© Hakcipta adalah terpelihara.

Sunday, June 23, 2013

world war z

Telefon bergetar, vibrate. Ada panggilan masuk.

"Alamak, kakak telefon!"
"Cakap ah ngah dating"
:D

Btw kali pertama dengar sebutan tu.
Biasanya "meeting".

Tuesday, June 18, 2013

mungkin kau bukan takdirku

"Bila nak jumpa?" aku bertanya pada dia melalui khidmat whatsapp. Zaman sekarang mana orang pakai lagi dah khidmat sms.

Dia senyap. Tapi aku tahu dia telah membaca mesej sebentar tadi. Aku akan menunggu sehingga dia menjawab pertanyaanku tadi.

Bumi Batu Pahat tidak jauh bezanya dengan bumi Sungai Petani dari segi suhunya. Ya, sama panas. Jika di Nilai, Negeri Sembilan dan Ampang, Selangor, masih boleh tahan kipas nombor satu. Tapi di sini, hai.. Memang nak berpeluh sakanlah kalau pasang kipas nombor satu.

"Sabtu. Kalau petang hari biasa selepas pukul 5. Habis kerja", dia mengirimkan pesanan itu. Lewat petang aku bertanya, lewat malam baru mendapat jawapan. Hai, nasiblah...

Petang ini ku rasa seperti biasa. Ada sedikit bunga-bunga. Iyalah, mahu bertemu si dia. Petang terasa merangkak dengan begitu perlahan. Namun kerana keinginan di hati, segalanya terasa menjadi. Hebatkan kuasa hati?

Di kejauhan aku memandang sebuah kafe yang terletak berhampiran tempat kerja dia. Entah bagaimana laju pula langkah kaki ini. Walhal ini kali pertama aku di sini. Dan aku tidak pula memaklumkan dia yang aku ke sini pada hari ini. Hari ini bukan Sabtu.

Dia melihatku menghampiri mejanya. Sambil tersenyum, dia mengisyaratkan aku supaya duduk. Ku lihat beberapa menu telah dipesan. Eh? Dia memandangku seperti biasa.

Tiba-tiba, ada seorang wanita bersama anak kecil datang ke meja yang sedang kami duduki. Memang tersentaplah aku. Bukan kerana itu isterinya, tapi itu bekas kakak iparnya!

Ya, dia memang insan yang sangat baik. Tidak membiarkan bekas kakak iparnya sendirian, sangat berbeza dengan abangnya yang ah..sukar untuk digambarkan.

Tapi aku kecewa. Kerana dia banyak beriku alasan. Takut tak ada masa, sibuk kerja, bla bla bla. Tapi boleh pula berjanji dengan bekas kakak ipar? Ohya, padanlah dah siap ada pesanan menu bagai, semua bukan untuk aku sebab dia bukannya tahu aku mahu ke sini.

Aku terus bangun sewaktu dia mempersilakan bekas iparnya duduk. Pandanganku berkaca. Aku berundur dan memalingkan wajah. Lekas-lekas aku berjalan menjauhi dia. Dia bangun, seolah-olah ingin berkata sesuatu padaku.

Ringan terasa langkah kaki ini, aku terus berlari. Enggan memandangnya lagi. Hatiku terlalu pilu. Dia mengejarku. Aku yakin langkahku sudahpun laju, namun mengapa dia semakin hampir? Bagai ada magnet yang menghalang aku dari terus berlari. 

Dia berjaya menghampiri dan memaut bahuku. Segera dia memalingkan tubuhku agarku memandangnya.

Dan aku terjaga dari tidur. Sekian.
#17.06.2013

Nota: Mimpi dan watak dalam mimpi adalah bukan rekaan. Cumanya watak "kakak ipar" entah macam mana boleh ada sedangkan dia tiada "abang".

Dah terjaga tengok dia reply whatsapp. Seperti yang di dalam mimpi. Jawapan lebih kurang, "takut tiada masa".

K.E.C.E.W.A.

Monday, June 10, 2013

ketenangan

Terima kasih Tuhan
Biarpun ku kekusutan
Kau beriku ketenangan
Syukur padaMu Tuhan..

Sabtu paper Ilmu Pendidikan.
Ahad paper Pendidikan Islam, dua papers.

Dah selesai, alhamdulillah.

Maka dengan ini
Mulai hari ini
Dengan rasminya
Saya "menganggur"!

:D

Tuesday, June 04, 2013

exam, exam, exam

Sepanjang 18 bulan bergelar student maktab, tak pernah sekalipun ada exam, midterm juga. Kalaupun ada cumalah kuiz. Itupun satu-dua subjek yang tiada peperiksaan akhir.

Bulan ini adalah bulan terakhir menyandang status pelajar maktab. Cukup 18 bulan bermula Januari 2012 hinggalah Jun 2013.

Takut juga. Sebab tak pernah exam.
Lepas exam cuak dengan result.
Lepas tu temuduga lagi.
Lepas tu tunggu result interview.
Kalau lulus baru posting.

Last few days menteri Idris Jusoh ada cakap "tiada jaminan penempatan bagi guru pelatih IPT @ IPG". Juga "hanya yang cemerlang sahaja akan dipostingkan".

Bagus sebenarnya demi kualiti pendidikan negara. Yang tak bagusnya sayalah, kurang keyakinan untuk interview dan bla bla bla.

Ok kot kalau tak dapat, semua tu urusan Allah Taala. Cuma.. Mungkin segan sikit la dengan orang yang kenal kita sebagai "bakal guru". Hihihi....

Mari mencari pekerjaan lain. Blogger sepenuh masa mungkin? :D

Ok, exam Sabtu dan Ahad ini. 8-9 Jun 2013. Doakan saya dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang baik, insyaAllah, amin.

Saturday, June 01, 2013

cintakah ini

Cintakah ini
Yang membuat aku rasa derita

Cintakah ini
Yang membuat ku tertanta-tanya

Cintakah ini
Yang buatku mengalirkan air mata

Cintakah ini?