© Hakcipta adalah terpelihara.
Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

[Gambar & Video] Peserta "BERSIHkan Malaysia" (CHOGM) di Perth Australia

~ Bersih 2.0 diteruskan! ~


28 Oktober 2011 baru-baru ini (Jumaat), rakyat Malaysia di Perth, Australia berhimpun beramai-ramai ketika sidang Perjumpaan Ketua-Ketua Negara Komanwel [
Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM)] di mana CHOGM ini turut dihadiri Menteri Perdana yang dikasihi Najib Razak bersama isterinya yang digelar First Lady of Malaysia (FLOM).

Persediaan awal......

Antara rakyat Malaysia di Perth yang hadir.

Anjing ini maskot tidak rasmi "BERSIHkan Malaysia" Perth, milik Adelene Wee yang dinamakan "Oppa". Ohya, mesej dari Adelene Wee yang harus saya kongsikan! (Sebab dia sudah berpesan kepada saya! hehe). Mesejnya begini...

"Can you also mention that Oppa was rescued from the pound pls? As much as he is the unofficial BERSIH Perth mascot, we would also like to create an awareness that all pets deserve second chances. NO TO PET SHOPS!"
- Adelene Wee.

1- Oppa diselamatkannya - lalu menjadi haiwan-angkat-nya.
2- Katakan TIDAK kepada pemerdagangan haiwan!
(Tiba-tiba tak reti nak terjemah ke dalam Bahasa Melayu.. hehehe).

Ohya, di sini ada video menarik Oppa. Link dari facebook. Harap kawan-kawan boleh tengok.


Dr Wong Chin Huat, orang kuat CHOGM Protest Perth.

Agak-agak, boleh dapat aksi macam ni tak kat Malaysia? =)

B.E.R.S.I.H.kan Malaysia!!!

Berarak...

Peserta bergambar di hadapan arca AUD$1M, Perth, Australia.

Video pulak...


Nyanyian lagu "Negaraku".


Nyayian lagu "Rasa Sayang".
Rasuah Sayang hei Rasuah sayang sayang hei
Hei lihat Rosmah jauh Rasuah sayang sayang hei!

Dan yang ini.... Berita 10 (Ten News) dari TV 10 (Channel 10) milik Australia melaporkan tentang peserta demo CHOGM, termasuklah Malaysia! Dalam TV MALAYSIA ada tak?



Kalau dulu semasa Bersih 2.0 (9 Julai 2011), ada pihak melaporkan lebih kurang 6000 "sahaja" rakyat Malaysia yang hadir, di CHOGM pula ada juga "rumor" yang mengatakan "8 orang sahaja" rakyat Malaysia yang hadir! Cubalah kira kat atas tu berapa orang?

Anjing pun pandai mengira, kata Adelene Wee.

Ok itu sahaja. Gambar dan video diperolehi daripada sumber.

Friday, October 07, 2011

Tuesday, October 04, 2011

baru RM9 juta.. rilekslah bro...!


Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

NONE
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.

Berita penuh: RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini.

Selanjutnya.... Amenoworld.

Saturday, August 13, 2011

Najib di mahkamah - Utusan VS AFP

muka depan utusan


sumber : utusan syaitan

sumber : AFP


kah kah kah! sebenarnya gua takde hal pun najib dengan rosmoh ni tak nak bercakap ke, nak berlakon bisu ke, pura pura lupa macam mahathir ke, serius gua tak kisah. itu memang hak masing masing. tapi tak payahla lu cerita pungpangpungpang nak bantu mahkamah merungkai blablabla.. lepas tu siap bagitau wartawan tak perlu dedah apa yang dah disampaikan pada peguam anwar. kah kah kah! boleh tahan bangang juga perdana menteri malaysia ni rupanya.

tapi terus terang kabor, bangang bangang dia, bangang lagi penyokong dia. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

[sumber: semut dan papan kekunci]

Wednesday, July 27, 2011

fenomena DIAM LAR Najib..

DIAMLAH NAJIB!!!

"Why delete our posts? This is called does not respect our people! stupid"

"diam..tak perlu kata apa2.. diam.. kerna kalau kau kata apa-apa..
semuanya confirm tipu belaka
"

"There are no more posts to show"
Admin page Najib Razak padam komen setiap minit!

Ok.. Yang kat bawah ni untuk tatapan kawan-kawan semua antara komen terbaek buat Menteri Perdana di page beliau...



Ohya! Sekarang ni ada page baru pula.. hehe.. Namanya 100,000 kena block oleh Najib sebab post "Diam lah Najib".. Hehe.. Saya JOIN sebab saya pun kena BLOCK he.he.he...

NOTA:

Kepada yang mungkin terlepas 'nota' semalam boleh baca di sini...

Tuesday, July 26, 2011

Najib, ko DIAM LAR!

SHUT UP CAMPAIGN ON NAJIB FAN PAGE







Di hampir setiap corok PAGE atau WALL pengguna FACEBOOK masing-masing mengepos "DIAM LAH NAJIB", paling MENGHARUKAH ialah fenomena "DIAMLAH NAJIB" ini bermula setelah Najib Razak menulis sebuah artikel di blog beliau yang berkenaan dengan TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DAN KEMANAN NEGARA.

Fenomena "DIAM LAH" atau "DIAM LAR" ini bermula apabila seorang pengguna facebook bernama CHAN YEE membalas status Najib Razak dengan "Diam lar". Seramai 166 orang meminati "LIKE" respon dari Chan Yee. Maka ia berterusan dari semalam hinggalah ke hari ini, dan dijangka bakal berlanjutan hinga ke hari-hari (mungkin juga bulan-bulan atau tahun-tahun) seterusnya.

Saya juga tidak terlepas untuk mengepos "DIAMLAH NAJIB nak cakap pasal negara+rakyat konon" di PAGE beliau. Semalam, juga hari ini sehingga tengahari tadi saya dan rakan-rakan facebook yang lain turut mengepos perkara yang sama namun berbeza STYLE, ada yang siap bergambar LORI (+ Lori untuk ko lari), ada yang JET (+ Jet tanpa enjin untuk Najib), dan pelbagai lagilah STYLE2 yang menarik 'KHAS' buat Najib sempena fenemona "DIAM LAH NAJIB".

Ha.ha.. Sehingga petang tadi.. profile saya sudah di KICK-BANNED dari page Najib Razak mungkin akibat dari post2 DIAM LAH NAJIB dan juga post berkenaan Ibrahim Perkatak.. Kawan-kawan boleh cari di Youtube Video yang bertajuk "Ibrahim Ali: Saya juga layak jadi PM!". He.he.. Saya beri description di post saya tu lebih kurang begini "Alamak macam mana ni Menteri Perdana, Ibrahim Ali pulak nak 'enter frame' selepas Muhyiddin dengan penyokongnya mahu Muhyiddin yang jadi PM?!".

Kicked. Banned. Saya sudah tak boleh post atau beri komen lagi di page Najib Razak. Huhu..

NOTA TAMBAHAN:
Page Najib Razak (facebook) : Najib Razak
Page "Diam Lar!" khas buat Najib: "Diam Lar!".

[updated: 26/07/2011 @ 6.30 pm]

Saturday, July 23, 2011

manusia paling jahat Anwar, Najib paling baik

ADA seorang sahaja manusia paling jahat, paling pengkhianat, paling memecah belahkan rakyat di negara ini, namanya Anwar Ibrahim. Jika dia ke Amerika, maka dia akan bertemu dengan Yahudi untuk menjatuhkan Islam, memporak perandakan Malaysia. Jika dia ke Indonesia, maka dia akan menghasut rakyat Indonesia untuk membenci Malaysia, serta memberikan tekanan kepada Malaysia [Utusan].


Senang kata, ke mana sahaja Anwar Ibrahim melangkah di dalam dunia ini, nescaya akan berlaku kerosakan yang maha dahsyat ke atas manusia sejagat, terutamanya manusia-manusia yang tinggal di Malaysia. Jika ditanya, siapakah manusia paling jahat di dunia ini? Percayalah, jawapannya ialah Anwar bin Ibrahim.

Tetapi berbeza dengan seorang lagi insan yang sangat kontra perwatakannya, sangat berbeza tindakannya, namanya Najib Razak. Ke mana sahaja insan ini melangkah, akan membawa rahmat ke seluruh alam, membawa kebaikkan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan, memberi kebahagiaan dan keamaanan kepada pokok-pokok dan ulat gonggok.

Jika dia ke Amerika, nescaya seluruh rakyat Amerika akan memeluk Islam, jika dia ke Vatican, nescaya pope Kristian paling agung akan tunduk dan hormat kepada Najib Razak. Apa sahaja tindakannya disulami dengan tingkah laku bijak yang membawa keamanan, kebaikkan kepada seluruh manusia sejagat terutama manusia-manusia yang ada di Malaysia. Apa sahaja tindakannya tidak pernah silap, tidak pernah salah.


Malah jika Najib Razak lari berbogel di seluruh Kuala Lumpur bersama-sama dengan Lady Gajah sekalipun, tentu tindakan itu tersirat pemikiran bijak, disulami wawasan yang jauh, dengan perancangan yang mantap bagi membawa kebaikkan kepada semua manusia yang wujud sejak zaman dahulu sehingga ke hari ini, berlanjutan sehingga ke hari kiamat. [Utusan]



RentaP© "Kesimpulannya Anwar jahat, Najib baik..."