Merujuk kepada persembahan lakonan legal council, ia sebenarnya adalah bertujuan melatih kami para pelajar bagaimana untuk mengadaptasikan apa yang telah kami pelajari selain mempraktikkan pada masa mendatang.
Berbalik kepada kisah si Rosmah..
Situasi Satu:
Sekiranya dia berkata, dia ingin memohon tunggakan nafkah daripada si suami, apakah yang harus dilakukan? Pihak legal council akan membantu Rosmah dalam menfailkan permohonannya kepada pihak mahkamah.
Situasi Dua:
Sekiranya dia ingin memohon penceraian, apakah yang terbaik baginya. Di sini, terdapat tiga kaedah penceraian yang sesuai baginya iaitu khulu' (tebus talak), ta'liq dan fasakh. Memandangkan khulu' dan fasakh bakal mengurangkan hak-hak yang sepatutnya Rosmah perolehi, maka ta'liq lebih disyorkan.
Situasi Tiga:
Apakah hak-hak Rosmah? (Melalui ta'liq) Rosmah berhak untuk claim tunggakan nafkah, nafkah sementara, harta sepencarian, hadhanah @ penjagaan anak (jika ada), nafkah anak (jika ada) dan mahar. (Melalui khulu' dan fasakh (daripada si isteri)), Rosmah bakal kehilangan haknya ke atas mahar.
Sekian serba sedikit daripada hasil persembahan yang mampu saya kongsikan bersama kalian. Sebarang persoalan, bolehlah kemukakan, insya-Allah saya akan cuba menjawabnya.
No comments:
Post a Comment