© Hakcipta adalah terpelihara.

Saturday, June 13, 2009

reunion sri v smi

Semalam, rakan dari sekolah rendah saya ada menghubungi saya. Katanya, esok (hari ini 13 Jun) mereka akan adakan reunion. Sebenarnya sebelum ini kami ada merancang untuk mengadakan majlis tersebut antara kami-kami sahaja, namun tidak dapat dilaksanakan pada antara penghujung Mei dan awal Jun yang lalu...

Tapi tidak mengapa, sebab saya telah maklumkan kepada mereka jika majlis itu diadakan pada tarikh yang tidak dapat saya ikuti, teruskan sahaja tanpa saya. Sayang juga tak dapat ikut, walaupun kami tidak pernah putus berhubung sejak keluar dari sekolah dan mereka ada datang ke rumah saya pada kenduri kakak saya baru-baru ini. Konon-konon macam lama sangat tidak berjumpa. He.he.he..

Oh ya.. Kawan-kawan saya dari sekolah menengah pula sedang merancang untuk membuat pertemuan kami yang pertama kalinya selepas hampir 7 tahun terpisah (bagi yang tidak pernah saya hubungi lagi, ha.ha). Ye lah, kami belajar di sekolah yang sama semasa di tingkatan 1 dan 2 sahaja. Selepas itu, sekolah berkenaan ditutup kerana mempunyai masalah dalaman. Lebih kurang 12 orang sahaja daripada kami selepas itu belajar disekolah yang sama. Naik ke tingkatan 4, semua membawa haluan masing-masing.

Kiranya jika reunion ini terlaksana, maka inilah kali pertamanya kami membuat pertemuan semula setelah lama berpisah. Wah, wah.. Bagaimana bertemu kembali? Semuanya di Friendster. Daripada idea seorang rakan untuk menubuhkan Group SMIB (Sekolah Menengah Islam Bestari) hinggalah idea seorang rakan yang lain untuk mengadakan pertemuan.

Dalam perancangan bulan Julai nanti. Tempat, sekitar Kuala Lumpur. Walaupun kami bersekolah di Kedah, namun oleh kerana ramai diantara kami yang berada (belajar atau tinggal) di sekitar sini, maka Kuala Lumpur dirasakan tempat yang strategik, setakat ini.

Saya.. Err.. entahlah. Sebenarnya kurang berminat untuk ini jika dibandingkan dengan reunion sekolah rendah saya tuh... Entahlah. Tengoklah macam mana nanti.. . Atau, ada sesiapa yang boleh menolong saya dalam membuat keputusan?

2 comments:

[S]itie [B]Um [B]Um said...

best kan reunion..dpt jumpe kwn lama

puteri said...

a'ah.. tmbh2 kwn baik.. kn?