© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, March 31, 2011

nickname

dulu suruh benrauf buatkan lukisan.
kali ni minta muhd azim pula buatkan tulisan..
hehe..


Nota:

Muhd Azim adalah abang saya yang masih solo..
Ada yang nak mendaftar jadi calon kakak ipar saya?
=)

Monday, March 28, 2011

gift: a trip to langkawi

Pertandingan Sua Kasih.. Hadiahnya separuh sahaja sudah tiba. Hadiah berikutnya adalah percutian ke Langkawi. Dulu dia suruh saya pilih tarikh dalam bulan dua. Bila dah pilih, dia cakap free bulan tiga sahaja.

Lepas tu sekarang, dia cakap lagi (itu pun selepas saya bertanya, yelah..bila nak boleh gi Langkawi ni...) tarikh yang free hujung bulan empat, sabtu-ahad-dan isnin. Isq.,.haru sunggoh.

Lepas tu jugak, memikirkan bahawa hadiah percutian tu hanyalah penginapan semata-mata, tidak termasuk pengangkutan, apa lagi makan-makan dan sebagainya.. Akhirnya saya memutuskan untuk menolak hadiah tersebut; tidak ke Langkawi.

Saya tukarkan hadiah saya dengan hamper keluaran Ana Edar -->> biasanya produk HPA.

Keputusan ni akan membawa penyesalankah?

Harap-harap tidaklah.

=)

Yang ni pulak bila nak dapat yer agak-agak pihak penganjur?



Sunday, March 27, 2011

Contest SHORT STORY of 20 WORDS - me, my self & love

~ menjawab tag dari Cikli ~


contest anjuran cik Aiza

AYIN

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ayin duduk di birai jendela menikmati permandangan yang terbentang di halaman rumah. Matahari yang memancar tidak terasa bahang kerana rumah Ayin terlindung oleh pokok-pokok yang ditanam kerajaan di tepi jalan, bagus juga fikir Ayin.


Pak Mat, bapa Ayin baru pulang dari Pejabat Tanah, urusan geran tanah arwah datuknya dahulu yang tidak berumur panjang, mati belum menjangkau 70 tahun. Pak Mat memarkir keretanya sebelum masuk ke dalam rumah. Mak Minah, ibu Ayin tersenyum-senyum menanti di pintu ruang tamu, menyambut kepulangan sang suami.


Mak Minat cepat-cepat mengajak Pak Mat dan juga Ayin untuk ke dapur, menikmati hidangan minum petang yang disediakannya. Kek koko kukus yang dimasak bersama cip coklat, menjadikan ianya lebih sedap dan enak dimakan panas-panas.


Juadah istimewa ini diilhamkan Mak Minah semasa percutian mereka sekeluarga ke Pulau Langkawi tiga tahun lalu. Walaupun rasanya tidaklah sehebat yang dibuat oleh hotel di sana, namun boleh tahan jugalah, Mak Minah berbangga dengan bakat yang dimilikinya, air tangannya sentiasa jadi.


Malam itu, Ayin masih menjadi peneman setia jendela kamarnya. Diselak langsir hingga menampakkan bulan dan bintang-bintang yang bersinar. Entah bagaimana, Ayin teringat peri bahasa yang menggambarkan seorang perempuan atau wanita yang cantik sebagai 'bagai bulan dipagari bintang'. Ayin ingin dirinya seperti bulan, yang cantik, dipuji umat manusia.


Ayin melihat cincin yang tersemat dijarinya. Bukan pemberian tunangan atau teman lelaki yang tercinta, namun dibelinya sendiri kerana tiada sesiapa yang sudi untuk membelikannya. Banyak jugak duit yang telah dihabiskannya untuk sebentuk cincin bertakhtakan permata itu. Ayin mengelamun jauh hinggalah gerimis mulai turun, perlahan dan kemudiannya lebat. Ayin menutup jendela dan terus ke katilnya, bersedia untuk mengelamun lebih jauh.!


Tagged: Zik & Benrauf. Hehe..
Kawan-kawan nak join? Jom-jom.

Nota:

" Once you're tagged or volunteer to join this contest.. You need to write a SHORT STORY about 20 words that given.. At last, you need choose 2 people to be tagged.. Hopefully the person who be tagged must give some cooperation.. And it’s really mean to who are tagging.. If I tag you, it's because I want to know more about your talent in writing SHORT STORY.. And the words are:

Love
Money
Car
Island
Cake
Mom
Dad
Special
Ring
House
Cook
Eat
Woman
Road
Moon
Stars
Sun
Wind
Death
Smile

You can use that 20 words random list and also can write it either in English or Malay.. Good luck"

Thursday, March 24, 2011

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

~ versi 'give away' cempaka (yang tak jadi) ~

Siapa b.r.u.t.a.l.s.o.l.o?
Kenapa namanya b.r.u.t.a.l.s.o.l.o?

Apakah kerana brutal dan solo seperti yang dikatakan cikli?

Yang boleh saya katakan adalah;
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o tak brutal
tapi bab solo ke tak..
saya rasa..
single, but not available

hu.hu.

Jeles betul dengan beliau sebab ada cik cempaka sebagai peminat..
Ada orang minat saya macam cempaka minat b.r.u.t.a.l.s.o.l.o tak?
he.he.he...

Nota:
Pssst.. give away dah ditarik balik nampaknya, tapi tak apalah, kan?
Terglemer pulak bro b.r.u.t.a.l.s.o.l.o di sini sekejap.. hehe..

Wednesday, March 23, 2011

new assignment received!

Kalau sebelum ni sem lepas, sibuk dengan Latihan Ilmiah AKA Tesis.. Sem ini pula fully spent untuk Latihan Industri AKA Praktikal.

Jadi.. lepas ni.. sebelum habis praktikal, kena siapkan report untuk Latihan Industri.

Oh oh.. belum buat apa-apa lagi.. Hehe..

Ada bahagian pengalaman kena tulis dalam report.. Pengalaman sepanjang praktikal. Erm.. Apa ya?

- Pasang PC, boleh tak?

Hari tu ada PC rosak, pastu 'kampeni' nak tukar PC, tapi tak tahu pasang, saya pasangkan. Pegawai kalau ada tak kena dengan PC/printer, selalu panggil saya (walaupun tak reti mana..). Aci tak masuk dalam pengalaman? :D

- Menyiasat kes (tangkap khalwat)

- Menaip surat (dan apa-apa yang patut)

- Berunding/memberi penerangan dengan/kepada pelanggan

- Membuat kebenaran permohonan berkahwin

Apa lagi ek? Isq. Macam biasa-biasa saja yang nak letak ni. Even budak SPM* pun boleh buat ni rasanya.

* Kebetulan baca entry pasal SPM kat blog Zikri. =)

Monday, March 21, 2011

logik atau tidak

SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.

Sumber: Bujang Susah

Nota:
- Kata penyanyi Aizat, "Kau fikirlah.."
- Kata pelawak Nabil, "Lu PK lah sendiri"

Sunday, March 20, 2011

DNA oh DNA

~ Bukan susu berformula DHA ~

Kenapa Anwar tak nak beri DNA?
Kenapa ada pihak menggesa Anwar supaya beri DNA?
Kenapa ada NGO juga turut menggesa?
Apakah N-G-O sudah tinggal G-O?

Anwar taknak beri DNA kecoh
Untuk kes altantuya, takpe pulak ye?

Anwar perlu beri DNA untuk jadi PM?
Heh..
Then PM yang sedia ada, tak perlu beri DNA untuk terus jadi PM?
(rujuk kes Altantunya).

Ini pertanyaan
Bukan pernyataan.


Baca lebih lanjut:
- Reformasi Pemikiran Rakyat
- Tukar Tiub


Nota:
Beralih angin sekejap. Lama tak ber-politik. Huu.

Wednesday, March 16, 2011

apa itu cinta



Cinta itu hadiah
Mesti dihargai
Mesti dipelihara

Cinta itu anugerah
Jangan biar hilang
Jangan biar musnah

Cinta itu indah
Perlu dijaga
Perlu dihias

Cinta itu fitrah
Jangan benar dicemari
Jangan benar dinodai

Tagged:
- Cikli
- Suri


Nota:

Join contest apa itu cinta yang dianjurkan oleh Al-Hakim.

Harap-harap masih diterima, tarikh tutup hari ni (16/03/2011), he.he.. Kawan-kawan nak join? jom cepat2!

Sunday, March 13, 2011

kenduri 13-03-11

sekitar majlis..
hantaran paling menarik,
dari pengantin lelaki

amirah a.k.a adik..

saya dan ain, kawan tamhidi (matrik USIM)
orang selangor, transfer praktikal di kedah sebulan.

fikri.. kawan form 1 - form 6
(saya masuk form 6 sampai kuar result UPU je..hehe)

kawan fikri, haris namanya
(sempat lagi...:P)

ain dan adik, yang da mula kamceng

dan si kakak pun tidak melepaskan peluang!


ayya..muka apa ni...?

dua ain
ain-nun dan ain

pengantin dan saya, :)
(pssst.. terperasan,
posing macam masa kahwin kakak yang lepas, hu..)

Ok, sebagai penutup, ingin berterima kasih kepada semua yang hadir, terutama kawan-kawan saya Norain Hamzah, siap tido semalam kat umah dan telah dibuli untuk wat kerja2 ringan, he.he..

Kepada Fikri Mazlan yang sudi hadir, walaupun tanpa 'cik adik' beliau.. *last time meet him with 'his' at Amran's ceremony.

Nor Hidayah Ali, junior saya.. yang jemput melalui FB aje.. hi.hi.hi.. by the way, lot of thanks! Dan maaf, terlupa nak ambil gambar!

Akhir sekali Khairunnajah Najah Md Ariff, classmate sekolah rendah.. Yang ni, saya nak ambil gambar dia malas, sebab rasa comot, sambil mengomel2 anak yang didukungnya yang bimbang jika meragam.. anak kakak beliau. he.he.

Sekian.. Esok kenduri belah pengantin lelaki di Pendang. Lusa masuk kerja.

Monday, March 07, 2011

jemput ke rumah saya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu hadapan 13 hb Mac (Ahad) akan diadakan kenduri majlis perkahwinan kakak saya, kak yah yang sudah selamat diijabkabulkan hujung tahun lepas. Insya-Allah.

Jadi kawan-kawan yang berada di Wilayah Utara, jemput-jemputlah datang ke teratak saya yang beralamat Taman Sentosa*, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah :)

Kalau cikgu, kompem cuti kan.. ;-)
Kalau bekerja, lepas habis kerja tu boleh datang.. B-)

Yang di luar Wilayah Utara boleh juga datang, yalah, ahad kan cuti.. hehe...
(pendek kata tak ada alasan nak lari..he.he)

Kalau nak datang tapi tak expert kawasan, saya boleh ambil di mana-mana seperti stesyen bas, supermarket atau mana-mana tempat (dalam kawasan pekan Sungai Petani).

Ok, kalau ada sesiapa nak datang boleh sms saya 012.564.6274, dan bagitau nama/nickname :D

Nota:

Seminggu ni mungkin tak update, hari khamis saya nak minta cuti, sebab kak yah balik hari tu (beliau pun mengambil cuti), bolehlah saya tolong dia apa yang patut.. :)

Wednesday, March 02, 2011

derhaka kepada anak

Derhaka kepada anak. Pernahkan anda mendengarnya? Jangan disangka hanya ibubapa yang mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh anak-anak. Anak-anak juga mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh ibubapa mereka. Sudahkah kita menunaikan hak anak-anak kita?

Seringkali kita mendengar, anak tidak mahu menurut kehendak ibubapa. Bila permasalahan ini timbul, yang disalahkan ialah anak. Anak degil, anak itu, anak ini. Pernahkan terfikir, mengapa anak itu tidak mendengar kata? Mengapa anak itu memberontak?

Kurangnya masa yang berkualiti yang diluangkan bersama anak, membuatkan anak merasa jauh dari ibubapa. Masa yang ber-kuantiti sahaja tidak cukup. Yang penting adalah layanan dan perhatian yang diberikan oleh ibubapa. Bagaimana kita melayan anak kita?

Gaya bicara ibubapa, bagaimana menegur jikalau anak melakukan kesalahan. Tengking? Herdik? Pukul? Maki hamun? Perli? Kalau begitulah caranya, pasti anak itu tidak akan ‘memahami’ kehendak atau teguran kita. Sebaliknya kita hanya menambah kesakitan di dalam jiwanya dan membuat dia akan semakin memberontak di dalam hati. Apakah salahnya jika berbicara dengan baik kepada mereka?

Cakap-cakap ada mengatakan bahawa di dalam sesebuah keluarga (adik-beradik), pasti (kebanyakan,) ada salah seorang di antara mereka yang lain (baca: kurang baik) dari yang lain. Sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tidak dapat dipastikan. Jikalau hal ini benar sekalipun, jangan menyalahkan anak itu, sebaliknya siapa yang mendidik anak tersebut sehingga dia menjadi begitu?

Pilih kasih. Benar, hati manusia tidak akan terlepas dari berlaku tidak adil. Tidak salah jika ibubapa menyayangi seorang anaknya melebihi anak-anak yang lain, akan tetapi yang menjadi kesalahan adalah apabila tahap perbezaan sayang itu ditunjukkan.

Anak yang ini dibenarkan buat apa sahaja, tetapi anak yang satu lagi, ini tak boleh, itu tak boleh. Walhal, apa yang ingin dilakukan oleh anak yang kedua itu adalah sama sahaja seperti apa yang dilakukan oleh anak yang pertama.

Contoh, anak pertama mahu motorsikal. Kita beri. Anak kedua juga mahu, kenapa tidak boleh? Kadang-kadang mereka (dia) tidak menyuarakan hasrat mereka kerana takutnya mereka kepada ibubapa mereka. Takut. Kita mahu anak kita hormati kita atau takuti kita?

Kehendak mereka, kemahuan mereka, kita menafikan. Suara hati mereka tidak diendahkan. Malah acap kali mereka dilayan dengan nada kasar, malah bermasam muka. Pernahkan kita berfikir perasaan mereka bagaimana? Seburuk mana pun anak itu, mereka tetap mempunyai hak, ibubapa bertanggungjawab kepada mereka. Nafkah, perbelanjaan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan seumpamanya, termasuklah kasih sayang dan perhatian.

Pernah suatu ketika di zaman Khalifah Umar, ada seorang bapa membawa anaknya menghadap Khalifah sambil mengadu supaya anaknya dihukum kerana anaknya menderhaka kepadanya, tidak mendengar kata-katanya dan ingkar arahannya. Lalu berlakulah perbualan diantara si anak dan Khalifah.

Anak: Wahai Khalifah, tidak terdapatkan derhaka seorang bapa kepada anaknya?

Khalifah: Tentunya ada.

Anak: Bagaimanakah ianya berlaku, wahai Khalifah yang disegani?

Khalifah: Apabila hak si anak tidak dipenuhi. Diantaranya ialah mencari perempuan (bakal isteri) yang baik untuk menjadi ibu kepada anak, memberi anak makan daripada rezeki yang halal dan mendidik anak dengan contoh akhlak yang baik.

Anak: Wahai Khalifah. Sesungguhnya ibuku perempuan murahan (pelacur) dan peminum arak. Makanan yang dibawa pulang oleh bapaku pula daripada hasil perjudiannya. Malah, aku sering dilontarkan dengan ucapan maki hamun dan herdik dari mereka.

Sebagai ringkasan, si anak dalam kisah ini tidak dijatuhkan hukuman atas kesalahan menderhaka (tidak menurut perintah) bapanya kerana bapanya itu sendiri terlebih dahulu menderhaka kepada anaknya. Jangan difikir tiada istilah ‘Derhaka kepada anak’.

Kepada ibubapa, bakal ibubapa.. Janganlah kita menjadi ibubapa (atau ketua) yang hanya mahu kata-kata kita didengar, kita juga harus mendengar kata-kata (keperluan) daripada anak-anak.

Layanilah anak-anak dengan kasih dan saksama. Kita mungkin mustahil untuk berlaku adil di dalam memberi kasih sayang, akan tetapi dari segi keperluan mereka, kita wajib berlaku adil dan saksama. Berilah contoh teladan yang baik kepada mereka agar membentuk mereka menjadi baik dihari muka.

Nota:

Macam mana orang nak dengar cakap kita, kalau kita tak nak dengar cakap orang?

[Penulisan ini adalah adaptasi daripada ceramah agama yang disiarkan oleh salah sebuah radio tempatan dan diolah smula oleh penulis menggunakan ayat penulis sendiri.]