© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, July 29, 2010

jodoh dan takdir

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang raja ratu di jiwa
Tempat untuk ku curahkankan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan

dia penghibur dan jua peneman
hati yang sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yang menawan

tidak ku harap yang hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan

biarpun derita yang menjadi rintangan
ketulusannya yang tiada bandingan
tercipta sungguh ayu indahnya peribadi insan..

Ya Allah tidak ku pinta yang menawan
tidak ku harap yang hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan

biarpun derita yang menjadi rintangan
ketulusannya yang tiada bandingan
tercipta sungguh ayu indahnya peribadi insan


Singer: MISK

Genre: Nasyid

Wednesday, July 28, 2010

hari tanpa plastik

barang tanpa bungkusan

Mungkin bagi kalian yang berada di bandar-bandar di negeri Selangor atau di lain-lain tempat, bukan perkara makhluk asing lagi apabila membeli belah pada hujung minggu; Sabtu, anda tidak akan dibekalkan dengan plastik. Boleh jika meminta plastik, akan tetapi charge akan dikenakan untuk setiap palstik yang dimohon.

Akan tetapi perkara ini tersangatlah asing buat diriku dan teman yang telah terlibat dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu yang lalu... Semuanya gara-gara tidak pernah membeli-belah di daerah lain kecuali Nilai tercinta setakat ini..

Petang Sabtu, saya dan teman saya dibawa oleh abang dan kakak ipar beliau ke Pasaraya Giant Hulu Langat, Selangor. Kami sebenarnya mahu ke UKM, alang-alang hampir dengan rumah abang sang teman, maka kami pun bermalam di rumahnya..

Masa bayar di kaunter, tiba-tiba pelik. Eh, kenapa akak kaunter ni tak bagi plastik? Lupe ke ape? Lalu teman saya berkata: Akak, takde plastik ke? Lalu si cashier itu menjelaskan: Takde plastik hari ni, kalau nak boleh, tapi kena bayar.

Ekh.. Ok lah. Kami pun tak jadi nak mintak plastik, malas kena bayar lebih. Siapa yang mahu bayar lebih? Ho.ho.. Kedekut ke kami??

Yang lebih kelakar, rupanya abang kawan saya ni pun tak tahu rupanya di sini mempraktiskan; tiada plastik pada setiap hari Sabtu.. Ha.ha.. Nasib baik jugalah, pergi dengan kereta. Jadi sumbat ajelah dalam kereta tu.. Hek3..

Haisyhh.. Nasib baiklah Giant Nilai tak buat macam tu. Dah la kami yang biasa ke Giant tu berjalan kaki dengan tangan kosong.. Kalau dibuatnya sistem tak ada plastik tu..tak ke haru biru...???

http://www.biomil.com.my/v2/images/giant-logo.png

"Takde plastik?? Humm..takpelah, tak jadi beli. Terima kasih"
ayat dalam pemikiran yang bakal digunakan.. huU..

Monday, July 19, 2010

entry ke-600

Wah..??!

He.he.. Baru terasa sudah banyak menulis entry dalam blog ini. Tapi kalau dikira berdasarkan tahun.. tak memadai usia 4 tahun blog ini wujud, dan bilangan entry yang telah terhasil.. masih sedikit untuk diraikan. Iyakah? ;-)

Minggu lepas, saya telah menghantar Research Proposal kepada supervisor saya. Terima kasih di atas sokongan rakan-rakan blogger yang banyak memberi nasihat dan peransang semangat untuk menyiapkan proposal pada cuti semester yang lalu :)

Juga terima kasih yang tidak terhinggak kepada rakan-rakan yang telah menjawab soalan survey yang saya kirimkan melalui email..

Minggu ini, Rabu nanti saya akan kembali bertemu dengan supervisor untuk membincangkan tentang proposal saya. Jika tiada aral melintang, boleh meneruskan penulisan kajian ilmiah atau tesis itu pada bab yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Jika terdapat perubahan ke atas proposal yang harus dilakukan, juga masih tidak mengapa, pastinya ada penambahbaikan yang boleh dilakukan, kan?

Wish me luck!
Love you all :X

Thursday, July 15, 2010

setem 30 sen

Hai semua! Assalamualaikum.. Apa khabar semua hari ini? Semoga sihat-sihat dan ceria-ceria selalu. Jangan masam-masamkan mimik muka anda, senyumlah selalu. Insya-Allah hati, jiwa dan minda akan semakin tenang. Keserabutan yang melanda, pasti beransur hilang... Mudah-mudahan.

Ops..panjang pula pendahuluannya ya? He.he.. Lama juga rupanya eden tidak meng-update blog ini. Seminggu.. Lama tuh... Ada sesiapa rindukan saya? ;-)



Sekarang saya sudahpun berpindah ke hostel yang baru. Dulu di Camellia Court, kini di Sutera Indah. Di Sutera Indah tiada khidmat wireless, sebab itu tak dapat online (daring ya masdin? :)) macam biasa. Sekarang ini saya di kampus, di makmal komputer. Barulah boleh online.

Ok. Berbalik kepada tajuk. Kenapa setem 30 sen? Baru-baru ini saya ingin mengirimkan surat kepada satu syarikat jualan elektronik. Saya pun pergi kepada kaunter Pos Malaysia yang ada di dalam Pasaraya Giant Nilai..



[Perbualan]

Saya: Akak, nak setem 30 sen satu.
Staff: Setem 30 sen surat tak sampai dik.
Saya: Ye ke? Paling murah berapa sen? (bajet ekonomi..he.he)
Staff: 60 sen.
Saya: Oh? Kad raya pun 60 sen ya?
Staff: Ya.. sekarang semua macam tu..
Saya: Ok, nak satu 60 sen..

Rupanya dah tak laku setem 30 sen... Kalau ya pun, 30 sen, kena ada dua, bagi menjadikan nilainya 60 sen. Pos, pos.. tak lama lagi makin berkuranglah pelanggan. Sekarang pun dah berkurang....

**************************

Psstt..
Kepada aby, cikli, knk, zikr, k. sikin dan lain-lain yang saya tidak membalas atau memberi komen kepada kalian, saya memohon maaf kerana site-site kalian tidak dapat saya lawati, masalah privacy dan block di universiti saya. Maaf ya. Nanti saya online di cyber cafe atau warnet, saya lawat semula ya..

Thursday, July 08, 2010

balik nilai

Esok pagi saya akan berangkat ke Nilai, Negeri Sembilan. Oh semester baru sudah pun mahu bermula. Jadi tiada entry untuk esok. Jumpa lusa, tulat.. insya-Allah.. ;-)

Ups.. pendek pula entry nih.. he.he
:D

Wednesday, July 07, 2010

Pu Tam

Rindu yang bertandang

Tiba-tiba, saya teringat tentang Pu Tam. Sebenarnya bukan tiba-tiba, malah sering mengingati dan merindui Pu Tam. Dialah adik saya, dialah kawan saya, dialah alat permainan saya.

Saya mengenali Pu Tam lebih kurang pada usia 7 tahun. Pada masa itu Pu Tam berlegar-legar dihalaman rumah nenek saya. Oh ya, dahulunya saya tinggal bersama nenek di kampung. Pu Tam menangis dan merayu-rayu di luar rumah. Mungkin kelaparan..

Jadi saya yang kasihan melihat dan mendengarkannya, saya memanggil dia ke belakang rumah. Saya membancuh susu pekat manis santan kelapa muda dan menuangnya di dalam piring.

Saya tempatkan Pu Tam di ruang kosong yang ada di antara rumah dan tandas. Orang dulu-dulu kan tandasnya di luar rumah. Sebenarnya, saya takut nenek marah saya beri Pu Tam makan minum.. Sebab tu buat di belakang rumah. He.he..

Pu Tam. Kenapa saya letak namanya Pu Tam? Nama itu mewakili warna bulu yang ada pada badannya, pu-tih dan hi-tam. Maka jadilah Pu Tam =)


(gambar sekadar hiasan: sumber)

Saya tak ingat macam mana Pu Tam boleh tinggal bersama saya, atau bila nenek membenarkan saya memelihara Pu Tam. Apa yang saya tahu, saya selalu bermain dengan Pu Tam. Mungkin nenek kasihan melihat cucunya yang 'tiada kawan' ini.. he.he..

Pu Tam sangat comel, cantik, manja.. Kaki Pu Tam seolah-olah memakai stoken..



Pu Tam suka datang dan duduk dekat atas riba saya. Bila saya baring, dia pun baring di atas perut saya. Bila saya melentang, dia berbaring-baring di atas belakang saya. Pu Tam memang manja.

Kalau tidur, saya suka tidur bersama Pu Tam. Dulu saya tidur dalam kelambu bersama nenek. Kami tidur di atas tilam yang diletakkan di atas lantai. Tapi nenek akan marah kalau dia nampak Pu Tam menghampiri kelambu. Nenek tak tahu yang cucu dia setiap malam 'memanggil' Pu Tam untuk tidur bersama. :D

Saya akan sembunyikan Pu Tam dalam selimut. Bila nenek dah pejamkan mata, baru saya angkatkan selimut yang menutup Pu Tam. Pu Tam tidur di sebelah kanan saya.

Pernah suatu hari, saya pulang dari sekolah waktu zohor. Pu Tam tak ada di rumah. Iyalah, biasanya Pu Tam ada di rumah. Dia tidak ke mana-mana melainkan sekitar kawasan rumah. Saya panggil, Pu Tam tak menjawab, apa lagi datang kepada saya. Pu Tam tak pernah buat macam tu.

Saya menangis, dan tak nak makan sebab Pu Tam tak ada. Puas nenek memujuk dan siap nak suapkan nasi ke dalam mulut saya, tapi saya tak mahu juga. Saya nangis dan menangis..

Hinggalah hampir waktu asar, baru Pu Tam muncul. Dia datang kepada saya. Lekas saya memeluk dan memarahinya sebab pergi merata-rata tak bagitau pulang lambat. Lepas tu Pu Tam dah tak buat macam tu lagi... :)

Bila saya berumur 10 tahun, ayah saya mengajak saya bersekolah di bandar, tinggal dengan keluarga saya. Saya tidak bersedih untuk meninggalkan sekolah dan kawan-kawan sekampung, tapi saya sedih untuk meninggalkan Pu Tam dan Merah, anak angkat Pu Tam.


(gambar sekadar hiasan: sumber)

Pada mulanya saya memanggil Merah sebagai Oren sebab bulunya warna oren. Tapi datuk saya memanggilnya Merah. Jadi terpaksalah saya beralah memanggilnya Merah juga.

Lepas saya tinggal bersama keluarga saya, Pu Tam meninggal. Bila saya balik kampung, nenek beritahu. Saya menangis. Tapi di luar rumah. Tinggal Merah seorang seekor.

Dah lama lepas tu pula, Merah pergi meninggalkan saya. Kata datuk, Merah dilanggar kereta. Siapakah yang begitu kejam??! Saya menyumpah seranah orang itu, walaupun tak tahu siapa gerangannya.

Di rumah ibu bapa saya, juga ada kucing. Tapi tak sama. Memang tak sama. Sebab di kampung, kucing-kucing tu milik saya. Di bandar, kucing-kucing tu milik abang dan kakak saya.

Saya sangat sayang Pu Tam. Paling saya sayang. Setiap kali bila saya rindu dia, saya akan menitiskan air mata.

Sehingga sekarang, bila saya ingat dia....

Pernah saya berdoa pada Tuhan, bila saya mati kelak, beri saya berjumpa dengan Pu Tam. Sebab saya sangat rindu dan sayang dia.



Tuesday, July 06, 2010

camar kelukaan

Di suatu ketika
Pernah kau hinggap ke sisiku
Sayapmu terluka
Kau pinta ku merawatinya

Dengan segala keterbatasan

Aku mencari segala penawarnya
Kau bagai dilahirkan kembali ke dunia nyata
Kau terbang semula

Kemuncak yang ingin kau tawan

Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Demi kejayaan

Ada harga perlu dibayar
Ku menjadi perisaimu
Bila panah menghujani kita

Apabila engkau merasa tercabar

Kau anggap aku menjadi sainganmu
Tidakkah engkau menyedari persamaan kita
Hanya camar maya

Biarkan aku terbang melayang bersendirian

Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Biarkan aku terbang melayang bersendirian

Tinggalkan aku mencari arah jalan ku pulang

Kemuncak yang ingin kau tawan

Itulah jua yang ku impikan
Kau bawa ku pergi bersama menongkah arus
Terbang ke langit menggapai awan

Semua ini satu ketentuan
..

Singer: Saff-One
Album: Sandaran Cinta
Source: LirikNasyid

Monday, July 05, 2010

lagi-lagi tesis

Thesis proposal masih dalam pembikinan macam nak wat filem la pulak.. Separuh. Masih ada yang compang camping belum sempurna...

Sekarang ini sedang merangka soalan survey untuk diedarkan secara maya kepada rakan-rakan blogger sekalian. Kamu la, yang sedang membaca ini.. ;-) Hehe..

Harap kalian semua sudi membantu saya untuk menjawab soalan-soalan berkenaan, ameen..


Sesiapa yang baik hati boleh meninggalkan email anda, nanti senang saya hantar soalan survey. :D

Sekali lagi, tajuk tesis saya (setelah dialihbahasa):
"Hak dan Tanggungjawab Seorang Blogger di bawah Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Malaysia"

Soalan ini mempunyai dua kategori:

1) Hak dan Tanggungjawab di bawah Undang-Undang Syariah;
Semua rakan-rakan blogger beragama Islam tidak kira memiliki mana-mana kerakyatan boleh menjawab.

2) Hak dan Tanggungjawab di bawah Undang-Undang Malaysia;
Semua rakan-rakan blogger mempunyai kerakyatan Malaysia tidak kira mana-mana agama boleh menjawab.

Sekian, terima kasih.

Salam sayang,
puteri
B-)

Sunday, July 04, 2010

cerita asmara

Bukan sebuah tajuk lagu.

Tiba-tiba terkenang kisah-kisah lama.
Jemari pun gatal meronda-ronda di internet.
Mencari dia, dia, dan dia.
Tapi sebenarnya yang ku cari hanya satu.
Yang tertulis dalam kisah hidupku
Tahun 2007,,..

Seketika hati terusik.
Blognya sudah lama tidak ku lewati.
Bertahun-tahun lamanya
Semenjak kepergiannya
Tiada khabar berita
Tanpa sebarang kata
Dia pergi jua

Sehingga dia kembali melawatiku
Di awal tahun lalu..
Memaksa hatiku berdegup kencang
Namun dapat ku agak
Apa gerangan yang membawanya
Mengingat aku semula
Pasti majalah itu
Majalah yang merakamkan karya kita

Siapa sangka
Langsung tidakku menduga
Karya kita diterbitkan bersama
Dalam majalah yang sama
Di muka surat bersebelahan
Oh Tuhan
Melihat namamu jua mengingatkan aku
Kisah yang lalu

Blogmu kembali tidak terusik
Kau biar ia sepi
Dan komentar ku terdiam di situ
Katamu
"Kehadiranmu dinanti"
Namun kau kembali menyepi

Tapi itu dulu
Tiga tahun yang lalu
Yang tertinggal kini hanyalah kenangan
"Anggaplah kita sepasang kekasih yang tidak ditakdirkan bersama"

kawan-kawan kita

Kawan biasa datang dan pergi
Kawan baik bersilih ganti
Hanya kawan sejati yang kekal abadi..

Kawan biasa
Bila kita susah
Dia tolong
Bila dia mampu

Jika dia mahu
Sekurang-kurangnya
Bila dia susah nanti
Kita pula akan menolong dia

Kawan baik
Bila kita susah
Dia tolong
Sekali sekala

Bila berkali-kali
Dia kata
Kita mempergunakan dia
Mengambil kesempatan ke atasnya

Kawan sejati
Bila kita susah
Dia tolong
Walaupun kita tak minta

Malah dia tak harap balasan
Sehabis daya dan usaha
Dia sanggup lakukan

Demi kawannya...

-nurfatimahz AKA puteri-
9.35 am / 04-07-10

Saturday, July 03, 2010

cerdik dan baik

Jadilah orang yang cerdik dan baik.

Kalau baik, tapi tak cerdik
Maka orang itu akan kena tipu.

Kalau cerdik, tapi tak baik
Maka orang itu akan jadi penipu.

Jadi kedua-dua ini perlu seiringan
Cerdik dan baik.

Sekian, wassalam
:-)

Friday, July 02, 2010

a sms birthday wishes

Terima kasih kepada yang sent me sms on 14th June. Yang wish lepas-lepas tu pun terima kasih jugak.. ;-)

-->> Shiela (12.03 am)
"Selamat Hari Lahir K.Imah. I Miss U"

-->> Asya (12.06 am)
"Salam. Ola juz wanna wish u "Happy Birthday".. Hope u will happy always. take care, luv u ;-)"

-->> Faradila (12.13 am)
"Hepy besday..sweet 22! smoga cpt2 brtemu jodoh. ameen."

-->> Nik Atikah (12.17 am)
"Heppy birthday. Smoga pnjg umur, smoga murh rezeki, smoga brjaya d dunia dan akhirat, smoga cepat kawen, jgn lupe doakan kite cpt kawen jugak tau. hehe"

-->> Abang [my first brother] (06.27 am)
"Selamat Hari Jadi"

-->> Hartini (7.50 am)
"Salam.. epy besday.. :-) sory i'm late.. moga dirimu drahmati Allah sentiase..amin ;-)"

-->> Kak Not [one of my sisters] (10.16 am)
"Salam. selamat hari lahir. smg sentiasa dalam rahmat dan kaseh ILAHI"

-->> Wahidah (12.51 pm)
"Camat ari tue :D"

-->> Dia (12.44 am [the end of the day])
"Apy besday"

Ok. Itu je sms besdae wish yang diterima pada hari dan malam tarikh lahir. Seterusnya,,, semasa menjelajah blog2 yang ada.. Saya tertarik dengan entry kak suri pasal wanita dan 4 unsur tu, amek satu yang berkaitan..

~ WANITA ANGIN ~

Mereka ini lahir di bawah lambang:
Gemini (22 Mei-21 Jun),
Libra (24 September-23 Oktober)
Aquarius (21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.

*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

(sumber xleh copy kat k.suri punya, jadi amek di sini)


Thursday, July 01, 2010

hati-hati dengan rasa rindu

Oleh: Syaikh Aidh Al Qarni

Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, keterputuasaan dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.


“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?” (QS Al Jatsiyah: 23)


-Akulah yang menarik ujung kematian itu, siapakah yang akan dituntut padahal si korban adalah si terdakwa itu sendiri-


Maksud bait syair ini, kita berhak merasakan sakit dan menderita sebab kita adalah penyebab utama dari semua yang terjadi pada diri kita. Seseorang yang berasal dari Andalusia menyombongkan dirinya karena bisa merasakan suka yang melebihi batas.


-Sebelum aku, orang mengeluh berat berpisah, dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup.

Jika rusuk2ku menghimpun, maka aku tidak akan lagi mendengar dan tidak pula melihat-

Bila saja diantara tulang2nya berhimpun ketaqwaan, dzikir, kesadaran rohani dan ilahiyah, maka kebenaran akan bisa dicapai. Disamping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan terlihat.


“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syetan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa bila mereka ditimpa was2 dari syetan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan2nya” (QS Al A’raf : 200 – 201)


Ibnul Qayyim telah memberikan terapi yang sangat manjur tentang masalah ini dalam bukunya yang sangat terkenal Ad Da’wad Dawa’ atau Al Jawab asy Syafi’ an Man Sa’ala ‘anid Dawa’ asy Syafi’. Saya sarankan pembaca untuk merujuk kepada kedua buku tersebut. Rasa suka yang berlebihan itu banyak sebabnya. Diantaranya,


1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, dzikir, dan ibadah kepada Allah.

2. Membiarkan mata jalang. Mengumbar mata adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 laki2 yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (QS An Nur:30)


Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’


-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.

Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, dzikir, doa, dan sholat nafilah. “Sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar” (QS Al Ankabut : 45)


Ada pun obatnya,

“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” (QS Yusuf: 24)

1. Berusaha untuk selalu berada dipintu2 ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.


2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. “..mereka menahan pandangannya dan memelihara

kemaluannya..”(QS An Nuur : 30), ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.


4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami denagn harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)


5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)


” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)


Rasulullah bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah.”


(sumber)

muflis

siapakah orang yang muflis?

Suatu hari Rabusullah S.A.W bertanya kepada beberapa orang sahabatnya dalam satu kumpulan. "Tahukah kalian siapakah orang yang muflis?". Lalu salah seorang dari kumpulan sahabat itu menjawab. "Yang muflis diantara (baca: bagi) kami ialah orang yang kehilangan segala harta dan kepunyaannya Ya Rasulullah,".

Kemudian Rasulullah S.A.W membalas, "Tidak,". Apakah jawapan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya itu?

Orang yang muflis sebenarnya ialah, mereka yang pada hari Akhirat kelak kehilangan segala pahala amalan dan kebajikan yang mereka lakukan di dunia ini.

Semasa menuju ke muka pengadilan mahkamah Allah Taala, setiap orang akan membawa pahala masing-masing, sikit, banyak, bertimbun-timbun dan sebagainya.

Maka apabila tiba giliran mereka untuk dibicarakan, Allah akan menilai kebaikan dan keburukan yang pernah mereka lakukan. Sekiranya ada keburukan yang mereka lakukan kepada manusia seperti menzalimi, menyakiti, menganiaya dan seumpamanya, maka orang-orang yang menjadi mangsa itu pada hari itu mereka sama-sama dikumpulkan dengan orang yang sedang dibicarakan. Termasuklah binatang.

Mereka akan menjadi saksi atas kezaliman yang pernah orang itu lakukan kepada mereka. Lalu, orang yang mebawa pahala bertimbun-timbun tadi akan berkurangan pahalanya. Kerana apa? Pahalanya diberikan kepada orang yang dianiayanya. Lagi banyak kejahatan yang dilakukan, maka lagi banyak pahalanya yang hilang. Bukankah dia seorang yang muflis?

Tatkala habis pahalanya, namun masih ada kezalimannya yang tidak terbayar kepada orang yang disakitinya itu, maka dosa orang itu pula diberikan kepadanya. Pikullah dia akan segala dosa-dosa itu...

Mahkamah Allah Taala tidak akan ada sebarang penipuan, rasuah atau ketidakadilan. Setiap amalan manusia akan dihitung walau perbuatannya itu; baik atau buruk hanyalah sebesar zarah.

Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-Nya.

***********************************************

Petikan kuliah Maghrib yang disampaikan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.