© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, November 17, 2006

someone

17-11-2006 @ KL Central

Terserempak mase jenjalan.. Kenal tak sape dia ni? Tak pe tak kenal pun.. pelakon yang tak populer, tapi best gak dia nih.. Boleh la..

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

So..tak lepaskan peluang.. hehe. Ana tgh nakal mase nih..

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Ini je untuk posting kali nih..

Wednesday, November 15, 2006

lelaki acuan Al-Quran


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan
Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah
Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran
Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran
Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran
Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran
Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu
Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Sunday, November 12, 2006

darul taqwa & datuk johar


Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu.Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi diAkhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini."Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih denganserban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biruberlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullettrain meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.

Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka...Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar."Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terusmenerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar.

Budak itu membuka muluthendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru."Assalamualaikum....Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahanmembuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini.Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara inimenitikberatkan iman.... Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kaliastaghfirullah dan selawat 100 kali."Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut.

Datuk Dr. Johar tersentak. Apanamanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusukdunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?" Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kitaselesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.

"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukanada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat," kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang."Oh, oh .... maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcikpakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dankotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - PierreCardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, diayang ketinggalan zaman.

"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar dinegara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. ""Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankanpakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zamanperalihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kamipakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islamyang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?"Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur.Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada."Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya HajiDin,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikankebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kitdah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apayang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar."Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang,lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik duniadan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas.Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa."Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum diAkhirat!" rayu lelaki itu.Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekakdan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana?

Tiba-tiba iaterdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar,hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskinsupaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar dulimenagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk kesebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanyaberserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapikerana lapar ia masuk juga."

Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.""Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripadaperempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan?Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!". Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kitasudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu.Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin DarulTaqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya. Mukanyajernih.Serban dan jubahnya serba putih."

Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis,sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni...""Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanyatelah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwaini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya.Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk."Nasi beriani sepinggan!" ujarnya kepada pelayan."Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan."Ya ! Apa peliknya?", "Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengandulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang.

Yek!Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayamgoreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas."Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itudengan sopan.Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diribagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalamsembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya disebelah.Dia nampak simpati.Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang puntak mahu terima sedekah ana " Keluhnya.

"Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pulaterima sedekah kita."keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi"

Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian-kementeriannya.... saya nak labur habis-habisan.Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka punmakan dengan perlahan -lahan.Datuk Dr.Johar makin pelik.

"Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran."Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaftuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi."Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri ataudalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!"bentaknya. Marah campur geram."Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanakdan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang.Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelumkenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!"

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macamaku ini ?" leternya perlahan-lahan."Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya....." "Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya."Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil.Percuma...Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yangdi tunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot..

Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakahatau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalamskrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusulnama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.

Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti... FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHANJANNAH YANG ABADI " Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?"tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya."Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."

"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji," "Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutuprapat-rapat. Asyik sekali dia.Kemudian getaran suara bergema....

"Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran."Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..." Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya."Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah." "Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambarpencuri."

"Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.""Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi beginitinggi.Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopterdengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya.

Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas : " KELUARGA BAHAGIAGEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini?Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johartiba-tiba menjerit.

Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. "Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr. Johar."Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka takmahu pilihanraya..." "Habis, mereka mahu apa?" "Mereka mahu Islam, Datuk!" "Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.....ITULAH JANJI ILAHI"

~Pasakkan Sabar Teguhkan Istiqamah~

Friday, November 10, 2006

pelik dan hairan


Hairan kan..?
Betapa mudahnya orang mengabaikan ALLAH..
Dan mereka hairan bagaimana dunia menjadi hancur...

Mengapa ya??
Kita percaya dengan adanya AlQuran..
tapi mempersoalkan apa yang
tertulis didalamnya?

Aneh ya..??
bagaimana setiap orang ingin
masuk syurga yang disediakan, tetapi mereka
tidak mempercayai,berfikir,berkata atau
mengamalkan apapun yang terkandung
di dalam Al-Quran?

Pelik ya..??
bagaimana orang boleh berkata "Aku percaya kepada ALLAH"..
tapi masih mengikuti jejak langkah syaitan..

Lucu ya..??
Kita mampu mengirim ribuan "joke"
melalui e- mail dan dalam sekelip mata
ia mampu tersebar seperti tersebarnya api tatkala ada minyak...
Tapi apabila kita mulai mengirim e-mail @ pesanan
tentang ALLAH,orang akan berfikir 2 kali
untuk menyebarkannya..

Aneh ya..??
ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,
serta merta kita datang untuk penuhi panggilannya...
Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan),
biasanya kita akan malas dengan alasan
waktunya masih panjang..
Aneh kan?

Aneh ya..??
bagaimana orang begitu ramai pada setiap hari jumaat
mengingati ALLAH...
tetapi jadi muslim yang tak terlihat di sisa minggunya...

Tuesday, November 07, 2006

menginstall iman

Menginstall iman akibat virus merah jambu

Pernah tidak anda membuka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang menganggu program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang bukan sahaja suka dan cemburu tetapi juga cinta. .

Jika pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Hendak tahu virus apakah itu? Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Dari pelbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun.

Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem "firewall" berupa software Iman.Tapi survey juga ada membuktikan juga, walaupun para remaja tersebut memiliki software Iman pun, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi. Exe atau file C:ImanRajinibadah. doc yang berada di dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang menjalar ke seluruh komputer hati mereka.

Kebiasaannya ia akan bermula dengan penurunan iman secara berperingkat- peringkat. Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang akan berlaku seterusnya? Maka mulailah virus ini bekerja menganggu sistem, program program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya. Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan tersebut. Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak saraf dan akal mereka menjadi "hang" serta tidak dapat berfungsi secara normal.

Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat- peringkat.

Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file "cintadunia. exe". Lalu masukan disket anti virus yang berisi file "syakshiyah. exe" yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya apabila file tersebut dijalankan. Jika anti virus tersebut tidak berhasil, maka anda perlu menginstall kembali software "iman". Anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun "installer iman" secara percuma. Atau anda juga boleh membeli "disket installer" berisi file "Aqidah.exe" atau "Imankuat.doc" .

Jika sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih…

insya-Allah..(",)