© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, July 25, 2007

nilai harga


Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi tersohor bernama Zun-Nun. Diceritakan pada satu hari ada seorang pemuda mendatanginya dan bertanya kepada Zun-Nun,

"Wahai tuan guru, saya tak mengerti mengapa orang seperti kau, mesti berpakaian seada nya?, Terlalu sangat sederhana. Bukankah di masa seperti ini berpakaian sebaik-baiknya amat perlu?"

Sang sufi hanya tersenyum, lalu melepaskan sebentuk cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata,

"Wahai anak muda, akan ku jawab pertanyaan mu, tetapi sebelum itu lakukan satu hal untuk ku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Lalu kamu menjualnya dengan harga satu keping wang emas?"

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu,

"Satu keping wang emas? Saya tidak yakin cincin ini boleh dijual dengan harga itu."

Zun-Nun berkata lagi,

"Cubalah dahulu, wahai anak muda, mungkin kau akan berhasil menjual nya"

Pemuda itu pun bergegas ke pasar dan dia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli cincin itu dengan harga satu keping wang emas. Mereka hanya sanggup menawarkan nya dengan harga satu keping wang perak sahaja. Lalu dia kembali kepada Zun-Nun dan berkata

"Wahai Guru yang mulia, tak seorang pun berani menawarkan cincin ini lebih dari satu keping wang perak."

Zun-Nun, sambil tetap tersenyum, berkata,

"Sekarang pergilah kamu ke kedai emas di belakang jalan ini. Dan cubalah tunjukkan kepada tukang emas di sana. Jangan kamu memberitahu harga nya, dengarkan sahaja bagaimana dia memberikan penilaian."

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksudkan Zun-Nun. Lalu dia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Lalu dia berkata :

"Wahai guru, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sebenarnya cincin ini. Tukang emas itu telah menawarkan cincin ini dengan harga seribu keping wang emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar kepada para pedagang di pasar tadi"

Zun-Nun lalu tersenyum simpul sambil berkata,

"Itulah jawapan atas pertanyaan mu tadi, wahai anak muda. Seseorang itu tidak boleh dinilai dari segi pakaian nya. Hanya para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar tadi sahaja yang menilai sedemikian rupa. Namun tidak bagi Si tukang emas yang ternyata arif dalam penilaian nya. Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya boleh dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguk nya. dan itu semua memerlukan proses yang amat lama wahai anak muda. Kita tak boleh menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar atau lihat hanya dengan sekilas pandang. Seringkali yang disangka emas ternyata ia sebenarnya “Loyang” dan yang kita lihat sebagai “loyang “ ternyata ia emas yang tulin".

**************************
terima kasih kepada abg de_kerinchi =)

2 comments:

Anonymous said...

Salam perkenalan. :)


SF

Puteri said...

salam prkenalan juga dr puteri =)
siapa ya?