jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Monday, March 12, 2012
ciptaan Tuhan
Sunday, March 11, 2012
surat untuk cikgu Sabah

Jadinya, surat untuk cikgu nurfatimahz puteri.. hehehehe!
Saturday, March 03, 2012
kebenaran
Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun tetap segar.
Friday, January 13, 2012
itu hilang, ini hilang
Dedah laporan sebenar, doktor hilang
Dedah kebenaran, satu keluarga hilang
Pilihanraya lepas ni datang, umno-bn HILANG!

Friday, December 30, 2011
Wednesday, November 09, 2011
Thursday, October 06, 2011
jangan terus diperBODOHkan!
Friday, August 26, 2011
Thursday, August 25, 2011
bulan mengelilingi kaabah - waktu doa mustajab?
Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)...
Sumber: SozCyili P.E.D.A.S
==================
semak kesahihan mesej
==================
astrology = ahlil nujum
astronomer = baru ahli astronomi
bulan mengelilingi ka'bah = bulan keliling bumi, bukan ka'bah, kalau mesej tu tulis bulan terpacak di ka'bah, mungkin benar
Doa termakbul = tiada hadith2 sahih yang menyokong bahawa berdoa diwaktu tersebut doa akan termakbul.
10 Juta tahun sekali = Wallahualam, bulan peernah ke mengelilingi ka'bah, kecualilah dengan Kehendak-Nya. kun fayakun (surah yasin). walau bagaimanapun tiada bukti sahih pernah berlaku 10 juta tahun yang lalu.
========================
Sumber: HaWauYu
Nota:
Saya pun dapat mesej ni.. huhu.. cuma versi bahasa Inggeris. agaknya dah padam sebab tak percaya.
Tuesday, August 23, 2011
fenomena kad raya
Thursday, August 04, 2011
untuk pengundi - melindungi undi dari dikesan
Video ni sangat berguna kepada pengundi tidak kira pernah mengundi sebelum ini atau baru pertama kali bakal mengundi.
Tapi kalau guna biotmetrik....???
Sunday, April 10, 2011
telur ayam tiruan : ayam ada tiruan tak?
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.
Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.
Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa.
Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.
Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.
Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.
Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.
Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.
![]() |
Perbezaan telur ayam asli (kanan) dan tiruan selepas direbus. – Bernama |
Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
S. M. MOHAMED IDRIS
Presiden CAP
Sumber: Utusan
Monday, April 04, 2011
syukur atas kurnia
"imah, ade pesanan utk u kt blog yahoo i..tajuk syukurlah dgn apa yg dikurniakanNya..khas utk u..hehe take time to read this.. " - Atom.
:: Syukur dengan apa yang dikurniakanNya ::
ade seorang teman, masih sukar mengetepikan sesuatu yang tidak pasti. Aku rasa simpati. tapi dah kering idea utk memahamkannya. wahai teman, tolongla faham resam hidup manusia yg bertuhankan Allah SWT..Penentu segala keputusan..beragamakan Islam..the way of our life..
teman, kita ada panduan..take time to ponder..
setuju atau tidak????????? blh jadi betul jg, tp kdg2 tak juga..terpulang laa...
sis, "ROS" BUKAN SEKUNTUM..heh heh heh


Oleh: Atom
Sunday, April 03, 2011
antara dua
pasti yang utama cinta Ilahi, kerana cintaNya cinta Hakiki
Antara dua insan yang inginku miliki, kekasih hati dan sahabat sejati,
pasti yang utama sahabat sejati, kesetiaannya sukar dicari ganti,
ketulusannya sukar dimengerti dan kejujurannya sukar ditemui..
Credit to: Hasanah Jaafar
Monday, March 07, 2011
jemput ke rumah saya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Minggu hadapan 13 hb Mac (Ahad) akan diadakan kenduri majlis perkahwinan kakak saya, kak yah yang sudah selamat diijabkabulkan hujung tahun lepas. Insya-Allah.
Jadi kawan-kawan yang berada di Wilayah Utara, jemput-jemputlah datang ke teratak saya yang beralamat Taman Sentosa*, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah :)
Kalau cikgu, kompem cuti kan.. ;-)
Kalau bekerja, lepas habis kerja tu boleh datang.. B-)
Yang di luar Wilayah Utara boleh juga datang, yalah, ahad kan cuti.. hehe...
(pendek kata tak ada alasan nak lari..he.he)
Kalau nak datang tapi tak expert kawasan, saya boleh ambil di mana-mana seperti stesyen bas, supermarket atau mana-mana tempat (dalam kawasan pekan Sungai Petani).
Ok, kalau ada sesiapa nak datang boleh sms saya 012.564.6274, dan bagitau nama/nickname :D
Nota:
Seminggu ni mungkin tak update, hari khamis saya nak minta cuti, sebab kak yah balik hari tu (beliau pun mengambil cuti), bolehlah saya tolong dia apa yang patut.. :)
Wednesday, March 02, 2011
derhaka kepada anak
Derhaka kepada anak. Pernahkan anda mendengarnya? Jangan disangka hanya ibubapa yang mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh anak-anak. Anak-anak juga mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh ibubapa mereka. Sudahkah kita menunaikan hak anak-anak kita?
Seringkali kita mendengar, anak tidak mahu menurut kehendak ibubapa. Bila permasalahan ini timbul, yang disalahkan ialah anak. Anak degil, anak itu, anak ini. Pernahkan terfikir, mengapa anak itu tidak mendengar kata? Mengapa anak itu memberontak?
Kurangnya masa yang berkualiti yang diluangkan bersama anak, membuatkan anak merasa jauh dari ibubapa. Masa yang ber-kuantiti sahaja tidak cukup. Yang penting adalah layanan dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa. Bagaimana kita melayan anak kita?
Gaya bicara ibubapa, bagaimana menegur jikalau anak melakukan kesalahan. Tengking? Herdik? Pukul? Maki hamun? Perli? Kalau begitulah caranya, pasti anak itu tidak akan ‘memahami’ kehendak atau teguran kita. Sebaliknya kita hanya menambah kesakitan di dalam jiwanya dan membuat dia akan semakin memberontak di dalam hati. Apakah salahnya jika berbicara dengan baik kepada mereka?
Cakap-cakap ada mengatakan bahawa di dalam sesebuah keluarga (adik-beradik), pasti (kebanyakan,) ada salah seorang di antara mereka yang lain (baca: kurang baik) dari yang lain. Sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tidak dapat dipastikan. Jikalau hal ini benar sekalipun, jangan menyalahkan anak itu, sebaliknya siapa yang mendidik anak tersebut sehingga dia menjadi begitu?
Pilih kasih. Benar, hati manusia tidak akan terlepas dari berlaku tidak adil. Tidak salah jika ibubapa menyayangi seorang anaknya melebihi anak-anak yang lain, akan tetapi yang menjadi kesalahan adalah apabila tahap perbezaan sayang itu ditunjukkan.
Anak yang ini dibenarkan buat apa sahaja, tetapi anak yang satu lagi, ini tak boleh, itu tak boleh. Walhal, apa yang ingin dilakukan oleh anak yang kedua itu adalah sama sahaja seperti apa yang dilakukan oleh anak yang pertama.
Contoh, anak pertama mahu motorsikal. Kita beri. Anak kedua juga mahu, kenapa tidak boleh? Kadang-kadang mereka (dia) tidak menyuarakan hasrat mereka kerana takutnya mereka kepada ibubapa mereka. Takut. Kita mahu anak kita hormati kita atau takuti kita?
Kehendak mereka, kemahuan mereka, kita menafikan. Suara hati mereka tidak diendahkan. Malah acap kali mereka dilayan dengan nada kasar, malah bermasam muka. Pernahkan kita berfikir perasaan mereka bagaimana? Seburuk mana pun anak itu, mereka tetap mempunyai hak, ibubapa bertanggungjawab kepada mereka. Nafkah, perbelanjaan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan seumpamanya, termasuklah kasih sayang dan perhatian.
Pernah suatu ketika di zaman Khalifah Umar, ada seorang bapa membawa anaknya menghadap Khalifah sambil mengadu supaya anaknya dihukum kerana anaknya menderhaka kepadanya, tidak mendengar kata-katanya dan ingkar arahannya. Lalu berlakulah perbualan diantara si anak dan Khalifah.
Anak: Wahai Khalifah, tidak terdapatkan derhaka seorang bapa kepada anaknya?
Khalifah: Tentunya ada.
Anak: Bagaimanakah ianya berlaku, wahai Khalifah yang disegani?
Khalifah: Apabila hak si anak tidak dipenuhi. Diantaranya ialah mencari perempuan (bakal isteri) yang baik untuk menjadi ibu kepada anak, memberi anak makan daripada rezeki yang halal dan mendidik anak dengan contoh akhlak yang baik.
Anak: Wahai Khalifah. Sesungguhnya ibuku perempuan murahan (pelacur) dan peminum arak. Makanan yang dibawa pulang oleh bapaku pula daripada hasil perjudiannya. Malah, aku sering dilontarkan dengan ucapan maki hamun dan herdik dari mereka.
Sebagai ringkasan, si anak dalam kisah ini tidak dijatuhkan hukuman atas kesalahan menderhaka (tidak menurut perintah) bapanya kerana bapanya itu sendiri terlebih dahulu menderhaka kepada anaknya. Jangan difikir tiada istilah ‘Derhaka kepada anak’.
Kepada ibubapa, bakal ibubapa.. Janganlah kita menjadi ibubapa (atau ketua) yang hanya mahu kata-kata kita didengar, kita juga harus mendengar kata-kata (keperluan) daripada anak-anak.
Layanilah anak-anak dengan kasih dan saksama. Kita mungkin mustahil untuk berlaku adil di dalam memberi kasih sayang, akan tetapi dari segi keperluan mereka, kita wajib berlaku adil dan saksama. Berilah contoh teladan yang baik kepada mereka agar membentuk mereka menjadi baik dihari muka.
Nota:
Macam mana orang nak dengar cakap kita, kalau kita tak nak dengar cakap orang?
[Penulisan ini adalah adaptasi daripada ceramah agama yang disiarkan oleh salah sebuah radio tempatan dan diolah smula oleh penulis menggunakan ayat penulis sendiri.]
Thursday, February 24, 2011
kahwin lari
Tahukah kalian, bahawa bernikah di luar negara tanpa wali adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie? Memang ada mazhab yang membenarkan seperti Hanafi yang tidak mensyaratkan perlu adanya wali dalam majlis akad.
Namun yang demikian, walaupun sah dari segi hukum, namun dari segi undang-undang, anda masih bersalah kerana bernikah di luar negara (juga termasuk di mana-mana) sekiranya tanpa kebenaran daripada Pejabat Agama dan badan yang berautoriti.
Denda akan dikenakan sekiranya perkahwinan di luar negara tidak didaftarkan dalam tempoh 6 bulan selepas perkahwinan. Bahkan untuk mendaftar selepas itu, bukanlah sesuatu yang mudah. Nak kena berurusan dengan 'kounsel' dulu la, macam-macam lagi lah..
Seterusnya.. undang-undang yang ada bukanlah untuk menganiaya, tetapi menjaga. Terutamanya kaum wanita/gadis/perempuan.
Memanglah hari ini cinta, kasih, sayang,.. esok siapa tahu apa yang bakal berlaku? Nak daftar anak nanti, daftar sekolah.. semuanya bakal menjadi rumit. Kalau-kalau berlaku sesuatu kepada rumahtangga atau si suami, siapa yang menanggung kesusahan jika perkahwinan tidak berdaftar? Hak nafkah, penjagaan anak, harta sepencarian dan sebagainya.
Nota:
Penulisan ini tidak disertakan nota kaki atau rujukan hukuman undang-undang, akan dukemaskini.
Saturday, December 25, 2010
ancak, harussani, umar dan hakim
TEMERLOH, 24 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan untuk campurtangan menyemak semula kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu ancak.
Harussani sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak sebagai tidak khurafat.
“PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak bahawa tindakan Menteri Besar Perak melakukan upacara ancak, tepung tawar tiang seri rumah dengan pelbagai upacara tidak bercanggah dengan syarak,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut membidas tindakan Harussani sambil berkata bahawa PAS khuatir kenyataan Harussani akan menyemarakkan lagi amalan khurafat yang semakin menghakis kini kerana beliau dilihat sebagai seorang mufti yang berpengaruh di negara.
“PAS melihat beliau sebagai seorang mufti yang berpengaruh, beliau sepatutnya menasihati umat Islam agar menjauhi amalan yang tidak mendasari hukum syarak, bukan kenyataan yang tidak membantu memperkukuhkan akidah ummah,” bidas Tuan Ibrahim.
[sumber: harakahdaily]
Nota:
Kalau ditanya kepada yang harus sana dan sini, tentu semua harus (boleh). Sebelum ini pun dah ada kontroversi fatwa dari Harussani.
Tanya pula kepada Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK).. Secara individu, saya melihat MFK seolah-olah menjaga kepentingan sesebuah pihak. Memang fatwa daripada MFK, mufti-mufti negeri boleh terima atau tolak. Sebab setiap negeri mempunyai mufti yang tersendiri dan kuasa untuk perlaksanaan sesuatu fatwa adalah di bawah kuasa Sultan.
Akan tetapi, apabila fatwa itu dikeluarkan oleh badan yang lebih besar (MFK), maka orang 'kebanyakan' biasanya melihat negeri yang tidak mengikut fatwa MFK sebagai tidak 'patuh'.
Sebagai contoh, isu ESQ. MFK cakap boleh. Mufti Wilayah Persekutuan cakap tak boleh. Saya menyokong mufti Wilayah. bahkan dalil + hujah yang diberikan lebih kuat.
Lepas tu pula, saya melihat dalam senarai antara orang-orang 'kenamaan' dalam ESQ antaranya ialah Noh Gadot. Apakah salah kiranya saya mengatakan MFK menjaga kepentingan sesebelah pihak? Belum masuk fatwa ASN, ASB lagi ni..
Takut gulung tikar ke?
Saya sebagai rakyat Malaysia dan penganut agama Islam, menyeru pihak yang terbabit dalam pengeluaran hukum berkatalah yang benar. Yang salah tetap salah. Tak kiralah kita makan gaji dengan dia pun, kalau dia salah, salahlah. Kalau betul, betullah.
Teringat kisah Umar Al-Khatab yang telah 'menyaman' seorang penjual kuda kerana kuda yang dibeli Umar sakit. Kata penjual itu, dia tidak menipu, sewaktu kuda itu bersamanya, kuda itu dalam keadaan baik. Umar tidak puas hati. Lalu Umar ingin 'mem-fail-kan' kes ke mahkamah.
Umar menunjukkan beberapa orang calon hakim kepada si penjual kuda dan menyuruhnya memilih hakim untuk kes mereka. Penjual kuda memilih seorang hakim yang paling muda.
Lalu mahkamah pun 'bersidang'. Selepas bukti, alibi, fakta, hujah, dalil dan sebagainya dikemukakan, si hakim yang muda itu memutuskan bahawa si penjual kuda tidak bersalah. Maka penjual kuda dilepaskan.
Kemudian, Umar memanggil hakim muda itu ke pejabatnya. Si hakim merasa khuatir. Cuak juga lah. Apa yang akan dilakukan Umar? Agak-agak..? Marah? Pecat? Penjara? 'ISA'? Tidak. Umar memanggilnya sekadar berbual-bual.
Umar: Siapa yang melantikmu menjadi hakim?
Hakim: Tuanlah yang melantikku.
Umar: Aku merasa bangga dengan pengadilanmu hai anak muda. Kerana engkau berkata yang benar. Sekarang, aku melantik engkau menjadi ketua seluruh hakim.
Haa.. nampak tak? Walaupun Umar yang ber-status pemimpin tertinggi negara sewaktu itu, keputusan mahkamah tidak menyebelahinya walaupun dia adalah ketua negera. Kerana yang salah, tetaplah salah.
Situasi di negara kita?
Sunday, December 19, 2010
Tuhan saja yang tahu,
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hingga aku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita..
(Slam. Mentari Muncul Lagi)
Sekadar pembuka bicara. Kebetulan, lagu Zamani (Slam) tu ada perkataan 'Tuhan sahaja yang tahu'. Ya benar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu tentang hidup kita. Ajal, maut, jodoh dan rezeki semuanya ditangan Tuhan. Kita boleh marancang, tak salah kita mengimpikan atau bercita-cita terhadap sesuatu perkara, malah kita diajar supaya berusaha untuk itu.
Namun, sekiranya cinta terputus di tengah jalan impian kita itu tidak terlaksana.. Janganlah mengeluh atau berduka, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesuatu perkara itu kadang-kadang kita tak suka, tapi itulah yang Allah berikan. Kadang-kadang orang perkara tu kita suka, tapi Allah tak berikan kepada kita. Mengapa? Sebab Allah tahu yang mana yang terbaik untuk kita.. Percayalah.
Ok. Di bawah ini saya ingin kongsikan penulisan Tuan Guru Hadi Awang (Presiden PAS) yang ada kaitan dengan hanya Allah yang mengetahui segalanya. Selamat membaca dan menghayati.
Hanya Allah Mengetahui Segalanya (Tafsir surah Al-An'am : 59)
Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)
Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.
"Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)
Ertinya dalam hadis ini Nabi s.a.w. menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.
Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi s.a.w. dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.
Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.
Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.
Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.
Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat." (Surah Luqman: 34)."
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)
Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.
Seorang penyair menyebut: "Tidak tersembunyi dari-Nya meskipun sebesar zarah sama ada dapat dilihat oleh yang mempunyai penglihatan atau sebaliknya."
Firman Allah yang bermaksud, "Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya." (Surah al-An'am: 59)
Ertinya, Dia mengetahui gugurnya daun dari pokok termasuk jumlah, masa dan seumpamanya. Bahkan Dia juga mengetahui pergerakan makhluk lain termasuk jin dan manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Allah Mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin: 19)
Dalam menjelaskan ayat 39, Surah al-An'am ini Ibnu Abbas katanya, "Tidak tumbuh sebatang pokok pun sama ada di daratan atau di lautan melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya. Malaikat itu mencatat apa yang gugur daripadanya."
[sumber: laman rasmi TG Hadi Awang]
Thursday, December 16, 2010
demi masa

Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian
Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh
Serta berpesan-pesan kepada kebenaran
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran
(Al-Quran. Al-Asr : 1-3)
Al-Quran sejak lebih 1400 tahun lalu telah menyatakan bahawa manusia sentiasa berada di dalam kerugian. Itu sumpah Allah Taala, sumpah dengan masa. Rugilah mereka yang tidak beriman dan tidak beramal soleh. Dan beruntunglah mereka yang beriman serta melakukan amalan kebajikan.
Sekadar beriman tanpa amal soleh tidak cukup. Begitu juga amal soleh, kebajikan, kebaikan, namun jika dilakukan tanpa keimanan kepada Allah Taala, maka mereka itu tetaplah tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.
Seterusnya, manusia diseru supaya berpesan-pesan, saling menasihati antara satu dengan yang lain ke arah kebaikan. Ke arah yang mendekatkan diri dengan Tuhan. Jika pesanan (dakwah) itu tidak dipedulikan, Allah mengajar manusia supaya bersabar, dan terus menjalankan dakwah.
Menyeru manusia ke arah kebaikan harus disertakan dengan menghalang manusia dari melakukan kemungkaran kepada Allah Taala. Hari ini kita dapat melihat, ramai manusia yang berpusu-pusu melakukan amal soleh, membuat kebaikan, kebajikan, menyempurnakan "amar ma'ruf" yang disaran. Namun, mereka melupakan "nahi munkar" yang juga dituntut.
Hadith popular yang ingin dikongsikan. Dari Abu Sa’id AlKhudri Radhiyallahu Ta’ala ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam:
Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tanganmu, jika kamu tidak mampu maka cegahlah dengan lisanmu dan jika kamu tidak mampu juga maka cegahlah dengan hati. Dan itulah selemah-lemahnya iman. Dikeluarkan oleh Imam Muslim Rahimahullahu. [sumber hadith].
Hal ini seolah-olah menyuruh kita menjaga tepi kain orang. Orang buat perkara yang tidak baik, kita nasihatkan. Orang buat yang baik, kita galakkan. Siapa kata 'Jangan menjaga tepi kain orang?'. Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan, dipetik daripada Majalah Solusi (namun telah diolah).
Seorang anak kecil (kita contohkan dia sebagai anak atau adik atau saudara kita) sedang bermain-main di tepi pantai. Kita (yang mengenali atau mempunyai hubungan dengan kanak-kanak tersebut) berada jauh dari pantai, di chalet mungkin.
Anak kecil itu berjalan dan berjalan makin melepasi gigi pantai. Dia berlari-lari bermain ombak. Dia sangat gembira. Dan tiba-tiba ombak besar datang dan menggulung anak kecil itu, lantas membawanya ke tengah laut. Dia tidak pandai berenang. Dia hampir lemas. Dia menjerit-jerit meminta pertolongan.
Katakan, ada seorang pemuda yang tidak dikenali berada di pesisiran pantai. Pemuda itu melihat anak kecil yang separuh nyawa tercungap-cungap di tengah laut itu, tapi dia tidak berbuat apa-apa. Dia hanya melihat dan memandang anak kecil itu dari jauh. Katakan juga, pemuda itu pandai berenang.
Apakah perasaan kita terhadap pemuda itu jikalau anak/adik kita lemas? Meninggal dunia? Kita akan memuji pemuda itu kerana 'tidak menjaga tepi kain' kita kah? Sudah tentu tidak, bukan?
Apakah perlu menjaga tepi kain orang? Perlukah dimarah/dicemuh/dibenci orang yang menjaga tepi kain kita?
Dan berilah peringatan..
Kerana peringatan itu
Sesungguhnya bermanfaat
Bagi orang-orang yang beriman
(Al-Quran, Az-Zariyat: ayat 55)
Renung-renungkan. Selamat beramal.