JIKA diimbas kembali kepada tahun-tahun yang sudah, pasti ada sahaja iklan-iklan yang dikritik hebat kerana terdapat unsur-unsur yang tidak disenangi oleh sebilangan masyarakat di negara ini.
Kali ini giliran Channel 8TV mendapat kritikan hebat berhubung sebuah iklan Ramadhan yang disiarkan di stesen televisyen tersebut. Difahamkan, iklan ini menggambarkan seolah-olah orang bukan Islam di negara ini tidak pandai menghormati bulan Ramadhan.
Bagaimana pun, Iklan Ramadhan yang didakwa mengandungi unsur perkauman atau rasis itu sempat ditayangkan seketika sebelum siarannya ditarik balik berikutan bantahan dan kritikan banyak pihak. Saksikan dan nilailah sendiri.
7 comments:
Puteri
Saya tidak kisah sangat kalau Islam seolah-olah dihina oleh bangsa lain kerana mereka bukan Islam dan pastinya tidak memahami ajaran Islam.
Yang saya kisah sangat adalah penganut agama Islam itu sendiri menghina agamanya tapi tiada siapa pun yang mengambil berat hanya kerana yg menghina Islam tu adalah berbangsa meLAYU.
Hina datang dalam berbagai cara dan bentuk. Salah satunya adalah cara berpakaian. Klu bukan Islam berpakaian menjolok mata di Bazar Ramadhan, itu tidak menghairankan saya tetapi kalau meLAYU Islam itu sendiri yg berpakaian begitu, tiada siapa pulak yg nak menghentam.
Kamal Sanusi,
Betul tu. Malah istilah 'ekstrimis Islam' juga dikeluarkan oleh Melayu Islam sendiri. Mereka terang-terangan tidak menghormati agama sendiri.
Hairan. Nak orang hormat, tapi xcuba nak menghormati.
Umat islam tak dapat jadi cth kepada bukan Islam...
kreatif tak bertempat.
sebenarnya tak kreatif pun.
azhan,
kan?
malu jer
cikli,
pedas tu ayat
ala... Puteri, iklan yang mana ni?
tak sempat tengok...
Post a Comment