© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, June 24, 2009

promot

Konsert Amal MISI (malam irama seni Islam),
Pesta Konvokesyen ke-7 USIM.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bakal mengadakan Pesta Konvokesyen yang ketujuh (C-FEST 7) pada 29 Julai - 2 Ogos 2009 bertempat di kampus induk USIM, Nilai, Negeri Sembilan.

Pada hari Sabtu (01Ogos 2009), kami akan menganjurkan konsert MISI (Malam Irama Seni Islam) berkonsepkan konsert amal, di mana sebahagian daripada kutipan hasil jualan tiket konsert berkenaan akan disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan.

Konsert MISI kali ini menampilkan kumpulan Mestica, dan artis undangan Suhaimi, insya-Allah bersama isterinya, Ina, serta ramai lagi.. Tiket konsert boleh didapati dengan harga RM3 (biasa), RM5 (sederhana), RM10 (vip) dan RM15 (vvip).

Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh berhubung dengan Saudara Hussein (Pengarah Konsert/ 019-6106916), juga melalui saya Nur Fatimah (Perhubungan Konsert/ 014-8440190). Sekali lagi, dijemput kalian semua untuk memeriahkan Pesta Konvokesyen USIM pada 29 Julai - 2 Ogos, dan terutamanya Konsert MISI pada 1 Ogos 2009. Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum dan salam hormat.


*******************************************

+VIP dan VVIP (RM 15/ 10)
+tempat duduk di hadapan, kerusi banquete,
cenderamata dari kami, dan sesi bergambar bersama artis
+vvip, dua baris depan
+vip, bermula baris ketiga

+sederhana (RM 5)
+kerusi biasa, belakang kerusi vip..

+biasa (3)
+belakang sederhana/atas

---lokasi: Stadium Tertutup Nilai, N9
---kampus induk USIM, nilai, N9 (berhadapan stadium)

Tuesday, June 23, 2009

selamat hari lahir

lirik : nurfatimahz AKA puteri

(A)
bersiul burung-burung
berlagu merdu mesra
bagaikan turut sama
meraikan dirimu

(A)
tiada kata indah
yang dapat ku susunkan
lantas pada irama
aku membicarakan

(B)
dendangan lagu ini
ku nyanyikan buatmu
hadiah istimewa
hari kelahiranmu..

(B)
selamat panjang umur
semoga diberkati
Tuhan makbulkan doamu
rahmat seluruh hidupmu

(C)
selamat panjang umur
selamat berbahagia
ucapku kepadamu
selamat hari lahir..

-nurfatimahz, 25 Mei 2008-


Monday, June 22, 2009

kadangkala


Adakalanya kita terasa kelam walau mentari sebenarnya menerang cerah
, adakalanya kita merasa sukar walau hakikat ianya terlalu mudah, dan adakalanya kita tersasar, walhal landasanNya terbentang sudah..


-nurfatimahz-

Sunday, June 21, 2009

nia ayuni - part 1

Setelah lima tahun menanti kehadiran cahayamata, akhirnya Azmi telah menjadi seorang bapa dan Nurul menjadi seorang ibu. Nia Ayuni selamat dilahirkan dengan sempurna. Hidung dan matanya mirip dengan Azmi, manakala bentuk wajahnya pula saling tak tumpah seperti Nurul. Mulus kulit Nia Ayuni, suci, putih bagai kapas yang bersih tanpa sebarang kotoran.

Hasrat bergelar ibu dan bapa tercapai jua. Syukur pada Tuhan tiada terkira. Azmi mengucup pipi dan dahi Nurul, tanda cinta dan terima kasih. Air mata Nurul mengalir keharuan. Tuhan mengizinkannya memiliki zuriat hasil perkongsian hidup bersama Azmi, suami tercinta. Nia Ayuni merupakan gabungan nama mereka berdua. Nia untuk Nurul, dan Ayuni untuk Azmi. Nia Ayuni binti Azmi.

Nurul masih membelai Nia Ayuni yang baru sahaja tidur. Nurul perasan sejak akhir-akhir ini, Nia Ayuni cepat keletihan dan sering menangis. Nurul cuba menyusukan Nia Ayuni, barangkali Nia Ayuni belum puas menyusu. Tapi, Nia Ayuni tidak mahu disusukan. Bila penat menangis, Nia Ayuni akan tertidur sendiri. Naluri keibuan Nurul meneka ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya.

Nia Ayuni semakin lemah. Menangis pun dalam nada yang terlalu perlahan. Azmi dan Nurul hanya mampu melihat satu-satunya permata mereka terlantar di atas katil Hospital Selayang dengan wayar-wayar yang seakan membelit anak mereka itu. Hati ibubapa mana yang tidak pilu melihat anak kecil mereka terlantar sebegitu? Azmi dan Nurul hanya mampu berdoa selain berikhtiar moga-moga Nia Ayuni akan sembuh.

Segalanya bermula sejak tiga minggu yang lalu. Nia Ayuni tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri diribaan Nurul selepas diberi susu. Bagai si buta kehilangan tongkat, Nurul kehilangan punca. Selepas seketika, Nurul menghubungi Azmi yang sedang bekerja. Pantas Azmi pulang membawa Nurul dan Nia Ayuni ke hospital. Nurul menangis tersedu-sedu sambil memeluk Nia Ayuni. Azmi memujuknya agar bersabar. Doa dalam hati, Nia Ayuni tidak apa-apa.

Usai sahaja Doktor Yusri menjalankan pemeriksaan ke atas Nia Ayuni, beliau mengesahkan bahawa Nia Ayuni dikenalpasti menghidap penyakit tiada saluran hati ke hempedu. Terpana Nurul dan Azmi, tidak percaya kenyataan pahit yang harus ditelan mereka itu. Tangis Nurul makin esak. Tambah Doktor Yusri, Nia Ayuni perlu menjalankan pembedahan pemindahan hati secepat mungkin bagi memulihkan keadaannya.


Azmi bermundar-mandir di ruang legar hospital. Nurul menemani anak mereka di dalam sana. Sudah dua minggu berlalu, namun masih belum ada seorang pun yang tampil untuk menjadi penderma hati kepada Nia Ayuni. Sayang sekali hati Azmi tidak sesuai untuk Nia Ayuni. Hati Nurul pula tidak dapat didermakan kerana Nurul mempunyai masalah kesihatan yang melarangnya dari berbuat demikian. Hari terasa kelam walau mentari masih bersinar.

Berbagai cara untuk menghebahkan bahawa Nia Ayuni yang berusia sembilan bulan itu memerlukan penderma hati secepat mungkin telah Azmi lakukan. Namun hampa. Masih tiada penderma hati yang ditemui buat anaknya. Nurul merupakan sebatang kara. Sedangkan Azmi pula, saudara-maranya telah lama berhijrah ke luar negara dan tidak dapat dihubungi. Bagai jatuh ditimpa tangga, Azmi hanya mampu berharap ada insan lain yang dapat membantunya.

Kini, sudah masuk minggu ketiga Nia Ayuni ditempatkan di dalam wad. Beberapa hari lepas, beberapa orang pemuda dan wanita telah tampil membuat ujian kesesuaian hati mereka untuk didermakan kepada Nia Ayuni. Azmi sangat-sangat berterima kasih kepada mereka walaupun keputusan ujian itu belum dikeluarkan. Azmi memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana masih ada insan-insan yang bersimpati dengan anaknya.

bersambung....

Saturday, June 20, 2009

dirundung malang

bagaikan jatuh ditimpa tangga

Semuanya berlaku pada dalam waktu yang hampir sama. Begitulah ibarat yang selayaknya untuk digambarkan bagaimana saya dan jawatankuasa saya bagi Konsert Amal MISI (Malam Irama Seni Islam) yang bakal dilangsungkan pada 1 Ogos 2009 nanti...

Pertamanya, status tempat program yang entah tidak dapat dipastikan. Ini kerana seperti yang pernah saya maklumkan Stadium Tertutup Nilai akan kembali bertukar tangan kepada pihak kerajaan negeri. Jadi, sekiranya konsert ini diadakan di lokasi lain, maka terdapat beberapa kekurangan dan kerugian bagi pihak kami.

Kedua, artis yang kami panggil untuk konsert pada malam itu ialah kumpulan Raihan. Setelah perjanjian dan persetujuan berlaku antara dua pihak, maka invois Raihan telah dihantar kepada kami pada 11 Jun yang lalu. Namun tiba-tiba, pada 18 Jun, Raihan menarik diri daripada program kami kerana bakal mengikut persembahan yang lebih gah yang bakal berangsung di Shah Alam pada malam tarikh yang sama. Teruk betul! Pandai janji, tapi tak pandai tepati. Dahlah, blacklist lah Raihan dari senarai kami.

Ketiga, status penempatan sepanjang gerak kerja yang sebahagian urusetia ditempatkan di Nilam sudah pun berakhir atas arahan pejabat asrama Nilam. Sepatutnya ia berakhir pada 24 Jun, namun pihak asrama telah mengeluarkan arahan supaya kami mengoongkan asrama Nilam serta merta keeokan pagi (19 Jun '09).

Keempat, kami terpaksa merempat di asrama Camellia. Staff Camellia datang dan mengambil beberapa maklumat daripada kami. Walaupun pada mulanya kami terpaksa menadah telinga untuk seketika, namun, Alhamdulillah, untuk sementara waktu ini, pihak Camellia membenarkan kami menumpang buat sementara waktu. Kawan-kawan saya cakap, "lebih baik daripada kena halau macam asrama yang satu lagi". Asrama yang mana? Fikir-fikirlah.

Dan akhirnya masalah kelima, merupakan masalah yang juga besar buat saya.. Masalah line internet yang mengalami masalah hingga menyukarkan saya dan rakan-rakan untuk melayari internet. Oh, sangat sedih.. :( Tak dapat nak online, update selalu... =((

Friday, June 19, 2009

lukisan rindu

oleh: are-buddy

Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang tak bisa ku lari dari nya
Lukisan rindu yang terlakar di wajah ku
Hadir dari hati yang di himpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih Allah
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipi ku
Sambil di bibirku berselawat mengingati mu
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah

Ku harapkan rahmat Allah
Ku harapkan syafaat mu
Agar bisaku bersama mu
Oh Rasulullah..

Ku baca sirah mu
Ku hayati kata-kata mu
Betapa indah akhlak mu
Betapa erat ukhuwwah mu dan sahabat

Ku andaikan diriku
Berada disisi mu
Namun ku langsung terpana
Betapa hinanya aku disamping mu

Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah Allah
Aku malu pada mu
Duhai Rasulullah

Lukisan rindu pada mu
Penuh berwarna
Ya Rasulullah…..
Ya Allah…..

Thursday, June 18, 2009

muhasabah cinta

oleh: EdCoustic

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Wednesday, June 17, 2009

penat

Sangat-sangat letih minggu ini
dengan gerak kerja pesta konvo
atau nama glamournya C-Fest........

Penat,
tensyen.
Semua ada.
Malas pun dah mula terasa.


Logo C-Fest ke-7...

Tuesday, June 16, 2009

bumi tercinta

Di sini aku bermula
di sini ku atur langkah
dari kecil jari menapak
menghirup damai sentosa

Kau asuhku kembara
melangkah menuju dewasa
budimu luas samudera
tak terbayar emas permata

Duhai bumi tercinta
padamu ikrar janji setia
relaku korban jiwa raga
demi daulat nusa bangsa

Di sini aku bermula
di sini ku atur langkah
semangat nyala membara
keranamu bumi tercinta

-nurfatimahz, bengkel penulisan kreatif 2008-
CIPTA '08 "Di Sini Kita Bermula"

Monday, June 15, 2009

oh poning

Pening kepala terasa.

Malas juga mahu ke kampus untuk meng-edit kembali kerja-kerja yang telah selesai. Kenapa perlu edit kembali? Tak lain tak bukan, sebab perubahan tempat tapak program Pesta Konvo yang bakal diadakan nanti.

Jadi selaku Unit Pengangkutan (Induk) dan Unit Perhubungan dan Pengangkutan (Konsert), minggu lepas saya telah siapkan rangka jadual pengangkutan untuk Pesta Konvo. Dalam jadual berkenaan, tempat yang tertulis adalah ke Stadium Tertutup Nilai. Dan Hussein (Pengarah Konsert) telah menghantarkan borang penempahan bas tersebut ke Unit Pengangkutan USIM. (Ada dua jawatan).

Maknanya perlu menukarkan lokasi tempat dalam penempahan, dari Stadium Tertutup Nilai, kepada Pavillion USIM. Oh, oh, oh. Barangkali Pengarah Pesta Konvo akan memarahi sayakah? Hu, takut pula. Nantilah, saya baiki jadual dahulu barulah bawa ke sana semula. Jika perlu membuat penempahan bas semula, saya akan lakukan.

Oh ya, saya ingin mengajak kalian untuk mendengar radio online Radio Kita yang beroperasi pada setiap Isnin-Jumat bermula jam 9 pagi. Boleh tahan jugak radio online nih.. Tak kurang hebat Radio NasyidFM yang bersiaran 24 jam (tak salah saya). Jom dengarkan! =)

Sunday, June 14, 2009

akhirnya

Dapat juga saya siapkan satu cerpen yang saya letakkan tajuknya sebagai "Nia Ayuni". Oh, oh. Sebenarnya saya mahu menyertai sebuah pertandingan mengarang essei terbuka. Tapi dalam borang dan peraturan pertandingan tu, tak ada pula men-spesifik-kan bentuk essei yang dikehendaki sama ada penulisan artikel atau cerpen. Jadi, saya mengarang cerpen berdasarkan tema yang diberi.

Sebelum terlupa, credit untuk kepada kawan saya Waheda kerana peraduan berkenaan ditemui olehnya dan kemudian dia menunjukkan kepada saya. Thanks lot! Nanti saya bagi awak baca cerpen tu ya.. Nanti juga, saya akan masukkan di sini. Tapi, tak adalah sedap sangat pun ceritanya. he.he..

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang mengingati tarikh lahir saya pada hari ini:
1- Shikin (Diskusi Muslim, 2003)
2- Siti Nor Wahidah (USIM, 2007)
3- Abg Fahzan (Jiran Fasihah, 2008)
4- Zulaiha (USIM, 2007)
5- Er..nom.nya tiada dalam senarai..
6- Nabilah (MMKM, 2004)
7- Kak Not dan Abg Zarin (kakak dan abg ipar)
8- Kak Yah (kakak)

--->>sehingga jam 10.20 pagi, 14 Jun 2009<<---


Dapatkan ecard NasyidFM Disini


************************************
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada kenalan saya yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan saya iaitu Abg Ridhuan (USIM, 2006) dan Ralph (YM, 2003).

Saturday, June 13, 2009

reunion sri v smi

Semalam, rakan dari sekolah rendah saya ada menghubungi saya. Katanya, esok (hari ini 13 Jun) mereka akan adakan reunion. Sebenarnya sebelum ini kami ada merancang untuk mengadakan majlis tersebut antara kami-kami sahaja, namun tidak dapat dilaksanakan pada antara penghujung Mei dan awal Jun yang lalu...

Tapi tidak mengapa, sebab saya telah maklumkan kepada mereka jika majlis itu diadakan pada tarikh yang tidak dapat saya ikuti, teruskan sahaja tanpa saya. Sayang juga tak dapat ikut, walaupun kami tidak pernah putus berhubung sejak keluar dari sekolah dan mereka ada datang ke rumah saya pada kenduri kakak saya baru-baru ini. Konon-konon macam lama sangat tidak berjumpa. He.he.he..

Oh ya.. Kawan-kawan saya dari sekolah menengah pula sedang merancang untuk membuat pertemuan kami yang pertama kalinya selepas hampir 7 tahun terpisah (bagi yang tidak pernah saya hubungi lagi, ha.ha). Ye lah, kami belajar di sekolah yang sama semasa di tingkatan 1 dan 2 sahaja. Selepas itu, sekolah berkenaan ditutup kerana mempunyai masalah dalaman. Lebih kurang 12 orang sahaja daripada kami selepas itu belajar disekolah yang sama. Naik ke tingkatan 4, semua membawa haluan masing-masing.

Kiranya jika reunion ini terlaksana, maka inilah kali pertamanya kami membuat pertemuan semula setelah lama berpisah. Wah, wah.. Bagaimana bertemu kembali? Semuanya di Friendster. Daripada idea seorang rakan untuk menubuhkan Group SMIB (Sekolah Menengah Islam Bestari) hinggalah idea seorang rakan yang lain untuk mengadakan pertemuan.

Dalam perancangan bulan Julai nanti. Tempat, sekitar Kuala Lumpur. Walaupun kami bersekolah di Kedah, namun oleh kerana ramai diantara kami yang berada (belajar atau tinggal) di sekitar sini, maka Kuala Lumpur dirasakan tempat yang strategik, setakat ini.

Saya.. Err.. entahlah. Sebenarnya kurang berminat untuk ini jika dibandingkan dengan reunion sekolah rendah saya tuh... Entahlah. Tengoklah macam mana nanti.. . Atau, ada sesiapa yang boleh menolong saya dalam membuat keputusan?

Friday, June 12, 2009

karangan v anak v usim

Sekarang, saya dalam proses menghasilkan karangan atau lebih glamour disebut essei yang bakal berukuran panjangnya adalah 1000 patah perkataan. Sekarang baru lebih kurang 100 patah, uihh. Nak tulis apa lagi ya? Tolong2, ada sesiapa boleh tolong bagi idea?

Isk3...

Ohya, sekarang ni saya selalu lah jugak online YM. Sebabnya, anak buah saya si Hafeez tu selalu pulak YM. Saya pun apa lagi, kena layanlah.. he.he.. Tapi.. best jugak sebonanya.. kui3.. :D

Hafeez yang agak rajin pada hari kenduri kahwin mak ciknya..

Tak terlupa berkenaan dengan gerak kerja Pesta Konvokesyen yang sedang saya ikuti sekarang ni.. Kami menghadapi sedikit masalah yang agak besar. Masalahnya ialah, kami telah merancang untuk mengadakan semua program2 sepanjang Pesta Konvokesyen seperti gerai jualan, forum, konsert dan sebagainya di Stadium.

Pihak USIM telah bersepakat dengan MPN (Majlis Perbandaran Nilai) untuk membeli Stadium Tertutup Nilai sejak sekian lama. Yang kami (pelajar) faham sepanjang tempoh ini adalah, USIM telah membayar sebahagian daripada jumlah harga tersebut. Kami pun tanpa ragu-ragu telah menganggap stadium ini sebagai milik USIM, maklumlah, kami tidak mempunyai dewan besar untuk program-program. Jadi kebanyakannya kami jalankan di stadium; sambutan hari raya, peperiksaan, dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan di sini, program Pesta Konvokesyen ini bakal berlangsung dipenghujung bulan Julai hingga awal Ogos. Setelah selesai menyiapkan sebahagian gerak kerja, tiba-tiba sahaja kami dimaklumkan penarikan balik status stadium daripada menjadi milik USIM. Dengarnya, harga stadium telah dinaikkan dan USIM tidak bersetuju untuk itu.

Kami tidak kesal kepada USIM. Tapi kami kesal kepada pihak yang telah menaikkan harga tersebut. Walau bagaimanapun tidak mengap, kerana kami, Sekretariat Pesta Konvokesyen akan meneruskan Plan Lokasi B.

Doakan kami ya.


Thursday, June 11, 2009

khatimah cinta

Oleh: 6ixth Sense

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Wednesday, June 10, 2009

atromen v ultraman

atromen, dushh!!!!!

Disebabkan budak-budak ni suka sangat main dan tengok cerita ultraman, tak pepasal saya pun main jugak atromen-resaksa dengan diorang ni, adui.. (Sambil mengimbau masa-masa lampau main atromen2 dengan sepupu masa kat kampung). Ngeh-ngeh-ngeh. Kata kakak ipar saya (kak nor), ultraman kat atas ni ultraman Subang dan ultraman Sabah... hu.hu.hu..

Antara nama yang familiar dengan saya ialah Taro dan Tiga. Hafeez dan Haikal memperkenalkan saya dengan Daia, Dyna, Max, dan yang terbaru Agul. Haih, teringat zaman den kocik-kocik dulu, hu.hu. Sekarang ni layan budak-budak ni lah dengan atromen tuhh.. Uih sakan lah.. ha.ha..

Jom, berkenal-kenalan dengan ultraman-ultraman yang ada! ;-)


ultraman ace

ultraman agul

ultraman astra

ultraman chaos

ultraman cosmos

ultraman dyna

ultraman hikari

ultraman gaia

ultraman hayata

ultraman hikari

ultraman jonias

ultraman justice

ultraman king

ultraman leo

ultraman max

ultraman mebius

ultraman mother

ultraman neos

ultraman nexus

ultraman nice

ultraman noa

ultraman taro

ultraman tiga

ultraman xenon

ultraman zearth

ultraman zoffy

Tuesday, June 09, 2009

sesuatu


PELIK itu sesuatu yang LAIN,
KELAINAN itu sesuatu yang GANJIL,
KEGANJILAN itu sesuatu yang UNIK,
KEUNIKAN itu suatu.. TARIKAN.

Monday, June 08, 2009

ma famili


kak ngah (sepupu) dengan anaknya

sebahagian keluarga pak ngah (bapa saudara)

sebahagian yang lagi; tok ada

kak nun (kakak), amirah dan abg. hisyam

aisyah (anak kak nun), hafeez dan haikal (anak abang)


Tiga yang dah kawen; kak nun & abg syam, kak not & abg zarin, kak nor.. (abang xde)
~semua anak-anak

abang azim (abezim) dengan haikal, main helikopter


abah dengan anak salah seorang tetamu


kak not dan kak yah

abang zarin, kak not dan saya ;-)

abang zarin, mak dan kak not

abg zarin, mak, kak not, abang dan kak nor.
~hafeez, aisyah dan haikal