© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, July 28, 2010

hari tanpa plastik

barang tanpa bungkusan

Mungkin bagi kalian yang berada di bandar-bandar di negeri Selangor atau di lain-lain tempat, bukan perkara makhluk asing lagi apabila membeli belah pada hujung minggu; Sabtu, anda tidak akan dibekalkan dengan plastik. Boleh jika meminta plastik, akan tetapi charge akan dikenakan untuk setiap palstik yang dimohon.

Akan tetapi perkara ini tersangatlah asing buat diriku dan teman yang telah terlibat dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu yang lalu... Semuanya gara-gara tidak pernah membeli-belah di daerah lain kecuali Nilai tercinta setakat ini..

Petang Sabtu, saya dan teman saya dibawa oleh abang dan kakak ipar beliau ke Pasaraya Giant Hulu Langat, Selangor. Kami sebenarnya mahu ke UKM, alang-alang hampir dengan rumah abang sang teman, maka kami pun bermalam di rumahnya..

Masa bayar di kaunter, tiba-tiba pelik. Eh, kenapa akak kaunter ni tak bagi plastik? Lupe ke ape? Lalu teman saya berkata: Akak, takde plastik ke? Lalu si cashier itu menjelaskan: Takde plastik hari ni, kalau nak boleh, tapi kena bayar.

Ekh.. Ok lah. Kami pun tak jadi nak mintak plastik, malas kena bayar lebih. Siapa yang mahu bayar lebih? Ho.ho.. Kedekut ke kami??

Yang lebih kelakar, rupanya abang kawan saya ni pun tak tahu rupanya di sini mempraktiskan; tiada plastik pada setiap hari Sabtu.. Ha.ha.. Nasib baik jugalah, pergi dengan kereta. Jadi sumbat ajelah dalam kereta tu.. Hek3..

Haisyhh.. Nasib baiklah Giant Nilai tak buat macam tu. Dah la kami yang biasa ke Giant tu berjalan kaki dengan tangan kosong.. Kalau dibuatnya sistem tak ada plastik tu..tak ke haru biru...???

http://www.biomil.com.my/v2/images/giant-logo.png

"Takde plastik?? Humm..takpelah, tak jadi beli. Terima kasih"
ayat dalam pemikiran yang bakal digunakan.. huU..

14 comments:

Norasikin said...

Pernah kena tp diaorg ada tulis kat tepi kaunter jd tak terperanjat sgt. Skrg ni mcm diaorg tak praktikkan lagi je. Dah setahun tak kena

Aby Umy said...

selamat malam puteri

bise ke put tanpa plastik

Bangauputih said...

pengalaman yang seru puteri, :-)

puteri said...

k. sikin -->>

huh.. kalw ada statement n pringatan kek mano2 tu not badlah kn.. takde la trkjut sgt.. haisyyhh.. mmg xble lupa saat tu..

:)

puteri said...

aby -->>

tak best beli tnpa plastik.. nak plastik kene bayar.. mmg tak best langsung!

puteri said...

bangauputih -->>

seru itu apa ya?
serupa kah?
:D

Belajar Ilmu Komputer said...

thnks ilmunya sob bermanfaat bagi pembaca khususnya bagi saya sendiri..
teruslah membuat artikle yang bermanfaat semangat happy blogging..
bila berkenan kita tukeran link yahh..kalau mau comment di bloggku yah.. thnks sebelumnya

puteri said...

belajar ilmu komputer -->>

panjang benor namanya.. he.he..
selamat berblog!

suri said...

pakai jerr beg kertas hehehe..ke bawa bakul ok gak, hohoohooo

puteri said...

kalau dah tak biasa tu.. pegi mana tu tangan kosong saja kak.. huu

suri said...

ngra kita tak mcm org barat kans...

mrka guna kertas jer hehehee..

Benrauf 2.0 said...

amalkan bawa beg sendiri.

puteri said...

k. suri -->>

xleh gune krtas dah..
plihara pokok.. hehe

puteri said...

benrauf -->>

amalkn bli blah skit2 je :D