© Hakcipta adalah terpelihara.

Wednesday, December 01, 2010

Gerenti Beres: Pandangan Islam

SOALAN:

Apakah pandangan Islam pada orang yang sering mengatakan, "Jangan bimbang, semuanya ditanggung beres," ataupun kata-kata yang memaksudkan sesuatu rancangan itu pasti berjaya?

JAWAPAN:

Kata-kata itu adalah dikesali dan sebaik-baiknya tidak diucapkan oleh orang Islam. Ini kerana, ia menampakkan kejahilan berkenaan Islam yang ketara, lebih-lebih lagi berkenaan akidah, tauhid dan kekuasaan Allah.

Sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan lemah, kita sebaiknya tidak mengatakan sesuatu kerja ataupun setiap projek yang dirancang pasti berjaya kerana kejayaan usaha dan rancangan itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah.

Jesteru, kita perlu 'menggalas' atau menyandarkan ucapan kita dengan perkataan 'Insya-Allah'. Al-Quran ada menerangkan di dalam surah Al-Kahf, ayat 23 dan 24 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu berkata berkenaan sesuatu, "Saya akan lakukan perkara itu esok," kecuali jika dikehendaki oleh Allah.

Ayat itu jelas mengajar kita supaya menyebut perkataan insya-Allah pada setiap urusan yang akan dilakukan pada masa hadapan.

*************************************************
Haron Din. 2009. Dato' Dr. Haron Din menjawab persoalan Fikah Harian (Edisi Kemaskini, bersama Ishak Din & Abu Hasan Din). Selangor: PTS Millenia Sdn Bhd. Mukasurat 277.

18 comments:

FATIN MRAZ said...

salam ziarah.. macih singgah blog sy..oke.. i folo u..

puteri said...

Fatin Mraz -->>

he.he..
thanks
:)

Cempaka R.Minta said...

:)
nice

Dilema Si Tangan Basah said...

biasanya kita akan ucap mcmtu hanya untuk menyenangkan hati kawan kawan yang sedang susah hati.

Myaby said...

betol2.. x salahkan kalo kita cuma nak memujuk kawan kite :)

Myaby said...

eh

i flw u

^_^

puteri said...

cempaka -->>

thanks..
have u read it?
:)

puteri said...

dilema si tangan basah -->>

aah..

kawan saya selalu cakap macm tu.. beres, beres, beres.. tapi tak tunaikan pun..

huuu..

ptutla Islam tak bagi cakap macam tu.. dalam masa yg sama, buat yang dengar kicik hati sbb bnda tu xjadi...

puteri said...

myaby -->>

tapi jangan lupa sebut 'insya-Allah'.. itukan ajaran.. :)

puteri said...

myaby -->>

tocei :)

gadisBunga said...

ada org menjadikan 'insyaAllah' sebagai alasan untuk mengelak terus. tak terkesan di hati pun perkataan tu.

puteri said...

GB -->>

aah..

ada penah dengar istilah 'insya-Allah - melayu'
maksdnya mlayu xble pkai bila brjnji.

tapi kalu 'insya-Allah - kembali kpd Islam', insya-Allah boleh pakai.

Dilema Si Tangan Basah said...

salam,

betul jugak cakap puteri. kita akan beri harapan palsu pada rakan rakan kita dan akhirnya kita tak pernah tunaikan nya.

sekaligus menjadikan mereka lebih sedih.

puteri said...

dilema si tangan basah -->>

w'salam..

kan?

Fahmi Raazali said...

hehe... yg orang Ganu suka kata bereh boh tu cam ne lak :-)

puteri said...

fahmi raazali -->>

ore kelate pun ado jugok, hu..
gano eh?
:D

tehr said...

bagus sangat ni
biar pun mulut kata beres, tapi dalam hati perlu pula gantungkan harapan insya Allah

boleh ke gitu, puteri?

suri said...

suri suka time dia beri ceramah mmg best..

cuti hujug mmgu tak kemana2 ker hiii..

miss puteri..