpaut padanya? Sungguh. Jika dia tidak mengatakan padaku dia sudah berpunya, pastinya aku tidak memberikan hatiku padanya. Ah.. semua ini pernah ku tulis dalam entry-entry terdahulu. Malas pula aku mengulanginya tapi ingin aku tegaskan. Dia memberiku pengharapan. Terlalu tinggi. Aku tidak pernah begini. Ya, aku tidak pernah mempunyai perasaan seperti ini sebelum aku kenali dia.
Saya masih menyukai dia lagi. Hingga kini. Bagaimana saya boleh hentikan perasaan saya terhadap dia? Kononnya bukan paras rupa yang menjadi ukuran, kononnya yang penting ibunya akan bahagia, kononnya terima saya seadanya, kononnya itu dan ini.. Ahh..*takde makne-nye*..kan?
Saya keliru. Betul-betul tidak faham perasaan dia terhadap saya. Jika tidak suka, mengapa katakan suka? Jika tidak sayang, mengapa katakan sayang? Jika tidak rindu, mengapa luahkan? Lalu saya terpaksa mengambil satu jalan, sayang, rindu, dan seumpamanya….tiada lagi makna bagi saya.
Labels:
feeling
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment