jangan biar hati derita menahan bicara yang tidak mampu untuk dilafazkan...
© Hakcipta adalah terpelihara.
Wednesday, November 02, 2011
Rompakan berparang di Cheras!
Kawan-kawan boleh tengok tak video kat atas? Link dari FaceBook. saya ada cuba cari di Youtube tapi tak jumpa yang sama seperti video di atas ni.
Video menunjukkan situasi di sebuah kedai. Ada dua orang pelanggan yang berpura-pura membeli barang, kemudian ke kaunter bayaran, Yang seorang tu konon-konon nak buat pembayaran. Yang sebelah dia pulak konon-konon nak kuarkan duit, tapi sebenarnya keluarkan PARANG!
Teruk bebonar!
Tak mau ulang panjang2. Cuma nak share ulasan/perbincangan sahaja:|
[Kes Rompakan di Cheras].
Hukum hudud (potong tangan ke atas pencuri) hanya akan dilaksanakan setelah siasatan dilakukan (nilai/kadar), malah ke atas mereka yang berkemampuan (sihat tubuh badan dll) yang tiada SEBAB untuk mereka 'terpaksa' mencuri. Sebaliknya bagi mereka yang 'terpaksa' seperti kebuluran/faqir/dalam peperangan dsb adalah terkecuali. SETUJUkah anda sekiranya dua orang "mat rempit yang sihat" ini dikenakan hukuman potong tangan?
[This Robbery by two MAT REMPITS taken from a CCTV only happened "RECENTLY" in Cheras].
Now in accordance to ISLAMIC "HUDUD LAW", Muslims who are of GOOD HEALTH, and in a Healthy State of Mind and very well ABLE & CAPABLE in finding work or a job for themselves and have NO "REASON" to resort to Robbery...IF such individuals commit robbery...then their HANDS would be CUT OFF. Hudud Law does NOT allo...w one's arms of hands to be cut off if they rob out of pure ABJECT POVERTY and are STARVING, that they have tried to ask for help, whether from the ZAKAT/ALMS Center or from society around them, for then it is the MUSLIM SOCIETY's SOCIAL Responsibility to help them. In accordance to the the Law of "QISAS" in Islam...FORGIVENESS or PARDONING also ONLY lies in the hands of 'those' whom the Crime was committed towards. Would YOU "AGREE" if these two HEALTHY Mat Rempits had their HANDS cut-off???
Sumber: Curi-curi Wang Malaysia.
Tuesday, August 16, 2011
ada pulak yang nak tunjuk alim dari ulama'..
GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.
Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.
“Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.
“Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni,” katanya dipetik Bernama Online.
Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.
Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.
Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.
“Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.
“Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.
Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. - The Malaysian Insider
Note: 54 Tahun umno memerintah, umat islam di Malaysia jadi semakin jauh dari agama.. Pemimpin jahil.. penyokong jadi bertambah bangang..
Sumber: BujangSusah
Thursday, July 21, 2011
tanya sama itu Hudud
Ustaz: Wong..you suka ka kalau kita buat itu hudud?
Wong: Ish..tak suka..manyak kejam woo...sana sini semua kasi potoong..
Ustaz : Wong kalau anak (atau saudara) perempuan Wong kena rogol.. Wong setuju tak kalau kita bunuh perogol tu?
Wong: Mesti mau bunuh punya..apa itu kasi hukuman mati, penjara saja mana cukup maa....
Ustaz: Kalau macam tu Wong setuju la hukum Hududkan...
Wong: Haiya... ustaz ni pandai ar kasi wa paham sama itu hukum..
Sunday, December 19, 2010
Tuhan saja yang tahu,
Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hingga aku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita..
(Slam. Mentari Muncul Lagi)
Sekadar pembuka bicara. Kebetulan, lagu Zamani (Slam) tu ada perkataan 'Tuhan sahaja yang tahu'. Ya benar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu tentang hidup kita. Ajal, maut, jodoh dan rezeki semuanya ditangan Tuhan. Kita boleh marancang, tak salah kita mengimpikan atau bercita-cita terhadap sesuatu perkara, malah kita diajar supaya berusaha untuk itu.
Namun, sekiranya cinta terputus di tengah jalan impian kita itu tidak terlaksana.. Janganlah mengeluh atau berduka, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesuatu perkara itu kadang-kadang kita tak suka, tapi itulah yang Allah berikan. Kadang-kadang orang perkara tu kita suka, tapi Allah tak berikan kepada kita. Mengapa? Sebab Allah tahu yang mana yang terbaik untuk kita.. Percayalah.
Ok. Di bawah ini saya ingin kongsikan penulisan Tuan Guru Hadi Awang (Presiden PAS) yang ada kaitan dengan hanya Allah yang mengetahui segalanya. Selamat membaca dan menghayati.
Hanya Allah Mengetahui Segalanya (Tafsir surah Al-An'am : 59)
Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)
Dalam menghuraikan ayat ini, Ibnu Kathir telah menyatakan satu hadis daripada Imam Bukhari yang meriwayatkan daripada Salim bin Abdilllah, daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya anak kunci segala perbendaharaan itu ada lima, tidak mengetahui seseorang pun melainkan Allah SWT.
"Lalu Baginda membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)
Ertinya dalam hadis ini Nabi s.a.w. menyebut bahawa terdapat lima kunci perbendaharaan segala yang ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT, tidak diketahui oleh orang lain.
Pertama ialah tentang bilakan berlakunya hari kiamat. Bukan sahaja Nabi s.a.w. dan manusia yang lain tidak akan mengetahuinya, para malaikat pun tidak diberitahui tentang bilakan berlakunya hari kiamat itu sehingga Jibrail a.s. datang menemui Rasulullah s.a.w. satu ketika bertanyakan soal itu.
Kedua, tentang kekuasaan Allah menurunkan hujan. Allah sahaja yang berkuasa untuk menurunkan hujan di mana sahaja yang Dia kehendaki.
Ketiga, Dialah sahaja yang mengetahui sebenar-benarnya apa yang ada dalam kandungan seorang ibu termasuk berkait dengan zuriat keturunan, jantina janin, kesihatan dan sebagainya.
Keempat, Dialah jua yang mengetahui apa yang akan berlaku ke atas seseorang dengan setepat-tepatnya sama ada baik ataupun buruk. Manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepadanya esok hari.
Kelima, Dia sahaja yang mengetahui di manakah bumi tepat matinya seseorang manusia, bagaimanakah keadaan manusia itu mati dan seumpanya. Begitulah juga dengan makhluk-makhluk yang lain. Mereka tidak mengetahuinya tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat." (Surah Luqman: 34)."
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)
Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.
Seorang penyair menyebut: "Tidak tersembunyi dari-Nya meskipun sebesar zarah sama ada dapat dilihat oleh yang mempunyai penglihatan atau sebaliknya."
Firman Allah yang bermaksud, "Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya." (Surah al-An'am: 59)
Ertinya, Dia mengetahui gugurnya daun dari pokok termasuk jumlah, masa dan seumpamanya. Bahkan Dia juga mengetahui pergerakan makhluk lain termasuk jin dan manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Allah Mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin: 19)
Dalam menjelaskan ayat 39, Surah al-An'am ini Ibnu Abbas katanya, "Tidak tumbuh sebatang pokok pun sama ada di daratan atau di lautan melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya. Malaikat itu mencatat apa yang gugur daripadanya."
[sumber: laman rasmi TG Hadi Awang]
Wednesday, December 01, 2010
Gerenti Beres: Pandangan Islam
Apakah pandangan Islam pada orang yang sering mengatakan, "Jangan bimbang, semuanya ditanggung beres," ataupun kata-kata yang memaksudkan sesuatu rancangan itu pasti berjaya?
JAWAPAN:
Kata-kata itu adalah dikesali dan sebaik-baiknya tidak diucapkan oleh orang Islam. Ini kerana, ia menampakkan kejahilan berkenaan Islam yang ketara, lebih-lebih lagi berkenaan akidah, tauhid dan kekuasaan Allah.
Sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan lemah, kita sebaiknya tidak mengatakan sesuatu kerja ataupun setiap projek yang dirancang pasti berjaya kerana kejayaan usaha dan rancangan itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah.
Jesteru, kita perlu 'menggalas' atau menyandarkan ucapan kita dengan perkataan 'Insya-Allah'. Al-Quran ada menerangkan di dalam surah Al-Kahf, ayat 23 dan 24 yang bermaksud:
Dan janganlah kamu berkata berkenaan sesuatu, "Saya akan lakukan perkara itu esok," kecuali jika dikehendaki oleh Allah.
Ayat itu jelas mengajar kita supaya menyebut perkataan insya-Allah pada setiap urusan yang akan dilakukan pada masa hadapan.
*************************************************
Haron Din. 2009. Dato' Dr. Haron Din menjawab persoalan Fikah Harian (Edisi Kemaskini, bersama Ishak Din & Abu Hasan Din). Selangor: PTS Millenia Sdn Bhd. Mukasurat 277.
Wednesday, November 17, 2010
ibadah korban

Al-Quran. (Al-Hajj: 37).

Friday, September 03, 2010
masjid oh masjid
Berbicara tentang masjid, rasa nak post juga tentang isu yang berkait dengan masjid ni.
Baru sahaja negara kecoh dengan isu mendoakan orang bukan Islam (dari DAP) di dalam khutbah jumaat di Pulau Pinang. Kemudian ada jawapan lama yang ditemui, namun boleh dipakai untuk 'menjawab' isu tersebut. Apa jawapannya? Doa dalam khutbah tak boleh, doa solat hajat dan bacaan yasin untuk bukan Islam boleh pulak yer,,??
Lepas tu, sekarang ni, kecoh lagi.. masih tentang masjid. Dan masih di negeri Pulau Pinang yang dahulunya merupakan kawasan jajahan Kedah. Kali ni tentang memberi ceramah (atau apa2 istilah yang selayaknya) di dalam surau dan masjid. Juga dari DAP. Tapi boleh yang bukan Islam masuk masjid dari MCA?
Mushkil betul dengan isu-isu kat atas ni. Tambah-tambah isu yang pertama tu. Saya meminjam kata-kata guru saya; Kecoh masuk masjid tak pakai tudung.
Berapa ramai yang 'bernama' Islam masuk masjid tak pakai tudung? Atau yang langsung tak masuk masjid (tak solat), yang tak pakai tudung, tak kacau pula? Walhal ini yang lebih utama. Termasuklah yang tak puasa, tak menutup aurat.
Aduhai,,,
Thursday, August 26, 2010
khutbah kontroversi VIII
Mufti Perak, Harussani Zakaria menegaskan hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat.
Katanya, perbuatan mendoakan supaya orang kafir memeluk Islam amat digalakkan agama Islam namun menggunakan pentas khutbah Jumaat untuk berdoa seperti itu dilarang agama.
“Mendoakan supaya orang kafir mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan adalah haram di sisi Islam. Berdoa mengharapkan orang kafir menerima dan memeluk Islam tidak salah tetapi tidak kena pada tempatnya jika dibaca dalam khutbah Jumaat,” katanya ketika dihubungi, semalam. – berita hairan.
Nota: Kalau bacakan yasin dan buat solat hajat untuk
Sumber: bujang susah
Saturday, August 21, 2010
khutbah kontroversi VII
~Zahid diminta dedahkan nama khatib~
PULAU PINANG, 20 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mencabar Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengemukakan nama khatib dan masjid yang menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di dalam khutbah.
Ketuanya, Ustaz Yusni Mat Piah dalam kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini berkata, sekiranya ada pun bukan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong cuma meminta Guan Eng dilimpahkan hidayah kerana sikapnya yang luhur terhadap masyarakat Islam keseluruhanya.
Baginya, apa yang dituduh itu menggambarkan Umno Pulau Pinang 'gelabah biawak' kerana tidak lagi mampu berhadapan dengan senario politik terkini yang terus menyebelahi Pakatan Rakyat.
"Jika ada khatib yang berbuat demikian, saya harap dedahkan dan buat siasatan serta mahu tahu di masjid mana yang beliau khutbah. Jangan buat serkap jarang dari golongan yang cemburu terhadap perkembangan sokongan rakyat yang masih rendah terhadap Umno dan Barisan Nasonal (BN), " jelasnya.
Tambahan lagi, katanya mereka rasa lebih tertekan apabila Lim mengisytiharkan memberi RM1.5 juta kepada kakitangan awam negeri ini pada 3 September depan.
Pemberian itu semata-mata untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang selama ini berjaya meningkatkan prestasi di semua aspek pembangunan.
Bukan itu sahaja, malahan Lim juga berjaya menunjukan kelainan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat apabila memberikan peruntukan kepada guru agama, pelajar tahfiz, Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibekukan semasa pemerintahan BN dan lain-lain lagi demi memartabatkan Islam di Pulau Pinang.
"Umno dah gagal untuk buat sesuatu waktu ini melainkan mencari berbagai isu untuk kepentingan politik sempit mereka serta menimbulkan kemarahan rakyat Islam kononnya tertindas di negeri ini," tegas Yusni.
Sumber: HarakahDaily
khutbah kontroversi VI
PULAU PINANG, 21 Ogos: Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Hasan Ahmad sedang meneliti dan menyiasat isu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng ada pada doa kedua khutbah Jumaat yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menurutnya, memang dibolehkan nama orang bukan Islam jika sekiranya berdoa untuknya mendapat hidayah daripada Allah SWT.
"Jabatan Mufti sedang meneliti dan menyiasat apa yang diperkatakan itu. Semua keterangan akan dimaklumkan kemudian pada media," ujarnya yang tidak mahu mengulas lanjut.
Jelasnya, doa ada dua kategori iaitu doa untuk kesejahteraan atau mendapat hidayah manakala menukar nama Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Ketua Menteri dianggap tidak lojik.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein sanggup mengetuai pasukan penyiasat bagi mengenal pasti masjid mana yang dimaksudkan oleh Ahmad Zahid itu.
Katanya, jika didapati ia hanya mainan 'politik kebudak-budakan’, maka tunggulah satu tindakan akan diambil bagi membersihkan nama Ketua Menteri yang tidak tahu menahu namanya dibaca dalam khutbah Jumaat.
"Saya sendiri akan menghantar pasukan menyiasat di mana masjid yang dikatakan berlaku di Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Permatang Pauh. Jika tiada apa-apa berlaku kita akan lihat langkah seterusnya," tegasnya.
Menurutnya, tidak menjadi kesalahan sekiranya nama Ketua Menteri dibaca dalam khutbah supaya beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT memandangkan banyak melibatkan diri dalam aktiviti Islam.
Pasukan itu, kata beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kepala Batas, akan dibentuk sejurus sahaja mendapat kata putus dalam perbincangan sesama rakan seperjuangan.
Rosidi yang juga Pengerusi Generasi Perwaris Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) menyifatkan, tuduhan melulu Zahid itu berpunca dari kemelut dalaman Umno yang kemungkinan sukar berpaut pada masyarakat Melayu pada pilihan raya ke-13 kelak.
"Bila rasa tersepit, apa lagi terciptalah berbagai isu karut," tambahnya.
Sumber: HarakahDaily
khutbah kontroversi V
KUALA LUMPUR, 21 Ogos: PAS menyokong penuh agar satu siasatan rapi dilakukan bagi membuktikan apa yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung nama Lim Guan Eng digunakan di dalam khutbah.

“PAS melihat isu ini cuba dipolitikkan bagi menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya orang Melayu kepada Pakatan Rakyat (PR),” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, ianya juga lanjutan isu perkauman yang dicanangkan oleh Umno BN setelah mereka gagal mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya dan kini menumpukan isu Melayu bagi meraih sokongan.
“Bagi PAS, siasatan perlu dilakukan, dan sekiranya kenyataan yang dibuat adalah palsu, kita tidak akan teragak-agak untuk menimbanghkan tindakan perundangan bagi membersihkan kerajaan PR di Pulau Pinang khususnya,” katanya lagi.
Menurutnya, walaupun doa hidayah kepada sesiapa sahaja merupakan perkara harus dalam Islam, namun bila mana ia cuba dipolitikkan, PAS harus menghadapinya dalam konteks politik.
Jelasnya, sejarah doa khusus untuk pemimpin dalam khutbah hanya diadakan di zaman kerajaan Bani Umayyah dengan mendoakan kesejahteraan kepada pemerintah dan kecaman kepada musuh politik pada waktu itu.
Namun, katanya lagi bila mana Umar bin Abd Aziz dilantik sebagai khalifah, baginda mengekalkan doa kebaikan buat khalifah dan menghapuskan doa kecaman kepada musuh poilitik dengan menggantikan dengan ayat: "sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada ahli keluarga kamu dan bilamana kamu menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu menghukumkannya dengan penuh keadilan".
“Doa khusus kepada pemimpin walaupun bukan rukun atau sunat dalam khutbah, kita melihat ia mempunyai kebaikan, kerana bila mana pemimpin memerintah dengan hidayah dan pertunjuk Allah, dengan memelihara batas larangan Allah, maka kebaikannya akan turut dirasai oleh rakyat,” jelasnya lagi.
Sumber: HarakahDaily
khutbah kontroversi IV
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.
Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.
“Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.
“Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera,” ujarnya.
Mereka, katanya menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil.
“Oleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu,” katanya lagi.
Menurutnya, hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.
Sumber: HarakahDailykhutbah kontroversi III
GEORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah ke dua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.
"Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam," terangnya.
Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.
Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi.
Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor.
Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Umno dan Barisan Nasional (BN) amat cemburu setelah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.
"Tidak lain mereka hanya cemburu bila kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan Islam diberikan keutamaan, contohnya menambah peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) dari RM12.5 juta kepada RM24.3 juta iaitu pertambahan 100 peratus selain bantuan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan semasa pemerintahan BN dulu," ujar beliau.
Umno, kata Malik, lebih tertekan apabila kerajaan negeri mengambil sikap terbuka untuk menganjurkan program Sambutan Bulan Al-Quran, anugerah kepada para huffaz sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Keprihatian Ketua Menteri hadir dalam majlis agama Islam umpamanya program Ihya Ramadhan, Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa yang sedang rancak disusun di masjid-masjid sememangnya menggusarkan pihak tertentu kerana sebelum ini tidak pernah dilaksanakan oleh Ketua Menteri terdahulu.
Kepada rakyat, pesannya, jangan terpengaruh dengan usaha buruk itu jika mahukan Negeri Pulau Pinang terus maju.
"Kita yakin majoriti rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cara sebegini. Cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkah usaha kita memartabatkan agama Islam di negeri ini," tambahnya.
Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.
Sumber: HarakahDailykhutbah kontroversi II
PETALING JAYA, 19 Ogos: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui yang namanya disebut dalam doa dan khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua (sebelum) solat Jumaat sebagaimana didakwa, maka sudah tentu nama saya tidak harus (atau) tidak boleh digunakan," ujarnya petang tadi pada majlis berbuka puasa bersama wartawan media-media alternatif di sebuah restoran di sini, malam ini.
Baginya, dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang bermotif politik provokasi.
"Saya pun hairan bagaimana hanya masjid tertentu di Kepala Batas dan Tasek Gelugur saja yang berlaku demikian," soalnya sambil tidak menolak kemungkinan isu tersebut sebagai provokasi pihak tertentu.
Bagaimanapun, beliau mengarahkan Abdul Malik Kassim, Exco kerajaan negeri untuk menyiasat isu yang ditiupkan oleh Ahmad Zahid dan Umno itu.
"Saya pun baru tahu, saya sudah menghubungi YB Abdul Malik dan saya diberitahu bahawa memang tidak tahu perkara seperti yang didakwa Datuk Zahid Hamidi," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.
Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad Zahid mengemukakan bukti ekoran dakwaan berunsur provokasi itu.
Beliau turut menasihatkan Ahmad Zahid kembali bertaubat sempena kemuliaan bulan Ramadhan ini sekiranya dakwaannya itu adalah tidak benar.
Terdahulu, Bernama melaporkan Umno negeri memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang pada bacaan doa dan khutbah Jumaat bagi menggantikan penggunaan nama Tuanku Mizan.
Ahmad Zahid sendiri menuduh, penggunaan nama Guan Eng itu dikesan di beberapa masjid tertentu sejak beberapa minggu lepas.
Dijangkakan Guan Eng bakal menghadapi pelbagai cabaran lagi ekoran komitmennya mahu melihat rakyat tanpa berbilang kaum menikmati hidup yang lebih baik berbanding era Umno BN memerintah Pulau Pinang. Harakahdaily.
Sumber: CinaIslam
khutbah kontroversi I
PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa mendak, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.
"Memandangkan keadaan politik semasa di Pulau Pinang yang agak panas, isu ini sengaja dibuat bagi menimbulkan perasaan marah kepada Guan Eng.
"Kami percaya ini juga adalah taktik kotor yang digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap Ketua Menteri itu," katanya dalam satu kenyataa yang disiarkan dalam mStar Online hari ini.
Beliau berkata dimikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.
Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.
Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencabar Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.
"Perkara ini bukan perkara main-main, kalau betul ia berlaku... mereka perlu berikan bukti dengan jelas," katanya.
Sumber: CinaIslam
Tuesday, August 10, 2010
perutusan Ramadhan 1431

Ramadhan adalah Sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [Latih tubi Spiritual] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa.
Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektif utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut.
Sebagai seorang muslim , sayugianya merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt.
Terlebih layak bagi para pejuang dan pemuda - pemuda yang menjadi anggota Harakah Islamiyyah [PAS] . Mereka mestilah memiliki karamah ini sementara peluang hanya sekali dalam tempoh setahun .
Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap pemuda mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini .
Capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah.
Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [pengabdian diri kepada Allah] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [diterima Allah swt] dan munajatnya maqbul .
Doa dan munajat yang mustajab serta maqbul ini adalah antara senjata yang paling berkesan untuk dibawa ke tengah medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk ditewaskan . Sementelah pula berdepan dengan musuh disaat kita telah kehabisan daya dan upaya juga di saat kehilangan taktik dan teknik serta kehabisan strategi untuk diaplikasi .
Perjuangan Islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak . Perjuangan ini juga memerlukan pemuda yang memiliki fikrah yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap tasawwur amal Islami .
Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili EXCO DPPP dan seluruh warga DPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem !
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Sumber: Harakahdaily

Friday, June 25, 2010
rahsia tersembunyi
"Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan Allah"
1- Kalimah ini mengandungi 24 huruf
24 Jam yang Allah berikan kepada kita setiap hari.. Selama itu WAJIB berpegang kepada tali-Nya, mematuhi perintah-Nya, meninggalkan larangannya. Tidak boleh kurang walau sesaat.
2- Terdapat 7 perkataannya (Bahasa Arab)
Bila kalimah ini tertanam di dalam hati, perintah-Nya dilaksanakan.. Maka beruntunglah. Sampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman. Pilihlah 7 Syurga-Nya dan masuklah melalui pintu yang mana dikehendaki. Akan tetapi ingat, sekiranya Hukum Tuhan dilanggar, tidak dipatuhi.. 7 Neraka-Nya menanti.
3- Semua hurufnya (Bahasa Arab) tidak mempunyai titik
WAJIB beriman kepada Allah dan Rasulullah seikhlasnya tanpa mempunyai sebab, bukan kerana manusia, bukan kerana harta, bukan kerana selainnya, tapi hanya kerana-Nya.
********************************************
Nota: Petikan Kuliah Subuh yang disampaikan di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani.
Thursday, January 21, 2010
Pengabsahan Isu Kalimah Allah
Semalam 20-01-10 USIM telah mengadakan dua program serentak iaitu Kempen Kesedaran Kanser Payudara (anjuran bersama Yayasan Pride dan lain-lain) serta Pengabsahan Isu Kalimah Allah: Suatu Penjelasan Tuntas.
Kempen Kesedaran Kanser dijalankan di DKP 3 (Dewan Kuliah Pusat), manakala Pengabsahan Isu Kalimah Allah diadakan di DKP 1. Sama ramai, sama penuh. Yang berbeza, di DKP 3, lebih kurang 6-7 sahaja pelajar lelaki, manakala di DKP 1, 1/3 adalah lelaki. Dewan penuh. Lebih sesak dari DKP 3, walaupun DKP 3 lebih cantik...
Kenapa tak buat Pengabsahan Isu Kalimah Allah di DKP 4 ya? DKP 4 sama cantik dengan DKP 3. Walaubagaimanapun, saya hanya mahu menulis tentang majlis di DKP 1. Ok lah tu kan?
Sana lebih cantik, tapi sini lebih menarik, ;-)
Oh ya.. Pengabsahan Isu Kalimah Allah dianjurkan dengan lebih tepat lagi oleh Kelab Syariah dan Undang-Undang, (FSU) Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Hari ini saya perasan ada satu iklan baru tentang isu ini juga yang akan dianjurkan oleh pihak FKP (Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan), Jumaat nanti.
Ada satu cerita yang menarik yang kalian pasti sedia maklum. Saya memetik kata-kata daripada Dr. Zulkifli Al-Bakri, dalam majlis Pengabsahan Isu Kalimah Allah: "Semasa penjajahan ke atas Tanah Melayu pada zaman dahulu, ada 3G yang dibawa oleh penjajah. Apa 3G itu? God, Gospel and Gold. Huruf G yang pertama itu, G-O-D, God yang mereka maksudkan, bukan Allah,".
Betullah kan? Sebelum ni puak kuffar sememangnya membawa dan mengembangkan agama dan God mereka, tapi bukan Allah. Jadi kenapa mahu 'meminjam' pula nama Tuhan orang Islam?
If we refer to the dictionary:
God = Tuhan
Allah = Allah
Allah = The God of Muslim
Jika dirujuk, dikaji, diteliti, dikira berapa banyak kalimah Allah di dalam kitab Al-Quran, terdapat beribu-ribu kali pengulangan kalimah Allah. Di dalam kitab Bible ada berapa? Sepuluh? Tiga? Dua? Satu pun tak ada, (rakan panel yang bukan beragama Islam yang memberitahunya).
Apa lagi yang mahu dinafikan? Tak lain tak bukan, ini (isu penggunaan kalimah Allah) juga salah satu perancangan dan taktik jahat puak kuffar laknatullah.. .
Dalam Al-Quran awal-awal lagi sudah disebut: Tidak akan redha puak-puak Yahudi dan Nasrani ke atas kamu (wahai orang Islam), selagi mana kamu tidak mengikut agama (yang dibawa) mereka,".
Ya Allah, selamatkanlah kami, selamatkanlah Agama-Mu ini. Ameen.

