© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, December 31, 2007

selamat datang 2008


Hari ni hari pertama ke kelas. Tapi kelasnya tiada. Pukul 8.00am masuk, sepatutnya pukul 10.00am baru habis kelas. Tapi sebelum pukul 9.00am lagi dah cabut keluar =).

Mula-mula ke FKP (fakulti kepimpinan dan pengurusan), pergi ke bahagian kokurikulum. Tukar dan register untuk koko yang baru; teater (kononnya lebih berkecenderungan ke situ dan ingin mengasah bakat, hehe). Sebelum ini memilih untuk menyertai memanah, tapi kawan-kawan tarik diri. Segan takde kawan sekelas masuk nanti..

Sedar tak sedar hari ni adalah hari terakhir bagi tahun 2007. Esok dah bermula tahun 2008. Lepas tu Tahun Baru Hijrah pula akan menyusul. Azam-azam tahun 2007, secara jujurnya saya sendiri ada yang terlaksana dan ada yang masih belum dapat disempurnakan. Nampaknya akan dibawa ke tahun hadapan. Insya-Allah akan diusahakan sehingga dapat merealisasikannya.

Kepada semua teman-teman blogger, saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008!.




Semoga makin bertambah tahun, makin bertambah erat perhubungan kita ;) Apa lagi ya? Selamat berbahagia buat semua. Semoga hari-hari yang bakal mendatang menjanjikan yang lebih baik buat kita semua, ameen..


Salam sayang dari saya, puteri.

****************************
Ohya. Dah dapat result sem lepas. 3A, 4B, 1C (macam SPM je)..

Sunday, December 30, 2007

cinta haikal (sinopsis)


Klik untuk baca cerpen cinta haikal.


Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Haikal yang masih mengenangkan kisah cintanya bersama seorang gadis yang bernama Suhana. Suhana dikenalinya sejak di bangku persekolahan. Haikal pada mulanya merupakan seorang remaja yang bermasalah dan terjebak dalam kancah sosial. Masyarakat, malah rakan-rakannya menyisihkan dan memulaunya.

Segalanya mula berubah selepas kehadiran gadis yang bernama Suhana yang berjaya membuka pintu hatinya. Suhana merupakan teman yang tinggal di kampung yang sama dengan Haikal. Haikal telah banyak berubah dengan sentuhan kasih dan keikhlasan dari Suhana. Haikal dan Suhana sama-sama berjaya dalam pelajaran dan menerima tawaran menyambung pengajian ke peringkat IPT tetapi Suhana menolaknya.

Suhana menasihatkan dan memberikan Haikal sokongan untuk meneruskan impian dan cita-cita yang mereka pernah janjikan bersama. Namun segalanya telah ditetapkan. Benarlah, takdir dan kehidupan telah ditentukan sejak azali. Manusia hanya mampu untuk merancang. Ketentuan Ilahi tidak mampu ditandingi. Tatkala Haikal mula hampir menjejak mencapai cita, Suhana meninggalkan Haikal buat selama-lamanya.


******************************
1- Baru buat sinopsis sebab nak hantar ke sharah@karangkraf, hehe. Tak reti pun sebenarnya.
2- Walaupun tak berapa best, inilah hasilnya. Insya-Allah nak jadi penulis gak nanti =)

Sunday, December 23, 2007

penghujung cuti

Salam sejahtera.

Nampaknya hari ni hari terakhir dapat meng-update blog di rumah. Esok pagi-pagi sudah mahu bertolak ke Johor untuk mengunjungi keluarga sebelah abang ipar. Lusa pulak, akan balik ke hostel di Nilai.

Selepas ini, pasti akan teringat pada aisyah, anak kakak. Mana tidaknya;
"tak mau mandi dengan mak, nak mandi dengan maksu".
"maksu mano?" (dia memang cakap macam ni, hehe).

Tadi pun semasa sedang menaip, aisyah terjaga dari tidur. Dia merengek-rengek hendak menangis. Ohya, umurnya dua tahun. Sebelum itu, kami ke rumah kenduri, abah, emak, saya dan aisyah (pasti tak ada yang merani kacau sebab dukung anak, hihihi). Untuk mengelakkan dia terus menangis, terpaksalah meninggalkan pc dan pura-pura tidur disebelah aisyah. Nasib baik senang je dia nak tidur. Tepuk-tepuk sikit, main rambut dia..dah lena. Bagus betul kan? Hehe (sape nak belajar cara tidurkan anak, boleh, boleh dirunding) =)

Oklah. Sampai sini dahulu coretan untuk kali ini. Insya-Allah jika ada masa selepas kembali ke kampus, saya akan menulis entry baru.

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua!

Wednesday, December 19, 2007

salam aidil adha 1428


Selamat menyambut hari raya aidil adha (20-12-2007) buat semua yang mengenali saya sama ada nickname puteri, n-f-z-a atau puteri_wildan, dan juga kepada semua yang mengenali nur fatimah (nama betul).. :)

Istimewa buat rakan-rakan blogger abg fysal, abg lie, abg serunai_faqir, al_insyirah, amir, abg chot, daiyah, diya, abg de_kerinchi, eika, cik ein, elaina, papa, faisal rahim, fareid, farhan, fauzan, mama, ibnu_hazam, auntie, abg macai_suci, miss farida, risha, yonna dan sis zaliza serta semua pengunjung PRB yang dikasihi.

Tak lupa kepada keluarga, kawan-kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah, kuliah, universiti, kawan chat, kawan sms, kawan e-mail, kawan fs, rakan forumer dan lain-lain.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

haikal farihin dan hafeez hakimi

keluarga - semasa aidil fitri 1428

***************************

Hmm.. kenape takde kad raye ek? tapi takpe, duit raye tetap ade.. :D

Friday, December 14, 2007

jom pi kedah!

Semperna tahun melawat Kedah Darul Aman 2008.

48 program dirancang sepanjang 2008 selain naik taraf infrastruktur untuk keselesaan

KUALA LUMPUR: Tahun Melawat Kedah 2008 yang diadakan sempena sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mensasarkan 3.88 juta pelancong dengan jangkaan pulangan pendapatan RM3.88 bilion.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Kedah sudah merangka 48 program sepanjang 2008 membabitkan pelbagai acara antarabangsa dan tempatan bagi menarik pelancong dalam dan luar negara.

"Bagi memastikan kelancaran Tahun Melawat Kedah 2008, kita mengatur banyak acara dalam kalendar negeri bermula Januari hingga Disember tahun depan sempena pemerintahan Sultan Kedah ke-50 tahun. "Kita juga bersedia menerima kunjungan pelancong asing dan domestik.

Untuk memberikan keselesaan kepada pelancong, kerajaan sudah menaik taraf infrastruktur di kawasan tumpuan utama pelancong," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2008 yang diadakan sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, di sini, semalam.


Selain itu, beliau mahu destinasi pelancongan yang menarik, tetapi tidak diketengahkan dimasukkan dalam pakej disediakan khas untuk pelancong oleh agensi pelancongan supaya dipopularkan sama seperti lokasi terkenal lain di Kedah.

Mahdzir berkata, Kedah mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding negeri lain antaranya laluan kanopi The Tree Top Walk sepanjang 925 meter di Sungai Sedim, Kulim, yang diiktiraf sebagai laluan kanopi terpanjang di dunia, tapak warisan Lembah Bujang, kepelbagaian bio-diversiti di Taman Eko Ulu Muda, Hutan Paya Laut Sungai Merbuk, dan Langkawi Geopark yang berusia sejak 550 juta tahun.

"Kedah mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik selain Langkawi tetapi ramai tidak mengetahuinya kerana kurang diberi perhatian. Oleh itu, kita berharap kerjasama agensi kerajaan dan agensi pelancongan, tempat pelancongan yang berpotensi dapat diketengahkan dan dimasukkan dalam pakej pelancongan. "

Pakej pelancongan penting kerana boleh membantu mempromosikan destinasi pelancongan yang kurang diberi perhatian. Jika ada kawasan pelancongan di dunia yang mengenakan bayaran hingga RM49.70 (ASD15) hanya untuk mendengar katak, kenapa kita tidak gunakan kaedah sama di sini kerana kita juga kaya dengan sumber flora dan fauna," katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu supaya memastikan tahap kebersihan di semua kawasan pelancongan, tandas awam dan hotel diselia baik. Ditanya mengenai penerbangan terus ke Langkawi yang tidak dapat menampung permintaan pelancong, Mahdzir berkata kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan.

Beliau berkata, setakat ini Penerbangan Malaysia (MAS) mempunyai enam penerbangan, manakala AirAsia 12 penerbangan setiap hari ke Langkawi, tetapi yang tidak dapat menampung permintaan pelancong luar negara dan domestik. "Selain itu, kita berharap lebih banyak penerbangan dari Singapura ke Langkawi disediakan pada waktu siang kerana kebanyakan rakyat negara itu memilih menaiki penerbangan pagi.

**********************
mai mai, jangan tak mai!! =)

Tuesday, December 11, 2007

rasa dan perasaan


Bosan pula cuti dengan begitu lama. Sebenarnya cuti dua bulan. Bagus juga pihak usim mengadakan program pemantapan bahasa inggeris dan bahasa arab bulan lepas selepas berakhirnya peperiksaan, terisi juga cuti yang ada. Hmmm.. . Rasa makin konfiden je nak cakap bi dan ba (walaupun grammar dan nahu lintang pukang), hehe.

Hidup ini adakalanya agak pelik serta memenatkan. Kadang-kadang sepatutnya bergembira, tapi rasa sedih pula yang datang bertalu-talu. Selepas zohor tadi dua orang kawan (abidah dan khadijah) semasa di sekolah menengah datang ke rumah. Suka sangat. Rasanya kali terakhir berjumpa abidah bulan 6 tahun 2006, khadijah pula pada bulan 5 tahun 2006, bulan terakhir di sekolah.

Sedih sebab selepas mereka pulang, segalanya kembali seperti asal, sepi, sunyi, sendiri. Aihh.. kalaulah masa sememangnya dapat diputarkan kembali, kalaulah masa tidak berubah, kalaulah masih di zaman persekolahan, kalaulah masih kanak-kanak, kalaulah masih tinggal di kampung, kalaulah kalau kalau.. semuanya kalau dan kalau. Patutlah ”Kalau-kalau itu datangnya daripada syaitan”.

Faradila, i miss you. Kalau dila ada dekat macam dulu, mesti best. Kawan sekolah menengah. Selalunya dia menjadi tempat meluah perasaan, masalah, geram, sedih, gembira, sakit hati, rahsia. Sayangkan, jarak masa dan tempat ini begitu kejam kerana ia seakan meragut perhubungan kita yang akrab.

Laila, seorang teman yang setia. Pendengar yang baik. Tak pernah mengelak dari berkongsi lebih banyak kesedihan saya berbanding kegembiraan, lebih banyak air mata berbanding senyum dan ketawa. Berkongsi pelbagai masalah dan kesusahan yang banyak daripada kesenangan yang saya ada. Dia teman dari sekolah rendah yang tidak pernah terputus hubungan. Tapi malang juga, biarpun kita di bandar yang sama, payah untuk kita bersua. Adakalanya terasa malu mahu mengirimkan sms atau membuat panggilan untuk menceritakan situasi. I want to meet you always but I am sorry my friend and you should understand me, my life.

Rasa banyak mengeluh sahaja akhir-akhir ini. Tapi teringat pesan al-ustaz di dalam suatu kuliah maghrib yang bermaksud; "Jangan mengeluh, kerana keluhan itu petanda orang yang tidak bersyukur". Kadang-kadang terhimpit sehingga menjadi sesak ruang untuk berfikir secara waras. Mujur ada iman masih bertapak di dasar hati, kewarasan tetap bermukim di minda. Lautan sabar dalam diri pula sering terasa surut. Semakin surutkah ia? Atau sudah hampir kering?

Rasa sedih sangat. Rasa mahu menangis. "Hampa jangan gheyau, nanti kami pun akan gheyau (menagis)", kata faradila suatu masa dulu. Aih.. Cyg (faradila), kenapa syg (saya) rasa yang kita semakin ’berjauhan’? (Romentik kan, cakap cyg-syg, hihihi).

Ya, benar. ”Ujian itu menguji kekuatan, keteguhan hati dan menentukan tingkat keimanan”, seperti ujar al-ustaz. Tapi...

Apakah yang boleh dilakukan selain berteman air mata, memendam rasa dan perasaan?

Ya Allah ampuni dosaku, teguhkan hatiku, kuatkan tekadku, panjangkan iltizamku, kuatkan semangatku, jangan biar anasir jahat mendekati hati, fikiran dan tingkah lakuku. Ya Allah berilah aku kesabaran yang lebih dalam menghadapi kehidupan ini dan seterusnya. Redhai dan rahmatiku sentiasa... Ameen.

*************************************

”...Pada siapa harus dipinta
Secebis rasa seulit masa
Di akhir noktah usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia dihati terbuka jalan kebahagian
Mengukir ceria membenam segala kecewa...”

Petikan lagu : seorang gadis
Munsyid : knowseeheart
Album : berjalan, melihat & mentafsir

Sunday, December 09, 2007

kebebasan dan hak

kebebasan media dan hak berhimpun
Oleh : Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali

Saya telah menonton rancangan '101 East AlJazeera' baru-baru ini. Saya mengikuti perbahasan antara Khairy Jamaluddin (KJ) dan Datuk Nazri Tan Sri Aziz (DN) bersama Malik Imtiaz. Terdapat beberapa perkara yang saya rasa perlu untuk diketengahkan:

Perkara 1: Jelas Saudara KJ dan DN tidak faham bahawa hak untuk berkumpul adalah hak asasi semua rakyat dalam sebuah negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Kedua-dua KJ dan DN gagal memberikan alasan yang kukuh mengapa kekerasan terpaksa digunakan pada 10 November 2007. Mereka gagal untuk menjustifikasi tindakan polis menggunakan air kimia dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perkumpulan.

Mereka gagal untuk menjusfikasi penggunaan kekerasan ke terhadap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut. Mereka gagal menjustifikasi penangkapan lebih 80 peserta. Mereka gagal menjustifikasi tindakan polis mengepong Dataran Merdeka bagi menghalang peserta berkumpul di sana. Pada waktu yang sama, Al Jazeera juga menunjukkan "footage" air kimia dan gas pemedih mata digunakan bagi menyuraikan peserta 10 November.

Kedua-dua KJ dan DN gagal membuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, setelah secara jelas pihak polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat hanya kerana rakyat memilih untuk menyatakan perasaan mereka. Polis secara ganas memijak lutut seorang pemerhati yang tidak melawan dan tidak bersenjata sehingga lutut orang tersebut hancur serta terpaksa dibedah. KJ juga cuba untuk menggunakan peristiwa Batu Buruk sebagai alasan.

Mungkin KJ terlupa bahawa di Batu Buruk orang awam telah ditembak dengan peluru hidup oleh polis. Seharusnya pihak polis yang dipersalahkan kerana perhimpunan-perhimpunan besar telah diadakan di tempat yang sama sebelum ini tanpa sebarang insiden. Sehingga kini kita masih tidak dimaklumkan mengenai tindakan terhadap anggota polis yang menembak dan juga pembakar bendera Malaysia.

Perkara 2: KJ juga cuba mewarnakan perhimpunan 10 November sebagai perhimpunan pembangkang dan bukannya perhimpunan rakyat. Lupakah KJ bahawa pemimpin, ahli dan penyokong parti pembangkang adalah rakyat Malaysia juga? Mungkin KJ lupa bahawa lebih daripada 35 peratus rakyat Malaysia mengundi parti yang lain daripada Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihanraya. Kalau dikira 10 juta pengundi, ia bermakna mereka berjumlah 3.5 juta pengundi. 3.5 juta pengundi ini sewenang-wenangnya dinafikan hak mereka sedangkan mereka juga membayar cukai, tol dsbnya? Perkara ini menampakkan mentaliti anti-demokrasi KJ dan Umno/BN yang terdedah dalam program tersebut.

Perkara 3: Persoalan kebebasan media juga telah diutarakan dalam perbahasan tersebut. Saudara Malik menyatakan fakta bahawa media di Malaysia memerlukan permit dari kerajaan BN untuk diterbitkan atau beroperasi. Lantas, saudara KJ cuba untuk memberikan harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kebebasan media akan diberikan kembali kepada pihak media dengan merujuk kepada ucapan Presiden Umno di perhimpunan agung parti itu baru-baru ini. Malangnya, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak menunjukkan bahawa hak untuk menerbitkan akhbar atau apa-apa bentuk media di Malaysia terletak di tangan menteri dan tidak boleh dicabar hatta di dalam mahkamah.

KJ tidak sedikit pun memberi apa-apa komen terhadap fakta ini. Tiada pernyataan jelas sama ada Perdana Menteri akan meminda akta tersebut untuk mengizinkan mana-mana pihak untuk mengendali media. Tanpa komitmen ini, kenyataan perdana menteri baru-baru ini tidak lebih merupakan retorika kosong dan tidak lebih dari wayang kulit, apatah lagi dibuat dalam forum yang salah. Sekiranya kerajaan yang diterajui Umno/BN benar-benar ikhlas untuk mengembalikan kebebasan media di Malaysia, langkah pertama boleh dimulakan dengan mengizinkan PAS menerbitkan semula Harakah dua kali seminggu.

Ini tidak memerlukan pindaan akta. Cuma sepucuk surat dari Menteri Dalam Negeri. Saya cabar KJ dan Umno untuk membuktikan komitmen mereka terhadap kebebasan media. DN juga telah dimalukan apabila beliau cuba menafikan akhbar di Malaysia berat sebelah. Malang bagi DN apabila akhbar-akhbar yang terbit pada 11 November telah ditunjukkan kepada beliau sebagai bukti.

Perkara 4: KJ cuba memberi gambaran bahawa kerajaan mendengar pandangan semua orang, khasnya SPR. Beliau lantas memberikan contoh-contoh beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh SPR. KJ sedikitpun tidak menafikan bahawa SPR adalah sebuah badan yang tidak bebas dari pengaruh eksekutif. Malang bagi KJ, tindakan beliau hanya membuktikan bahawa SPR tidak lebih dari sebuah badan kerajaan yang duduk di bawah cengkaman Jabatan Perdana Menteri. Ini bererti SPR tidak bebas dan SPR beroperasi seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Perkara 5: DN menyatakan bahwa sistem pentadbiran di Malaysia tidak perlu diubah. Ia hanya perlu diperbaiki sahaja. Jelas DN cuba bermain dengan perkataan. Apa yang jelas pentadbiran Kerajaan BN mengandungi berbagai kepincangan dan kezaliman ke atas rakyat Malaysia. Sekiranya sistem di Malaysia putih bersih dari kelemahan, sudah tentu pelbagai ketirisan, kebocoran dan kerobohan, pelbagai indeks yang semakin merudum serta peristiwa penyuraian perhimpunan dengan kekerasan pada 10 November tidak berlaku.

Friday, December 07, 2007

kampung girl

Baru-baru ini, saya pulang ke kampung nenek di jitra, kedah. Agak lama tidak ke sana. Terakhir seingat saya, hari raya aidilfitri yang lalu. Teringat dulu-dulu tinggal bersama nenek dan arwah datuk sehingga tahun tiga (bukan tiga tahun).

Singgah ke rumah jiran. Sendirian. Dulu masa kecil selalu ke sana. Main dengan kak ina. Sembang-sembang dengan chik, ibu saudara kak ina. Bila? Tahun 1997. Sepuluh tahun yang lalu. Kak ina pun sudah berkeluarga. Haikal, comel anaknya. Nama yang sama seperti anak buah saya.

Tiba-tiba rasa seperti wakil rakyat pula, hehe (mana tahu boleh menang bila dicalonkan nanti). Dengar macam-macam cerita termasuklah aduan harga barang naik, 3 kali dalam tahun ini sahaja. Yang saya tahu sebelum ini dan sedia maklum, itulah antara ’hadiah’ untuk kami selepas alor star menjadi bandaraya.

1.Tepung guni dari rm30, menjadi rm50.
2.Tepung paket dari rm1.80 menjadi rm2.50.
3.Gas, dari rm20 menjadi rm25 (teringat penah beli dalam tahun 2005, rm17.50).
4.Daging import, dari rm6 menjadi rm8.
5.Minyak masak susah diperoleh.

Jangkaan mereka, pasti harga akan terus meningkat. Ye la, angkasawan kedua lagi, projek itu la, ini lah. Nampak gayanya, kebarangkalian menggunakan dapur kayu kembali semakin meningkat.

Bukan tak bagus semua projek, pembangunan dan kemodenan. Dalam Islam sendiri menyeru mencapai kejayaan. Rujuk : azan, ”haiya ’alal falah”. Itupun selepas seruan ”haiya ’alas solah”. Tapi, kalau kemajuan itu dah sampai ada WARGANEGARA rasa tertindas, menjadi mangsa, tak ada maknanya semua tu. Kebanggaan negara kepada luar, tapi jadi hinaan dalamnya.

Kalian tidak merasainya kerana kalian di atas. Bila kalian berada di tempat mereka, kalian akan merasa betapa perit dan mahalnya kesenangan dan murahnya kesusahan, kesempitan.

Tahukah, doa mereka yang tertindas dan dizalimi itu lebih mustajab?

Thursday, December 06, 2007

nasuha

mursyid : mestica
album : 313
PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau Yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah

Pada Mu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yg punyai cinta
Membawaku ke puncak Nasuha

Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Takkan ku ulangi

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku terus dibelenggu
Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan ku kembali
Ke jalan redhaMU

Tiada lain yang ku harap
Hanya kasih sayang-Mu Tuhan
Membawaku ke rimbun keampunan
Ya Allah

Wednesday, December 05, 2007

segalanya milik-Mu

mursyid : mestica
album : badar 313

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru namaMu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan

Tuesday, December 04, 2007

tulisan mufti perlis

'tamparan' kepada PM dan Umno.

Tulisan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam akhbar arus perdana ahad lalu yang bertajuk "Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu" disifatkan sebagai tulisan yang memberi tamparan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin Umno.

Tulisan ini adalah satu tamparan yang hebat terhadap sikap pemimpin Umno yang sering menjadikan kedudukan mereka dalam Umno dan kerajaan sebagai peluang untuk menambahkan harta walaupun dengan cara 'mencuri' harta negara, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsudeen.

Sikap ini jauh sekali dengan apa yang ditunjukkan oleh pemimpin Islam yang sejati iaitu Khalifah Umar Abd Aziz, katanya.

Kehidupan Khalifah Umar begitu jauh berbeza dengan gaya hidup pemimpin Umno, ujarnya dalam satu komentarnya hari ini.

Baju Khalifah Umar jauh lebih murah jika dibandingkan dengan jam tangan pemimpin Umno, katanya.

Makanan Khalifah Umar juga jauh lebih sederhana berbanding dengan pemimpin Umno yang sering makan di hotel-hotel bertaraf lima bintang yang mewah, katanya.

Jika dibaca riwayat Khalifah agung ini, beliau tidak memiliki begitu banyak rumah sebagaimana yang dimiliki oleh pemimpin Umno, katanya.

Selain itu, semua bil dan perbelanjaan mereka termasuklah untuk urusan peribadi dibayar menggunakan duit negara, dan ia berbeza dengan khalifah Umar yang mematikan pelita milik negara bila anaknya ingin bicara soal keluarga dengannya, katanya.

Antara petikan menarik dalam tulisan Asri ialah :

Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya.
Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat.


Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.

Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar.

Sabda baginda: 'Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.

Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya.

Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah.

Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." (Surah an-Nisa' ayat 58).
Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itu semua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin.


Namun hendaklah kekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat.

Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan surat Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy'ari r.a., antara isinya:

"Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan". (8/147)

Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata "berikan pendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya" Sabda Nabi s.a.w.: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat).

(Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).
Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan.Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas.


Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.

******************
sumber : harakahdaily

Monday, December 03, 2007

dakwaan hindraf

Dakwaan Hindraf berlaku penghapusan etnik tidak benar - JIM

Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) perlu mengemukakan bukti yang sahih menyatakan kerajaan cuba bertindak membersihkan etnik kaum India di negara ini.

Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamarudin berkata, dakwaan Hindraf itu amat jelas tidak berlaku dalam negara.

Katanya, jika benar kerajaan cuba untuk menghapuskan etnik India dalam negara Hindraf perlu mengemukakan bukti yang benar.

"Kalau Hindraf merujuk kes yang berlaku di Taman Medan ianya jauh daripada apa yang didakwa mereka kerana ia melibatkan pihak berkuasa," katanya semasa dihubungi.

Sementara itu, Presiden Abim, Yusri Mohamad dalam kenyataannya baru-baru ini menafikan wujudnya terma-terma seperti penghapusan etnik, penjajahan berterusan, pengganas, gengster Melayu dan lain-lain kerana dakwaan itu betul-betul tidak benar.

Bagaimanapun, Abim turut bersimpati dengan mana-mana orang miskin dan terpinggir termasuk dari golongan bangsa India dan menggesa kerajaan mengambil langkah berterusan untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Tegas Yusri, orang Islam pula jangan jadikan isu itu satu alasan untuk memberi reaksi berdasarkan asas dan dakwaan itu.

Justeru, Abim mengutuk tindakan melampau berasaskan agama dan bangsa dan menggesa rakyat negara ini yang cintakan keamanan supaya jangan mengambil bahagian dalam perkara yang boleh mengancam keharmonian negara.

Tambahnya, keadaan sekarang berbahaya jika digunakan oleh mana-mana pihak yang mahu menyemarakan sentimen politik ataupun bangsa untuk kepentingan politik dan agenda tersembunyi.

Saturday, December 01, 2007

permata yang dicari


Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwaku
Yang resah ini

Ya Allah jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki

Tidak sekali digodai nafsu
Akan ku batasi dengan syair aku
Jika dirinya bukan untukku
Redhalah diriku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku
Sentiasa di bawah rahmat-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki

Tuesday, November 27, 2007

lima perkara aneh


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan. "Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah' .

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Sunday, November 25, 2007

kelebihan solat berjemaah

Mengikut suatu kajian fizik

Seorang professor fizik di AmerikaSyarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan casnegatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan -sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.

Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku disebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solatIsyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud disepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Thursday, November 15, 2007

iglaq bab ijtihad

Tertutupnya pintu ijtihad.

Ada banyak sebab yang merupakan punca pintu ijtihad tertutup atau menjadi lemah pada kurun keempat hijrah. Antaranya :

1.Kelemahan daulah abasiyah
- Kejatuhan daulah abasiyah ke tangan kerajaan mumalik. Dinasti abasiyah berpecah kepada daulah-daulah kecil yang masing-masing dipimpin oleh seorang sultan. Rentetan dari peristiwa ini, banyaknya berlaku peperangan dan fitnah. Memberi kesan dan tamparan yang hebat terhadap nafas fiqh dan istinbat fatwa. Bermulanya ke-jumud-an dalam pergerakan ijtihad.

2.Taasub kepada mazhab
- Mereka menganggap ulama-ulama mereka terdahulu suci dari sebarang kesalahan sehingga mereka tidak mahu lagi mengeluarkan lagi sebarang pemikiran yang khas, melainkan dalam perkara-perkara kecil sahaja. Mereka juga percaya bahawa mazhab ikutan mereka adalah yang benar, manakala mazhab-mazhab lain adalah salah. Mereka berijtihad dengan ijtihad ulama-ulama mereka sahaja.

3.Perselisihan sebahagian ulama
- Berlakunya dilakangan mereka salah faham, bersifat dengan sifat hasad dan pentingkan diri sendiri. Mereka mengeluarkan ijtihad hanya untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan hak atau batil. Ulama yang menegakkan kebenaran ditindas dan ditekan sehingga tiada lagi ulama besar. Zaman ijtihad semakin terkubur.

*******************
Rujukan :
-Kitab ”Al-Fatwa” karangan Dr. Syeikh Husin Muhammad Al-Mulah.
-Ilmu Ushul Fiqh, karangan Prof. Dr. H. Rachmat Syafe’i
-Ustaz Lutfi bin Mohd. Zain (USIM).

Monday, November 05, 2007

serakan minda


Sehari bersama bro azmil yang dikenali melalui kawan. Kawan kepada kawan. Banyak ’kepeningan’ yang ditimbulkan.

1-doa iftitah.
Mana diperoleh? Diambil dan digabungkan dari 2 hadis.

2-konsep trinity.
Adakah sama seperti instant nescafe 3 in 1?

3-hukum kejam.
Yahudi tidak dapat mengatakan Islam kejam kerana hukum mereka lebih kejam. Contoh: seorang lelaki yang melihat perempuan dengan bernafsu, matanya akan dikorek.

4-batu besar.
Bolehkan Allah mencipta batu yang sangat besar dan berat sehingga Dia tidak mampu memikulnya? Perkara ini sesekali tidak akan berlaku dan mustahil berlaku kerana Allah Maha Pencipta dan Berkuasa.

5-sirah nabi.
Yang kita tahu direkacipta oleh puak syiah?

6-jama’ dan qasar.
Qasar hanya boleh dilakukan apabila dalam keadaan musafir. Sebaliknya jama’ boleh dilakukan jika ada keadaan yang memerlukan jama’ dilakukan. Contoh: seorang doktor yang menjalankan pembedahan dari jam 12 pm – 5 pm. Dia boleh menjama’ solatnya.

7-isyarat jari waktu tahiyat
Khilaf waktu menegakkan jari sewaktu membaca kalimah ”ashhadu-an-la-ilaha-illallah”. Imam syafie mengangkat jarinya sewaktu tahiyat dari awal hingga akhir. Imam ghazali menegakkan jari apabila membaca kalimah syahadah. Merujuk kepada sunah nabi, baginda menegakkan dari sewaktu membaca kalimah syahadah.

8-jual beli
Perlukah ucapkan perkataan ”saya jual” dan ”saya beli”? Bagaimana jika seorang itu bisu? Membeli melalui peti ais elektronik?

9-pengampunan dosa.
Apakah punca mazhab katholik dan protestan berpecah? Protestan tidak bersetuju dengan surat pengampunan dosa yang diperkenalkan katholik. Dengan membeli surat tersebut, doa seseorang itu akan terhapus. Adakah segelintir kita yang mengambil upah membaca tahlil mencontohi mereka?

10.-wanita.
Dari mana timbulnya wanita itu daripada tulang rusuk kiri lelaki? Kitab injil.

11-arasy.
Dimanakah Allah berada? Seringkali mendengar jawapannya adalah ’di mana-mana’. Jawapan itu merupakan jawapan, kepercayaan Hindu yang mengatakan tuhan mereka berada di mana-mana. Oleh kerana itu mereka menyembah sesuatu dengan mempercayai ’tuhan’ ada di situ. Apa jawapan kita? Arasy.

Walau apapun, pertemuan ini banyak mencetuskan pemikiran yang baru. Terima kasih buat beliau. Mungkinkah ini kali pertama dan terakhir?

Saturday, November 03, 2007

openhouse

Hari : Sabtu
Tarikh : 03 November 2007
Tempat : Taman Seni Islam

Jumpa abg zaidi (wildan). Tegur kak lin, kak liza (staff nc). Abg hazar (wildan) pun ada bersama sis wani. Abg bali, along, andak, fariz dan lain-lain. Pernah jumpa abg bali di ukm, konsert manis. Ramai lagi yang jumpa tapi tak tegur. Hafiz Hamidun. Far-East.

team far-east

team wildan

Malu ditegur abg razin (mestica). Mula nampak dia tengah cakap-cakap pakai mik.
-puteri, terima kasih datang
+eh, kenal ke? (alamak, malunye..hihi)
-mestila kenal

Pagi, ada rakaman al-hidayah (tv3) bertajuk ”kalam Allah”. Sesi petang, rakaman al-kuliyah. Lepas asar kot. Tapi dalam pukul 4.00pm dah keluar dari dewan walau hujan ada rintik-rintik sikit waktu tu.

syahirah dan syaima


Last sekali, terima kasih kepada abg hazar (wildan) dan sis wani yang sudi menumpangkan puteri dan kawan-kawan ke ktm shah alam. Pergh.. nek ngan artis tuhh! Hahaha..

Thursday, October 25, 2007

open house

puteri dapat undangan dari nasyeed.com


puteri (puteri_wildan) teringin nak pegi...

Sunday, October 21, 2007

kad raya


Terima kasih kepada abg chot dan bro junaidix untuk kad raya aidilfitri elektronik yang lalu.. hehe.. nak uploadkan gambar kad daya, tapi tak leh pulak entahlah kenapa. Walaubagaimanapun terima kasih untuk kad yang..

bro junaidix : cute, gambar kawen ek? hehe..

abg chot : wah..taktau nak cakap, lawa la kad, nape kicik je gambo tuan kadnye?

Apa-apapun, terima kasih buat kalian berdua (dan semua yang mengucapkan salam aidilfitri walau tanpa kad, juga sms :D). Terima kasih daun keladi, lain kali hantarlah lagi.. =)

Saturday, October 20, 2007

kalimah cinta

Munsyid : In-Team
Album : In-Team 04
Sumber : www.puteri-reformasi.blogspot.com

Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendutai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
(Setia cintanya kerana Yang Maha Esa)

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal Rasul-Nya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
(Oh indahnya cinta)

Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa
Dibatasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasih-Mu
Tuhan betapa agungnya kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkanlah rasa kehambaanku

Friday, October 19, 2007

catatan yang tertunda


Dalam usrah yang saya terima , ukhti itu melarang kami bergaul dengan lelaki. Selalu dipesan-pesan. Dia juga menyarankan kami menegurnya jika terlihat dia bercakap dengan lelaki. Saya tidak berkata apa-apa. Saya diamkan sahaja apa-apa perkara, ye la, dia kakak kan?

Kalau tak nak berhubung, bercakap dengan lelaki, secara jujur- (ikhlas dan setulus)nya, saya minta maaflah - saya tak dapat. Kawan-kawan lelaki ramai, kawan sekelas, kawan sekolah, sekuliah, sekampung, senegara dan lain-lain. Nak buat apa-apa pun kadang-kadang perlukan bantuan dan kewujudan kawan lelaki, kalau tak berbaik, tak patutlah nak mintak tolong atau seumpamanya. Bukankah lelaki adalah untuk perempuan, perempuan untuk lelaki dan mereka (lelaki dan perempuan itu) tercipta untuk saling melengkapi? Malah Islam juga tidak melarang namun menetapkan batas-batas dalam pergaulan.

Tapi saya tidak melawan sebarang kata-katanya (dan tiada sesiapa melakukannya) sehingga suatu hari dia (untuk sekian kalinya) mempersenda dan merendah-rendah orang yang menyokong dan sukakan nasyid. Saya geram di dalam hati. Diam lagi. Kalau dah tak suka, cakap je la elok-elok, bukannya tak boleh. Dia juga ‘tak sedar’ berapa ramai yang telah ‘keluar’ dari usrah ini kerana dia suka perli, paksa. Ah..sayang sekali, menyeru kebaikan yang salah caranya, itu pada pandangan saya. Pandangan anda? Atau barangkali saya yang bersalah?

Dan seterusnya saya tak dapat lupakan bila dia menguatkan lagu (nasyid) yang sedang saya dengar melalui earphone (dia menarik wayar dari laptop, saya pura-pura tidur ketika itu). Lepas tu telefon saya berbunyi, dia ada mengambil telefon saya dan menekannya (untuk menjawab). Yang bagusnya, si pemanggil itu meletakkan panggilan sebelum sempat dia mengangkat. Tiba-tiba bunyi sms diterima masuk (ringing tone). Yang lebih bagusnya adalah jika sesiapa yang mahu menggunakan telefon saya perlu memasukkan security code terlebih dahulu. Dan ini tidak dapat dilakukan (kecuali kawan-kawan, tapi mesti takde yang ingat nombornya sebab panjang..hehe).

Saya masih boleh bersikap selamba dan berlagak seolah-olah tiada apa-apa bila dia menetapkan syarat lulus (ada saya ceritakan pada seorang kenalan), terasa adanya keterpaksaan di ditu. Saya masih boleh terima. Tetapi tidak selepas apa yang dia lakukan terhadap ‘hak milik’ saya. Anda juga pasti mempunyai perasaan seperti saya jika anda ditempat saya.

Saya tidak berniat nak memburuk-burukkan atau mengapi-apikan sesiapa. Saya cuma ingin anda tahu bagaimana perasaan saya dan apa yang menyebabkan saya jadi begini, tindakan dan perlakuan saya terhadap dia.

Kenalan itu pernah memberi nasihat agar saya bercakap dengan orang itu dan berbincang dengan baik tentang semua hal, terima kasih. Tapi saya masih belum berjaya melakukannya. Saya hanya mendiamkan diri. Membisu. Maafkan saya.

Thursday, October 18, 2007

reunion


Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan ke rumah kawan baik saya dari sekolah rendah, Lailatul Zam-Zam. Kami telah merancang untuk mengadakan reunion pelajar SRI Abim (Sg. Petani) sambil jamuan hari raya di rumah laila. Walaupun tidak semua yang belajar sekelas dahulu hadir, tapi ia bukan menjadi penghalang untuk kami meneruskan agenda (macam ape je, hehe).

Saya(USIM), laila(UDM), amirah(USIM), farhanna(MPMelaka), Ikhwan(USM), falihin(UTHM), najah (UITM) dan filzah(USIM). Macam-macam yang dibualkan. Ye la, dah lama tak jumpa. Kalau dengan yang perempuan tu kadang-kadang ada la jumpa jugak tapi yang lelaki saya tak pernah jumpa lagi selepas hari jamuan perpisahan dan amik result UPSR tahun XXXX yang lampau.. =) Yang penah saya jumpa, sidik(kebetulan sek.men sama) dan asyraf(dalam program anjuran abim).

Ah..dah hampir sepuluh tahun saya kenal mereka semua, tapi mereka semua lebih kurang 13 tahun. Sebab saya masuk SRI masa darjah 4. Ikhwan dan falihin masih macam dulu, sporting, happy go lucky. Paling ingat, masa exam dulu falihin ada bagi jawapan. Saya tanya dia, roti, apa dalam bahasa arab, dia jawab sambil nyanyikan lagu yang cikgu ajar, ‘alif’ untuk apa, ‘ba’ untuk apa dan ‘kha’, untuk khubzun = roti. Lepas tu sampai sekarang saya ingat (khubzun roti je la), hehe.

Saya, filzah dan amirah satu bangunan belajar tetapi lain bidang. Kadang-kadang kami ada berjumpa di kampus atau di kediaman. Laila, najah, amalina, farhanna juga kadang-kadang kami berjumpa bila punya kelapangan seperti cuti selepas PMR dan sebagainya. Ya, kami mempunyai hubungan yang agak rapat. Mesra. Sukanya saya.... Dan terharu bila ikhwan berkata yang bermaksud “kita ni macam adik-beradik, walaupun masing-masing jauh, johor, terengganu dan mana-mana tempat pun, tak kisah la kita jarang berhubung (sms) tapi akhirnya kita tetap akan balik negeri asal dan berjumpa, macam adik-beradik”.

Falihin menyakat filzah dan najah yang memakai cincin. Kata falihin “najah dengan filzah tak bagitau dah ‘bertunang’ ya..” “tengok aku, cincin pun tak ada, ha.. aku single lagi, fatimah pun haa.. mana ada cincin, kan?” Aduh, tak pepasal terlibat. Saya pun menunjuk-nunjukkan jari, hehe.

“Tak lama lagi banyak kenduri (baca : kenduri kawen) nak kena pergi” kata ikhwan sambil menghitung-hitung bilangan kami yang ada di situ. Saya mencelah “mula-mula hang kan?” Dia senyum. Oh ya, ikhwan sudah berpunya (ayat…hihi). Dia tidak merahsiakan dari kami semua dan dia juga tidak mahu sesiapa berahsia apa-apa, itu janji kami. Ikhwan ada memberitahu perancangan hidupnya selepas ini, 3 tahun lagi dia habis belajar di USM. Moga-moga tercapai. Jangan lupa bagitau dan jemput aku.. ; )

Haih.. baru hari tu saya menjadi pelajar baru SRI, lepas tu masuk darjah 6. Sekarang ni alih-alih (mereka) dah cakap pasal nak kahwin, aduh..macam tak percaya sahaja. Cepatnya masa berlalu. Terlalu pantas. Tapi inilah kehidupan, kan? Apa-apa pun saya amat gembira pada hari ini (walau ada sedikit masalah yang melanda). Gembira jumpa kawan-kawan. Sekalung penghargaan buat laila dan sekeluarga yang telah menyediakan makan-makan..(“,)

Wednesday, October 17, 2007

puasa 6 (2)

Puasa enam Syawal hadiah ingatan Nabi Muhammad pada umatnya.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini. Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).

Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).

Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.

Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, baginda mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.
Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.


Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." (Riwayat Muslim dan Imam Ahmad).

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefarduan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu sembahyang hingga bermohon ke hadrat Allah agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunnat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami reda dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Apatah lagi jika seorang isteri yang tertinggal puasa Ramadan kerana uzur syar'ie, dia digalakkan untuk mengqada'nya pada bulan Syawal diniatkan untuk qada' puasa di samping ibadat puasa sunat pada masa yang sama, insya-Allah dengan cara itu dia tidak akan terlepas untuk mendapatkan pahala setahun berpuasa.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap baginda Rasulullah?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah SWT.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati Nabi ajaran Muhammad s.a.w.

Benarkah kita mengingati Nabi ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyingung peribadi atau ajaran baginda.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh baginda menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapatkan syafaat (recommend) baginda pada hari kiamat sedang baginda sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT?

Tepuk dada tanda iman!

*******************
sumber : harakahdaily

Monday, October 15, 2007

puasa 6 (1)

Terdapat dua khilaf ulama' terhadap hari untuk berpuasa 6 di bulan syawal.

pendapat pertama :
perlu berpuasa bermula 2 syawal dan seterusnya hingga mencukupi 6 hari
(berpuasa 2 syawal hingga 7 syawal)

pendapat kedua :
boleh berpuasa tidak kira pada mana-mana hari di dalam bulan syawal
(contoh : berpuasa pada 6, 14, 15, 16, 21 dan 22 syawal )

*************
jom pakat ramai-ramai puasa sunat 6 hari di bilan syawal! =)

Sunday, October 14, 2007

bencana kaum sodom

Pendedahan ekslusif - vcd

Satu pendedahan Eksklusif Penemuan bangsa-bangsa yang telah dimusnahkan Allah oleh pengkaji sejarah. Kajian yang dibuat, mereka telah menerima azab yang sangat dahsyat sama seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran. Bukti-bukti mayat juga ditemui...Mereka adalah kaum Aad, Kaum Luth dan penduduk Kota Pompeii.

Di dalam Al-Quran, Allah telah mengarahkan kepada kita untuk melihat bangsa-bangsa yang terdahulu yang telah dimusnahkan oleh Allah sebagai pengajaran kepada kita. Semua ini tidak akan dapat kita lihat tanpa ilmu dunia, ilmu kaji bumi dan sebagainya. Kalau tidak tahu bagaimana hendak mengambil pengajaran daripadanya?

Di antaranya ialah Firman Allah dalam surah Al-An'aam ayat 6:"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah kami binasakan sebelum mereka,padahal (umat-umat itu) telah kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak kami berikan kepada kamu,dan kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan kami jadikan sungai-sunagi mengalir di bawah mereka, kemudian kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan kami ciptakan sesudah mereka umat yang lain?"

Ayat di atas secara terang menjelaskan kepada kita bagaimana Allah telah mengarahkan kepada kita untuk melihat azab yang pernah ia turunkan kepada umat yang terdahulu.Umat yang terdahulu adalah jauh lebih hebat dengan umat pada hari ini. Allah suruh kita tengok.... lihat...serta membuat renungan.

Berminat? kunjungi
Kedai Online Anda!

Friday, October 12, 2007

tahniah buat kak nun

Tahniah buat kakak saya yang kedua Nur Zihnun Naqiah yang telah selamat memperoleh cahaya mata yang kedua di penghujung Ramadhan. Tahniah juga buat abg ipar, abg Hishamuddin. Aisyah Nabila mesti suka, dah dapat adik.

Antara nama-nama yang dicadangkan :

Anis Najihah
Aufa Nurizyan
Auni Nai’min
Afifah Najimin
Amirah Nisreen
Ain Nazirah
Amanina Nuzaifah
Aqilah Nurizzah
Adila Nazihah

Dan anak menakan (buah) saya telah menjadi 4! ;)

Tuesday, October 09, 2007

salam aidilfitri 2007


Hari ni sedar tak sedar dah masuk 27 hari kita berpuasa. Esok, dah start takde kelas, khamis malam balik kampung. Nampaknya hari ni je la yang ada untuk melawat blog, hehe..




Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan blog terutama abg sf, kak irah, amir, abg chot, dayah, diya, de_kerinchi, ein, abg macai_suci, miss farida dan pengunjung-pengunjung blog ni..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan batin..

Sunday, October 07, 2007

menanti di barzakh

Munsyid : Far-East
Album : Halawatul Iman

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali
Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Bernada Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah
Penantianku,

Terbangkitnya Aku
Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih
Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dimuka Pintu,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,

Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku
Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan
Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.

Tuesday, October 02, 2007

fashion show

We had a 'big assignment' to make a fashion show. Under english subject. Hmm.. around two weeks preparation (grammar ntah dapat berapa). Every group should be guys and girls. So, my group team were :
harun (harun)

zafira (fiera)

rosmalizi (jie)

zainab (zai)

naharudin (nahar)

our team : classy6 (classic)

Today, we presented our fashion show. Our fabric type was 'pelikat'. Me as the fashion designer, harun as MC. Another, be the models. In our company Classy6, nahar as the manager, fira as his assistant, harun as marketing executive, me as fashion designer, jie as advertising executive (i don't know the true 'title' for this job) and zai as accountant.

Although we not the best group, but we had done our the best. I am proud to co-operate with them, thanks to harun, jie and nahar (i used to co-operate with fira and zai).

*****************************
i will remember the time i put the 'kerongsang' to 'tanjak' over.... who's head?

Monday, October 01, 2007

bersama

sepanjang bulan sembilan..

Dengan miss farida, hari last beliau dekat usim..



Dengan classmate ; wahee (waheda) dan wahidah

Sunday, September 30, 2007

buah melaka

dalam banyak-banyak buah, buah apa yang bila masak naik ke atas?

tepung yang telah diadun

gula 'gerek'

rebus

golek-golekkan

taraa..

dah siap

*********************
terima kasih kepada lili (suhaili).