© Hakcipta adalah terpelihara.

Monday, August 08, 2011

Contest Aku Berpuisi - Rintihan Jiwaku



Hujanan nuklear
Bedilan fosforus
Kebakaran dahsyat
Umpama pesta bermaharajalela
Nilai nyawa tiada berharga
Kehilangan yang menyayat
Menjadikan aku seorang yatim piatu

Keluargaku.. di mana?
Ayah, di mana ayah?
Ayah pergi berjihad tiada pulang..
Ibu, di mana ibu?
Ibu longlai lesu terbujur kaku..
Abang, di mana abang?
Abang menjadi mangsa senapang rakus
Terkoyak rabak tubuhnya
Sama seperti helaian bajunya..
Kakak, di mana kakak?
Nafsu binatang manusia syaitan itu
Menghentikan denyut nadinya..
Adik, di mana adik?
Adik sudah lumat, berkecai
Dihancurkan kereta kebal jahanam..

Apa kau melihat deritaku?
Apa kau merasa apa yang ku rasa?
Apa kau punya mata namun hatimu buta?
Kau rela bersekongkol dengan mereka
Menembak mati saudara-saudaraku
Menghancur lenyap sahabat-sahabatku?
Atau kerana ini kisahku
Bukan kisahmu
Ia berlaku padaku, keluargaku
Bukan kamu, keluargamu?

Note:
Re-post untuk contest anjuran sahabat blogger, Azhan.

Tagged:
Cikli
Tehr
Kamal Sanusi

9 comments:

Mohamadazhan.com said...

Salam puteri reformasi.hehe

Terima kasih sudi join Contest yang tak seberapa ni. Puisi penuh mesej tersirat mengenangkan nasib sahabat2 yang tidak senasib dengan kita.

puteri said...

w'salam..

hehe.. sama-sama
insya-Allah karya seterusnya bakal menyusul

Cikli said...

wah... sajak berani yang menembusi jantung si apco

puteri said...

cikli,

hehe..
paham ke diorang bahasa melayu

hihihhi

tehr said...

alamak
saya ni tau tulis pantun je
hehe

thanks kerana tag saya
belum tahu lagi nak tulis apa

mawarseri said...

emm, menarik....;)

Fahmi said...

mcm best je kontest nie... rasa2 macam nak masuk...

sekali sekali jadi puitis :D

puteri said...

fahmi,

sila2!

NaeBlog said...

Semuanya mampu berpuisi dengan hebat
Gud Luck Puteri!