[untuk tonton video: sila klik di sini (youtube)]
1- BN memang bahaya untuk negara.
2- MCA pandang rendah kemampuan orang Melayu.
Lim Guan Eng (18 Disember 2010):
Bila saya umumkan bahawa kita adakan tender terbuka, bahawa untuk projek JKR. Kontraktor Melayu yang menangi 100% daripada projek-projek JPS. JKR ialah 98% dari segi nilai. Bila saya buat pengunguman ini, MCA mula cakap, ini menunjukkan bahawa kita pro-Melayu.
Dan dia sebut sini (akhbar Cina): "Sekiranya kerajaan negeri melakukan sistem tender terbuka dengan adil dan telus, maka adalah mustahil bahawa tiada seorang pun kontraktor bukan Melayu yang dianugerahkan kontrak sepanjang dua tahun ini di seluruh Negeri Pulau Pinang,".
Ada.
So bila kita buat tender terbuka, kita buat secara standard benchmark antarabangsa, di mana hanya yang menawarkan harga yang baik, kualiti yang baik, rekod yang baik akan dipilih. Dan ini dibuat secara terbuka.
Dan itulah sebab bila kita buat macam ini, kontraktor Melayu menang, tengok, bukan sahaja Umno tak puas hati kerana kontraktor Umno tak dapat, MCA sekarang pun tak puas hati, mainkan perkauman.
Ini menunjukkan bahawa MCA memang pandang rendah kemampuan dan kebolehan Melayu. Bukan macam Pakatan Rakyat. Kita memartabatkan rakyat, kita anggap semua orang mampu dan berkebolehan. Tak kira bangsa, tak kira latar belakang.
Hanya yang tak berkebolehan, tak mampu, hanya yang tak boleh guna pakai langsung adalah yang datang daripada Umno, MCA, MIC dan Gerakan. Itu memang tak boleh pakai punya. Itu kontraktor yang kita tak akan pilih.
Dan kita boleh lihat, mereka memainkan perkauman lagi. Satu belah pihak Umno akan cakap kita anti-Melayu. Satu belah pihak lagi MCA akan cakap kita anti-bukan Melayu. Ini tanda yang paling baik, BN memang bahaya untuk negara, kerana mainkan perkauman. Bila kita pilih yang paling baik, mereka pula mainkan perkauman.
Itu sebab, di sini, rakyat mesti berikan fokus untuk bekerja keras supaya kita capai prestasi yang paling baik. Kalau kita masih dihantui oleh permainan perkauman daripada Barisan Nasional, maka saya rasa Malaysia akan terus mundur dan kita
Sudah tidak ada masa lagi. Kita sekarang jauh di
Dulu, nombor satu Indonesia, nombor dua Thailand, nombor tiga Malaysia. Sekarang? Nombor tiga Singapura, nombor empat Malaysia. Mengapa? Kerana BN main perkauman. Bukan fokus kepada ekonomi, untuk pilih yang paling baik.
Kita rasa kita ada yang paling baik dikalangan semua bangsa. Tak kira warna kulit. Dan kita harus martabatkan, angkat mereka. Hanya yang tak baik, itu yang saya sebut, hanya yang tak dapat bersaing hanya kontraktor Umno. Hanya yang tak ada kebolehan ialah orang MCA, Gerakan, MIC. Dan saya rasa kita
Ini perkauman. Terang-terang lagi perkauman. Dia hanya keluarkan dalam surat khabar Cina saja. Dia ingat kita tak boleh terjemahkan? Sekarang orang bukan bodoh. Semua ada google translate.
Ini bukan main-main punya. Ini bukan SPRM yang sahkan baik. SPRM punya Penutup Rasuah, bukan Pencegah Rasuah. Ini di sah oleh Transparency International. The first fact any state government was praise
Tiap-tiap kali kalau Transparency International sebut Malaysia, kena marah saja. Kita kena puji. Kena puji pun, tengok, pun kena bantai macam ni. So siapa yang mainkan perkauman sekarang? Siapa yang tak mau martabatkan rakyat? Nak pilih yang paling baik, yang tak kira dia datang daripada bangsa apa. Kalau dia baik, dia baik. Dia bagus, dia bagus.
Ada Cina yang marah jugak. Ada India yang marah jugak. Bukan kerana dia Cina dan dia India, dia mesti pandai punya. Tak ada. Kita tak lihat beza warna kulit, itu beza Pakatan Rakyat. Dan bila kita buat perkara ini, open tender / tender terbuka, tak ada satu orang pun di Pulau Pinang membantah, yang membantah itu kontaktor Umno saja. Mengapa Umno mau bantah? Tak dapat kontrak tentu membantahlah. Bukan sahaja membantah, melatah jugak. Membantah, melatah, meracau. Itulah Umno.
Itulah sebab kita tak takut, kita akan lawan habis-habisan. Termasuk itu MCA MIC Barisan Nasional serupa juga. Mainkan perkauman. Ingat kita sekarang orang bodoh. Buat hanya kenyataan dalam surat khabar Cina, tak berani buat dalam surat khabar Melayu. Inilah kita nak orang tengok muka betul-betul MCA. Muka betul-betul Chua Soi Lek. Mungkin boleh tengok lebih daripada itulah.
Didengar / disalin / ditulis oleh:
nurfatimahz AKA puteri
Nota:
Glamer sunggoh ye google translator tu, he.he.. Buat saya ada tergelak kecil bila dengar Guan Eng sebut..
16 comments:
oh politik sana sini :)
p/s:
puteri kena buat entri cinta di blog puteri..
tak ksiah ttg apa penting tajuk dia cinta..
nak buat puisi blh, sajak ker..pasal putus cinta ok juga..
pastu syarat2 dia kena buat sb wajib.kak harap antara 1 sampai no 3 puteri akan dapattempatnya juga..
semoga berjaya..buat masa ni ramai bloge ryang tak tahu..seb suri skrg jarang berblog dari satu blog ke blog yang lain sb bzi tahap gaban..hiii
puteri kalau tak ada idea blh jer bals komen2 suri, dan bloger lain..nanti kat situ angka komen akan berganjak dari satu ke satu angka yang tinggi :)
semoga berjaya. terima kasoh sekiranya anda adalah antara yang BERANI menyahut cabaran ini. nampak susah tapi senag sebenarnya :)
semoga adikku berjaya :)
ayo sokong lge pm selepas dsai,,
ASET TETAP AMENO
politik hipokrit!
tu je yang aku boleh kata sekarang...
k. suri -->>
politik kan hidup.. :)
uhuu..
akak ni.. dah banyak kita post pasal chenta takmau wat pertandingan sebelum ni.. hu.hu..
kalo amek je yang sebelum ni boleh tak? kikiki...
orrait!
he...
terima kasih kak!
new hope -->>
LGE become TPM pun ok =)
memang respek LGE!
beautiful_rose -->>
politik tak hipokrit.
yang hipokrit itu ahli politik.
ahli politik "melayu".
bukan ahli politik "Islam".
tengok contoh Guan Eng, walaupun beliau bukan Islam,
tapi pimpinannya jelas tidak bertentangan dengan hukum Islam.
Beliau mengharamkan judi bola di Penang..
Bagaimana dengan negeri2 BN?
Siapa yang meluluskan?
Siapa yang mengeluarkan?
lim guan eng kalau dia resign dap hari ni, esok dia akan disanjung dan diberi jawatan dan peranan macam lee lam tye sekarang.
tak percaya...cuba lim guan eng resign haha
CikguLi -->>
Lee Lam Tyhe tu sekarang dalam senarai board director of Media prima.
Media Prima = lidah BN juga kan?
Dia kan DAP dulu.
atau sudah bertukar wajah?
salam puteri,
cara umno untuk mengekalkan kuasa politik ialah dengan memperbodoh-bodohkan orang melayu supaya tidak lawan tokeh. berikutan itu melayu semakin ketinggalan dan sampai bila pun takkan maju.
abah aman -->>
w'salam,.
dan rakyat diajar supaya takut untk bngkit, bntah atau lawan.
itulah mreka.
tapi Alhmdulillh.
ada yg brani bgun dmi mngakkan kbnran.
pernah guna google translator
nahunya memang kelam kabut
hehehe
Pernah juga guna Google Translator macam Tehr cakap tunggang laggang nak tergelak pun ada.
tehr -->>
aah..
pastu kene edit balik sndiri.
:)
akubiomed -->>
memang pun :)
pernah member wat bm ke bi..
smpai cikgu bi pun tak paham..
he.he
nak ckp pasal politik mmg tak tahu kiki... klu ilmu tahu le hooo
k. suri -->>
politik juga ilmu..
malah diiktiraf di dalm Islam..
kita ada Siyasah Syarieyah
(politik Islam)
:)
Post a Comment