jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Tuesday, December 11, 2007
rasa dan perasaan
Bosan pula cuti dengan begitu lama. Sebenarnya cuti dua bulan. Bagus juga pihak usim mengadakan program pemantapan bahasa inggeris dan bahasa arab bulan lepas selepas berakhirnya peperiksaan, terisi juga cuti yang ada. Hmmm.. . Rasa makin konfiden je nak cakap bi dan ba (walaupun grammar dan nahu lintang pukang), hehe.
Hidup ini adakalanya agak pelik serta memenatkan. Kadang-kadang sepatutnya bergembira, tapi rasa sedih pula yang datang bertalu-talu. Selepas zohor tadi dua orang kawan (abidah dan khadijah) semasa di sekolah menengah datang ke rumah. Suka sangat. Rasanya kali terakhir berjumpa abidah bulan 6 tahun 2006, khadijah pula pada bulan 5 tahun 2006, bulan terakhir di sekolah.
Sedih sebab selepas mereka pulang, segalanya kembali seperti asal, sepi, sunyi, sendiri. Aihh.. kalaulah masa sememangnya dapat diputarkan kembali, kalaulah masa tidak berubah, kalaulah masih di zaman persekolahan, kalaulah masih kanak-kanak, kalaulah masih tinggal di kampung, kalaulah kalau kalau.. semuanya kalau dan kalau. Patutlah ”Kalau-kalau itu datangnya daripada syaitan”.
Faradila, i miss you. Kalau dila ada dekat macam dulu, mesti best. Kawan sekolah menengah. Selalunya dia menjadi tempat meluah perasaan, masalah, geram, sedih, gembira, sakit hati, rahsia. Sayangkan, jarak masa dan tempat ini begitu kejam kerana ia seakan meragut perhubungan kita yang akrab.
Laila, seorang teman yang setia. Pendengar yang baik. Tak pernah mengelak dari berkongsi lebih banyak kesedihan saya berbanding kegembiraan, lebih banyak air mata berbanding senyum dan ketawa. Berkongsi pelbagai masalah dan kesusahan yang banyak daripada kesenangan yang saya ada. Dia teman dari sekolah rendah yang tidak pernah terputus hubungan. Tapi malang juga, biarpun kita di bandar yang sama, payah untuk kita bersua. Adakalanya terasa malu mahu mengirimkan sms atau membuat panggilan untuk menceritakan situasi. I want to meet you always but I am sorry my friend and you should understand me, my life.
Rasa banyak mengeluh sahaja akhir-akhir ini. Tapi teringat pesan al-ustaz di dalam suatu kuliah maghrib yang bermaksud; "Jangan mengeluh, kerana keluhan itu petanda orang yang tidak bersyukur". Kadang-kadang terhimpit sehingga menjadi sesak ruang untuk berfikir secara waras. Mujur ada iman masih bertapak di dasar hati, kewarasan tetap bermukim di minda. Lautan sabar dalam diri pula sering terasa surut. Semakin surutkah ia? Atau sudah hampir kering?
Rasa sedih sangat. Rasa mahu menangis. "Hampa jangan gheyau, nanti kami pun akan gheyau (menagis)", kata faradila suatu masa dulu. Aih.. Cyg (faradila), kenapa syg (saya) rasa yang kita semakin ’berjauhan’? (Romentik kan, cakap cyg-syg, hihihi).
Ya, benar. ”Ujian itu menguji kekuatan, keteguhan hati dan menentukan tingkat keimanan”, seperti ujar al-ustaz. Tapi...
Apakah yang boleh dilakukan selain berteman air mata, memendam rasa dan perasaan?
Ya Allah ampuni dosaku, teguhkan hatiku, kuatkan tekadku, panjangkan iltizamku, kuatkan semangatku, jangan biar anasir jahat mendekati hati, fikiran dan tingkah lakuku. Ya Allah berilah aku kesabaran yang lebih dalam menghadapi kehidupan ini dan seterusnya. Redhai dan rahmatiku sentiasa... Ameen.
*************************************
”...Pada siapa harus dipinta
Secebis rasa seulit masa
Di akhir noktah usia dirinya
Yang akan berhenti jua
Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia dihati terbuka jalan kebahagian
Mengukir ceria membenam segala kecewa...”
Petikan lagu : seorang gadis
Munsyid : knowseeheart
Album : berjalan, melihat & mentafsir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kdg2 kite mmg ade mengharapkan dpt kembali ke ms lalu... tp, kenangan tetap kenangan kan puteri... :)
ya.. kenangan adalah kenangan dan terus menjadi kenangan sepanjang kehidupan...
Post a Comment