© Hakcipta adalah terpelihara.
Ada tengok filem Kecoh Betul? Dalam cerita ni,,. ada part peminta sedekah order pizza.. waaahh hebat kan? Bukan nak memandang lekeh, tapi yelah.. Mantap tu.. saya ni pun belum pernah beli pizza satu kotak besar tu.. kalau beli pun share dengan kawan-kawan.. uhukksss....
Kemudian tadi, saya dan seorang teman pergi ke KFC, makan tengahari. Sebenarnya kami berdua menebus Hot Tiket (Maxis) yang kami beli.. =) Tengah syok-syok makan kat situ, tiba-tiba ada sorang pakcik ni datang.. Dia letakkan kad ayat kursi atas meja kami berdua sambil berkata: "Derma ikhlas (seikhlas anda)".
Saya amat-amati rupanya, bukan seperti warga Malaysia. Saya mengambil beberapa helai wang kertas dan menyerahkan kepadanya atas. Kesian pun ada. Saya kemudian bertanya: "Orang mana?" Dia menjawab: "Pakistan". Ohh..
Selepas itu, pakcik itu pun beredar ke meja-meja yang lain. Saya melihat setiap meja yang dia kunjungi tidak menghampakannya. Semua orang menderma. Memang warga Malaysia ni pemurah! Kan? :)
Dah habis pusing (sempat lagi saya dan teman memerhatikannya) meja-meja yang ada, pakcik tu entah ke mana. Kami tak tahu. Tapi tak lama lepas tu, pakcik tu membawa sedulang menu KFC ke selang sebuah meja dari kami. Aik?
Apakah macam dalam cerita Kecoh Betul tu? Nampak je miskin minta sedekah, tapi sebenarnya punya banyak wang? Mampu membeli makanan yang mahal2. Apakah...,,,????
Lalu kami pun bersepakat, mungkin pakcik tu ke kaunter sebentar tadi, kemudian orang-orang di kaunter dengan baik hatinya memberi dia menu tersebut. Tapi tak mustahil juga dia membeli sendiri kan...??? Teman saya berkata: Kalau dia bayar sendiri, mesti duit awak dan duit orang-orang yang bagi tadi digunakan, kan.. HUhU..
Bila pakcik tu dah keluar, kawan saya mengusik. Entah-entah balik naik Mercedes tak? Boleh jadi..,, He.he.he.... Bukan nak berburuk sangka, tapi perkara ini ada berlaku. Harap-harap pakcik tu tak terlibat lah...


Sempat lagi snap gambar pakcik tu... kui,kui,kui,,.. :D
Oklah.. Petang ni nak gi openhouse Nasyid.FM kat Salak Tinggi, Insya-Allah. Majlis bermula jam 8 malam. Syawal dah nak abes, tapi openhouse masih meriah. Ada satu lagi openhouse Nasyeed.Com yang saya dapat hari ni, di Shah Alam tapi tak dapat pergi.. .
Ahaks, memang rakyat Malaysia pemurah! Syukur hidup di Malaysia :)
Kalau ada yang masih ingat atau pernah terbaca tentang kisah mama dan papa saya yang saya masukkan dalam entry yang terdahulu.. Namun mungkin sudah agak lama sebenarnya.. :)
Mama dan papa sebenarnya rakan blogger saya seawal musim penglibatan pengenalan saya dengan dunia blog. Tahun 2006, kami berkenalan. Pada masa itu mama dan papa baru bertunang. Tahun 2008, mama dan papa berkahwin, dan saya ada hadir ke majlis mereka di sebelah rumah papa, Gemas, Negeri Sembilan.
Yang paling best sepanjang 'persahabatan' dengan mereka ialah, nama gelaran saya antara mereka; baby. =) Masa pergi rumah papa dulu, papa ada berpesan sebelum pulang ke Nilai, "baby, kalau ada apa-apa nanti bagitau papa ek,". :)
Ohhoho.. ada kawan saya jeles tau dengan gelaran baby nih.. ha.ha.. Ohya, saya juga ada auntie, jaja. Juga kawan blog mama dan papa. So, merangkap my auntie lah.. :D Tapi diorang dah tak aktif berblog..fb aje....
Baru-baru ni papa ada umum tentang openhouse di rumahnya di Salak Tinggi, 18-09-2010. Memandangkan saya pun available waktu tu nak ke sana, dan tidaklah begitu jauh dari Nilai, saya pun pergi. Ajak kawan ikut sama.. Lama tak jumpa diorang. Huu.. dua tahun jugaklah..
sorang driver, sorang pengikut.
dua2 my friends
tak pakai baju raya di hari openhouse...
kata mama, sibuk..
kazim nak saya punya hp.. hehe
mane boleh jijim.. :B
saya dan kak na,
also my friend. a good friend. ;)