© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, July 07, 2007

ramah mesra mpp


Hurmm.. satu malam yang menarik dan terlalu menarik saya kira. Baru hari ini saya menemui beberapa orang pelajar yang sepatutnya ramai yang saya temui di sini. Siapa mereka? Mereka2 yang benar2 menegakkan apa yang mereka pelajari, mengamalkan ilmu yang mereka tuntuti sejak dahulu. ISLAMIC STUDENT, ISLAMIC MEN.

Ya..mereka yang mempunyai kekuatan, keberanian untuk mempersoalkan kenapa ramai wanita yang tidak menutup aurat sepenuhnya (terutamanya) di universiti yang berstatuskan Islam ini. Ya Allah..bagus betul jika pelajar2 sebegini yang ada. Masya-Allah, terima kasih Tuhan kerana mengurniakan insan2 sebegini. Dalam pemikiran saya ketika org2 tersebut bangun semasa sesi dialog bersama mpp (majlis perwakilan pelajar) ialah, mereka pastinya seperti kenalan siber saya, amir. (er..mungkinlah). my respected friend.

Respek, tabik dan syabas buat saudara hamka (SMFF). Kebetulan, beliau satu program dengan saya under FSU. Kebarangkalian untuk sama dalam satu kelas juga tinggi. Syabas juga buat saudara Haidir (hidir? Er.. tak perasan), yang pasti under FEM dan beberapa orang saudara (FKP dll) lagi yang berani bersuara. Serta beberapa orang saudari yang bangkit dan memberikan beberapa komentar dan cadangan. Maaf, saya pasti teman2 (terutama wanita) di luar sana, bahkan teman2 dari USIM yang tidak menyukai pandangan saya ini malah membangkang apa yang saya rasakan.

Saya ingin bangun juga untuk mempersoalkan beberapa kemushkilan yang membelenggu pemikaran saya sekian lama menjadi pelajar di sini, tapi saya tidak mempunyai keberanian untuk bangkit dan bercakap menggunakan mikrofon..huhu. nanti jadinya saya bercakap dengan mikrofon, (mikrofon sahaja yang dengar :D). Jujurnya, saya tidak pandai menggunakannya.

Saya paling tertarik dan bersetuju dengan saudara hamka dan saudara haidir@hidir (salah nama maaflah ye, dengar bunyi je). Dan sungguh, jika hendak diberi peratus sokongan saya kepada saudara2 tersebut, 100% saya berikan dan jika boleh lebih dari 900% juga saya akan berikan.

Pertama :: Mengenai ‘tepuk tangan’. Ya..saya sebenarnya kurang menyukainya. Ye la, kitakan orang Islam, bukankah tidak elok jika kita bertepuk2 tangan? Saya sudah lama ingin bertanya, tapi saya hanya mampu mendiamkan diri. Malah, bagaimana saya ingin melontarkan persoalan sebegitu sedang senior2 dari Fakulti Syariah dan Undang2 sendiri yang menggalakkannya dengan berkata : tepukan untuk diri sendiri, untuk orang itu, ini.. bla3..

Walaubagaimanapun, saya rasa ianya tidak menjadi kesalahan jika kita tidak berlebih2an dalam bertepuk tangan itu. Bagi saya, ianya sebagai tanda hormat pada sesuatu majlis. Juga, sebagai tanda kita memberi sokongan kepada seseorang, terutama orang yang berada di pentas. Itu pendapat saya, jika salah, sila tegur. Saya sendiri masih mempunyai kejahilan dalam hukum2 ini.

Dalil bertepuk tangan: Al-Qur'an (alAnfal): 35 (maksudnya),"Tidaklah solat mereka pada sisi BaituLlah itu melainkan bersiul dan bertepuk tangan."Dalam ayat ini, bertepuk tangan itu dilarang hanya dalam urusan ibadah sahaja, tapi tidak dalam urusan untuk memberi semangat dan motivasi dan dalam suasana yg menasabah. (Mufti Wilayah, Masail Fiqhiyah, Aug 1998). *rujuk*

Kedua :: mengenai aurat. Kita dan saya, sebagai muslimah yang mengakui Allah itu sebagai TUHAN yang berhak disembah, perlu percaya dan beriman kepada-Nya, lantas, kita harus mengamalkan, melaksanakan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan segala larangan dan tegahan-Nya. Sebagai Muslim dan Muslimah… kita perlu beriman.

“TIDAK SEMPURNA ISLAM SESEORANG ITU SELAGI DIA TIDAK BERIMAN”

Dan iman itu terbahagi kepada tiga, pertama dengan NIAT atau HATI, kedua dengan LAFAZ atau perkataan, dan ketiga dengan PERRBUATAN. Kita mengaku kita beriman dengan beriktikad di dalam hati bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Dan kita mengucapkannya, mengucapkan kalimah syahadah dan seumpamanya. Kemudian, kita sertakannya dengan perbuatan seperti SOLAT, PUASA dan lain2 lagi.

Saya tertarik dengan perbualan di dalam kelas bersama ustaz zul beberapa tahun dahulu. Seorang artis wanita, pergi umrah, haji.. tapi bila balik, tak pakai tudung pun. Katanya (artis itu), Allah tidak melihat (iman) seseorang itu melainkan pada hatinya. Wah..pandai dia berbicara. Tapi, tidakkah dia tahu bahawa iman itu dikira pada tiga perkara di atas yang saya catatkan?

Apa bukti kita seorang Islam jika kita tidak menunaikan solat? “BEZA DIANTARA ORANG MUKMIN DAN ORANG KAFIR ADALAH SEMBAHYANG”. Apa bukti kita ISLAM dan BERIMAN jika kita tidak menutup aurat? Bukankah sama sahaja dengan perempuan2 kafir di luar sana? Apa bukti kita benar2 cintakan ALLAH dan ISLAM jika kita tidak melaksanakan tunturan ISLAM? Mana buktinya kita ini orang ISLAM? Orang BERIMAN? Bagaimana membuktikan IMAN jika tiada perbuatan yang menjadi saksinya?

“DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, MELAINKAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, DAN YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN”

Merujuk kepada apa yang saya katakan pada awal tadi, persepsi dan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi.. walaubagaimanapun, saya ingin nasihatkan kepada saudara2 saya tersebut KHUSUSNYA dan lain2 UMUMNYA kalian dan kita mempunyai cara untuk berdakwah. Ya..saya akui kita wajib memberi teguran, nasihat dan berdakwah kepada saudara seAGAMA kita.

“MAN QALA LAILAHA ILLALLAH FA HUWA DA’IE”.

Namun, kita mempunyai cara untuk berdakwah. HIKMAH. LEMAH-LEMBUT DAN SABAR. Kalian tidak boleh terlalu kasar. Saya boleh menerima cara pemikiran antum dalam menyampaikan apa yang antum rasa antum bertanggungjawab untuk melaksanakan dan seperti yang ana katakan, ana sentiasa memberikan sokongan kepada insan2 seperti kalian. Ya, saya boleh menerima cara kalian sebab saya..er..mungkin sebab biasa ditegur sebegitu dan ianya memberi kesan yang alhamdulillah, positif dalam diri saya, tapi bagaimana dengan teman2 saya yang lain? Teman2 perempuan yang lain?

** “KITA PEJUANG, BUKAN PENJIWANG” .--> saya masih mengingati dan akan sentiasa mengingati kalimah keramat yang walaupun bukan dituturkan, sekadar ditulis (ditaip) oleh my respected friend, namun ia terlalu BERHARGA.. **

Bukankah wanita itu diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok? Jadi untuk membetulkannya, tidak boleh digunakan cara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi bahkan jangan terkejut jika ianya terus patah! Nah.. apa pun tidak berguna lagi selepas itu.
Ini soalan saya yang pernah ditanya kepada kakak senior, kenapa begitu, namun saya tidak berpuas hati dengan jawapan yang langsung tidak memuaskan itu. Soalan saya dan beberapa orang teman berbunyi : kenapa pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai kain batik? Lelaki ok je pakai kain pelekat? Apa salahnya kain batik jika dibandingkan dengan baju dan seluar ketat yang ‘dibenarkan’ pula?

Ahh..pelik. Seterusnya, kepada saudara2 saya itu, masih banyak perkara yang antum belum tahu, keadaan di sini. Kalian jangan terkejut bila kalian tahu suatu hari nanti, senior2 kita ada yang bermain drum, gitar dan sebagainya dari Fakulti Quran Sunnah. Itulah yang menyedihkan bila ILMU TIDAK DIAMALKAN. Saya mengaku saya juga menggemari muzik, namun saya behati2 dan pernah menerima teguran secara tidak langsung.

Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan teman yang berkata : mereka (saudara2 dan saudari2 saya) belum tahu keadaan di universiti yang berbagai. Dari fahaman, dia memaksudkan keadaan sosial yang terlampau di IPT-IPTA-IPTS adalah perkara yang biasa yang belum pernah mereka (saudara2 saya) temui. Oleh itu mereka (sauadara saya) berkata sedemikian.

Kenapa saya tidak bersetuju? Sampai bila kita harus MEREDHAI perkara2 terkutuk ini berleluasa? Ya, kadang2 saya geram. Bila kita memberi nasihat, teguran, komen dan seumpamanya, kita dilihat jelik, macam la baik sangat, itu la ini la.. ah..banyak telah saya temui dan saya sudah lali dengan tohmahan begitu. Saya rasa, kerana perasaan yang agak TERCABAR dan TERCALAR itu, saudara2 saya bercakap dan bersuara sedemikian rupa. Maaf kerana ‘saya menyampaikan isi hati saya melalui lafaz mereka’.

Saya juga berkawan dengan teman yang bukan se-mahram dengan saya, dan saya sesekali tidak pernah menghalang jika teman2 perempuan saya berkawan dengan lelaki. Namun kita mempunyai batasan yang perlu dijaga dan dipelihara. Bukankah begitu? Tak kisahlah kita belajar dalam jurusan professional atau agama, kita tetap seorang MUSLIM dan WAJIB memelihara agama kita dan jangan sesekali terlupa, kita mempunyai BATASAN di dalam pergaulan dengan bukan mahram.

Ya Allah, insafnya aku. Ya Allah, insafkanlah aku. Ya Allah, ampunilah aku. Ya Allah, bantulah aku dan saudara2ku di sini, di sana, di luar sana. Ya Allah, jangan bebankan kami dengan apa yang tidak mampu kami memikulnya. Ya Allah Tuhan yang memalingkan hati2, tetapkan hati ini dan jangan KAU palingkan hatiku dan hati kami dari agama-MU. Ya Allah, bantulah hamba-MU yang kerdil dan hina ini. Ya Allah, sesungguhnya tiada yang berupaya membantu melainkan dengan kudrat dan iradat-MU. Ya Allah, bukakanlah hari teman2 lelaki dan wanitaku. Ya Allah, berikan aku dan kami kekuatan, keberanian dan kesabaran dalam memberikan nasihat dan dalam memperjuangkan agama-MU. Ya Allah bukakanlah hati2 temanku, teman2 kami yang masih belum bertudung dan menutup aurat di luar sana untuk memelihara keindahan yang ENGKAU ciptakan.

*******blogger :: the truth*******

10 comments:

iEn said...

kimsalam erk kalau ade mamat2 cun ngeh2 :p

iEn said...

ooooo.. hmmm.. xpelah.. terima kasih atas pengajaran itu.. klau cakap tapi pon tidak berguna. lebih baik mengalah saja tanpa berbidas.. thanks a lot.. take care. ;) (walaupun secara mentalnye tak kisah ngan haiwan kecik itu)

bin ali said...

bagus.ingat ayat ni elok-elok,(Bukan ayat-ayat cinta ek), kalau 1000 orang ditakdir syahid, Ya, Allah, biarlah aku salah seorang darinya, kalau 100 orang ditakdir syahid, Ya Allah, jadikanlah aku salah seorang darinya. dan sekiranya 10 orang ditakdir syahid, maka ya Allah izinkanlah aku menjadi salah seorang darinya. Dan jika hanya cuma seorang saja yang menjadi syahid, Ya Allah, aku mohon pada-Mu ya Rabb, Izinkanlah aku menikmati syahid ini Ya Tuhan..

HuJuNg JaRi said...

salam perkenalan dari saya...

yOnnA said...

salam puteri..
semoga kita semua sentiasa dipelhara di bawah NYA.. dan iman kita gak akan sentiasa terpelihara dari benda2 terkutuk.. :) amin..

izzah_usim said...

salam alaik ukhtie...moga kamu sntiasa di payungi rhmatNYA...tertarik ana dgn catitan nti brkenaan ramah msra brsma mPP...sbtulnya,bgtulah snario unvrsti kiter..kkadang mngamalkn islm,tpi dlm msa yg sma,perkra yg tak sptutnyer dbuat jgk...kkdang bmbng jgk ana tkt akn mnjdi syaitan bisu...bila prkara2 mngkar sdah mnjdi kbiasaan,bgtulh keadaannya yg akan trjdi (syaitan bisu)...untk brsuara,ana msih tak mmpu utk itu.ckup skdr mmbenci ddlm hati...olh yg dmkian lh ana amt2 kgum dgn tguran2 yg dilontarkn olh saudra/i kita pd mlm brsma mpp.bkan snang nk tegur orng..silap2,kiter plak yg d kritik..tp bgtlh hakikatnyer bila yg brsuara utk kbnaran...ada jgk trdengar desus2 dri shbt2 lain.."eleh bdak2 tu,hangat2 thi ayam je tu,awl2 mmg r 'kudus',emosi jer lbih"..tp jauh dri sdut hti ana,ana brbangga dgn mreka..kurang2 mrka sensitif dgn agma islam...snstf dgn aper yg d amalkn olh ummt kni..dn mmpu utk brsuara utk kbnran..brbanding dgn kiter?.maser mncmbrui ana utk mlontarkn pndgn dgn lebih jauh..harapn yg mggunung,mga AL-KHALIQ akn sntiasa mngISTIQOMAHkn dri ana utk brda d jlnNYER...krana DIA tuhan yg brkuasa utk mmbolak-balik kn hati2 hmbaNYA..dn utk shbt2 yg mngakkn kbnrn pd mlm itu,ana doakn jgk mga kalian kan kekal brda d jln yg lurus..ameen....

puteri said...

salam prkenalan juga buat hujung jari =)

puteri said...

w'slm wrhmtullah buat izzah..

terima kasih di atas komen enti.. tp ana lbh brhrp ianya komen trhdp blog trsbut brbanding komen enti hny pada msg utk ana..
knp? sbb bila enti mmberi pndgn..skrg2nya ramai yg ble brkongsi pndpt enti..sm2 brkongsi apa yg sdg kita bicarakan..

wa..syaitan bisu.. oleh itu ana sdg 'brsuara' mlalui media elektronok ini krn ana juga msih blum pny kekuatan utk brsuara scr lacang di hadapan ramai.. skdr teguran.. ya..
ana rasa..jika mik itu dberikn kpd ana.. lbh dr saudara hamka..dan lbh dr saudara haidir ana brckp dan menegur!

krn apa? ana tahu saudara2 kita itu merasa geram dgn apa yg 'jelik' dan slh di sisi agama.. sdg dia yg br shj 'melewati' alam kita ini sdh merasa geram sebegitu apa lagi ana yg tlh lama mnegur scr lembut.. ya Allah tahu betapa sakitnya hati bila menegur scr prlhn tidak diendahkan.. peringkat kedua ana dijeling.. mnrik muka dr memndg ana.. itu br prmulaan ana mnegur blm lg scr kasar.. lalu cara apa pling ssuai?

izzah_usim said...

salam alaik ukhtie..
asif byk2...bkan ana tk nk hntr kt blog nti ..dah hntr dah tp ble nk preview blik,tk leh..ana pon tk thu nk bt cmne cz sblm ni,tk rajin la plk post comment kt org..HUHUHU..mm.tk pe la kalo xleh nk brsuara pn,insylh,msih ader cra laen lgi yg Allah bgi kt kite.mgkn dri segi pnulisan...nti duk nilam ke camelia?sblm trlpa,kalo nti bdak camelia,ana nk ajk sma nti mkmurkan surau camelia yg suram tu.mgkn dri s2 kiter bleh smpaikan sesuatu pda shbt2 laen..mgkn jgk kiter blh rncg axtvt yg ssuai..tp smua tu msih dlm prancangan...ok la ukhtie,ana trpksa tangguh kn dlu catitan ni.sblm tu,skdr renungan kite brsma...ingtlah sabda rasul khatimul anbiya' bhw ISLAM AKHIR ZAMAN ADLH IBARAT BARA API.DIGENGGAM IA,KITA YG AKN MRASA SAKIT,TP JKA D LEPASKAN,PADAMLAH IA..tak dapat tidak,kita kne pgg jgk islam itu wlaupn perit jerih itulah yg akan brsma kita.dn sbyk mne pn kpayahan dan ksakitan yg kita rsa untk tegakkn islam ni,takkan sma dgn kperitan yang d tanggung oleh kekasih ALLAH..skdr p'ingatn utk dri ana jg..k ilalliqa'...jk d izinNYA,,kita jmp lgi..assalmualaikm.

puteri said...

alhamdulillah ya ukhtie..akhirnya dpt kita brsama dlm majlis ta'lim pd mlm khamis yg lalu =)

insya-Allah, akan ada d tmpt yg sm stiap mggu hr khamis, mlm..