~ Menyertai pertandingan cerpen anjuran beautiful_rose ~
Hari ini merupakan hari terakhir aku mengikuti program English Workshop anjuran pihak universiti. Semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Yang kelakarnya ramai yang tersilap kumpulan dan antara yang terbabit adalah diriku sendiri.
Entah di mana silapnya. Tapi aku rasa, aku dah masuk dalam kelas yang betul. Merujuk senarai nama di papan kenyataan, seingat aku, namaku tersenarai untuk berada di dalam kelas BTS 2.7.
Jadi pada hari pertama lagi, aku dengan penuh yakin masuk ke dalam kelas BTS 2.7. Kebetulan, ada kawan yang dikenali turut berada di dalam kelas berkenaan, walaupun kawan itu baru dikenali beberapa hari yang lalu. Aku langsung tidak menyedari bahawa sebenarnya aku berada di kelas yang salah.
Bagaimana aku tahu? Pada hari kedua program, senarai nama cetakan berkomputer diedarkan dan perlu ditandatangani. Opss.. Namaku tiada. Haru jugak ni. Macam mana ya?
“Miss,” Teragak-agak aku memanggil pembimbing program kelasku.
"Yes," Segera Miss Diyana menjawab.
"Er.. my name is not here," Susah jugak aku mengatur ayat dalam Bahasa Inggeris tu. Harapkan program ini sahajalah untuk aku bercakap Bahasa Inggeris.
"Hmm..?" Kening Miss Diana berkerut.
"Actually I don't know where is my group. I've look at the board and if I'm not mistaken, it should be this class, 2.7," Gagap jugaklah nak menghabiskan ayat.
"Do you have your friends here?," Miss Diana bertanya.
"Yes," Cepat aku menjawab.
"Then, it's okay,"
"But.. In different course,"
"Hah? Hurm.. then, just put down your name here," Aku pun terkial-kial menulis namaku dalam senarai nama cetakan berkomputer tu.
Pada keesokan harinya, iaitu hari ketiga merangkap hari terakhir program, aku baru dapat maklumat bahawa kelasku yang sebenar adalah di BTS 3.7. Bilik berkenaan berada di tingkat atas kelas yang aku masuk sekarang. Opss..
Tengahari, aku bercakap dengan Miss Diana.
"Miss, I've found my class. It is in third floor,"
"You want to stay here?"
"Cannot..?"
"No, I'm asking you. It's okay if you wanna stay here," Miss Diana mengulas agak panjang.
"I want to stay," Miss mengangguk.
Itulah pengalaman tiga hari berprogram dengan tersalah tempat, tapi dengan penuh confident masuk. Nasib jugalah kawan-kawan dalam kelas tu sporting, maklumlah semua saling tidak mengenali sebab baru minggu pertama di universiti. Esok baru akan bermula sesi perkuliahan.
Dan apa yang paling aku ingat sekali ialah, pada petang hari terakhir tu, Miss Diyana sempat berpesan, "Make sure that you not enter the wrong class in your first day study, okay!," Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk.
***************************************************
Nota: Kisah ini merupakan kisah benar pada tahun 2007, cerita saya pada minggu pertama masuk USIM.. he.he
14 comments:
selamat berkuliah :)
puteri,
thesis baru ni bukan main hebat englishnya.
takkan nak cakap 4-5 patah pong dah gagap?
matematik, sains belajar dalam bahasa apa ni? haha
mohamadazhan hjdesa -->>
ye selamat.. cerita ni masa mula2 masuk u.. he.he
cikli -->>
ala... ini masa tahun 2007 punya cerita.. baru masuk usim masa tu.. he.he..
salam puteri,
silap tu yang buat kita cepat pandai tu...
abah aman -->>
he.he..
dan ramai kenalan...
:) :)
sebab masuk kelas orang
jadi dapat kenal dengan orang lain juga
So, did you enter the right class on your first day? hehe
benrauf -->>
Of course lah :P
And they quite shocked,
wonder if I miss my class.
because I suppose to join with them
on the English Program..
:D
kadang2 kesilapan tu ada himahnya kan? =)
trimass menyertai contest...cerpen ni akan di ulang baca oleh juri yang terpilih....okeh selamat berhujung minggu sekian terima kasih kekasih =p
beautiful rose -->>
btol3!
:)
sm2
:)
nasib gak tak ada ujian
hehehe
tehr -->>
ho.ho..
cuma kena wat lakonan/drama je dalam program ni.. watak apa ye saya? haa..anak tiri..kikiki..
hik..hik.. aku malu sabar jelah..ingtakan tak abwa spek mata tadi huuu
suri -->>
hahaha...
Post a Comment