© Hakcipta adalah terpelihara.

Thursday, December 31, 2009

mungkin ini terbaik

Saiful: Faiza tak percayakan Saifulkah?
Faiza: Bukan.
Saiful: Habis tu? Kenapa? Faiza tak sayangkan Saiful?

(Faiza serba salah)

Faiza: Faiza tak ada jawapan untuk itu.

(Faiza diam seketika..kemudian menyambung)

Faiza: Ibu bapa, keluarga Faiza tidak dapat menerima Saiful.

(Faiza melepaskan keluhan)

Saiful: Biarlah Saiful berjumpa dengan ibu bapa Faiza. Saiful mahu hidup bersama Faiza.

(Faiza menjawab tanpa perasaan)

Faiza: Entahlah.. .
Saiful: Saiful mahukan perhubungan yang sah dengan Faiza.
Faiza: Faiza tak tahu apa nak cakap.
Saiful: Saiful akan memujuk ibu bapa Faiza sehingga terima Saiful.

(Faiza menarik nafas, dalam)

Faiza: Faiza rasa tak perlu. Dan kita, setakat ini sahajalah…

(Saiful tidak berpuas hati)

Saiful: Tidak! Tak boleh macam tu.
Faiza: Kenapa?
Saiful: Saiful akan berusaha seperti yang dijanjikan. Usaha sehingga ibu bapa Faiza terima.
Faiza: Rasanya dah cukup. Faiza dapat rasakan mereka mungkin akan menerima Saiful nanti jika Saiful terus memujuk, merayu. Tapi Faiza tak mahu ianya berlaku.
Saiful: Faiza…

(Faiza pantas menyambung)

Faiza: Faiza takut mereka akan menerima Saiful nanti bukan secara redha, tetapi kerana kasihkan Faiza, kasihan, menurut kehendak Faiza. Faiza tak mahu itu. Biarlah mereka terima sejak mula, itulah yang terbaik.
Saiful: Tapi Saiful…

(Faiza memotong)

Faiza: Maaf. Faiza tahu Saiful ikhlas. Tapi kita.. banyak bezanya, halangannya.. Dan Faiza tak mahu ibu bapa Faiza susah hati kerana Faiza. Cukuplah Saiful.

(Faiza bangun dari kerusi)

Faiza: Faiza pergi dahulu

(Faiza mula melangkah, Saiful diam seketika. Kemudian bersuara, memanggil Faiza)

Saiful: Faiza! Bolehkah kita berjumpa lagi selepas ini?

(Faiza menggeleng)

Faiza: Jangan lagi. Tak perlu. Maafkan Faiza. Assalamualaikum.

(Faiza terus berlalu…)
(Lambat, Saiful menjawab salam. Perlahan)

Saiful: Waalaikumussalam

(02-12-2009)

Wednesday, December 30, 2009

subtitute boyfriend

Semalam, saya membaca majalah beerbahasa Inggeris yang bertajuk CLEO, November, 2007. Kak Fizah (teman serumah) yang meng-offer saya untuk membacanya.

Jadi saya pun melihat-lihat apa isi di dalamnya. Dan terjumpa satu tajuk yang menarik: "Are You Using Your Best Friend as Your Boyfriend?"




Kenapa perempuan yang dikatakan menjadikan teman baiknya sebagai subtitute boyfriend? Ini kerana cara didikan kanak-kanak perempuan berbeza dengan kanak-kanak lelaki.

Kanak-kanak perempuan yang sudah berusia 5-6 tahun biasanya masih belum dipisahkan dari tidur bersama ibunya. Sebaliknya kepada kanak-kanak lelaki.

Apabila ke sekolah, kanak-kanak perempuan akan berjumpa dengan rakan-rakan perempuannya dan lebih cepat mesra kerana dia merasakan rakannya itu pengganti ibunya.

Walaubagaimanapun, hubungan baik dua perempuan ini tidak dikategorikan sebagai hubungan luar tabi'e.

For girl who have her female best friend, do you.. .
** Phone her every day?
** Hang out with her every weekend?
** Go on holiday together?
** Feel jelous if she goes out withsomeone other than you?

Jika anda menjawab 'ya' kepada dua atau lebih dari soalan tersebut, maka anda sememangnya 'using your best friend as your boyfriend' or subtitute boy friend!

Masa mula-mula saya baca soalan-soalan ni, saya menjawab 'ya' kepada tiga soalan di atas. Err...

Lepas tu dalam majalah tu cakap lagi (majalah pun boleh bercakap gitu...), kalau kawan baiknya menolak, dia akan merasakan tak dihargai, sedih, terasa hati, rasa dibuang ketepi dan seumpamanya oleh kawan baiknya itu.

Hurm.. Saya mengaku yang saya memang ada rasa macam tu dengan kawan baik saya sebelum ni. Bila dia lebihkan kawan perempuannya yang lain, saya terkilan. Macam apa yang ditulis oleh si pengarang dalam CLEO.

Tapi bukan sebagai subtitute boyfriend tau. Sebab saya pun ada kawan lelaki, juga my male bestfriend. Cumanya tidak sebaik atau serapat saya dengan my female bestfriend. Yelah, pergaulan (perempuan) dengan lelaki ada batasnya..

Tapi sekarang tidak lagi rasa jeles ke ape ke.. Sebab perasaan saya, n-e-u-t-r-a-l.

Mungkin saya patut meminta maaf daripada kawan saya tu, sebab.. merujuk kepada perkara di atas, (macam nak buat surat rasmi jer.. hu..).


Awak, saya mintak maaf ye sebab saya pernah sayang awak sangat-sangat. Saya ada bagitau awak kan yang saya ni tamak. Saya nak awak dengan saya je, tak boleh lebih dengan orang lain. Saya pentingkan diri sendiri, kan? Sekali lagi saya mintak maaf. Maafkan saya. -Nur Fatimah-

Tuesday, December 29, 2009

kawanmu yang ini

Apakah ciri seorang kawan?

Yang membantu ketika susah

Yang menghulurkan bantuan bila perlu
Yang memberi pertolongan ketika diminta
Yang mendengar segala rintihan dan luahan

Yang menolong menyelesaikan masalah

Yang mencetus kekuatan ketika goyah

Yang meransang semangat disaat kecewa
Yang membangunkan bila terjatuh...

Siapakah yang kau panggil sebagai kawan?

Yang menenang ketika duka

Yang memujuk ketika lara
Yang merawat ketika luka
Yang menyembuh ketika derita
Yang menjadi penawar ketika sengsara...

Itukah kawanmu?

Yang dicari bila tiada yang lain

Yang ditinggalkan bila tak lagi diperlukan
Yang diabaikan bila senang

Yang dilupakan bila gembira
Yang dibuang bila tidak digunakan
Yang enggan dipandang bila bahagia...

Kau lupakan dia yang menjadi sapu tangan
Mengelap air mata pilumu..


Kau lupakan dia yang menjadi anak patung
Mengubat rasa sunyi, rindumu..

Kau lupakan dia bila kau ada yang lain

Langsung dia bagimu tiada nilainya..

Dia
Tak diperlukan lagi

Tak berguna lagi

Tak berharga lagi
Tak bererti lagi
Tak bermakna lagi..

Itulah kawan bagimu
Itulah aku padamu...


Teruskanlah hidupmu
Berbahagialah dengan pilhanmu
Sehingga engkau perlukan aku semula
Disaat itu harus kau sedar

Aku sudah terlalu jauh untuk kau kejar

Dan tak mungkin aku akan kembali.

~nurfatimahz AKA puteri~ 21-12-2009, 10.45 pm


**********************************************************************

Suka untuk saya kongsikan, pesanan yang diberikan seorang teman kepada saya 2 tahun yang lalu.

Cuba anda lihat gubahan bunga di bawah.. Cantik, kan?


Begitulah diibaratkan persahabatan dengan gubahan bunga...

"Persahabatan ibarat satu gubahan bunga yang cantik. Namun, jika ianya terlerai, ia mungkin masih dapat digubah kembali. tetapi gubahan itu tidak akan sekali sama indah dengan gubahan yang pertama".

Monday, December 28, 2009

tazkirah maal hijrah - part 6 (akhir)

Pada malam yang dijanjikan, puak Quraisy berhimpun di suatu tempat. Rasulullah juga hadir ke sana. Pada malam itu, bulan mengambang penuh.

Puak Quraisy: Hai Muhammad! Sekiranya engkau benar adalah nabi, tunjukkan kepada kami, biar kami semua melihat bukti engkau sebagai nabi.
Rasulullah: Apakah akan mengaku aku sebagai nabi sekiranya aku melaksanakannya?
Puak Quraisy: Ya, kami akan mengaku
Rasulullah: Apakah yang kamu mahu?

Selepas beberapa ketika, mereka menjawab pertanyaan Rasulullah.

Puak Quraisy: Lihat bulan itu. Kami mahu kamu membelahnya. Kemudian satu bahagian itu pergi ke bukit di sebelah kanan ini, dan sebahagian lagi ke sebelah kiri.

Rasulullah menadah tangan sambil berdoa kepada Allah: "Ya Allah, sekiranya engkau tidak membantu aku menunaikan permintaan mereka pada kali ini.. Aku bimbang tidak akan ada seorang pun selepas ini yang akan beriman kepada-Mu".

Kemudian, Rasulullah menerima wahyu menyuruhnya mengangkatkan tangan dan menunjukkan ke arah bulan.

Apabila Rasulullah berbuat demikian, serta merta bulan itu terbelah kepada dua bahagian. Lalu Baginda menghalakan sebelah tangan Baginda ke bukit di sebelah kanan, bahagian bulan yang pertama itu pergi ke sana. Dan sebelah tangan lagi. Baginda menghalakan ke bukit di sebelah kiri, maka bulan yang sebahagian lagi pergi ke bukit di sebelah kiri.

Setelah itu, Rasulullah mendekatkan kedua tangannya yang mengarahkan bulan tadi antara satu sama lain, maka bulan pun bercantum semula dan kembali ke tempat asalnya.

Pendapat atau riwayat yang mengatakan bahawa, bulan yang terbelah itu masuk ke dalam baju nabi melalui kedua lengannya, kemudian bertemu di leher nabi, seterusnya barulah kembali kepada kedudukannya yang asal tidak boleh diterima pakai kerana ia tafsir berunsurkan israeliyat.

Rasulullah: Apakah kalian percaya dan mengaku bahawa aku adalah nabi?

Tiada siapapun yang bersuara. Ditengah-tengah puak Quraisy itu, Abu Lahab kemudiannya berbicara.

Abu Lahab: Selama ini kalian menuduh anak saudaraku Muhammad seorang ahli sihir, tapi kalian tidak pernah menunjukkan bukti. Dan hari ini, semua telah melihat dengan jelas, Muhammad merupakan ahli sihir yang nyata! Sudah, mari kita semua beredar!

Mereka mengaku mukjizat Rasulullah, tetapi mereka mendustakannya.
Begitulah antara sedikit sedutan episod perjuangan, penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. Tekanan, penindasan yang diterima oleh Rasulullah membuktikan bahawa Islam bukanlah tertegak dengan begitu mudah di dunia.

Islam bukan agama yang biasa-biasa. Umatnya juga tidak boleh menjadi 'biasa-biasa' kerana Islam adalah agama yang hebat! Umatnya juga haruslah hebat! Hanya muslim yang hebat mampu mempertahankan Islam!


Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semoga dengan meningkatnya tahun, akan meningkatlah amalan, iman dan ketaqwaan kita kepada Allah Taala, insya-Allah.


Takbir..

Allahu Akbar!


(tamat.)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.


Link berkait: Tazkirah maal hijrah - part 5

Sunday, December 27, 2009

tazkirah maal hijrah - part 5

Rasulullah menyuruh Abdullah bin Salam berlindung dibelakang rumahnya. Apabila beberapa orang dari pengikut Abdullah bin Salam menghampiri Rasulullah, Baginda bertanya kepada mereka tentang Abdullah bin Salam.

Rasulullah: Adakah diantara kamu Abdullah bin Salam?
Pengikut: Orang yang kamu sebut itu tadi merupakan ketua kami. Orang yang paling alim antara kami. Bapanya orang yang paling alim. Merupakan anak yang paling alim dalam kaum kami.

Rasulullah: Apakah yang akan kamu katakan, jika aku mengatakan bahawa Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?
Pengikut: Kami tidak percaya, sesungguhnya dia terdiri dari golongan pendusta yang nyata!

Rasulullah menyuruh Abdullah bin Salam masuk ke dalam rumah.

Rasulullah: Hai Abdullah bin Salam, katakan kepada mereka bahawa engkau telah beriman kepadaku
Abdullah: Benar, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah
Pengikut:
Engkau (Abdullah bin Salam) orang yang paling berdusta antara kami. Bapamu juga pendusta. Merupakan anak yang paling hebat berdusta di dalam kaum kami!

Lalu pengikut-pengikut itu meninggalkan rumah Abdullah bin Salam.

Tidak hairan jika ada manusia yang ingkar dan enggan mengaku kenabian dan kerasulan Rasulullah, kerana tidak diberikan hidayah oleh Allah.

Hal ini juga dibuktikan dengan bapa saudara Rasulullah, baik yang begitu mengasihi Rasulullah seperti Abu Talib, atau yang kuat menentang seperti Abu Lahab.

Dalam satu peristiwa mukjizat di mana kaum Quraisy tidak percaya pada mukjizat-mukjizat Rasulullah seperti air keluar dari jemarinya. Kata mereka, mereka tidak meminta itu untuk dilihat.

Kemudian mereka berkata, sekiranya Rasulullah tidak berjaya melakukan apa yang mereka mahu, Rasulullah perlu berhenti dari mengaku sebagai nabi dan menghentikan ajaran Islam. Dan sekiranya Rasulullah berjaya menunaikan permintaan mereka, mereka akan menghormati Rasulullah.

Lihat dengan teliti.. Mereka akan menghormati, bukan mengaku akan kenabian nabi.

Para sahabat mula memikirkan apakah bentuk permintaan yang mungkin diminta oleh kaum Quraisy.

Abu Bakar As-Siddiq: Aku risau jika mereka membawa sebuah gelas yang berisi air dengan penuh, kemudian meminta Rasulullah untuk terjun ke dalam gelas tersebut tanpa menumpahkan walau sedikit air pun.

Umar Al-Khattab: Aku dapat rasakan bahawa mereka akan datang, membawa sebiji telur ayam. Kemudiannya meminta Rasulullah untuk masuk ke dalam telur ayam itu tanpa memecahkan kulitnya!

Apakah yang diminta oleh kaum Quraisy..?

(bersambung...)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian terakhir pada entry yang akan datang.


Link berkait: Tazkirah maal hijrah - part 4

Saturday, December 26, 2009

tazkirah maal hijrah - part 4

Abdullah: Engkau mendakwa engkau adalah nabi akhir zaman?
Rasulullah: Aku hanya pesuruh Tuhanku, nabi Allah.
Abdullah: Aku mempunyai tiga soalan yang mana soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh seorang nabi. Jika engkau tidak dapat memberikan jawapan, pulanglah engkau dan lupakan tentang pengakuanmu sebagai nabi.
Rasulullah: Sekiranya aku dapat menjawab?

Abdullah bin Salam mendiamkan diri.

Rasulullah: Engkau berkata, hanya nabi yang mampu menjawab soalan-soalanmu. Sekiranya aku mampu menjawabnya? Engkau mengaku bahawa aku adalah nabi?

Abdullah bin Salam masih tidak menjawab. Rasulullah bertanya lagi.

Rasullah: Engkau akan mengaku aku adalah nabi sekiranya aku dapat menjawab soalan-soalanmu?
Abdullah: Ya, aku akan mengaku
Rasulullah: Apakah soalan-soalanmu itu wahai Abdullah bin Salam?
Abdullah: Soalanku yang pertama. Apakah makanan pertama yang dimakan oleh peghuni Syurga apabila mereka memasukinya?
Rasulullah: Apakah soalanmu yang kedua?
Abdullah: Apakah tanda-tanda besar bahawa hari akhir (kiamat) akan berlaku?
Rasulullah: Dan apakah soalanmu yang ketiga?
Abdullah: Mengapakah anak, kadangkala menyerupai wajah ibunya dan kadang-kadang wajah ayahnya?

Kemudian, Rasulullah menjawab soalan-soalan tersebut.

Rasulullah: Sesungguhnya makanan pertama yang akan dimakan oleh penghuni Syurga bilamana mereka memasukinya ialah sejenis makanan yang diperbuat dari hati ikan paus yang dimasak dengan begitu enak dan lazat bersama minyak zaitun.

Abdullah bin Salam yang sedang memegang sebuah kitab ketika itu terlepas kitab tersebut dari pegangannya. Rasulullah mengambil kitab berkenaan dan diberikan kepada Abdullah bin Salam.

Rasulullah menyambung: Adapun diantara tanda-tanda hampirnya hari akhir ialah banyaknya kebakaran yang berlaku di muka bumi, bermula dari sebelah barat ke timur.

Sebahagian ulama' mentafsir sebagai peperangan. Ada juga yang berpendapat ianya juga berkait dengan pemanasan global yang berlaku.

Abdullah bin Salam mengetap bibirnya.

Rasulullah: Muka anak, kadang-kadang serupa dengan ibu, kadang-kadang serupa dengan bapa. Bila ovum menemui sperma terlebih dahulu, maka wajah anak akan mirip si ibu. Jika sperma menemui ovum terlebih dahulu, maka wajah si anak akan mirip dengan si bapa.

Rasulullah: Apakah aku telah menjawab soalan-soalanmu dengan betul?
Abdullah: Benar
Rasulullah: Apakah engkau mengaku bahawa aku seorang nabi?
Abdullah: Sesungguhnya aku beriman bahawa engkau seorang nabi
Rasulullah: Sempurnakanlah. Aku beriman bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah

Abdullah bin Salam pun mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk agama Islam.

Tidak lama kemudian, datang beberapa orang dari pengikut Abdullah bin Salam ke rumahnya......

(bersambung...)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian yang kelima pada entry yang akan datang.


Link berkait: Tazkirah maal hijrah - part 3

Friday, December 25, 2009

kaulah bahagia

Ceritanya bermula dengan begini.. Tanpa permulaan tentu tak sedap kan sesebuah cerita?

Seorang makcik datang rumah saya. Jumpa dengan mak. Saya tak kenal makcik tu. Tapi gayanya macam kawan mak. Mugkin kawan lama, atau yang tak berapa kerap berjumpa.. Mungkin?


Saya terdengar makcik itu cakap pasal anak dia, dan kahwin. Mungkin nak jemput kami pergi kenduri anak dia kahwin kot? Hurm.. Pasang telinga la pulak.. Hu.hu..


Tetiba terdengar.. Nak kahwinkan anak dia dengan... saya?! Oh? Siapa dia? Saya tak kenal. Lepas tu mak cakap yang maksudnya.... dia setuju? Aih..? Biar betOl mak aku ni..?!


Terkejut tak? Awak terkejut. Saya lagi-lagi lah!
Angin tak ada, ribut tak ada. Tiba-tiba...?

Dan akhirnya...


Saya tinggal di rumah ibu mertua saya... Hubby saya mempunyai seorang adik lelaki. Wajah yang hampir serupa. Hu.. kalau saya tak pakai spek, kompem boleh tersalah orang! Ha.ha..


Sesuatu yang saya dapat rasakan, yang hubby saya tidak menyukai saya. Pasti ibu (mertua) yang mengaturkan perkahwinan kami. Dan dia, terpaksa rela..


Tapi saya tak berasa sedih atau terluka, sebab dia tidak melayan saya dengan buruk. Walaupun dia tak sukakan saya, tapi sekurang-kurangnya dia juga tidak membenci saya. Dia tidak bercakap kasar dengan saya.


Memanglah tak banyak ciri-ciri lelaki idaman saya pada dia, tapi saya akan terima. Saya akan cuba menjadi yang terbaik untuk dia.


Kaulah bahagiaku

Akulah bahagiamu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhz0nSgt3ua-HwVEFtfnyc_tYoEdHE4Q9-a7bPm8wbTqmzn4YGUOOi2IKG7PWVCFtb5tK8ejPOmbrf7xne1KVZWi50j49CA_5F1au8331JMr6V_PcAbxY2iIi9CTdvnkTJmYYT7/s320/RF244067~Couple-Holding-Hands-Posters-761521.jpg

************************************************************

Macam dalam novel atau drama?

Oh..... betul2 mimpi

Dan tak kenal siapakah gerangan........


Ha.ha

Sekian.

(14-12-2009)

Thursday, December 24, 2009

because his love is a lie

I used to love somebody
I used to fall in love with him

For a long, long time ago


When I was to serious in the relationship

He leave me without saying any word

He leave me although he always in front of me

It was too hurt when someone that you love
Just playing around with you

Because his love is a lie!


I almost forgot about him

Forget every feel of pain

I was succeed to be strong


When my friend tell me about him
I don't know why or for what reasons

My tears slowly falling down


It's funny when I think about it
Too fool for me to trust on him

But there is no such feeling to him anymore

Please don't ever talk about him in front of me

It is hard, hurt and I hate it
Because his love is a lie!

(10.20 PM, 23-12-2009)

*************************************************

Tangisan, sendu dan air mata bukan kerana cinta

Yang mungkin masih berbaki untuk dia
Tapi hanyalah merakam sendu di mata

Melepas segala duka yang terlahir dalam jiwa

Kiranya derita merindui dia adalah bahagia..
Aku lebih rela memilih derita.

-nurfatimahz AKA puteri-

Wednesday, December 23, 2009

tazkirah maal hijrah - part 3

Abu Bakar memberitahu Asma' jalan yang bakal beliau dan Rasullullah ikuti, dan berpesan supaya pada keesokan hari, Asma' membawa segerombolan kambing mengikuti jejak langkah mereka dan memadamkan kesan-kesan tersebut.

Abu Bakar dan Rasulullah tiba di Gua Thur dan bersembunyi di sana selama tiga hari. Kebiasaan orang Arab ialah, mereka akan memburu dan mencari seseorang selama tiga hari berturut-turut tanpa henti.

Orang Arab pada zaman itu juga mempunyai suatu ilmu yang mana, bila mereka melihat tapak kaki sesorang di suatu tempat, mereka dapat mengenalpasti siapakah tuan milik tapak berkenaan serta ke mana hala tujuannya.

Walaupun Asma' telah membawa kambing-kambing untuk memadamkan tapak kaki Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar, namun, puak Quraisy yang memburu Rasulullah tetap mampu mengesan perjalanan Rasulullah sehinggalah di hadapan Gua Thur.

Di dalam gua, Abu Bakar begitu resah. Bimbang jika puak Quraisy yang menjejaki mereka dapat mengesan bahawa mereka berada di dalam gua berkenaan. Kata Rasulullah demi menenangkan Abu Bakar, "Janganlah engkau takut atau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita".

Abu Bakar mengoyakkan bajunya kepada beberapa cebisan dan menutup lubang-lubang yang mungkin boleh menyebabkan beliau dan Rasulullah dikesan.

Habis baju tersebut, masih terdapat satu lagi lubang yang tertinggal. Lalu Abu Bakar menutup lubang tersebut dengan tangannya. Di dalam lubang itulah, menghuninya seekor kala jengking yang berbisa.

Kemudian Abu Bakar diuji dengan sengatan dari si kala jengking pada tangannya. Pucat wajah Abu Bakar, berpeluh-peluh dahi dan bergetar tubuhnya menahan bisa itu. Namun, sedikit pun dia tidak menganjakkan tanggannya yang berada di dalam lubang. Biarlah dia disengat, bukannya Rasulullah.

Kemudian, Rasulullah menegur. "Abu Bakar, sesungguhnya Jibril memberitahuku engkau menutup lubang si kala jenking dan disengatnya. Kala jengking itu ingin menemuiku, Rasulnya, lalu dia telah marah apabila engkau menghalangnya".

Berbalik kepada pemuda-pemuda Quraisy yang berada di luar gua. Mereka bertengkar di luar. Sebahagian dari mereka berkata, Rasulullah berada di dalam gua. Kata sebahagian lagi, tak mungkin, kerana terdapatnya sarang labah-labah di muka gua. Sarang labah-labah itu pastinya akan musnah jika ada sesiapa yang memasuki gua terbabit.

Begitulah si labah-labah. Biarpun rumah yang paling mudah musnah ialah sarang labah-labah. Namun, bila ia dipilih sebagai tentera Allah, maka rumahnya itu menjadi benteng yang dapat menyelamatkan Rasulullah dan Abu Bakar.

Setelah keadaan tenang dan selamat, Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah. Setibanya di sana, Baginda bertemu dengan Abdullah bin Salam yang merupakan seorang rahib atau ketua pendeta Yahudi. Lalu Rasulullah dibawa oleh Abdullah bin Salam ke rumahnya.

Abdullah bin Salam berbicara dengan Rasulullah....


(bersambung...)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian yang keempat pada entry yang akan datang.

Link berkait: Tazkirah maal hijrah - part 2

Tuesday, December 22, 2009

macam-macam

Macam-macam saya nak tulis dalam entry ni, sama dengan tajuknya.. Sebab macam-macam perkara, even peristiwa, dan pelbagai lagi yang dilalui sepanjang dua tiga hari ni..

Pengunguman:
1-
Entry ini agak panjang.
2- Tazkirah maal hijrah - part 3 akan bersambung pada esok hari, insya-Allah.

Mari mengundi!


Ini versi kempen semperna
contest yang telah dianjurkan oleh seorang jejaka yang begitu bermurah hari iaitu Bro Syukri atau nama glamournya ialah Framestone. Er.. diharapkan ada diantara kalian yang sudi untuk mengundi saya (bodek2).

Camne nak undi? Senang saja. Mula-mula,
click link blog Bro Syukri di sini, Lepas tu, taip "BFundi 9" (saya calon no 9), lepas tu submit. Abes. Senang kan? Anda boleh mengundi sehingga tiga calon. Pilihlah mana yang berkenan dihati.. Dan paling penting, jangan lupakan saya! ;-)

Seseorang...

Saya terserempak (ke terjumpa, ye?) dengan dia di
Konvensyen @ PWTV baru-baru ini. Sebenarnya bukanlah perkara luar biasa, cumanya dia agak familiar pada pengamatan saya. Lalu saya berani-berani (kebetulan dekat dengan tempat dia duduk) bertegur sapa dengan dia.

+ Anak Us. Tahir?

- Bukan

(Alamak, segan mula terasa. Muka seiras je ke?)


- Dia orang mana?

(Dia bertanya. Wahh... Versi nakal, he.he..)

+ Kedah

- Awak?

+ Kedah
- Kedah kat mana?

(Banyak pulak dia tanya. Saya mengomel-ngomel dalam hati. Tapi suka, kua.kua.kua)


+ Sungai Petani

- Dekat dah tu. Saya pun Sungai Petani jugak. Dekat mana?

(Eh.. entah-entah betul dia orangnya. Cuma mungkin tersalah teka bapanya tadi kot.. Ups, anak siapa ya?)


+ Bakar Arang

- Kat mana?

+ Taman Sentosa, dekat dengan Masjid Bakar Arang.

- Saya dulu selalu juga ke Masjid Bakar Arang

+ Ek? Ayah saya biasa pergi jugak

- Siapa nama ayah?

+ Ahmad

- Ahmad bin..?

+ Ahmad bin Daud

- Adik Azim eh?

+ Ha? Ha'aa..

(Alamak (lagi sekali)! Kawan abang saya pulak daaaah.)


Lepas tu dah tak ingat cakap apa. Segan la pulak. Rupa-rupanya kawan abang. Patutlah
familiar semacam. Adeh.. He.he.. Saya pun kembali ke tempat duduk saya. Dua baris dibelakang dia. Hu...

Habis prog, saya ada mengambil gambar dia bersama rakan-rakan USIM (lelaki) yang juga pergi ke PWTC hari tu. Takkan lah dengan saya pulak! Hui..


Semalam.. abah, mak dan kak yah pergi kenduri area kawasan saya. Saya tak ikut sebab saya nak keluar dengan Laila, beli barang untuk program sekolah rendah kami nanti.


Lepas tu.. Waktu minum petang, abah cakap..

- Anak Cikgu Jamil, Khalil ada tadi kat kenduri

(Tiba-tiba teringat pada orang itu. Hah, sahlah dia orangnya! Patut-patut-patutlah lagi familiar. Mak ayah dia kawan mak ngan abah saya jugak! Ayok.. gane ble terlupe waktu tu..?)

+ Oh? Khalil Husaini?
(Saya teringat namanya Husaini saja, tu pun tanyakan pada er, budak USIM itu hari. Sape tah nama orang tu? Ops..)

- Haa.. yang tegur tanya cik hari tu..
+ Aa..
(Ha.ha.. Saya yang tegur dia dulu, sibbek.. :D)

Nasib baik jugak tak pergi kenduri tu kan? Macam segan je kalau terjumpa dengan dia. He.. Atau, seharusnya menyesal sebab saya tidak pergi? Errr...... Hu... No comment yet :P


Cerita tentang abah


Abg Jo merupakan peniaga restoran di tingkat bawah sekolah rendah saya. Baru-baru ini, saya dan Laila singgah di restoran Abg Jo. Abg Jo kenal ayah saya. Boleh kata agak rapat.


Mahu taknya, sejak abg saya Azim (kawan si Khalil tadi,) belajar di sekolah tu lagi abah kenal dengan Abg Jo. Abg Jo pun kenal abg saya. Masa abg saya sekolah tu, dalam tahun 90-an.

Lepas tu sambung pula dengan kakak saya sehingga tahun 1996 lebih kurang. Saya pula menjejakkan kaki ke sekolah tersebut sehingga tahun 2000 (darjah 4-6). Tentu kenal baik, kan?


Abg Jo pesan supaya saya menyampaikan salamnya kepada abah. Kata Abg Jo, dia nak je datang rumah saya, lawat abah yang sakit (tapi semakin beransur pulih, alhamdulillah).. Tapi abah selalu menangis bila ada kawan-kawan dia datang melawat.


Hari tu pergi kenduri di kampung tok (nenek). Bila sampai ke rumah tuan kenduri, ramailah yang datang menegur dan menyapa. Tambah lagi kampung kan ramai adik-beradik, saudara mara belah mak dan tok, rapat jugak dengan abah. Cakap sikit ja air mata abah mula bergenang.


Manakan tidak. Dulu semasa abah masih sihat, abah selalu jalan-jalan di kampung ni. Bertegur sapa. Kadang-kadang solat berjemaah di surau kampung. Pernah juga menjadi imam di sini. Pastinya ramai yang mengenali abah.


Bila ramai yang menyapa... Bila abah mahu bercakap.. Nada abah sebak.. Saya juga ter-menangis melihat abah mengalirkan air mata. Tapi segera disekat. Eh? Disekat? Ada pulak. Dikesat....


Laila juga ada bertanya saya: "Macam mana abah hang? Apa hang rasa bila abah hang sakit? Yalah, abah hang kan segalanya bagi hang.. Hantaq pi sekolah, bla3...,". Saya menjawab dengan pendek: "Sedih,". Apa lagi jawapan yang ada?


Mulanya Laila memarahi saya. Bukan marah. Tapi agak terkejut bila tahu dari Cikgu Shun (guru sek. rendah kami) yang abah diserang strok
tempohari. Saya cuma memberitahu dia dan teman lain, abah sakit, masuk wad.

Tapi memang masa tu, saya pun tak tahu sakit apa. Doktor pun belum memberi sebarang pengesahan. Bila dah disahkan.. Mungkin saya terlupa untuk beritahu rakan-rakan. Maaf ya kawan-kawan semua..

Saya pun terkejut juga bila Filzah dan Amirah (kawan sek. ren yang turut belajar di USIM) cakap dengan Laila, benda yang sama; saya cuma bagitau abah jatuh sakit.


Tadi, saya sampaikan salam Abg Jo kepada abah. Abah bertanya tentang Abg Jo, nada abah sebak. Saya rasa serba salah. Saya tahu abah mahu menangis, tapi abah tahan..

Saya nak bagitau mak, yang Abg Jo bukan tak nak datang rumah, tapi dia tak nak tengok abah sedih.. Dia tak nak abah menangis... Tapi saya tak cakap pun benda ni dengan mak... Takut abah terdengar.

Sekian entry untuk hari ini..
Ada yang agak emotional sedikit..

Monday, December 21, 2009

tazkirah maal hijrah - part 2

Abu Talib: Hai Muhammad, apakah yang engkau tahu?
Rasulullah: Aku tahu tentang pakatan Quraisy
Abu Talib: Apakah pakatan itu?
Rasulullah: Mereka berpakat jahat keatasku
Abu Talib: Apakah pakatan jahat itu?
Rasulullah: Mereka mahu
mengikatku dan meletakkanku di dalam kurungan, atau, membunuhku, atau, mengikat dan meletakkanku di atas kuda, lalu menghalau kuda itu pergi ke padang pasir dan membiarkan aku mati di situ.
Abu Talib: Siapakah yang memberitahumu perkara itu wahai Muhammad?
Rasulullah: Allah, Dialah Tuhanku yang telah memberitahuku
Abu Talib: Sesungguhnya wahai Muhammad, Tuhanmu itu Tuhan yang paling baik

Pada malam itu, rumah baginda Rasulullah telah dikepung oleh pemuda-pemuda yang paling gagah dari kalangan kaum Quraisy. Lalu, turunnya wahyu dari Allah yang disampaikan oleh Jibril kepada Rasulullah yang bermaksud: "Sekarang, tibalah waktunya untuk berhijrah".

Kalau dilihat dalam peristiwa ini, Rasulullah berhijrah dengan berjalan kaki keluar dari rumahnya, bukan menaiki buraq seperti mana yang berlaku pada malam Isra' dan Mi'raj. Bukankah lebih mudah jika buraq yang sama ditunggang Rasulullah untuk berhijrah? Kenapa Allah tidak mengirimkan buraq?

Kerana hijrah itu bukanlah mudah, memerlukan pengorbanan, keyakinan, kepercayaan dan hijrah itu hebat!

Apakah strategi pada malam hijrah ini? Antaranya, Rasulullah meminta Ali yang masih belasan tahun untuk tidur ditempatnya sambil memberitahu kepada Ali: "Malam ini aku akan berhijrah, dan orang-orang Quraisy menanti ku di luar sana untuk membunuhku". Lalu Ali tanpa banyak bertanya baring dan tidur dengan lena di tempat tidur Rasulullah.

Seterusnya, Rasulullah membaca beberapa ayat dari surah Yaasin semasa keluar dari rumah Baginda, dan kemudiannya mengambil segenggam pasir dan diletakkan ke atas kepala-kepala pemuda yang berjaga di luar rumah baginda. Pemuda-pemuda itu langsung tidak menyedari Rasulullah keluar dari rumah serta diserang rasa mengantuk.

Rasulullah berjalan menuju ke rumah Abu Bakar dan mengkhabarkan tentang hijrah. Abu Bakar lantas bersiap dan bersama Rasulullah untuk berhijrah, namun beliau sempat meninggalkan pesanan kepada anaknya Asma'....

(bersambung...)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian yang ketiga pada entry yang akan datang.

Link berkait: tazkirah maal hijrah - part 1

Sunday, December 20, 2009

tazkirah maal hijrah - part 1

Alhamdulillah, kita diizinkan Allah untuk menikmati satu lagi tahun baru di dalam Islam iaitu tahun 1431 hijriah. Alhamdulillah, masih kita ingati tarikh-tarikh penting di dalam Islam walaupun ada diantara kita yang begitu mengagungkan tarikh bukan Islam, musuh Islam hingga terlupa kepada tarikh-tarikh di dalam Islam.

Seperti contoh di dalam satu kes yang popular di tanah air, seorang pesalah muslim peminum arak, dikatakan akan dilaksanakan hukuman keatasnya pada 24 Ogos 2009. Akan tetapi apabila hampir tiba pada tarikh itu, hukuman tersebut ditunda kerana pada 22 Ogos, kita berada di dalam bulan Ramadhan.

Kenapa ini berlaku? Kerana semasa memilih tarik 24 Ogos itu, pemilihan tarikh hanya dibuat berdasarkan kalendar tahun masihiah, langsung tidak merujuk taqwim hijriah. Kononnya sempena menghormati bulan Ramadhan, maka hukuman itu ditangguh. Walhal, 'penghormatan' ini salah tempatnya.

Mengapa? Bagaimana penghormatan yang sebenar? Penghormatan bulan Ramadhan yang sebenar adalah seperti contoh di dalam suatu kisah pada zaman para sahabat.. Seorang yahudi membawa anaknya yang masih kanak-kanak pergi ke pasar di dalam bulan puasa. Di pasar itu, anaknya memakan buah kurma yang diperolehinya.

Lalu apa yang di buat oleh si ayah? Apabila mereka pulang ke rumah, si ayah tadi memukul anaknya sambil berkata: "Engkau tidak tahukah ini bulan Ramadhan? Pada bulan ini kita harus menghormati umat Islam yang berpuasa!".

Ini merupakan antara contoh penghormatan yang perlu dilakukan. "Sesungguhnya, menjalankan hukum hadd itu, lebih baik dari 40 hari dan 40 malam Allah menurunkan rahmat-Nya", mafhum al-hadith.

Bilamana kita menyambut tahun baru Islam, tarikh berlakunya hijrah, maka kita akan terkenang kepada sejarah penghijrahan Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah.

Di situ, terdapatnya strategi dan perancangan hijrah yang mana membuktikan bahawa, dalam setiap perancangan kita untuk berhasil, strategi, perancangan, taktik dan seumpamanya memainkan peranan yang begitu besar sekali.


Firman Allah yang bermaksud: "Apabila kamu tidak mampu untuk membantunya (Muhammad), maka Allahlah pembantunya".

Pada hari sebelum berlakunya hijrah, ketua-ketua puak kafir Quraisy telah berkumpul dan berpakat untuk menentang dan menghapuskan Rasulullah.

Antara perancangan mereka ialah mereka mahu mengikat rasulullah dan meletakkannya di dalam kurungan, atau, terus membunuhnya, atau, mengikat dan meletakkannya di atas kuda, kemudian mengusir kuda itu ke padang pasir dan membiarkan Rasulullah mati di situ.


Pakatan ini diketahui oleh bapa saudara Rasulullah, Abu Talib yang amat mengasihi Rasulullah walaupun beliau tidak memeluk agama Islam. Lalu secara sembunyi-sembunyi, Abu Talib pergi menemui Rasulullah di rumah baginda.

Lalu Abu Talib bertanya pada Rasulullah.....


(bersambung...)

**********************

Petikan tazkirah itu tadi telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Harun Din pada 19/12/2009 di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Baru, Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Ikuti sambungan tazkirah ini dalam bahagian yang kedua pada entry yang akan datang.

Saturday, December 19, 2009

moot trial di IKIM


Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan percubaan pertandingan mahkamah mut (moot trial) pada Khamis, 17 Desember 2009.

Melalui trial ini, pihak IKIM berharap dapat melaksanakan pertandingan mahkamah mut yang sebenar pada masa akan datang. Pada perbicaraan kali ini, kes yang telah dipilih ialah kes Sucharita A/P Taraprashad dan Subhash A/L Gopal.

Ringkasan fakta kes:

Sucharita dan Subhash telah berkahwin mengikut adat Hindu atas dasar suka sama suka. Setelah dua tahun berkahwin, Subhash mula berubah.

Sucharita kemudiannya hamil. Dia sering dibantu oleh jirannya, Puan Latifah memandangkan Subhash jarang pulang ke rumah.


Puan Latifah pernah memicit bahu Sucharita sambil membacakan beberapa ayat suci Al-Quran. Cara Puan Latifah mendidik anak-anaknya juga membuatkan Sucharita tertarik kepada Islam secara tidak langsung.


Sucharita dihantar ke hospital oleh Puan Latifah memandangkan Subhash tidak pulang ke rumah untuk berbuat demikian setelah Sucharita menelefonnya ketika merasakan masanya hampir tiba.

Sucharita kemudiannya telah melahirkan dua kembar perempuan. Subhash agak kecewa kerana dia mahukan anak lelaki. Selepas tiga bulan, Subhash mengaku mempunyai hubungan dengan perempuan lain, tetapi sudah mahu mengakhirinya.

Sucharita mengaku memeluk Islam dan mengajak Subhash turut sama. Subhash begitu marah. Sucharita membuat permohonan pengesahan penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.


Mahkamah Tinggi kemudiannya membenarkan permohonan Subhash iaitu, menghalang Sucharita dari menukarkan agama anak-anaknya kepada Islam.


Sucharita tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu dan membuat rayuan di mahkamah mut IKIM.


Pihak peguambela dan peguamcara di mahkamah mut IKIM ini merupakan pelajar-pelajar dari UIA.



Manakala panel hakim pula ialah Y. Bhg. Dato' Mohd. Noor Hj Abdullah (Mantan Hakim Mahkamah Rayuan), Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Zaleha Kamaruddin (Tim. Ketua Pengarah IKIM) dan Y. Bhg. Dr Farid Sufian Shuaib.

Antara penonton yang dijemput untuk menyaksikan mut ini adalah mahasiswa/i dari UIA sendiri, KUIS, USIM, UM dan beberapa IPT serta organisasi.

USIM telah menghantar hampir 20 mahasiswa/i dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) yang mewakili mahasiswa/i Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dan Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa.




Perbicaraan ini berlangsung di dalam Bahasa Inggeris walaupun pada mulanya Ketua Hakim menegur dan menyatakan bahawa, bahasa pengantar di dalam mahkamah ialah Bahasa Melayu. Namun setelah dipohon oleh pihak peguambela dan peguam cara, mahkamah mengizinkan perbicaraan menggunakan Bahasa Inggeris.

Sedikit salah faham telah berlaku antara hakim dan peguam, bila mana peguam mengatakan (di dalam Bahasa Inggeris), "Hanya agama Islam yang melarang umatnya berkahwin dengan penganut agama lain. Akan tetapi, agama lain tidak melarang dua pasangan berbeza agama untuk berkahwin".


Kemudiannya seorang hakim menyoal peguam berkenaan (di dalam Bahasa Inggeris), "Kamu baru sahaja bercakap tentang hanya agama Islam membenarkan penganutnya berkawin lebih dari satu?".


Walaubagaimanapun, keadaan terkawal dan salah faham diperbetulkan oleh pihak peguam dengan baik.


Antara kelemahan lain di dalam mahkamah mut ini ialah, bailif dan penjaga masa yang kelihatan tidak kemas cara bertugas; tiada tunduk hormat kepada hakim semasa mengambil hujahan bertulis tambahan dari peguam dan semasa memberikannya kepada hakim.


Terdapat beberapa lagi kelemahan lain di dalam moot trial ini, namun ianya tidak menghalang moot ini dari terus berlangsung.


Oleh: nurfatimahz AKA puteri

Friday, December 18, 2009

BFundi BroFramestone dengan puteri


Azam tahun 2010? Erk.. jap nak fikir... Erm...

1- Mahu jadi best student, dapat dean list ke... kalau tak boleh dapat dean list pun untuk tiga sem yang masih berbaki, cukuplah best student dalam beberapa subjek.
2- Nak jadi seseorang yang lebih baik, lebih penyabar (selalunya kurang, ha.ha), dan luar biasa hebat!
3- Jadi yang terbaik dikalangan yang terbaik! (bukan yang baik dikalangan yang tak baik)
4- Nak aktif dalam banyak benda; blog, kelas (tapi yang ni tak janji... ha.ha), aktiviti dalam dan luar kampus
5- Mulakan perasaan dan hati yang baru, tanpa sikit pun terbawa-bawa memori yang lalu. (macam patah hati pulak bunyiknya.. opsss..) :D

Saya dan blog saya..

Mula berjinak-jinak dengan blog sejak 2006. Dulu, blog ni namanya lain, url pun lain.. Lepas tu ditukar kepada nama (komersial) saya dan nickname saya, maka jadilah ia "nurfatimahz A-K-A puteri" dan url pulak, gabungan nickname dan tahun kelahiran "puteri88" (sebab tu umur bukan rahsia,).

Antara kenalan saya pada tahun 2006 ialah papa@emmet, mama@ira (blogger yang sudah tidak aktif). Masih berhubung dengan mereka melalui friendster, kadang-kadang sms. Pernah pergi kenduri kawen diorang tahun 2008 (kenduri rumah papa). Lagi kawan-kawan lama blog seperti yonna, abg de_kerinchi, hakim dirani, dan abg SF. Kawan baru seperti kak nuyui dan BroFramestone sendiri dengan url lama dia "beli-buy" tuhhh..

Slogan..??

BroFramestone merupakan "blogger yang aktif, idea gila-gila, mesra, mudah menjadi kawan. I like you very much!"


Thursday, December 17, 2009

contest bro framestone?

Uih.. hebat, siap ada contest2 lagi bro kita nih.. he.he.. Cam menarik pulak nak join walaupun banyak step yang perlu diikuti dan syarat untuk dipenuhi.

Walau bagaimanapun, nak join jugak.. (macam best jek.. rugi plak kalo tak join).

Contest tamat 19 hb. Ok, esok 18 saya cuba.. :)

p/s:

Syarat-syarat contest yang telah dipenuhi:
1- Warga Negara Malaysia
2- Menetap di Malaysia. Asal Kedah, belajar di Negeri Sembilan.
3- Berumur 21 tahun, bukan rahsia
4- Tuan kepada blog ni, nurfatimahz A-K-A puteri

Procedures contest yang telah dipenuhi:
1- Follower kepada blog BroFramestone
2- Ada link blog bro dalam blog ni, tapi set dengan nama betul bro..
3- Siap ada dalam my blog list ;-)

Wednesday, December 16, 2009

konvensyen muslim unity


Konvensyen Muslim Unity atau nama penuhnya "2nd International Muslim Unity Convention" telah berlangsung di PWTC selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Desember 2009.

Konvensyen anjuran Ramadhan Foundation ini telah disertai oleh ratusan muslim dan alim ulama dari pelbagai negara seperti China, Philipina, Morocco (Maghribi), India, Pakistan,Iran, Arab Saudi, Amerika Syarikat serta banyak lagi negara termasuklah Malaysia sendiri.


Wakil-wakil delegasi dari pelbagai organisasi kerajaan dan bukan kerajaan Malaysia turut hadir sama. Antara IPT yang menghantar wakil sama ada pelajar atau pensyarah ialah UIA, UITM dan USIM.

Seramai 10 orang pelajar USIM terdiri daripada enam lelaki dan empat perempuan, dari beberapa fakulti telah mengikuti konvensyen yang diadakan selama dua hari berkenaan.
Persidangan dan pembentangan sepanjang konvensyen ini adalah di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.


Tetamu jemputan khas, Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Y.A. Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad yang memulakan ucaptama selaku merasmikan konvensyen Muslim Unity.

Y. A. Bhg Tun Dr dalam ucapannya bertajuk "The Call of Unity" atau Seruan untuk Bersatu, begitu membangkitkan semangat kesatuan antara semua sidang hadirin.

Beliau juga turut menyatakan bahawa: "kesatuan umat Islam akan menjadikan umat Islam semakin kuat, walaupun berbeza mazhab, namun ia bukanlah penghalang untuk bersatu," Y.A. Bhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.


Antara topik lain yang dibincangkan ialah Salahfaham Tentang Agama Islam, Hak Wanita Islam, Perlukah Memodenisasikan Islam, Asimilasi Agama Islam, Islam dan Media, Islam dan Web dan pelbagai lagi topik yang menarik telah dibahaskan oleh pembentang-pembentang yang diundang.


Selain dari Y. A. Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi pembentang mewakili Malaysia dari syarikat TIME.com, Y. Bhg Prof Dato' Dr. Zaleha Hj Kamaruddin iaitu Timbalan Ketua Pengarah IKIM turut diundang membincangkan tentang Hak Wanita di dalam Islam.


Antara petikan ucapan beliau selaku mewakili wanita muslim Malaysia ialah:"Islam bukan penghalang wanita muslim dari mencapai kejayaan. Islam juga tidak pernah menzalimi wanita muslim sebagaimana dakwaan orentalis.

Malah setiap undang-undang dan hukum Islam mempunyai hikmah dan rahsia tersendiri," Y. Bhg Prof Dato' Dr. Zaleha Hj Kamaruddin.


Pelbagai isu dan persoalan serta komen dari hadirin telah didengar dan dijawab oleh pembentang-pembentang. Walabagaimanapun, sedikit ketidakpuasan hati peserta delegasi telah berlaku memandangkan beberapa peserta yang mahu memberikan pendapat tidak dapat disuarakan.

Selain itu, terdapat komentar dari warga Iraq yang dipotong sebelum beliau menamatkannya. Konvensyen ini juga mempunyai beberapa kelemahan terutamanya dari segi ketepatan masa. Namun demikian, suasana di dalam dewan terkawal.


Ucapan penutup konvensyen oleh Y. A. Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad pada jam 5 petang, 16 Desember. Konvensyen diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi fotografi bersama tetamu jemputan.

Monday, December 14, 2009

pertandingan mahkamah moot

Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan 2009 (PMMS) telah berlangsung di USIM pada 12 dan 13hb 12 dengan begitu meriah sekali.

Pertandingan anjuran USIM dan penganjur bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta dengan kerjasama Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-Universiti Malaysia (MATDUM) dan Persatuan Peguam Syrie Malaysia (PGMS) itu juga telah menerima penyertaan dari pelbagai IPT seperti USIM sendiri, UIA, UKM, UDM, UM, UUM dan lain-lain.


USIM telah menghantar 3 kumpulan, dan satu kumpulan telah tertewas. Semalam merupakan
peringkat akhir pertandingan, dan malamnya adalah pengunguman pemenang bagi beberapa kategori yang telah dipertandingkan. Saya tidak terlibat pada sebelah malam...

Pagi ini, saya bertanya kepada seorang teman yang juga merupakan AJK bagi pertandingan ini. Katanya... USIM telah memenangi setiap kategori; Mooter terbaik, keseluruhan terbaik dan lain-lain yang terbaik (versi tak tahu kategori apa lagi yang ada..). Alhamdulillah... Tahniah USIM! :)

Sekilas berita tentang Pertandingan Mahkamah Mut (PMMS)

Aktiviti mut Mahkamah Syariah dilihat sebagai platform terbaik dalam usaha melahirkan peguam syarie di kalangan siswa-siswi yang mengambil jurusan syariah dan ilmu perundangan di institusi-institusi pengajian tinggi.

Setiausaha jawatankuasa pelaksana PMMS, Cik Fadhlina Alias memaklumkan, bagi memastikan format pertandingan mengikut piawaian sebenar, pihak penganjur telah menjemput hakim-hakim mahkamah syariah dan peguam syarie dari seluruh Malaysia, serta pengamal perundangan dari beberapa firma guaman yang berpengalaman dalam kes-kes syariah, sebagai barisan juri dalam pertandingan tersebut.

Beberapa hakim yang menjadi juri dalam pertandingan tersebut berpuas hati dengan potensi dan pencapaian yang ditunjukkan oleh semua peserta. UsimKini turut dimaklumkan oleh beberapa urusetia pertandingan, berlaku sedikit masalah pengurusan sewaktu hari pertama pertandingan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pasukan pelawat.

Pihak penganjur walau bagaimanapun dikhabarkan berhasil menyelesaikannya dengan baik dan memohon maaf kepada pasukan yang terjejas kerana masalah teknikal tersebut.

Pada pertandingan itu, pasukan tuan rumah dinobatkan sebagai juara keseluruhan apabila mengungguli semua kategori utama, iaitu hujahan bertulis terbaik, penghujah terbaik dan pasukan mut terbaik.
berita penuh: PMMS Gilap Potensi Siswa Jadi Peguam Syarie
sumber: USIMkini


poster PMMS

dengan junior-junior FSU

hari pertama, dengan Wani

hari kedua, dengan Ainun

jubah peguam, testing3 =)

dengan budak-budak Fiqh

dengan budak-budak Law

Fiqh + Law = FSU!

Friday, December 11, 2009

kolumnis USIMkini?

Semasa sedang sibuk-sibuk (konon-konon je) bersama beberapa orang AJK penginapan (saya pengiring hakim sebenarnya, tapi orang mintak tolong.. no hal lah..) membuat persiapan pendaftaran peserta di kolej kediaman untuk Pertandingan Moot yang akan bermula pada esok hari, saya ditegur oleh abang senior, Mahmud.

+ Eh, penulis!
+ Ni penulis lirik USIM ni, yang CIPTA tu, lirik lagu dengan banduan tu

Hu... Naik segan saya. Selalu kalau jumpa dia, dia suka cakap macam tu.. Segan, segan.. (actually suka, ha.ha). Yelah. ade gak orang yang amek tau pasal saya kan? Masa ikut PRU ke PD pun, dia ada cakap macam tu. Ohya, dia pengerusi PRU.

- Encik Mahmud ni, jumpa je mesti cakap pasal ni..
+ Aku bukan apa.. aku bangga dengan ko...
+ Tengok je pendiam, tapi..bla, bla, bla. Baru ni jadi kolumnis USIMkini pulak..
- Ek? taktau pun. Baru kuar ek.. he.he
+ Yang pasal israel, yahudi, bla, bla, bla....

Haa.. masa ni baru saya tahu yang artikel saya dipublishkan di USIMkini. Terima kasih En.Mahmud untuk info tu. Tu je nak cakap :D He.he..

*****************************************
Link terpilih: Boikot: Perjuangan yang mesti diteruskan!

Monday, December 07, 2009

debat piala diraja

Jangan pandang rendah pada USIM ya!

Bermula 3/12 - 7/12, pertandingan debat piala diraja antara IPT Malaysia berlangsung dengan jayanya di UM. Saya pergi pada 7hb, sebagai penonton sahaja..he.he..


Hurmm.. Teringat semasa saya berada di dalam dewan. Ada seorang wanita berada di sebelah kiri saya. Saya yakin dia tidak mengetahui bahawa saya pelajar merangkap penyokong USIM, juga tiada sebarang tanda bahawa saya merupakan warga USIM (tidak mempamerkan kad matrik).

Yang saya ada, adalah botol air mineral USIM, he.he. Tapi bila wanita tersebut bercakap-cakap tentang siapa yang bakal berdebat dihadapan nanti, saya tertarik pula untuk mendengar (Oh pasang telinga pulak...). Apa lagi, tak jadila nak minum air, takut nanti pecah rahsia identiti spy,. he.he..

Antara perbualan wanita tersebut dengan temannya (pemuda disebelahnya) ialah:

- alah, USIM lawan UIA, tak payah bertandinglah
- dah tahu dah sape menang, penat, buang masa je bertanding
- johan mestilah UIA, pendebat terbaik bla, bla, bla...


Dan hakikat terbukti..

Sememangnya tidak menghampakan, USIM telah berjaya meraih kejuaraan dalam dua kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori Bahasa Melayu,USIM berjaya menewaskan UTP (Univ. Teknologi Petronas), manakala bagi kategori Bahasa Arab pula, USIM berjaya menewaskan UIA dalam perlawanan yang sengit dan begitu menjadi tumpuan.
Selain kejuaraan berganda itu, prestasi pasukan USIM kali ini turut meningkat apabila empat pendebat berjaya menduduki sepuluh pendebat terbaik keseluruhan dalam kategori Bahasa Arab, manakala bagi kategori Bahasa Melayu, tiga pendebat USIM turut menduduki carta sepuluh terbaik.
sumber1: USIMkini, Debat Diraja: USIM raih kejuaraan berganda
sumber2: USIMkini, Dato' NC raikan kejayaan Pasukan Debat










Akhir sekali, jangan pandang rendah pada universiti saya ya!