© Hakcipta adalah terpelihara.

Tuesday, July 26, 2011

Najib, ko DIAM LAR!

SHUT UP CAMPAIGN ON NAJIB FAN PAGE







Di hampir setiap corok PAGE atau WALL pengguna FACEBOOK masing-masing mengepos "DIAM LAH NAJIB", paling MENGHARUKAH ialah fenomena "DIAMLAH NAJIB" ini bermula setelah Najib Razak menulis sebuah artikel di blog beliau yang berkenaan dengan TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN DAN KEMANAN NEGARA.

Fenomena "DIAM LAH" atau "DIAM LAR" ini bermula apabila seorang pengguna facebook bernama CHAN YEE membalas status Najib Razak dengan "Diam lar". Seramai 166 orang meminati "LIKE" respon dari Chan Yee. Maka ia berterusan dari semalam hinggalah ke hari ini, dan dijangka bakal berlanjutan hinga ke hari-hari (mungkin juga bulan-bulan atau tahun-tahun) seterusnya.

Saya juga tidak terlepas untuk mengepos "DIAMLAH NAJIB nak cakap pasal negara+rakyat konon" di PAGE beliau. Semalam, juga hari ini sehingga tengahari tadi saya dan rakan-rakan facebook yang lain turut mengepos perkara yang sama namun berbeza STYLE, ada yang siap bergambar LORI (+ Lori untuk ko lari), ada yang JET (+ Jet tanpa enjin untuk Najib), dan pelbagai lagilah STYLE2 yang menarik 'KHAS' buat Najib sempena fenemona "DIAM LAH NAJIB".

Ha.ha.. Sehingga petang tadi.. profile saya sudah di KICK-BANNED dari page Najib Razak mungkin akibat dari post2 DIAM LAH NAJIB dan juga post berkenaan Ibrahim Perkatak.. Kawan-kawan boleh cari di Youtube Video yang bertajuk "Ibrahim Ali: Saya juga layak jadi PM!". He.he.. Saya beri description di post saya tu lebih kurang begini "Alamak macam mana ni Menteri Perdana, Ibrahim Ali pulak nak 'enter frame' selepas Muhyiddin dengan penyokongnya mahu Muhyiddin yang jadi PM?!".

Kicked. Banned. Saya sudah tak boleh post atau beri komen lagi di page Najib Razak. Huhu..

NOTA TAMBAHAN:
Page Najib Razak (facebook) : Najib Razak
Page "Diam Lar!" khas buat Najib: "Diam Lar!".

[updated: 26/07/2011 @ 6.30 pm]

8 comments:

Cikli said...

hmmm...
makan nasik celur terung cicos budu best jugak.

cikguNae said...

puteri, ini kes kena buang sekolah ni... Bukan gantung2 lagi... buka akaun fb baru.... comment molek2... bodek2
:)

Daus said...

haha, time aku jenguk tu, komen CHAN YEE dah mencecah 200 likes kot.. lepas brapa minit baru admin tu remove komen die je.. haha.. fenomena paling mengejutkan di Malaysia, siap masuk berita Yahoo news ngan Malaysiakini lagi... ngahaha...

btw aku google je pasal tu, sbb tu aku jumpa blog kau, nice entry =)

Cempaka R.Minta said...

hii
puteri berani

Puteri said...

Cikli,

cakap pasal makanan pula,
diamlah!

he.he.he

Puteri said...

NaeBlog,

Hish.. marahkan nyamuk
kelambu dibakar!

haha

Puteri said...

Daus,

haha.,. itulah pasai..
ramai yang 'LIKE' page Najib semata2
nak WISH "DIAMLAH NAJIB"

tapi ada jugak orang perasan
'ramai penyokong Najib'
hahaha

ya.. memang ramai
'ramai penyokong Najib LETAK JAWATAN'

Puteri said...

Cempaka,

Puteri macam mendiang Beng Hock..
ada juga penyakit ketakutan
kurang daya tahan...

Dan ingat.. orang yang 'ketakutan' akan cuba sentiasa selamatkan diri
tak akan membahayakan diri
apa lagi BUNUH DIRI!