© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, July 30, 2007

muslimah harapan

Artis : Wadid El-Jadid



Persismu permata bernilai
Menjadi rebutan pejuang
keutuhan yang tersimpan
Dibalik tabir yang tenang

Keayuan yang terpancar
Disinar cahaya Iman
Itulah muslimah harapan

Gamitan leka duniawi
Tersungkur jauh dari hatimu
Kau semat cinta yang mendalam
Demi keredhaan Tuhan

Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan
Membela Islam yang mulia
Menjadi lambang Islam
Yang gemilang

Jasad hayatnya diserahkan
Demi sebuah perjuangan
Keyakinan yang mendalam
Menjadi tagan (taruhan) perjuangan

Maruahmu yang leluhur
Dijaga untuk suami tersayang
Kau didik generasi mendatang
Untuk agama tercinta

Muslimah puteri harapan
Dikaulah harapan
Membela Islam yang mulia
Menjadi lambang Islam
Yang gemilang

Puteri harapan
Srikandi Islam
Tetaplah kau dalam perjuangan
Menjadi sayang kiri di medan
Meneguhkan benteng pertahanan Islam

Sunday, July 29, 2007

teman tapi mesra


"Carilah cahaya kebahagian kerana di situ terciptanya keindahan dalam kehidupan. Itulah nikmat kurniaan Tuhan”

Dan saya… menemui cahaya itu namun.. ia bukanlah milik saya. Terciptanya ia bukan khusus untuk saya. Namun saya tetap mensyukurinya kerana ia pernah hadir dalam hidup saya. Pernah mewarnai dan memberi saya rasa bahagia. Dan masih merasa begitu.

Sayangnya.. ah..tak perlu kesal pada perasaan itu. Ya, perasaan kita berbeza. Sungguh, telah saya cuba menghindarkan, menghapuskan segala rasa disegenap ruangan hati dan perasaan, namun ianya masih bertakhta dihati. Biarlah, biarlah dia tidak mengetahuinya. Biarlah begini. Biarkan. Semoga perasaan itu akan berundur-undur pergi. Kita adalah kawan dan saya.. tak seharusnya meminta lebih dari itu.

“Siapalah ku ini untuk meminta buih yang memutih, menjadi permaidani.. ”


Ya Allah. Sedih, gembira, suka, bahagia. Semuanya bercampur baur. Saya sebenarnya sedang cuba menganggap dia sebagai biasa, kerana sememangnya kita adalah biasa2 sahaja. Cuma mungkin kerana pernah agak rapat, lalu dari situ tercetusnya kemesraan. Ah..kita kawan, teman tapi mesra. Begitukah?

Kadang2 saya pun tak faham. Kenapa setiap kali bila saya bertemu dengan dia, saya merasa berdebar2, takut, gelisah, suka, gembira. Ah.. perasaan yang perlu dihindarkan. Mungkin sebab dia yang pertama.. haha.. Kelakar betul bila cakap pasal menda remeh2 nih. Tapi suka.. aduh.. susah2.


Kata dua orang teman yang bersama saya, yang melihat saya berbicara dengan dia (dari agak jauh).. "muke awk ade nk sm dgn dia". Ceh.. tipu la tuh. Mana mungkin. Orang mesti macam tak percaya saya dekat dengan dia masa tu. Ye la, saya takde la baik atau rapat dengan student2 lelaki kat sini. Cakap sepatah dua je (biasa la, budak baik..hehe).

Last sekali sebelum balik, kami ada berbicara sebentar. Ya, memang best la sebab... entah. Suka dia ketawa. Senyum.

- awk ni..beraninya bisik2 dekat dia
+ romentik tak? (huhu)
- memangla.. nampak dia terbahak2..
+ nampak sgt ke?
- ye la, dia ketawa bukan main lg
+ hehe..
- ape yang awk ckpkn?
+ secret.. =)

**sebenarnya tak pernah pun buat macam tu (berbisik). Serius, semuanya spontan. Tiba2. Saya cuma bercakap dengan dia seperti biasa. Tapi.. entahlah. Macam mana ble jadi macam tu?

Lalu terbuktilah sesuatu. Terima seadanya.. Hakikat "teman tapi mesra".

Friday, July 27, 2007

mukjizat azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati.
Mengapa kebanyakan orang yang nazak,
hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....
lidahnya kelu,
keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya
ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan,
kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apa pun
semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam
kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya.

Jika lagu kebangsaan kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan
kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita
semasa ajal hampir tiba
maka kita tidak dapat mengucap kalimah
"Lailahaillallah.."
yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan kalimah ini
ketika nyawanya akan dicabut Allah
dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan
dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami

dengan kematian yang baik lagi mulia,

lancarkan lidah kami mengucap kalimah

"Lailahaillallah.."

semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

*****************************
saya copy dari emel yang diterima

Thursday, July 26, 2007

Wednesday, July 25, 2007

nilai harga


Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi tersohor bernama Zun-Nun. Diceritakan pada satu hari ada seorang pemuda mendatanginya dan bertanya kepada Zun-Nun,

"Wahai tuan guru, saya tak mengerti mengapa orang seperti kau, mesti berpakaian seada nya?, Terlalu sangat sederhana. Bukankah di masa seperti ini berpakaian sebaik-baiknya amat perlu?"

Sang sufi hanya tersenyum, lalu melepaskan sebentuk cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata,

"Wahai anak muda, akan ku jawab pertanyaan mu, tetapi sebelum itu lakukan satu hal untuk ku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Lalu kamu menjualnya dengan harga satu keping wang emas?"

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu,

"Satu keping wang emas? Saya tidak yakin cincin ini boleh dijual dengan harga itu."

Zun-Nun berkata lagi,

"Cubalah dahulu, wahai anak muda, mungkin kau akan berhasil menjual nya"

Pemuda itu pun bergegas ke pasar dan dia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli cincin itu dengan harga satu keping wang emas. Mereka hanya sanggup menawarkan nya dengan harga satu keping wang perak sahaja. Lalu dia kembali kepada Zun-Nun dan berkata

"Wahai Guru yang mulia, tak seorang pun berani menawarkan cincin ini lebih dari satu keping wang perak."

Zun-Nun, sambil tetap tersenyum, berkata,

"Sekarang pergilah kamu ke kedai emas di belakang jalan ini. Dan cubalah tunjukkan kepada tukang emas di sana. Jangan kamu memberitahu harga nya, dengarkan sahaja bagaimana dia memberikan penilaian."

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksudkan Zun-Nun. Lalu dia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Lalu dia berkata :

"Wahai guru, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sebenarnya cincin ini. Tukang emas itu telah menawarkan cincin ini dengan harga seribu keping wang emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar kepada para pedagang di pasar tadi"

Zun-Nun lalu tersenyum simpul sambil berkata,

"Itulah jawapan atas pertanyaan mu tadi, wahai anak muda. Seseorang itu tidak boleh dinilai dari segi pakaian nya. Hanya para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar tadi sahaja yang menilai sedemikian rupa. Namun tidak bagi Si tukang emas yang ternyata arif dalam penilaian nya. Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya boleh dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguk nya. dan itu semua memerlukan proses yang amat lama wahai anak muda. Kita tak boleh menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar atau lihat hanya dengan sekilas pandang. Seringkali yang disangka emas ternyata ia sebenarnya “Loyang” dan yang kita lihat sebagai “loyang “ ternyata ia emas yang tulin".

**************************
terima kasih kepada abg de_kerinchi =)

Tuesday, July 24, 2007

debat bahasa arab


Lama tak posting..hehe.. baru perasan yang taqwim tu pun dalam tempoh yang lama baru terhasil.. hurm.. apa ya?

Baru-baru ni USIM telah berjaya menganjurkan "Peratndingan Debat Bahasa Arab Peringkat IPT2 Asean".. tahniah, tahniah buat universitiku.. hehe..

Malam akhir pertandingan debat tu lak, artis jemputan adalah Fitri (UNIC).. actually selama beberapa hari debat itu berlangsung, saya tak pergi pun.. hihihi.. yang last tu pegi sebab ada Fitri.. huhu.. nakal tul..


with abg fitri UNIC.. (my first letter name was same with him.. "F") hehe..

Sekian, salam rindu buat kalian.. =)

Wednesday, July 18, 2007

taqwim julai @ nilai



Teringat kali pertama (dan tearkhir tahun 2006) memasukkan taqwim dalam blog adalah pada bulan Ramadhan tahun lalu. Insya-Allah kali ni akan ada setiap bulan (tapi untuk bandar baru nilai shj :D) bagi memudahkan para pelajar terutamanya rakan2 ana yang sememangnya kita sedia maklum tiada taqwim di surau kampus kita, apa lagi di rumah2 kita.
semoga ianya bermanfaat =)
**er.. kicik sangat ke? huhu

Saturday, July 07, 2007

ramah mesra mpp


Hurmm.. satu malam yang menarik dan terlalu menarik saya kira. Baru hari ini saya menemui beberapa orang pelajar yang sepatutnya ramai yang saya temui di sini. Siapa mereka? Mereka2 yang benar2 menegakkan apa yang mereka pelajari, mengamalkan ilmu yang mereka tuntuti sejak dahulu. ISLAMIC STUDENT, ISLAMIC MEN.

Ya..mereka yang mempunyai kekuatan, keberanian untuk mempersoalkan kenapa ramai wanita yang tidak menutup aurat sepenuhnya (terutamanya) di universiti yang berstatuskan Islam ini. Ya Allah..bagus betul jika pelajar2 sebegini yang ada. Masya-Allah, terima kasih Tuhan kerana mengurniakan insan2 sebegini. Dalam pemikiran saya ketika org2 tersebut bangun semasa sesi dialog bersama mpp (majlis perwakilan pelajar) ialah, mereka pastinya seperti kenalan siber saya, amir. (er..mungkinlah). my respected friend.

Respek, tabik dan syabas buat saudara hamka (SMFF). Kebetulan, beliau satu program dengan saya under FSU. Kebarangkalian untuk sama dalam satu kelas juga tinggi. Syabas juga buat saudara Haidir (hidir? Er.. tak perasan), yang pasti under FEM dan beberapa orang saudara (FKP dll) lagi yang berani bersuara. Serta beberapa orang saudari yang bangkit dan memberikan beberapa komentar dan cadangan. Maaf, saya pasti teman2 (terutama wanita) di luar sana, bahkan teman2 dari USIM yang tidak menyukai pandangan saya ini malah membangkang apa yang saya rasakan.

Saya ingin bangun juga untuk mempersoalkan beberapa kemushkilan yang membelenggu pemikaran saya sekian lama menjadi pelajar di sini, tapi saya tidak mempunyai keberanian untuk bangkit dan bercakap menggunakan mikrofon..huhu. nanti jadinya saya bercakap dengan mikrofon, (mikrofon sahaja yang dengar :D). Jujurnya, saya tidak pandai menggunakannya.

Saya paling tertarik dan bersetuju dengan saudara hamka dan saudara haidir@hidir (salah nama maaflah ye, dengar bunyi je). Dan sungguh, jika hendak diberi peratus sokongan saya kepada saudara2 tersebut, 100% saya berikan dan jika boleh lebih dari 900% juga saya akan berikan.

Pertama :: Mengenai ‘tepuk tangan’. Ya..saya sebenarnya kurang menyukainya. Ye la, kitakan orang Islam, bukankah tidak elok jika kita bertepuk2 tangan? Saya sudah lama ingin bertanya, tapi saya hanya mampu mendiamkan diri. Malah, bagaimana saya ingin melontarkan persoalan sebegitu sedang senior2 dari Fakulti Syariah dan Undang2 sendiri yang menggalakkannya dengan berkata : tepukan untuk diri sendiri, untuk orang itu, ini.. bla3..

Walaubagaimanapun, saya rasa ianya tidak menjadi kesalahan jika kita tidak berlebih2an dalam bertepuk tangan itu. Bagi saya, ianya sebagai tanda hormat pada sesuatu majlis. Juga, sebagai tanda kita memberi sokongan kepada seseorang, terutama orang yang berada di pentas. Itu pendapat saya, jika salah, sila tegur. Saya sendiri masih mempunyai kejahilan dalam hukum2 ini.

Dalil bertepuk tangan: Al-Qur'an (alAnfal): 35 (maksudnya),"Tidaklah solat mereka pada sisi BaituLlah itu melainkan bersiul dan bertepuk tangan."Dalam ayat ini, bertepuk tangan itu dilarang hanya dalam urusan ibadah sahaja, tapi tidak dalam urusan untuk memberi semangat dan motivasi dan dalam suasana yg menasabah. (Mufti Wilayah, Masail Fiqhiyah, Aug 1998). *rujuk*

Kedua :: mengenai aurat. Kita dan saya, sebagai muslimah yang mengakui Allah itu sebagai TUHAN yang berhak disembah, perlu percaya dan beriman kepada-Nya, lantas, kita harus mengamalkan, melaksanakan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya. Sebagai Muslim dan Muslimah… kita perlu beriman.

“TIDAK SEMPURNA ISLAM SESEORANG ITU SELAGI DIA TIDAK BERIMAN”

Dan iman itu terbahagi kepada tiga, pertama dengan NIAT atau HATI, kedua dengan LAFAZ atau perkataan, dan ketiga dengan PERRBUATAN. Kita mengaku kita beriman dengan beriktikad di dalam hati bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Dan kita mengucapkannya, mengucapkan kalimah syahadah dan seumpamanya. Kemudian, kita sertakannya dengan perbuatan seperti SOLAT, PUASA dan lain2 lagi.

Saya tertarik dengan perbualan di dalam kelas bersama ustaz zul beberapa tahun dahulu. Seorang artis wanita, pergi umrah, haji.. tapi bila balik, tak pakai tudung pun. Katanya (artis itu), Allah tidak melihat (iman) seseorang itu melainkan pada hatinya. Wah..pandai dia berbicara. Tapi, tidakkah dia tahu bahawa iman itu dikira pada tiga perkara di atas yang saya catatkan?

Apa bukti kita seorang Islam jika kita tidak menunaikan solat? “BEZA DIANTARA ORANG MUKMIN DAN ORANG KAFIR ADALAH SEMBAHYANG”. Apa bukti kita ISLAM dan BERIMAN jika kita tidak menutup aurat? Bukankah sama sahaja dengan perempuan2 kafir di luar sana? Apa bukti kita benar2 cintakan ALLAH dan ISLAM jika kita tidak melaksanakan tunturan ISLAM? Mana buktinya kita ini orang ISLAM? Orang BERIMAN? Bagaimana membuktikan IMAN jika tiada perbuatan yang menjadi saksinya?

“DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, MELAINKAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DAN YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN”

Merujuk kepada apa yang saya katakan pada awal tadi, persepsi dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi.. walaubagaimanapun, saya ingin nasihatkan kepada saudara2 saya tersebut KHUSUSNYA dan lain2 UMUMNYA kalian dan kita mempunyai cara untuk berdakwah. Ya..saya akui kita wajib memberi teguran, nasihat dan berdakwah kepada saudara seAGAMA kita.

“MAN QALA LAILAHA ILLALLAH FA HUWA DA’IE”.

Namun, kita mempunyai cara untuk berdakwah. HIKMAH. LEMAH-LEMBUT DAN SABAR. Kalian tidak boleh terlalu kasar. Saya boleh menerima cara pemikiran antum dalam menyampaikan apa yang antum rasa antum bertanggungjawab untuk melaksanakan dan seperti yang ana katakan, ana sentiasa memberikan sokongan kepada insan2 seperti kalian. Ya, saya boleh menerima cara kalian sebab saya..er..mungkin sebab biasa ditegur sebegitu dan ianya memberi kesan yang alhamdulillah, positif dalam diri saya, tapi bagaimana dengan teman2 saya yang lain? Teman2 perempuan yang lain?

** “KITA PEJUANG, BUKAN PENJIWANG” .--> saya masih mengingati dan akan sentiasa mengingati kalimah keramat yang walaupun bukan dituturkan, sekadar ditulis (ditaip) oleh my respected friend, namun ia terlalu BERHARGA.. **

Bukankah wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok? Jadi untuk membetulkannya, tidak boleh digunakan cara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi bahkan jangan terkejut jika ianya terus patah! Nah.. apa pun tidak berguna lagi selepas itu.
Ini soalan saya yang pernah ditanya kepada kakak senior, kenapa begitu, namun saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang langsung tidak memuaskan itu. Soalan saya dan beberapa orang teman berbunyi : kenapa pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai kain batik? Lelaki ok je pakai kain pelekat? Apa salahnya kain batik jika dibandingkan dengan baju dan seluar ketat yang ‘dibenarkan’ pula?

Ahh..pelik. Seterusnya, kepada saudara2 saya itu, masih banyak perkara yang antum belum tahu, keadaan di sini. Kalian jangan terkejut bila kalian tahu suatu hari nanti, senior2 kita ada yang bermain drum, gitar dan sebagainya dari Fakulti Quran Sunnah. Itulah yang menyedihkan bila ILMU TIDAK DIAMALKAN. Saya mengaku saya juga menggemari muzik, namun saya behati2 dan pernah menerima teguran secara tidak langsung.

Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan teman yang berkata : mereka (saudara2 dan saudari2 saya) belum tahu keadaan di universiti yang berbagai. Dari fahaman, dia memaksudkan keadaan sosial yang terlampau di IPT-IPTA-IPTS adalah perkara yang biasa yang belum pernah mereka (saudara2 saya) temui. Oleh itu mereka (sauadara saya) berkata sedemikian.

Kenapa saya tidak bersetuju? Sampai bila kita harus MEREDHAI perkara2 terkutuk ini berleluasa? Ya, kadang2 saya geram. Bila kita memberi nasihat, teguran, komen dan seumpamanya, kita dilihat jelik, macam la baik sangat, itu la ini la.. ah..banyak telah saya temui dan saya sudah lali dengan tohmahan begitu. Saya rasa, kerana perasaan yang agak TERCABAR dan TERCALAR itu, saudara2 saya bercakap dan bersuara sedemikian rupa. Maaf kerana ‘saya menyampaikan isi hati saya melalui lafaz mereka’.

Saya juga berkawan dengan teman yang bukan se-mahram dengan saya, dan saya sesekali tidak pernah menghalang jika teman2 perempuan saya berkawan dengan lelaki. Namun kita mempunyai batasan yang perlu dijaga dan dipelihara. Bukankah begitu? Tak kisahlah kita belajar dalam jurusan professional atau agama, kita tetap seorang MUSLIM dan WAJIB memelihara agama kita dan jangan sesekali terlupa, kita mempunyai BATASAN di dalam pergaulan dengan bukan mahram.

Ya Allah, insafnya aku. Ya Allah, insafkanlah aku. Ya Allah, ampunilah aku. Ya Allah, bantulah aku dan saudara2ku di sini, di sana, di luar sana. Ya Allah, jangan bebankan kami dengan apa yang tidak mampu kami memikulnya. Ya Allah Tuhan yang memalingkan hati2, tetapkan hati ini dan jangan KAU palingkan hatiku dan hati kami dari agama-MU. Ya Allah, bantulah hamba-MU yang kerdil dan hina ini. Ya Allah, sesungguhnya tiada yang berupaya membantu melainkan dengan kudrat dan iradat-MU. Ya Allah, bukakanlah hari teman2 lelaki dan wanitaku. Ya Allah, berikan aku dan kami kekuatan, keberanian dan kesabaran dalam memberikan nasihat dan dalam memperjuangkan agama-MU. Ya Allah bukakanlah hati2 temanku, teman2 kami yang masih belum bertudung dan menutup aurat di luar sana untuk memelihara keindahan yang ENGKAU ciptakan.

*******blogger :: the truth*******

Friday, July 06, 2007

english workshop


Hari ni hari last mengikuti program English workshop anjuran pihak universiti. Semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Hehe..yang kelakarnya ramai yang tersilap kumpulan dan antara yang terbabit adalah saya sendiri. Aduhh.. :D

Entahla di mana nama saya, yang saya ingat, dalam kelas atau bilik 2.7. jadi start 4hb (hari first English workshop) saya terus menuju ke bilik 2.7. kebetulan pula, ada pelajar yang saya kenal (baru berkenalan di minggu orentasi). Jadi saya tidak menyedari langsung bahawa saya sebenarnya berada di kelas yang salah.

Bagaimana saya tahu? Pada akhir sesi, senarai nama cetakan computer diedarkan dan perlu meletakkan tandatangan. Opss.. nama saya tak ada. Er.. macam mana ni?

+ miss.. my name is not here. (broken English?)
- hmm?
+ actually I don’t know where’s my group. I saw at stadium my name in class 2.7
- do you have your friends here?
+ yes
- it’s ok
+ but.. in different course
- ha? Hmm.. just write your name here
+ ok..

Saya baru perasan yang saya bukan sahaja silap kelas student fakulti saya (satu fakulti dibahagi2kan kepada beberapa kumpulan, saya FSU), dan kini..saya berada bersama pelajar FQS dan FST!!!? Er.. sibbek la orang tak perasan sebab semuanya budak baru. Mana budak2 lama? Ada dalam group lain. Lega.

- do you want to stay here?
+ cannot?
- I am asking you. It’s ok if you want to stay here
+ I want to stay here
- ok

Huhu.. macam2 pengalaman yang saya perolehi bersama mereka. Bagus juga berada bersama kumpulan yang berlainan fakulti ini. Jika sesi belajar mula nanti, saya dan mereka akan jarang berjumpa, jika berjumpa pun, belum tentu kami saling mengenali kerana tidak pernah bersama.

Dan akhir sekali miss tu (ke madam?) berpesan “make sure that you not enter the wrong class in your first day study..” Hehehe..

Adios everyone ;)