© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, May 26, 2017

Ramadhan 1438

Baru sampai Sungai Petani setelah lebih 10 jam atas jalan raya.

Bila nampak sawah padi, petanda makin dekat dengan rumah. Hehee

Selamat berpuasa!

Tuesday, August 23, 2011

fenomena kad raya

Jangan disangka semakin canggih zaman beralih, maka yang adat/budaya tradisi dilupakan. Walaupun bersilih teknologi yang datang seperti e-mail, kiriman sms, mms, frindster, facebook dan sebagainya memberi khidmat kiriman e-kad raya... namun kad raya 'tradisional' masih laku dan tetap popular.

Tadaaa!!
Kiri dari Hartini, kanan dari Shaharudin (kedai spek mata hehe)

Yang ni pulak... kad2 yang belum bertuan...

Kawan-kawan yang mahu kad raya bolehlah tinggalkan nama/nickname berserta alamat di kotak komen di bawah, inbox FB saya atau pun (bagi tujuan privacy) boleh tinggalkan sahaja pesanan SMS ke nombor 012.564.6274 <<-- jangan risau, nombor saya, okey?.

Wednesday, August 03, 2011

iklan kontroversi (Ramadhan 1432)

JIKA diimbas kembali kepada tahun-tahun yang sudah, pasti ada sahaja iklan-iklan yang dikritik hebat kerana terdapat unsur-unsur yang tidak disenangi oleh sebilangan masyarakat di negara ini.

Kali ini giliran Channel 8TV mendapat kritikan hebat berhubung sebuah iklan Ramadhan yang disiarkan di stesen televisyen tersebut. Difahamkan, iklan ini menggambarkan seolah-olah orang bukan Islam di negara ini tidak pandai menghormati bulan Ramadhan.

Bagaimana pun, Iklan Ramadhan yang didakwa mengandungi unsur perkauman atau rasis itu sempat ditayangkan seketika sebelum siarannya ditarik balik berikutan bantahan dan kritikan banyak pihak. Saksikan dan nilailah sendiri.



Sumber: MiloSuam

Nota:
Saya pun tak berkenan dekat iklan ni! Host dan orang Melayu sendiri tak pandai nak hormat Bulan Ramadhan + Agama sendiri, nak 'ajar' penganut agama lain. Huh.


Nota 2:
Saya ada kenal orang Cina yang turut berpuasa di bulan Ramadhan dan juga bulan2 lain walaupun bukan beragama Islam. Tian Chua (Ahli Parlimen KeADILan) juga berpuasa! Melayu + Islam berapa ramai yang tak puasa?

Tuesday, September 07, 2010

bila nak raya

~ Bukan pertanyaan bilakan raya menjelma.. Tapi sekadar meniru gaya lagu Spider: "Bila Nak Saksi" ~

Pejam celik, pejam celik,. dah 28 hari kita berpuasa. Hampir sebulan sudah. Kedatangan syawal semakin terasa. Iya lah, masa awal-awal Ramadhan dulu, surau, masjid,, penuh sesak. Tapi confirm akan lagi sesak semasa solat hari raya. Dah akhir-akhir ni, makin susut, makin surut.

Teringat tazkirah ringkas yang disampaikan oleh seorang ustaz selepas solat Tarawikh.. Seharusnya jumlah yang hadir ke masjid dan surau2 tetap maintain seperti di awal Ramadhan. Kan ke 10 Ramadhan yang terakhir itu ada Lailatul Qadar? Tapi mungkin juga 'mereka' pulang ke kampung dan mengimarahkan masjid/surau di sana. Insya-Allah.

Jangkaan, hari raya hari Jumaat ni. Dalam taqwim, kalendar semua tulis cetak begitu. Jumaat 1 Syawal. Tapi ada ura-ura kononnya hari Khamis. Maknanya puasa cuma 29 hari. Kalau benar raya hari Khamis, maknanya esok last puasa lah kan?? Malam ni last tarawikh.

Oh??
:)



Esok, Rabu, tengok anak bulan. Dah lahir ke belum? Lepas tu dalam jam 8.00pm, mengadap tv, tengok Penyimpan Mohor2 Besar Majlis Raja2 mengumumkan tarikh hari raya. Penyimpan mohor ni paling glamer time nih,, time umum Ramadhan dengan isytihar Syawal :D



Bila nak raya ya??
he.he
;-)

Sunday, August 29, 2010

sudah 19 hari

Sedar tak sedar, sudah 19 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk berpuasa.

10 yang pertama itu rahmat dan keberkatan
10 yang kedua itu maghfirah keampunan
10 yang terakhir itu pelepasan dari azab api neraka.



Bagaimana dengan tadarus al-Quran? Sudah khatamkah?


Bagaimana dengan solat sunat tarawikh dan witir? Ada yang tertinggalkah?

Bagaimana dengan puasa?

Bagaimana dengan solat?

Bagaimana dengan ibadah2 yang lain?


Friday, August 27, 2010

fakta Ramadhan

~bulan Ramadhan bukan bulan puasa!~

Apa pandangan kalian jika dikatakan Ramadhan itu bukan bulan puasa? Habis tu selama ni kita buat apa dalam bulan Ramadhan kalau bukan puasa? Atau sebenarnya tersalah bulan? Biar betul??!



Ahhaa.. bertenang,,. Biar saya jelaskan pernyataan di atas. Benar, Ramadhan bukan bulan puasa. Dalam bulan Ramadhan kita berpuasa, namun bulan Ramadhan itu sendiri bukanlah bulan puasa.

Ini kerana dalam bulan yang mulia ini ibadat selain puasa juga digalakkan amalan lain seperti berzikir, membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya. Kerana itu bulan Ramadhan bukanlah bulan puasa semata-mata...

Jadi.. Bulan apa sekarang...,,????

B) B) B)


Tuesday, August 10, 2010

perutusan Ramadhan 1431



Ramadhan adalah Sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [Latih tubi Spiritual] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa.

Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektif utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut.

Sebagai seorang muslim , sayugianya merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt.

Terlebih layak bagi para pejuang dan pemuda - pemuda yang menjadi anggota Harakah Islamiyyah [PAS] . Mereka mestilah memiliki karamah ini sementara peluang hanya sekali dalam tempoh setahun .

Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap pemuda mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini .

Capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah.

Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [pengabdian diri kepada Allah] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [diterima Allah swt] dan munajatnya maqbul .

Doa dan munajat yang mustajab serta maqbul ini adalah antara senjata yang paling berkesan untuk dibawa ke tengah medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk ditewaskan . Sementelah pula berdepan dengan musuh disaat kita telah kehabisan daya dan upaya juga di saat kehilangan taktik dan teknik serta kehabisan strategi untuk diaplikasi .

Perjuangan Islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak . Perjuangan ini juga memerlukan pemuda yang memiliki fikrah yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap tasawwur amal Islami .

Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili EXCO DPPP dan seluruh warga DPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem !

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Sumber: Harakahdaily