© Hakcipta adalah terpelihara.

Friday, December 14, 2007

jom pi kedah!

Semperna tahun melawat Kedah Darul Aman 2008.

48 program dirancang sepanjang 2008 selain naik taraf infrastruktur untuk keselesaan

KUALA LUMPUR: Tahun Melawat Kedah 2008 yang diadakan sempena sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mensasarkan 3.88 juta pelancong dengan jangkaan pulangan pendapatan RM3.88 bilion.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Kedah sudah merangka 48 program sepanjang 2008 membabitkan pelbagai acara antarabangsa dan tempatan bagi menarik pelancong dalam dan luar negara.

"Bagi memastikan kelancaran Tahun Melawat Kedah 2008, kita mengatur banyak acara dalam kalendar negeri bermula Januari hingga Disember tahun depan sempena pemerintahan Sultan Kedah ke-50 tahun. "Kita juga bersedia menerima kunjungan pelancong asing dan domestik.

Untuk memberikan keselesaan kepada pelancong, kerajaan sudah menaik taraf infrastruktur di kawasan tumpuan utama pelancong," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2008 yang diadakan sempena Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Sultan Kedah, di sini, semalam.


Selain itu, beliau mahu destinasi pelancongan yang menarik, tetapi tidak diketengahkan dimasukkan dalam pakej disediakan khas untuk pelancong oleh agensi pelancongan supaya dipopularkan sama seperti lokasi terkenal lain di Kedah.

Mahdzir berkata, Kedah mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding negeri lain antaranya laluan kanopi The Tree Top Walk sepanjang 925 meter di Sungai Sedim, Kulim, yang diiktiraf sebagai laluan kanopi terpanjang di dunia, tapak warisan Lembah Bujang, kepelbagaian bio-diversiti di Taman Eko Ulu Muda, Hutan Paya Laut Sungai Merbuk, dan Langkawi Geopark yang berusia sejak 550 juta tahun.

"Kedah mempunyai banyak destinasi pelancongan menarik selain Langkawi tetapi ramai tidak mengetahuinya kerana kurang diberi perhatian. Oleh itu, kita berharap kerjasama agensi kerajaan dan agensi pelancongan, tempat pelancongan yang berpotensi dapat diketengahkan dan dimasukkan dalam pakej pelancongan. "

Pakej pelancongan penting kerana boleh membantu mempromosikan destinasi pelancongan yang kurang diberi perhatian. Jika ada kawasan pelancongan di dunia yang mengenakan bayaran hingga RM49.70 (ASD15) hanya untuk mendengar katak, kenapa kita tidak gunakan kaedah sama di sini kerana kita juga kaya dengan sumber flora dan fauna," katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu supaya memastikan tahap kebersihan di semua kawasan pelancongan, tandas awam dan hotel diselia baik. Ditanya mengenai penerbangan terus ke Langkawi yang tidak dapat menampung permintaan pelancong, Mahdzir berkata kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelancongan.

Beliau berkata, setakat ini Penerbangan Malaysia (MAS) mempunyai enam penerbangan, manakala AirAsia 12 penerbangan setiap hari ke Langkawi, tetapi yang tidak dapat menampung permintaan pelancong luar negara dan domestik. "Selain itu, kita berharap lebih banyak penerbangan dari Singapura ke Langkawi disediakan pada waktu siang kerana kebanyakan rakyat negara itu memilih menaiki penerbangan pagi.

**********************
mai mai, jangan tak mai!! =)

9 comments:

aria ayumi said...

lame dh tak singgah kedah. dl rajin gak ah pegi negeri belah utara. skang, sbb diya blaja kat teganu je kan, tu yg xde peluang pegi sane. huhu

puteri said...

hehe.. xpe2.. sila thun dpn 2008 thun lawat kedah.. hm.. ada prncgn, ble kita brsua di daerah ini.. ;)

jom jugak ke negori! =)

yOnnA said...

wahh..betol pu3 promote kedah ni :p

Serunai Faqir aka SF said...

Abg selalu pi kedah, sekarang je kurang. Dulu pi belajar gendang dan serunai. Hehehe tu abg ada attach grup kami kat entri baru.
p/s : terima kasih atas nasihat berhenti rokok tu ... hehhee

puteri said...

yonna -->> ya, betul la.. pu3 mmpromotkn negeri sendiri.. klau nk brcuti nnt, jgn lupe utk pilih kedah sbgai destinasi ya!

ang sf -->> takpa2.. nanti2 mai la lagi kedah noh. (sama-sama.ikut nasihat ya). :D

iEn said...

weei wei nasik kandaQ satu wakaka

faisal said...

waaa, org kedah mempromosikan negerinya,heheee

aria ayumi said...

insya Allah... de rezeki kita jumpa... ;)

puteri said...

cik ien -->> ble2, mai la sini dulu.

abg faisal -->> hehe, sape lg nk promosikn negeri kite klau bkn kite?

diya -->> ameen.. (",)