© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label broadband. Show all posts
Showing posts with label broadband. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

on dan online =)

Ingin berkata
Namun kehilangan suara
Ingin melihat
Namun ketiadaan cahaya
Ingin berjalan
Namun kekeliruan arah


Apalah yang dimerepekkan di sini. Puisi yang tak jadi. Hu,.

Ingin menulis
Namun ketandusan idea
Ingin online
Namun terputus broadband
Ingin update
Namun tiada kelapangan

He.he.he..

Ada juga kawan (budak praktikal UUM yang baru kenal) di tempat kerja bawa broadband. Kadang-kadang guna juga. Bila tak ramai klient, kami online. Dekat ofis, satu komputer je ada line yang disediakan, itupun di bahagian kaunter bayaran. Walaupun saya selalu juga jaga di kaunter pembayaran, tapi jarang online kat pc tu. (Sebab kedudukan komputer tu tak strategik, staf kat meja belakang boleh nampak, he.he.he)..

Bercakap tentang shif, biasanya kami budak praktikal (USIM, USIM dan UUM) akan berada di kaunter pendaftaran. Kat sinilah kami online. Shif kami tukar-tukar, sebab PC ada dua je kat bahagian tu. Tapi kalau tak ada orang (staf) di kaunter pembayaran, kawan-kawan saya ni (budak praktikal) suh saya gi bahagian tu, sebab saya ada dapat 'mandat' untuk wat resit, he.he.. Kiranya pangkat tinggi sikit la dari kawan-kawan saya tu, hi.hi.hi..

Seronok bekerja dekat sini, layan klient. Ramai baik-baik. Sampai ada kakak tu ajak gi kenduri dia nanti, tapi sayang, dia tak bawa kad.. Tapi ada juga klient yang wat hal. Cakap kasar, garang. Takut saya. Masa tu saya jaga di kaunter pendaftaran. Saya tanya dia elok-elok, dia marah-marah. Saya pun panggil Wan (UUM) untuk tolong wat pendaftaran dekat orang tu, sebab saya jadi blur, saya tanya dia (klient), dia jawab marah-marah. Hu.. Tak boleh, nanti saya salah wat pulak.

Dipendekkan cerita, saya rasa memang orang tu termalu sendiri dengan saya sebab dia cakap kasar tadi tu.. Sebabnya masa dia nak wat pembayaran, saya yang jaga di kaunter pembayaran, dia tak berani pandang muka saya. Haa..tau pun. Tapi tak apa pakcik, mood saya baik-baik aje. Jadi, dilayan macam klient yang lain.

Ada juga klient yang kelakar, yang ni memang tak boleh lupa. Klient yang paling banyak berbual dengan saya, dan buat saya tergelak,.

SATU

Saya: Abang umur berapa? (untuk taip, wat surat kebenaran permohonan)
Dia: 23
Saya: Ops. Sebaya, he.he
Dia: Haha.. panggil abang pula
Saya: Mana la nak tahu, biasa 'abang2' yang datang, he.he

DUA

Saya: Tunggu jap ek..
Dia: Nak gi mana?
Saya: Gi amik tandatangan bos
Dia: Saya nak kena ikut tak?
Saya: (ha.ha... pertama kali ada klient tanya macam ni)
Saya: Tak yah
Dia: Ada orang tanya soalan apa-apa tak kat saya nanti?
(Sambil dia mengeluarkan sehelai kertas, yang mengandungi beberapa point penting seperti rukun Islam, iman dsb)
Saya: Eh.. tak adalah... Tak kena tanya pun hari ni..
Saya: Soalan yang tunjuk tadi tu, prepare depan tok imam nanti, taw?

Saja nak usik dia dengan jawapan terakhir tu..kikiki.. adoi.. nak jadi laki orang dah pun dia tu. By the way, rupanya boleh tahan. Hek hek hek.. Ha.ha.. :P~

Sunday, August 01, 2010

broadband

Baru mula berjinak-jinak..



Jumaat lepas, saya telah melanggan celcom broadband. Harga RM68. Sebenarnya ni kali pertama pakai broadband sendiri. Biasanya pakai wireless streamyx yang disediakan TM dekat kolej kediaman yang lepas. Tapi kat kolej kediaman yang baru ni takde plak wirelessnya...

Hari ni baru first time gune, sebab semalam sibuk gi jalan2 library UKM kat Bangi tew.. USIM takde library ke? Ade.. Tapi ada buku-buku yang takde.. Ops.. Okeh, berbalik semula kkepada cerita asal tentang broadband. Ehee..

Kalau kat umah kampung plak, pakai line.. streamyx gak.. Huu.. bulan-bulan ayah le yang bayor.. kikiki.. Tu yang sedap on kat kampung tu.. he.he..

Kalau modem dijual RM100. Tapi saya telah diselamatkan oleh seorang teman.. Kerana beliau tidak lagi menggunakan modemnya, dah lama dia terminated langganan broadbandnya.. Maka beliau pun meminjamkan kepada saya modemnya.. He.he.. terima kasih kak pijah! :)



Apo laie ekh? Takdo dah kot :D
Jumpa laie... B-)